CRAWFORD 28 Dis. - Amerika Syarikat (AS) semalam menyalahkan Hamas kerana melakukan provokasi yang mendorong Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Genting Gaza semalam.
Washington berkata, serangan rejim Yahudi itu akan berakhir apabila Hamas menghentikan serangan roket ke wilayah Israel.
Dalam serangan semalam, Israel melancarkan lebih 30 peluru berpandu ke arah perkarangan ibu pejabat polis Hamas menyebabkan 290 orang terkorban dan lebih 650 orang cedera.
"Jika Hamas menghentikan pelancaran roket ke Israel, Israel tidak perlu melancarkan serangan ke atas Gaza.
"Kami mahu melihat Hamas berhenti melancarkan roket ke Israel," kata jurucakap White House, Gordon Johndroe sambil menyifatkan pergerakan itu sebagai "samseng."
Presiden AS, George W. Bush yang berada di ladangnya di sini untuk menyambut tahun baru membincangkan serangan itu dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi, Penasihat Keselamatan Udara AS, Stephen Hadley dan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, kata Johndroe.
"AS sangat bimbang tentang keganasan yang meningkat di Gaza dan menggesa semua pihak terlibat supaya melindungi nyawa penduduk awam dan menangani keperluan kemanusiaan penduduk di Gaza," kata Rice dalam satu kenyataan.
Beliau mengutuk serangan roket dan mortar yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke atas Israel dan menyalahkan Hamas kerana melanggar gencatan senjata dan mencetuskan semula keganasan di Gaza.
huhu... hari ni mau jadi Radzi jap... sangat sakit hati... jahat punya ISRAEL... time orang sambut awal Muharram... time tu jugak dia menyerang... eiii... sangat sakit hati!!
Hari ni dapat mesej... 'wajib semua ahli gerakan mahasiswa Islam baca doa qunut nazilah kutuk Israel. Demo mengutuk Israel esok, 30Dis di Kedutaan AS, 11am. Tolong sebarkan-GAMIS'
Fuuh.sangat teringin nak pergi demo tersebut.... Tapi, malangnya esok ada kelas... Ingin rasa jugak semangat Mahasiswa mengutuk ISRAEL di kedutaan AS... Kalaulah boleh terbang ke Palestin...
Kita kat sini sangat bertuah. hidup dalam keadaan aman. Teringat aku pada kisah nasi oleh Hajar.. nanti kita bercerita lagi yep... Sangat kesuntukan masa... Masa untuk berjuang!! salam.