Selasa, Januari 27, 2009

Mengapa tutup aurat 1

Aku meninjau2 laman sahabat2ku. Lalu kutemu satu isu yang jarang sekali aku kemukakan. Berkenaan tudung. Baru2 ini kebetulan aku telah diberi buku percuma yang bertajuk ‘Mengapa Aurat Haram Didedah: Satu Realiti Masa Kini’ oleh seorang tabligh ketika berjalan2 bersama ibuku…Mungkin boleh aku ulas sedikit isinya. Sebelum itu, terima kasih buat sahabat se’studio’ ku yang telah menyedarkanku tentang isu penting ini.

Mengapa tutup aurat?

Pengertian Aurat pada bahasa
Pendapat 1 : Berasal daripada kalimah arab ‘ariya bererti sesuatu yang perlu ditutup.
Pendapat 2 : Berasal daripada perkataan aura/awara bererti telanjang yakni ‘aib atau memalukan dan tidak elok dibiarkan kerana keadaanya buruk dan kurang sopan.
Pendapat 3 : Aurat menunjukkan sesuatu yang hodoh sekiranya didedahkan.

Pengertian Aurat pada syara’
Setiap anggota yang diharamkan oleh Allah untuk didedah atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya.

Firman Allah yang bermaksud :
‘Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutupi aurat (sau’ah)kamu yang hodoh sebagai lapisan pakaian yang melambangkan ketakwaan yang demikian itu adalah lebih baik, demikianlah tanda2 kebesaran Allah mudah2an kamu mengambil peringatan.’
(Al-A’raf : 26)

Daripada ayat di atas, aurat diistilahkan sebagai sau’ah bermakna buruk atau keji, menunjukkan wajib ditutup dan malu andai dibuka di khalayak ramai. Melalui maksud aurat itu sendiri, bolehlah kita ketahui mengapa aurat wajib ditutup dan haram didedah, satunya kerana aurat ini boleh membawa fitnah kepada seseorang individu.

Aurat lebih ditekankan kepada kaum wanita. Mengapa? Kerana wanita lebih banyak mendatangkan fitnah. Itu satunya. Wahai sahabat2ku, lupakah kita untuk berpegang pada satu ayat, firman Allah khas untuk kaum wanita?

Firman Allah yang bermaksud :
‘Katakanlah (olehmu hai Muhammad) kepada wanita2 beriman supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jangan memperlihatkan perhiasan mereka,kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada, dan janganlah memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi yang tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak2 yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya, bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman mudah2an kamu mendapat kemenangan.’
(An-Nur : 31)

Tidak aku spesifikasikan di sini tentang tudung sahaja kerana, bertudung itu juga termasuk dalam hukum menutup aurat. Mungkin masih ramai yang memerlukan bimbingan dan kefahaman tentang mengapa tutup aurat.Bukanlah salah mereka bila tidak menutup aurat, mungkin kerana kurang kefahaman atau tidak tahu cuma. Aku juga bukanlah seorang yang fasih tentang semua ini, tapi, aku akan berusaha sedaya mungkin untuk menyampaikan apa yang aku tahu. Aku ingin sekali melihat sahabat2ku yang awalnya tidak bertudung tapi, akhirnya bertudung kerana kefahaman yang diperolehnya.insyaAllah.amiin…Setakat ini sahajalah dahulu daripadaku. Maaflah andai tidak sampai apa yang ingin dan cuba aku sampaikan. Tulisan ini sekadar ingin mengingatkan juga diriku dan menambahkan juga pemahaman dalam diriku tentang aurat…insayAllah… Wallahu’alam.



Sabtu, Januari 24, 2009

Jumaat, Januari 23, 2009

Tarbiyah menuntut kesabaran

Semalam. Kami (Aku dan Bella) bertolak pulang ke Shah Alam dengan menaiki kenderaan awam. Sebaik sahaja kelas AutoCad habis dalam kira2 jam 6.15, kami terus bersiap untuk pulang. Kami menaiki teksi ke LRT Putra. Dari Putra, kami ke KL Cetral... MasyaAllah, sungguh ramai umat manusia di sana. Kami cepatkan langkah ke musolla untuk solat Maghrib terlebih dahulu. Kira2 jam 8 kami beratur untuk membeli tiket KTM-komuter ke Shah Alam. Lama juga kami menunggu. Kami turun tangga bergerak, menanti di Stesen No. 5 ke Pelabuhan Klang. Terkejut kami, manusia begitu ramai memenuhi stesen. Ada yang sedang marah2, ada yang sedang duduk santai, dan macam2 ragam lagilah. Rupa2nya sudah beberapa kali train sampai tetapi mereka tidak berjaya menaikinya kerana kepadatan yang melampau. Aku dan Bella, terus memasuki barisan dan setia menunggu.

Pengumuman bergema di ruangan stesen menyatakan Train ke Pelabuhan Kelang akan sampai dalam masa beberapa minit lagi. Rupanya sudah beberapa kali train ke Pelabuhan Kelang tertangguh kerana sedikit masalah. Bayangkan lebih kurang 5 train ke Rawang sampai sama dengan 1 kali train ke Pelabuhan Klang sampai. Fuuh.. Nasib baik, aku tidaklah mahu cepat atau tergesa2, jadi aku dan Bella masih boleh bersabar.

Train sampai. Owh tidak!! Padat, sangat padat. Aku dan Bella walaupun bertubuh kecik masih tidak mampu untuk memuatkan diri ke dalam train. (tiba2 teringat video rakyat jepun yang cuba sedaya upaya untuk memasuki train yang sangat padat..begitulah gayanya kami ketika itu..huhu...) Aku dan Bella membuat keputusan untuk menaiki train yang seterusnya.

Train berikutnya tiba dengan muatan yang sama. Aku merasa sesak melihat keadaan di dalam train tersebut. Itu belum lagi aku memasuki perutnya.Huh... Doaku agar kali ni kami dapat menaikinya. Doaku juga agar kami tidak berada di kalangan lelaki. Fuuh..sangat menakutkan!

Alhamdulillah, kami berjaya menyelitkan diri kami masuk ke dalam train kira2 jam 9malam. Tapi, ada seseorang telah terjatuh kasutnya di landasan. Maafkan aku! Aku tidak mampu untuk menolongnya!

Dalam train-Di hadapan ku ada Kak Liyana dan dua lagi kakak yang aku lupa namanya (kami berta'ruf dalam ke'sardin'an tersebut...huhu...), Bella di sebelahku... Aku cuba berpaling untuk melihat siapa di belakangku.. Astaghfirullah... semuanya lelaki.. Owh tidak...Aku rasa tidak selesa, sangat tidak selesa...Nasib baik aku menyandang beg laptop yang besar di belakang. Sekurang2nya ia menjadi penghadangku di belakang. Ya Allah, Kau cepatkanlah perjalanan ini...

Kami masih boleh bertahan, nasib baik ada kakak bertiga di hadapanku. Masa itulah kami berta'aruf. Sekurang2nya dapat mengurangkan ketidakselesaanku. Train berhenti di stesen pertama. Aku mengharapkan muatan berkuarangan. Rupanya tidak! Tiada siapa yang sudi keluar... Sakitnya badanku. Aku terpaksa menanggung beban laptop di belakang +bebanan sandaran orang2 di belakangku... Inilah tarbiyah menguji kesabaran... Aku mesti kuat!

Tiba2, Bella pegang tanganku, katanya, "Nik, aku tak tahan!" Aku lihat wajahnya, 'Bella!' Wajahnya sangat pucat, bibirnya putih sangat. Aku ingin membantu menyejukkan badannya, tapi, aku tidak boleh bergerak. Aku dihimpit dan sangat terhimpit... Aku cuba untuk menolak bebanan di belakangku untuk membuka ruang buat Bella... 'Bella ok?' Bella senyap.pejam mata... Aku gosok2 tangannya untuk melancarkan aliran darahnya...'Bella ok?' Bella senyap tidak menjawab. matanya, sekejap pejam dan sekejap buka... 'Bella, tolong jawab!', akhirnya aku melihat dia menganggukkan kepala. Alhamdulilah, Bella masih sedar.

Aku cuba mengipaskan wajah Bella, lap peluhnya. Wajahnya masih lagi teramat pucat. Kakinya kukira sangat tidak kuat untuk berdiri. Macam mana ye??? Aku buntu. Bukan tiada cara, tapi, aku sangat tidak boleh bergerak. Ohhh.. bebanku di belakang, tidak nampakkah keadaan itu sehinggakan dia tidak mahu berganjak sedikitpun... Tolonglah! Aku gagahkan diri menolak orang belakang, cuba untuk membuka ruang buat Bella. Dan, akhirnya train berhenti di satu lagi stesen menyebabkan beberapa orang keluar daripada perutnya. Sebaik sahaja orang tersebut keluar, aku berpusing memberi isyarat pada Kak Liyana untuk meminta tempat duduk. Kak Liyana bersusah payah bergerak untuk meminta tempat duduk. Alhamdulillah, dia berjaya mendapatkannya. Kak Liyana memapah Bella untuk duduk. Alhamdulillah, selesai satu masalah!

Tiba di Subang, barulah perut train sedikit punyai ruang. Tapi, tetap padat! Akhirnya Alhamdulillah, kami tiba di Shah Alam. Aku dan Bella cepat2 keluar melarikan diri daripada kesesakan. Bella sudah OK! Alhamdulillah. Sungguh, inilah tarbiyah yang menuntut infiniti kesabaran. Pelbagai ragam manusia yang perlu kami hadapi. Di KL Sentral, ada seorang perempuan yang sudah hilang kesabaran menyebabkan dia menjerit memarahi orang yang asyik bertolak2. Takut aku dibuatnya! Ada yang lebih malang apabila kasutnya terjatuh ke landasan. Dan yang paling penat kukira adalah para pengawal di stesen. Penat untuk menghalang manusia yang berpusu2 tidak mendengar arahan. Dan, Bella yang sesak nafas dan mahu pitam. Semua itu sangat menguji kesabaran.

Tapi, ada satu perkara baik berlaku. Aku dan Bella dapat mengenali tiga orang kakak di dalam train, yang kulihat sangat sabar orangnya. Masih mampu melemparkan senyuman dan bertegur sapa dengan kami dan melayan kami dalam kekalutan di dalam komuter... Alhamdulillah...Itulah kesabaran yang sememangnya dituntut.

Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah, 2:153)

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Anfal, 8:66)

PRO-M Menang Besar di UIA

Salam ‘alaik.
Sekian lama kesibukan melanda, akhirnya, menjelang kelmarin ia reda jua.. Alhamdulillah…Allah memberikan pejuang Pro Mahasiswa UIA satu nikmat kemenangan yang besar. Setelah sekian lama bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Kampus(PRK) UIA, akhirnya 22hb Januari tibalah waktu yang sekian lama dinanti itu. Berbekalkan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal… Akhirnya, pejuang Pro Mahasiswa UIA mampu untuk menitiskan air mata kegembiraan pada kira2 jam 6.30 petang di Experimental Hall ADM Building. Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar doa hambaNya. Allah juga Maha Mengetahui setiap usaha hambaNya. Masing2 bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi PRK. Bagi sesetengah mahasiswa, ia(PRK) bukanlah sesuatu yang penting dan perlu diambil perhatian, tetapi, bagi Pro Mahasiswa, ia merupakan satu titik perjuangan yang sangat penting. Mereka bersekang mata, sanggup berjaga malam, sanggup meninggalkan urusan pelajaran buat sementara waktu semata2 untuk menyumbang tenaga kepada perjuangan. Sungguh, sangat manis perjuangan ini disulami dengan sedikit kepahitan, kesusahan dan cabaran .

Itulah Pro Mahasiswa yang bertungkus lumus demi menegakkan Islam tercinta, ingin meneruskan pembinaan kerajaan Islam, Kebenaran dan Keadilan di bumi UIA. Dan… Tahun ini menyaksikan satu kemenangan besar bagi mereka dengan hampir menyapu bersih setiap kerusi yang dipertandingkan. Alhamdulillah. Di Gombak, Aspirasi yang diwakili oleh GPMS berjaya memenangi sebuah kerusi di Kuliyah of Architecture dan sebuah kerusi lagi dimenangi oleh PKPIM di Kuliyah of Economics. Sungguh besar nikmat Allah ini. Merasai kemenangan setelah penat berjuang.PRK yang dinanti dan dijangka diadakan pada tarikh 19hb Januari akhirnya ditunda kepada 22hb Januari kerana krisis air yang melanda bumi Gombak. Sunggh besar kekuasaan Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Sungguh, ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Tidak perlulah bercerita panjang lagi. Apabila Pro Mahasiswa menang bermakna Amar Makruf Nahi Munkar akan terus berjalan di UIA insya Allah. Seiring dengan kemenangan Parti Islam Semalaysia di Kuala Terengganu melambangkan bahawa anak muda dan para pengundi memang hebat! Mereka semua sudah mula celik, sudah mula melihat dan meneliti setiap satu yang terbaik untuk dipilih. Syabas buat para pengundi yang terus memilih Pro Mahasiswa di kampus sebagai SRC juga syabas buat para pengundi yang terus memilih PAS sebagai pemegang tampuk pimpinan di Kuala Terengganu. Tahniah!!! Setinggi2 tahniah juga buat semua calon SRC 09 yang sudah bertungkus lumus dan berkorban masa dan tenaga demi menegakkan Islam tercinta di bumi UIA. Berikut merupakan senarai calon2 yang bertanding juga pemenangnya di UIA Gombak:


KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES

AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD FAISAL BIN AZIZ - 590 VOTES
MOHD ADLI ZAKWAN –556 VOTES

KULLIYYAH OF ENGINEERING
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)
NOR HANI – 699 VOTES

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
SYAZWANI – 724 VOTES

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
NORAFIZAN – 380 VOTES
KHAIROL – 367 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)
MOHD KHAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
MOHD AZIZAT – 257 VOTES

Fakta Nombor : 10/12 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa di Gombak
8/10 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa di Kuantan


Tidak kurang juga...SYABAS buat Pro-M di UM yang turut memenangi PRK lalu. Tahniah kerana dapat menghadapi segala fitnah yang dilontarkan pada kalian. TAHNIAH!


-WE LOVE IIUM-

Ahad, Januari 11, 2009

Sehari demi sehari...
Bumi Ghaza, Palestin semakin dibanjiri darah.
Sedih sangat sedih...
Siapa kata kita di sini miskin?
Siapa kata kita di sini tidak bertuah?
Siapa kata kita di sini tidak bernasib baik?
Di sana, semua merana.
Nyawa bagaikan tiada harga.
Tergamak mereka...
Melihat si kecil mati dalam keadaan ngeri!!!
Mereka tidak berdosa...
Jahanam Yahudi...Jahanam!!!
Boikot Yahudi...Boikot!!!

Selasa, Januari 06, 2009




Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama front-front mahasiswa Islam dan bukan Islam serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat, 9 Jan 2009. Presiden GAMIS ketika dihubungi Gamis Daily mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Islam akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat tersebut. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.

sumber : Gamis Daily & Aman Palestin


Ahad, Januari 04, 2009

Demostrasi bantah Israel, UIAM-2 Januari











Laungan Mahasiswa bergema...
Hidup2, hidup Islam!!!
Hancur2, hancur kuffar!!!


gambar daripada : Gamisdaily.com, berita penuh : Gamisdaily.com

Sabtu, Januari 03, 2009

Di Tag!

Peraturan untuk menerima award ini ialah:


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag


1)


2)Kak Long aka Afzan

3)sepuluh fakta/hobi diriku :
-rupa2nya saat demi saat berlalu, detik demi detik pergi, umurku bukanlah semakin muda tetapi bertambah pula angkanya... Adakah kita ini manusia yang hidup selamanya?

-Kita kena berusaha, mencuba sebaik dan sehabis mungkin... Barulah bermakna hidup ini... Andai terjatuh, bangkitlah kembali... Bukankah itu yang harus kita lakukan?

-Seni dan binaan, ia hidup, punyai jiwa... Cuba rasainya... Ia punya perasaan... Perasaan yang cuba dijelaskan oleh penciptanya...dakwah bukan tanggunjawab mereka yang spesifikasi dalam bidang agama sahaja...seni dan binaan juga... kita semua punya peranan... bukankah itu ertinya kita hidup didunia ini?

- walau dibumi manapun kita berpijak, sedarlah suatu hari kita tetap akan kembali ke dalam perutnya... siapakah yang boleh menyangkal itu?

-Sekali fikiran aku begitu, sekejap lagi fikiran aku berubah... Hakikatnya kita ini manusia yang punya sifat berbeza.. punya nafsu yang kadangkala kita tidak dapat melawannya... Kadang2 akal berbicara waras, kadang2 akal berbicara gila...Kita ini hanya seorang manusia..Tiada siapa yang sempurna melainkan Dia Sang Pencipta...

-Sifat takut itu ada... sentiasa ada...Tapi, kita perlu melawannya.. Bangun, bangkit, sedarlah... kita seorang manusia yang ditugaskan untuk mempertahankannya, Islam tercinta...

-Setiap kita punya cita2 dan impian... Jangan takut untuk menanam ia, jangan juga lambat kita menanam ia, takut kita terlebih dahulu matang sebelum cita2 bercambah...Kerana... kita tidak lagi punya banyak masa.

-Jadilah kuat, bantulah umat! Allah menjadi matlamat!

-Selalu saja kita dilupakan, dilalaikan, dilaghokan... Tapi, bertuahnya kita punya ramai teman... yang membantu untuk mengingatkan... Bukankah itu sesuatu yang baik? Bersyukurlah di atas kurniaan ini... Kita jatuh dan bangun bersama... Kita tidak kesorangan... Sahabat ada bersama... Hargailah selagi mana kita dan dia masih ada...

-Terima kasih semua!


4)10 penerima award ini seterusnya

Nad
Bella
Mar
Aja
Tiha
Nelza
Irah
Kak Wani
Moon
Farah

Jumaat, Januari 02, 2009

Jutaan penduduk dunia protes keganasan rejim Yahudi-Utusan Malaysia



sebahagian penduduk Islam Australia berhimpun di sebuah taman di Sydney untuk menunaikan solat Jumaat dan mengadakan protes besar-besaran terhadap keganasan Israel ke atas penduduk Palestin, semalam.

- AFP
JAKARTA 2 Jan. - Penduduk dunia menyertai protes antarabangsa bagi membantah serangan Israel ke atas Genting Gaza yang genap seminggu hari ini serta mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong sekutu rapatnya itu.

Serangan hari ketujuh oleh tentera Yahudi ke atas penduduk Palestin setakat ini telah meragut 420 nyawa dan mencederakan 2,100 yang lain.

Di Indonesia, puluhan ribu penduduk beragama Islam berarak di Jakarta selepas solat Jumaat menuju ke kedutaan AS di sini sambil mengusung roket-roket palsu yang bertulis "Sasaran: Tel Aviv, Israel".

Wanita dan kanak-kanak turut serta dalam perarakan anjuran Parti Keadilan Sejahtera itu sambil mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin serta melaungkan "Allahu Akbar"

Kutipan derma yang disasarkan sebanyak AS$200,000 (RM693,400) untuk disumbangkan kepada penduduk Palestin turut diadakan pada perarakan yang disertai oleh 200,000 orang itu.

Protes turut dijalankan di bandar-bandar lain di Indonesia selepas solat Jumaat dalam bantahan terbesar sejak Israel mula membedil Gaza.

Ratusan penduduk Islam di Srinagar, Kashmir pula membakar bendera Israel sambil melaungkan slogan anti-Yahudi dan anti-AS

Mereka juga mengibarkan bendera Palestin dan potret ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Kashmir sendiri sudah dua dekad mengalami pemberontakan bagi menentang pemerintahan India yang telah meragut lebih 47,000 nyawa.

Sementara itu, lebih 1,000 penduduk Afghanistan tidak ketinggalan menyertai demonstrasi mengutuk Israel, hari ini.

Protes di bandar Herat itu turut menyaksikan bendera Israel dicarik hingga koyak dan patung Presiden Israel, Shimon Peres dibakar.

"Ini adalah perang antara Islam dan orang kafir. Kami mengumumkan jihad di wilayah ini bagi menentang mereka yang mengiktiraf Israel sebagai negara dan menyokongnya," kata seorang imam, Farooq Hussaini.

Di Kabul, seramai 3,000 orang berkumpul di sebuah masjid utama mengadakan perarakan selepas solat Jumaat dengan mengutuk Israel, AS dan penyokong mereka serta membakar bendera AS dan Britain.

Sementara itu, ribuan penduduk Islam di Australia pula berarak di Sydney hari ini bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengutuk serangan oleh Israel.

Lebih 4,000 berarak sambil membawa bendera Palestin di Parry Park dan mengecam tindakan kejam tentera Yahudi.

"Israel melancarkan tindakan pengganas dan di luar batas kemanusiaan maka menjadi tanggungjawab semua orang yang percaya pada kebebasan untuk menyokong agar tindakan kejam ini dihentikan," kata seorang imam, Ibrahim Abu Mohammad.

Para penunjuk perasaan itu kemudiannya menunaikan solat Jumaat di taman berkenaan sebelum meneruskan protes tersebut.

Di Filipina, puluhan penunjuk perasaan berkumpul di Manila dengan membawa sepanduk yang menyifatkan negara Yahudi itu "pembunuh kanak-kanak" dan "penjenayah perang."

"Ini adalah serangan oleh angkatan tentera antara terkuat di dunia ke atas penduduk yang hanya mampu menyerang balas dengan roket lama, kayu dan batu," kata penganjurnya, Reihana Melencio.

- Agensi

Sedarlah, kita bertuah punya masa untuk mengikuti pembelajaran.

Sedarlah, kita bertuah punya keamanan,

Sedarlah, kita bertuah boleh bergelak ketawa,

Sedarlah, kita bertuah punya walau sedikit wang,

Sedarlah, kita bertuah dengan hanya sesuap makan...

Sedarlah, bahawa kita sentiasa perlu disedarkan...

Kerana kita sering menyangka kita tidak bertuah...

Pada hakikatnya kita sangat2 bertuah...

Ya... kita sangat bertuah...

Jadi, berikanlah sedikit tuah kita kepada mereka..

Berdoalah demi kesejahteraan saudara kita di sana...

Kerana mungkin hanya itu yang paling kita mampu lakukan...

TAKBIR!!


Qunut Nazilah


'Ya Allah, kami letakkan Kau di batang leher musuh kami,
dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka,
cerai beraikan pakatan mereka,

goncangkan pendirian mereka,

hantarkan anjing2 kami ke atas mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran,

Wahai Tuhan Yang Menggerakkan Awan,

Wahai Tuhan Yang Mengalahkan Barisan Tentera Ahzab,

kalahkanlah mereka,

menangkanlah kami ke atas mereka...Amin...'