Jumaat, Februari 27, 2009

Saat jari menari



Salam 'Alaik.
Lama rasanya jariku tidak bermarathon di papan kekunci. Banyak, sungguh, sangat banyak yang ingin aku tulis dan kongsi bersama kalian, namun, gara2 kesuntukan masa aku tidak berjaya meluangkan masa sedikitpun untuk menaip. Sekarang 1.48am waktu Malaysia, selepas menghantar e-mail kepada Dr Aniza atas urusan Minggu Ghaza, aku ingin meluangkan sedikit masa untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat.

Benarkan, dalam sehari kita akan kelaparan jika tidak makan... Betul kan?! Samalah juga, andai hati kita tidak diisi dengan makanan rohani, kita juga pasti akan kelaparan. Kalau ingin bercakap pasal makanan rohani, banyaklah yang ingin ceritakan. Tapi, hari ini aku hanya ingin menulis pasal muhasabah masa.

Masa... sudah banyak kali kita diingatkan tentang masa. Kepentingan masa dan sebagainya. Beginilah, aku ingin bermain matematik mudah hari ini... Siapa boleh jawab... 24 bahagi 3 berapa? 24/3=8... Betul tak? Dalam sehari kita punya 24jam bukan? Cantiknya masa yang Allah kurniakan pada kita. Sedar atau tidak, pembahagian masa ada 3 iaitu 8jam kerja (dunia), 8jam rehat (tidur), 8 jam ibadat (akhirat)...

Sekarang, cuba hitung... Timbangan masa kita lebih berat pada bahagian mana? Ya Allah... rupanya aku sendiri kadang2 (rasanya sentiasa, sering dan selalu) terberat pada sebelah dunia. Jadi, bila dihitung begitu, rasa2nya di tempat mana pula kita akan diletakkan di akhirat nanti... Neraka, na'udzubillah, Syurga, layakkah?

Betapa aku tidak berlaku adil pada diri sendiri juga masa. Ya Allah, diri ini mengharapkan seribu keampunanMu...

Jadi, adakah patut bila diajak ke arah kebaikan, kita menolak dengan beralasan tidak cukup masa dan banyak kerja, dan banyak itu dan banyak ini... Macam mana pula dengan hak masa untuk mengutip bekalan akhirat...Hmmm...

Yakinkah kita hidup ini masih lama???

Aku bimbang, esok aku bangkit, dunia gelap gelita, rupa2nya aku bukan lagi di dunia...

Ya Allah...

Ya Allah...
Aku masih tidak bersedia sebenarnya...
Bekalku sedikit, hari2ku penuh mengutip dosa tanpa disangka...

Ya Allah...
Andai diri ini ditarik nyawa, aku pinta, aku mohon...
Tika itu aku sedang bermunajat padaMu,
Tika itu aku sedang bersujud padaMu,
Tika itu aku sedang menyebut namaMu...
Aku tersenyum, tenang dan senang...
Saat itu, cintaku yang tertinggi untuk MU...
Amiin...

Selasa, Februari 24, 2009

IBRAH

Salam.

Beberapa hari yang lalu abang sulungku (Muhammad Fathi) telefon (sebenarnya dia miss called suruh aku call balik..huhu~ apa daa...) Ada satu permintaan katanya. Beliau menyuruhku buka HarakahDaily dan baca satu kisah yang sangat menarik. Aku yang amat sibuk beberapa hari ini cuba juga meluangkan sedikit masa untuk online. Benarlah kata Muhammad Fathi, ceritanya menarik. Dan aku dengan sukacitanya ingin berkongsi kisah ini dengan kalian semua...

Minta izin copy ya Harakah Daily.. ;)

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
Azamin Amin
Thu | Feb 19, 09 | 10:35:48 am MYT

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

sumber : Harakah Daily

Ahad, Februari 15, 2009

Misi Dakwah di BESUT!

Hari ini(Jumaat) Kak Zizi ke bilikku. Menjengukku dari Mahallah Halimah. Memang selalunya aku jarang ada di bilik. Malah, aku terasa sesuatu yang amat pelik apabila aku pulang ke bilik awal.Tapi, malam ini aku agak kosong.Hari ini aku cek buku perancangan tahunanku. Ya Allah, aku terlupa sesuatu semalam. Liqa’ HISMAT. MasyaAllah, maafkan aku wahai warga HISMAT semua, aku terlupa! Selain itu, ada satukKuliah yang sepatutnya aku hadiri semalam tapi telah dibatalkan. Mungkin ustaz ada urusan. Dengan terbatalnya kuliah tersebut, dan aku terlupa tentang liqa’, Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Kehadiran Kak Zizi ke bilikku telah membuka ruang kepada kami untuk membincangkan tentang suatu perancangan yang besar.

Kenal kami secara kebetulan apabila aku menggantikan Kak Has mengendalikan Study Circle (halaqah)nya kerana secara tiba2 Kak Has dipanggil ke site. Dan sejak saat itu, Allah memanjangkan jodoh kami dengan pertemuan demi pertemuan. Alhamdulillah, aku tahu Allah ingin menunjukkan aku sesuatu. Ada hikmah apabila aku menggantikan Kak Has hari itu. Alhamdulillah.

Secara tidak sengaja Kak Zizi membuka topik tentang ‘hometown’ kami iaitu Besut. Aku dapati rupa2nya cita2ku dan Kak Zizi hampir sama. Aku sering bercita2 untuk membawa dan menggerakkan usrah di sekolahku (MRSM KOPU), tapi, dengan hanya tenaga aku seorang…Adakah aku mampu? Sehinggalah hari ini aku temui sedikit ruang dan peluang dalam menjayakan cita2 aku itu.

Aku hanya mengenali usrah ketika aku di PJ. Aku sangat sedih, mengapa sewaktu di sekolah dulu tiada dibuat sistem seperti ini. Di saat sahabat2ku sudah memahami mengapa perlu usrah dan sebagainya, aku masih baru ingin mengenal dan memahami maksud usrah itu sendiri… Lalu, dari situlah hadirnya cita2ku untuk menjayakan usrah di sekolah kerana aku tidak mahu adik2ku di situ menjadi sepertiku yang lambat mengenali dunia usrah.

Bagaimana ingin menjayakan perancangan ini? Kak Zizi sibuk memikirkannya, aku nampak kesungguhannya dalam menjayakan perancangan ini. Langkah pertama, kumpulkan warga Besut yang ada pemahaman mendalam tentang usrah dan halaqah. Tapi, ramaikah warga Besut seperti ini?. Insya -Allah mesti ada. Kami merangka dan terus merangka.

Kak Zizi sempat menuliskan sesuatu di dalam buku. ‘Pengurusan yang baik’. Kak Zizi mencoretkan tajuknya, lalu digariskan. 1) Al-‘iman al ‘amiq (Iman yang mendalam), 2) Al-takwin al daqiq (Perancangan yang rapi), 3) Al jihad al mutawasil (Jihad berterusan). Kak Zizi lalu menunjukkan kepadaku, kata Kak Zizi, dalam menjayakan projek ini, kita perlukan ini. Aku mengangguk dan mengiakan tanda faham.

Panjang bicara kami sebenarnya. Tapi, agenda utama pertemuan kami hari ini adalah untuk membincangakan tentang pengislahan yang ingin kami jalankan di Besut. Pada awalnya, Nampak seperti mustahil, tapi, insyaAllah, ia bukanlah sesuatu yang mustahil apabila disertai dengan kesungguhan, doa , usaha, ikhtiar, dan tawakkal. insyaAllah. Kata orang, dalam dakwah ini tiada rehatnya. Jadi mulai daripada hari ini aku perlu lebih gigih berusaha. Berusahalah!

Rabu, Februari 11, 2009

Mengapa Tutup Aurat 2

Tujuan aurat ditutup mengikut istilah syarak ialah :

1) Wajib ditutup di dalam solat untuk mengelak daripada godaan syaitan dan tidak sah andai terbuka kerana tutupan waktu itu khusus untuk waktu solat.

2) Khalayak ramai atau sebaliknya aurat adalah haram didedah dan dilihat untuk mengelak daripada kejahatan dan maksiat.

3) Untuk menjaga maruah dan harga diri, aurat wajib ditutup dan malu sekiranya dibuka, sesiapa yang membuka aurat tanpa rasa malu maka, ia tergolong dalam golongan orang yang tidak malu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

‘ Maka sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah apa yang kamu suka.’


Ketika aku menuntut di Madrasah Diniyyah Bakriyah, Pondok Pasir Tumbuh, setiap pelajar perempuan (muslimat) dikehendaki memakai niqab. Tidak terkecuali aku dan sahabat2ku. Dalam satu Kuliyah Fiqh (Kitab matlain badrain), kami mempersoalkan mengapa harus berpurdah. Ustaz dengan dalil2nya sangat meyakinkan kami bahawa wanita itu memang wajib berpurdah. Aku tidak pandai untuk menjelaskan di sini kerana aku sendiri tidak arif dengan istilah2 hukum yang dinyatakan. (masih mencari buku hukum berniqab) Tapi, dengan keadaan tempat, waktu dan persekitaranku di KAED dan UIA aku memegang pada hukum yang lebih ringan iaitu boleh tidak memakai niqab. (minta bantuan sahabat2 untuk menjelaskan lebih terperinci di sini).



Di sini bukanlah aku ingin mengemukakan tentang hukum berniqab dan sebagainya(sungguh, aku tidak arif dalam menyatakan hukum). Cuma aku ingin berkongsi perasaan apabila aku berniqab. Apabila aku berpakaian lengkap berniqab, aku merasakan satu perasaan yang sangat tenang. Terasa diri ini lebih terjaga dan dihormati sebagai seorang perempuan. Begitulah juga kata sahabat2ku. Itulah juga sebenarnya tujuan menutup aurat. Untuk merasa lebih terjaga akhlak kita, sahsiah kita, begitu juga pandangan orang terhadap kita. Dan, yang paling penting…peroleh ketenangan insyaAllah.



Seorang makcik bertanya di dalam kuliyah tersebut, ‘Ustaz, kalau macam makcik yang dah tua ni, perlu berniqab jugak ke? Ye la, kita ni kan dah tua… Takde orang pandang dah…’



Aku cuma ingin gunakan jawapan ustaz di sini, ‘ Makcik, makcik tahu ke apa ‘taste’ orang lelaki? Boleh jadi dia minat orang yang berumur, boleh jadi dia minat orang yang muda, boleh jadi dia minat yang putih, boleh jadi dia minat yang gelap dan sebagainya…’ Err..Kami terdiam. Ya tak ya juga. Zaman sekarang ni macam2 boleh jadi.



Begitulah hakikatnya menutup aurat. Tidak dinafikan lagi, menutup aurat ini salah satu cara untuk mengelakkan fitnah dan maksiat. Tidak perlulah melihat kepada keperluan niqab dahulu. Di sini aku sekadar ingin membuat perumpamaan. Bagi yang masih dalam fasa cuba2, jangan segan…silalah cuba2 pakai tudung sedikit demi sedikit. Moga2, kalian terus istiqamah dengannya insyaAllah. Perlahan2 membuat perubahan. Tidak perlulah mendadak dan drastik kerana Rasulullah SAW sendiri suka akan sesuatu yang dibuat sedikit tetapi istiqamah.



Maaf. Satu ungkapan bagiku untuk menyangkal fikiran sesetengah golongan yang masih tidak faham tentang keperluan menutup aurat. Ada yang bertegas, ‘ Dalam Islam sendiri Allah melihat pada hati seseorang kan? Dalam hati tidak sama dengan di luar. Siapa tahu hati mereka yang tidak bertudung lebih baik daripada hati mereka yang bertudung…Jadi, apa gunanya bertudung??’ Huh.. susah juga untuk aku mencari jawapan kepada persoalan seperti ini… Sekali lagi aku bukanlah seorang yang arif. Tapi, akan kucuba perbetulkan apa yang aku tahu…



Memang Allah melihat pada hati kita. Malah, tak usahlah kita mengatakan hati kita ikhlas terhadap sesuatu perkara sedangkan pada hakikatnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui, siapakah di kalangan hambanya yeng lebih ikhlas… Tapi, kita sebagai orang Islam bukankah hidup berpandukan Al- Quran dan Sunnah? Adakah kita ingin menolak perlembagaan dan hukum yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah semata2 kerana hati kita lebih baik?!! Ohh..tidak, what I’m trying to say?? (sangat berharap sahabat2 dapat memberikan hujah yang lebih baik dan MANTHOP! Hujah yang terang dan jelas.) Apa yang ingin aku sampaika ringkas. Bagiku, hati, akhlak dan perlakuan yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah itulah yang terbaik. Menutup aurat, ada garis panduannya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, bukankah itu yang terbaik?!



Firman Allah SWT yang bermaksud,

‘Wahai nabi, suruhlah isteri2mu, dan anak2 perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh apabila mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik2. Maka dengan itu, mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun dan Penyayang.’

(Al Ahzab : 59)



Jika ingin bercakap tentang aurat, sangat panjang perbahasannya. Aku ingin sekali berterima kasih kepada sahabatku yang telah mengemukakan tentang isu ini menyebabkan aku lebih banyak berfikir dan mentelaah buku2 rujukan… Mungkin, aku perlu mencari lebih banyak buku rujukan selepas ini. Benarlah kata orang, semakin banyak kita belajar, semakin banyak rupanya kita tidak tahu… Sungguh, perbahasan tentang aurat sangat panjang. Aku perlukan bantuan sahabat2 untuk memberikan hujah yang lebih bernas. Yang lebih berhikmah untuk menarik sahabat2 kita di luar sana…Aku masih baru merangkak dalam dunia penyampaian ini. Masih cuba2 untuk menyampaikan sedikit ilmu yang aku tahu…Andai ada yang salah, perbetulkanlah. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah tetapi disandarkan pada kelemahanku sendiri…

Wallahu’alam…

Dia Ayatul Akhras



9 Februari 2009-Liqa’ tafaqquh.

Kurasaka sudah lama benar jiwa ini kosong sehinggalah malam itu aku dijemput untuk menghadiri liqa’ tafaqquh. Banyak ilmu yang aku dapat dari mengikuti liqa’ tersebut. Dan ustaz ada menyebut tentang seorang syahidah yang bernama Ayatulakhras. Fikiran ku berputar, melayang2 mengimbas, di mana pernah aku dengar nama tersebut… Dan baru aku ingat, di dalam blog miliknya Kak Busra kalau tak silap.

Selama ini, tidak pernah ku tahu siapakah Ayatulakhras. Rupanya beliau seorang syahidah muda yang berani berkorban untuk Negara dan agamanya. Oleh kerana sangat tertarik dengan nama Ayatulakhras, aku segera mencari informasinya di internet. Dan, Alhamdulillah, hasil pencarianku berjaya. (sangat ketinggalan kerana seorang aku tidak mengetahui akan kisah ini)

Aku sangat mengagumi Ayatul Akhras yang masih muda tapi berjiwa besar…

Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita? Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan, atau gugur di medan Jihad?

Dia hanyalah seorang putri yang masih belajar.

Paginya dia mempersiapkan diri, berpakaian lengkap berseragam.

Bersiap sedia untuk ke sekolah.

Dia lantas mencium dan meminta restu ibunya.

Ada tugas tambahan, hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,”

Hanya doa ibu yang saya harap!”

Kemudian diam. Tiada kata2 lagi keluar dari bibirnya.

Mencium tangan ibunya dan memeluk erat ibunya.

Bersama Samaah adiknya dia bergegas ke sekolah.

Jam 10 Palestin. Radio Israel memberitakan tentang sebuah kejadian ledakan bom.

Ibu Akhras tidak sedap hati. Firasatnya…

Samaah pulang keseorangan, tidak dengan kakaknya Akhras…

Firasat sang ibu semakin dirasakan benar.

Jangan cemas dan takut Allah selalu bersama orang-orang beriman, sampaikan salam buat semua dan berdoalah, mudah-mudahan Allah memberi pengampunan dan kemenangan!”.

Hanya sebuah bait kata Akhras ditutur Samaah.

Dulu Akhras selalu kata, Jihad itu kewajiban setiap Muslim, termasuk wanita, mengapa kita harus membiarkan nyawa kita terenggut sia-sia oleh kebiadaban Zionis Israel? Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lainnya, bukan sebaliknya.

Cerita Samaah:

Saya lihat cahaya di mukanya dan rona kebahagiaan tak pernah dilihat sebelumnya’

Sambil memberi sepotong Coklat manis, Ayat berkata lirih, Solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini.’

Tugas apa?

Hari ini kamu akan mendengar suatu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya pada Akh Saadi(bakal suami Akhras),tutur Akhras sambil memberikan secarik kertas.

Bila membaca kisahnya Akhras, aku sangat mengagumi semangatnya dan cintNya pada Allah melebihi segalanya. Itulah contoh seorang mujahidah yang benar2 sanggup berkorban demi Negara dan agamanya. Sehingga hari ini namanya masih disebut sebagai seorang mujahidah contoh begitu juga dengan Zainab Al Ghazali yang namanya tercatat dalam banyak tulisan perjuangan. Semoga mereka tergolong di kalangan syuhada terbilang. Amiin.

Andaikan sahaja kita rakyat Palestin!

Wallahu’alam.