Isnin, November 17, 2008

Engkau apa yang kau fikir2-jangan takut!!

Mengapa kita harus takut untuk menjadi takut?? Takut bukanlah kelemahan.. Takut adalah….sekadar takut…ya.. sekadar takut!!Semua orang juga milikinya..

Hari ini sudah beberapa hari aku berada di rumah..Apa yang aku dah buat ye?? Banyak..banyak sangat tengok tv.. ish3..apa nak jadi lah.. Hari ini aku telah membaca sesuatu yang membuatkan aku tersedar dari tidur..Yaa.. Aku perlu bangkit!!

Pernah kah... kalian rasa takut?? Aku baru sedar sebenarnya selama ini.. aku hidup dalam ketakutan.. sentiasa.. Aku takut untuk gagal.. takut untuk kalah..takut untuk menempuh cabaran.. Sebenarnya aku telah menanam sesuatu, terasa tidak mahu meneruskan pengajian senibina.. Dan hari ini aku tersedar. Bukanlah aku tidak minat.. tapi.. hanya kerana aku TAKUT.. huh.. takut??!! Kenapa mesti takut?? Kerana aku rasa aku hampir bertemu kegagalan.. Aku tidak rasa aku telah melakukan yang terbaik untuk ‘final exam’ baru2 ini.. aku takut persepsi orang terhadapku apabila aku mendapat markah rendah.. Memang.. aku sangat takut..

‘ Cikgu, saya rasa saya nak jadi arkitek.. saya nekad.. nak lari sikit daripada biologi..’

‘Awak yakin ke??’

‘Insya-Allah..ini firasat saya.. sebenarnya saya amat berminat dengan psikologi.. tapi, sebab cikgu tak galakkan ambik psikologi, saya cuba cari bidang lain.. dan saya jumpa senibina… saya buat ujian minda.. dan kebolehan saya lebih kepada pemikiran visual…insya Allah’

Ingat lagi semasa di sekolah menengah.. susahnya nak menentukan apa minatku. Bilik kaunseling sentiasa aku kunjungi untuk meminta pendapat guru..Dan, akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambil bidang senibina sebagai ‘core business’.. Tiada halangan daripada sesiapa. Tapi, aku tahu sebenarnya ramai yang mengharapkan aku ambik ‘medic’.. huh??!! Ini pilihanku.. dan UIA juga pilihanku.. Alhamdulillah.. sekarang aku bersama pilihanku.. Tapi…

Kenapa aku harus berputus asa sekarang??!! Aku sudah melalui separuh jalan.. Ke mana perginya semangat seorang ‘aku’ dahulu??!! Yang sentiasa yakinkan kebolehan diri.. Hmmm.. Mengapa harus sekarang aku merasa teramat lemah?? Aku tidak boleh begini.. Ini semua gara2 aku TAKUT.. Sebenarnya… Ya.. Aku takut.. aku takut untuk menghadapi kegagalan.. dan aku takut untuk menghadapi hari2 projek yang akan datang..Aku takut untuk tidak bertemu masa lapang.. Tapi, kenapa??Kenapa mahu takut?? Kenapa harus takut?? Hakikatnya.. Inilah cabaran hidup.. Hadapi dan lawan ketakutan itu untuk BERJAYA..

Terbaca artikel ‘jangan takut’ oleh Pahrol Mohamed Juoi. Pertama, jangan takut.. sebab kita bukan keseorangan.. Allahuma’ana.. Kedua, jangan cuba lari, hadapi ketakutan itu.. Ya, aku perlu hadapinya.. Mengapa harus berputus asa?? Aku bukan seorang dan aku tidak boleh lari daripada ketakutan… Dalam tulisan Pahrol juga, beliau ada menulis begini..orang yang berjaya dalam hidup selalunya tidak menamakan kegagalan sebagai satu kegagalan selepas mengambil sesuatu tindakan, sebaliknya mereka menamakannya sebagai maklumbalas yang kemudiannya diterjemahkan sebagai ilmu dan pengalaman..Percayalah..Tindakan kita menghadapi ketakutan dalam hidup akan memutuskan rantai2 yang membelenggu kemajuan kita dalam penjara ketakutan itu..

Kata Pahrol lagi, ada tiga jenis golongan dalam menghadapi ketakutan..

1) Orang yang lari dan menghindarkan diri- orang yang teramat rugi..
2) Orang yang menyerah dan pasrah- mereka ini hanya membina harapan kosong. Hanya pasrah dan berserah.. seharusnya, kita perlu cuba untuk menangani ketakutan.. barulah namanya kita insan tabah…
3) Orang yang bijak dan sabar-kita perlu bijak menangani ketakutan.. takut gagal bermakna takut untuk mencuba..takut gagal juga bererti takut untuk berjaya..

Di manakah aku?? Golongan pertama, kedua atau ketiga.. Hmm..mengapa harus mengaku kalah?? gagal bukanlah apa2..Jadi..jadilah golongan ketiga..

‘cita2 awak apa??’

‘arkitek.. insyaAllah..’

Dengan yakin.. suarakan apa yang kita rasa.. Itu lebih baik.. Ada sesiapakah yang akan memperlekehkan kita?? Emm.. tidak kejam sangat rasanya jika aku katakan, orang yang memperlekehkan kita itu adalah orang yang takut sebenarnya.. emm.. entahlah…kita?? Jadilah kita seorang yang berani.. berani untuk menanam cita2 dan harapan..kerana, kejayaan bermula daripada sebuah mimpi dan impian..tetapi.. jangan hanya berangan ya.. Berangan tanpa usaha bukanlah apa2.. hanya kerugian semata..

Dan, aku ingin jadi berani sebagaimana Yamaguchi sensei dalam drama jepun Gokusen.. Menghadapi pelajar nya yang teramat nakal.. Semua ini adalah kerana bila ada satu kepercayaan dalam diri.. maka, muncullah keberanian.. Tidak takut menegakkan kebenaran.. Dan satu yang membangkitkan apabila sensei tersebut sering mengingatkan bahawa.. ‘setiap orang pasti melakukan kesilapan…’ Jadi, janganlah juga kita takut untuk tersilap dan tersalah.. Bukankah itu titiknya di mana kita boleh berjaya??!!

Ingat juga tulisan ku sebelum ini.. KITA SEMUA HEBAT!!! Hadapi ketakutan dengan bijak, tidak putus asa..dan…YAKIN!! Percaya akan diri…Kerana percaya, kita mampu untuk berdiri sendiri.. Percayalah.. kita sebenarnya mampu untuk berdiri..sangat teguh…

p/s: teringat sewaktu ‘arabic camp’ ada seorang brother bertanya sewaktu night walk.. ‘awak takut??’ kami diam.. ‘kenapa nak takut.. bukankah takut kita itu milik Allah??!!’ Ku kira maksudnya.. takut kita seharusnya hanya pada Allah..Till now..
Wallahu’alam..




3 ulasan:

halim qittun berkata...

pernh terfikir bnda yg sama..tapi takut mnghadapi hakikat yang kita da tukar bidang lain lebih besar dr takut menempuh bidang yang berada dalam genggaman...

takut itu adalah fitrah, ujian dari Allah..agar pergantungan kita kepada-Nya lebih besar dr sgl2nya..

minat psikologi? bgus gak tu..bdakwah memerlukan psikologi..even bidang senibina..memerlukan psikologi..bgimana mghadapi stress apa yg kita hrap xdpt..berdepan dgn klien..

yg bgusnya. kita pelbagaikan kemahiran kita..ingt lg ble bro ajil tny cita2..djawabnya nk jd motivator..sebb mint pd psikologi le..arkitek juga leh jd motivator..motivator dlm kalangan arkitek..da'ie juga leh jd arkitek, arkitek bjiwa murabbi..mudah2n..

qittun..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

assalamualaikum..

Dalam mencuba sesuatu kita tak perlu takut..yang penting kena sentiasa yakin dan sentiasa bersemangat dalam segala hal..insyaAllah berdoa selalu moga2 Allah memberikan petunjuk dan hidayah dalam melakukan yang terbaik..insyaAllah..

munadhia berkata...

salam.. thanx to all. emm.. menulis dalam keadaan bercelaru.. ntah la.. sjak akhir2 ni asyik terfkr byk prkra.. seolah2 fikiran da tak brape nak btol... rasa mcm xnak trus blaja kt uia lagi.. sbb ditemui tmpat yg dirasakan brganda lbh baik drpd uia.. kt x taukan bile ajal kt.. ntah sesaat lagi.. dan andai sesaat lg, maka x kesmpaian lah hajat utk belajar d c2...sy buntu.. mgkn ada yg blh membantu... apa prlu sy lakukan.. andai sy brenti, sy prlu cnsider prasaan famili.. andai teruskan, fikiran sy tetap pd tmpt 2...prasaan sy trganggu.. apa yg blh dilakukan, berdoa memohon petunjuk drpd Allah..Smoga sy bertemu jawapan nya...amin..

buat diri : jgn takt dgn sebarang kebarangkalian...huhu..sbenarnya takut utk mghadapi hari2 d uia...