Khamis, Disember 11, 2008

Bait syair ‘Ali Ibn Zain al-Abidin


Seorang asing bukanlah ia yang terasing di Syam atau Yaman
Seorang asing adalah ia yang asing dalam liang lahad dan kafannya
Perjalananku jauh, namun bekalku tak mencukupi
Kekurangan masih ada, namun kematian selalu mencariku
Duhai, betapa penyesalan di hati ini begitu membunuhku
Biarkan aku berduka untuk diriku dan menghiburnya
Melewati masa dengan mengingati mati dan kesedihan
Solatilah aku dengan solat tanpa rukuk
Tanpa sujud, moga Allah mengasihiku
Turunkanlah aku ke dalam kuburku dengan perlahan
Dalam gelapnya kubur, tanpa ibu, tanpa ayah
Tanpa saudara yang menemaniku
Maka, janganlah dunia dan keindahannya menipumu
Lihatlah apa yang ia telah lakukan pada orang lain
Duhai jiwa, cukuplah sudah kederhakaan ini, dan kumpullah
Perilaku terpuji agar Allah merahmati


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa ali zainal abidin?

munadhia berkata...

Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib... dikenali sebagai Abal Hasan atau Abal Husain.juga digelar As-Sajjad (ahli sujud).cucunya Ali bin Abi Talib bersama Fatimah Az Zahra...Beliau sangat kuat beribadat...Emmm. sy pon x tau byk tntg Ali Zainal Abidin.. cuba cek balik ye... =)