Jumaat, Disember 19, 2008

Dakwah Mereka

Robert Maks - tokoh kristian dengan dialognya, ‘ Usaha kita dalam mengkristiankan kaum muslimin tak akan pernah berhenti sampai salib berkibar di Kota Makkah dan perlaksanaan misi hari Ahad ditegakkan di Kota Madinah!’

William Jefward – misionaris Kristian dengan dialognya, ‘ Jika negeri2 Arab dipisahkan daripada AlQuran dan Kota Makkah, maka ketika itu kita akan menyaksikan orang2 Arab secara beransur2 akan mengikuti peradaban Barat dan akan menjauhi ajaran Muhammad serta kitab yang dibawanya.’

Samuel Zoemr – pemimpin terbesar lembaga misi-onaris Kristian dengan dialognya, ‘ Sesungguhnya target utama yang diharapkan oleh pemerintahan Masihi dalam menakluki Negara Islam bukanlah supaya mereka berpindah agama kepada Kristian! Namun, yang terpenting adalah agar setiap muslim keluar daripada keislamannya sehingga menjadi manusia yang tak punya ikatan dengan Allah, dan selanjutnya lunturlah akhlak mulia yang sentiasa mereka pegang dalam kehidupannya.’

Bolehkah kita lihat tahap keberkesanan dakwah mereka ini?? Ya… secara halusnya memang teramat banyak… Lihatlah sahaja akan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.. Bagiku ini adalah akibat daripada pengaruh barat yang semakin berleluasa di bumi kita ini… Misi mereka hampir berjaya!! di manakah menghilangnya nilai ketimuran yang dahulunya sangat kita banggakan… Mengapa kita harus meniru akhlak dan cara hidup Barat yang terang2an bertentangan dengan Islam??!

Paling aku tidak gemar, kehadiran media hiburan yang turut mengajar kanak2 untuk terus2an berhibur…Haih, kecik2 sudah pandai… Adakah ini sesuatu yang baik untuk diterapkan dalam diri anak2 comel ini??? Tak patut…Kalau dahulu bermula daripada peringkat remaja, sekarang lebih advance, nilai ini mula diajarkan bermula daripada peringkat kanak2 lagi… Dan mangsanya, adik2 kita jugak… hmmm…Macam mana yep??

Jadi, kita yang mengaku diri kita sebagai penggerak Islam… apakah tugas kita?? Jangan sesekali kita meninggalkan dakwah ok?! Kurang ilmu dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan dakwah.. Adakah kita tidak sayang akan ISLAM??!! Adakah kita sekadar mahu melihat pemikiran anak2 kecil dipengaruhi oleh dakwah2 golongan bukan Islam?? Sanggupkah kita?? Ya Allah, memang aku tidak sanggup… Tapi, banyak mana telah aku berdakwah??? Dan, kepada siapa telah aku berdakwah?? Di mana tahap keberkesanan aku berdakwah?? Hmmm… Adakah aku telah benar2 berdakwah??
Rujukan : Tidak Ada Alasan Bagimu Meninggalkan Dakwah, Abdul Aziz Al Aidan


Tiada ulasan: