19Nov-4Dis08 : Pengajian Pondok Pasir Tumboh.
Hari demi hari berlalu...timbul persoalan...
Mau jadi arkitek kah?? Masih ragu.. aku dilema.. Sungguh, aku punya masalah sebenarnya.....Antara pilihan dan pilihan dan pilihan lalu yang manakah menjadi pilihan??
Kerana ilmu itu, ku rasa seperti mahu lari daripada dunia UIA. tapi.. Bila teringatkan mereka yang bernama keluarga.. Aku perlu teruskan perjuangan ini.. Tamat sahaja nanti, barulah aku boleh kembali menunaikan hajatku di situ lagi..
Ikhlasnya hati guru2 menambat hatiku di situ.. seolah2, berat kakiku untuk melangkah pulang. Juraian air mata guru2, menyeksa jiwaku.. sungguh, berat langkah kakiku.. sayu melihat guru yang begitu ikhlas mendidik, menitiskan air mata kesedihan... kerana perpisahan akan berlaku..namun, terpaksa aku pergi jua, membawa bersama kenangan dan.. Buah tangan daripada mereka yang bernama guru iaitu ilmu, akan aku manfaatkan sebaiknya. Insya Allah..
Adik2 dan kakak2 di situ juga, pasti akan aku rindui.. tinggal cuti yang bersisa ini, aku perlu muraja'ah sendiri...Huh.. apa yang harus aku lakukan??!aku benar2 telah jatuh cinta... pada tempat itu yang ibarat taman syurga... InsyaAllah..akan aku kembali lagi..
buat sahabat2... bagi sesiapa yang punya kelapangan masa, cuti sem dan sebagainya... bukan bermakna kita juga perlu berehat daripada belajar dan menuntut ilmu.. Kalau berkesempatan, cubalah rasai sendiri kehidupan di pondok...pasti kalian akan jatuh cinta.. bila hati sudah terpaut, pasti susah untuk dibawa pulang kembali.. InsyaAllah, di situlah tempat terbaik untuk menuntut ilmu.. Bawakan hatimu bersama, lapangkan dadamu.. Pasti kalian akan merasakan seperti apa yang aku dan sahabat2 rasa...Wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan