Jumaat, Disember 26, 2008

siapa boleh menjangka sesuatu yang tidak sesekali dijangka?? bila ajal sudah tiba, siapakah yang mampu menolaknya??

Allah memberikan ku peringatan...tentang...Mati. Teringat suatu ketika dahulu pernah nafasku hanya mampu disedut sampai di kerongkong. aku cuba untuk terus bernafas, tetapi, aku tidak mampu untuk menyampaikan nafas sehingga ke peparu, sehingga menyebabkan aku penat untuk bernafas. aku sendiri tidak tahu puncanya. Pada ketika itu aku fikirkan...MATI.

Pernah juga aku melihat keadaan diriku sendiri berada di hospital, terlantar di atas katil bercadar putih, dalam keadaan lemah tidak bermaya... dan aku fikirkan...MATI!

Aku juga menerima khabar berita adikku kemalangan. Alhamdulillah, tidak parah, tetapi jahitannya sangat banyak...mendebarkan jiwaku... dan, aku fikirkan... MATI!

Aku belajar di hadapan kubur...lalu aku diingatkan tentang...MATI!

Aku melihat keranda diusung keluar daripada Masjid...dan, aku tersedar, aku pasti MATI!

Aku melihat jenazah sahabatku. wajahnya bersih, kulitnya mulus. Jernih. Jumlah taulan yang datang menziarah sangat ramai.. Aku fikirkan... indahnya MATI sebegini!

Aku menerima berita tentang seorang anak muda meninggal di CFS... dan aku fikirkan... MATI!

Rabu, 24 Disember 2008-Aku melihat darah mengalir laju, luka di pehanya sangat besar... Aku terkaku. langkahku mati.. tubuhku longlai. Fikiranku buntu. Dia masih bernyawa. Celik matanya menampakkan semangat dia untuk hidup... Mengapa aku pula yang harus lemah??? sehinggakan aku tak berdaya memberikan sebarang pertolongan. Aku melihat semua orang cemas. Mengapa semua tidak bertindak segera?? Aku di situ. Aku tahu semua panik! Aku juga panik. Tapi, aku berundur! Mengapa aku berundur? Kerana aku tidak berdaya!!! Melihatkan dia, aku tahu dia sedang berjuang.. terus berjuang sehingga ke saat terakhir nafasnya. Ya Allah, aku di situ, tapi, sedikitpun aku tidak membantu...Aku terkilan. Sebegitu mudah, baru tadi melihat dia sihat, tiba2 dia pergi tanpa dijangka sedikitpun... Aku sering mendengar namanya. Aku ingin mengenalinya, sama juga dengan arwah Kak Hajar. Tak sempat aku melihat dan mengenalinya, dia terlebih dahulu dijemput Ilahi...Innalillah... Al-Fatihah buat Allahyarham Dr Syukri- Studio Master Section3 1st year... Semoga ilmu yang disampaikan dahulu sentiasa menjadi manfaat buat semua anak didiknya...

Saat ini... segala kejadian masih terbayang2 di mataku. Aku bersyukur aku menjadi seorang saksi pada kejadian sebegini... Sekali lagi aku diingatkan... MATI... kita sentiasa harus bersedia... MATI, ia tidak memilih sebarang peringkat umur... MATI, ia juga tak memilih orang yang sakit sahaja... MATI... siapa jua pasti mati... kerana DUNIA INI TAK ABADI! Ya Allah... Bilakah masanya giliran aku pula??

Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanya berfirman: jadilah! maka, terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. Ya Siin : 82-83

We must expect what unexpected!

6 ulasan:

Atira. berkata...

al fatihah.

Tanpa Nama berkata...

salam,sungguh menusuk kalbu,seduh dengar,harap kita semua bersedia untuk itu,moga mati kita merupakan mati yang memberi seribu makna yang mati yang membahagiakan....amin.

Mardhiah berkata...

setiap kematian satu peringatan bg y masih hidup..

insyaAllah..

nurhuda_cahayapetunjuk berkata...

Assalamualaikum..

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali..
Itu adalah ketentuan Allah, setiap yang hidup pasti akan mati, tetapi apakah kita sudah bersedia untuk ke alam barzkh..apakah kita sudah cukup amal untuk dibawa?..

Namun apa yang pasti dan nyata, setiap kematian mengingatkan kita bahawa manusia tidak akan kekal selama-lamanya di dunia ini, sesungguhnya ia satu pengajaran supaya sebagai hamba Allah, haruslah bersedia pada bila-bila masa, malaikat maut datang menjemput...

Teguhlahkanlah iman & beramal soleh, supaya kita bersedia apabila dijemput ke sana kelak..

Tanpa Nama berkata...

salamun'alaik
nik nadia izayan...
org yg paling bijak adalah org yang sentiasa ingt akn mati...

lawat sy punya blog jgk ye..^_^
-ibtisam-

Adlan berkata...

sedih jugak atas kejadian macam ni berlaku kat tempat kita.. semoga kita ambil pengajaran dia.. time blajar pun kita boleh mati.. tu kena sentiasa ingat kan..