Ahad, November 09, 2008

Engkau apa yang kau fikir

Hari ni, masih lagi berada di UIA.. esok malam baru bertolak balik, insyaAllah.
Semalam, aku telah disuap dengan banyak3 sangat ilmu dan kesedaran.. tapi, aku rasa seperti masih belum kenyang sepenuhnya. malah, masih lagi belum aku hadam sepenuhnya.. tulah.. semakin banyak aku disuap, terasa makin lapar pula..

'apa kelemahan enti??'

'emm.. thaqafah kurang..pemahaman juga masih lagi sangat kurang..'

'habis tu, apa enti akan buat untuk ubah kelemahan tu??'

'baca buku lebih banyak..'

'buku apa enti nak baca tu??'

'.....??!!'

teringat aku pada pertanyaan seorang kakak suatu ketika dahulu.. Ya, memang aku sudah lama sedar bahawa pengetahuanku memang tersangat kurang.. lebih2 lagi tentang sejarah.. tidak kiralah sejarah dunia mahupun Islam... Tapi, setakat ini, apa usaha aku untuk mengubah itu semua?? Emmm...

'Macam mana enti nak perjuangkan Islam kalau berita semasapun enti tak ikut, sejarah Islam pun enti kurang tahu??..'

'emmm...'

Semalam, ditanya pula tentang kelebihan diri oleh Bro Ajil..

'Apa kelebihan awak??'

'Emm..'

Pentingkah kita tahu kelebihan diri kita?? Siapa boleh ingat masa dia bayi?? Ada sesiapakah?? Kata Bro Ajil, dia boleh ingat semasa dia bayi... Emm.. Ada sesiapa percaya??Percaya atau tidak, tu semua kuasa Tuhan. Sebagaimana Adi Putra boleh menjadi hebat dan berpengaruh, tak mustahil orang lain juga mampu untuk mempunyai sedikit daripada kehebatan itu.. Aku mencari2.. di mana hebat dan lebihnya aku??

Teringat tentang blog Kak Fida yang menulis tentang wanita2 berpengaruh di dunia.. Dan, di rank paling bawah tertera namanya.. Waah.. Kak Fida sangat berani.. Tapi, bila difikir balik.. Betul, siapa kata kita tidak boleh jadi hebat dan berpengaruh?? Ya, kita boleh jadi hebat.. Malah kita mampu untuk mengubah dunia suatu hari nanti.. Dengan adanya satu cita2..

Kemudian, aku baca pula blog Ustaz Syaari tentang Barrack Obama..

"...Sri Murtiningsih, 69 tahun, bekas guru Obama ketika Obama bersekolah rendah di Jakarta ketika usianya lapan tahun (sekitar 1970 an) pernah menceritakan ketika beliau masih mengajar, dia pernah menanyakan cita-cita kepada murid-murid kelasnya. Ada yang ingin menjadi doktor, pilot, bomba. Lalu, seorang murid berambut kerinting, yang tak lain tak bukan adalah Obama, mengangkat tangan dan menjawab ingin menjadi Presiden AS !!! Dan kini, manusia itu telah menjadi Presiden AS. Benarlah, kebanyakan sejarah kehebatan seseorang manusia bermula dengan langkah kecil yang pertama."

Kebanyakan sejarah kehebatan manusia bermula dengan langkah kecil yang pertama.. Tiada yang mustahil dalam dunia ini dengan izin Allah.. Satu kejayaan bermula daripada satu cita2. Seorang lagi tokoh lelaki hebat adalah bapanya Nik Nadia Izyan itu sendiri.. Beliau sering sahaja bercakap tentang 'the power of your subconcious mind'.. Tak habis2 ayahku mengingatkan betapa pentingnya pemikiran bawah sedar kita itu. Pemikiran itulah yang akan menentukan keupayaan kita.. Jika kita kata 'BOLEH', maka kita 'PASTI BOLEH'.. Jika tidak, memang kita tidak.. Siapa yang akan mulakan langkah pertama jika buka KITA?? Siapa yang akan menjadi kepala jika bukan KITA?? Siapa yang akan mencetus perubahan jika bukan KITA?? Jadi, kita yang tahu inilah amat berperanan untuk semua ini... Kita tidak boleh takut, kita kena berani!!!

Emmm.. sampai sinilah dahulu.. nanti, andai punya kesempatan waktu aku akan berkongsi tentang pengisian yang Bro Ajil bagi ye..insyaAllah.. Sangat berterima kasih dengan Bro Ajil.. Seorang anak muda yang mempunyai satu matlamat yang jelas.. Kita juga seharusnya begitu!! Apapun alasan, jangan goyah, tetapkan pendirian...dan, satu perkara penting, cari dimana kelemahan kita untuk dibaiki, dan cari di mana kelebihan kita untuk menyumbang..

Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan..
Jika kau fikirkan ragu2, kau hampiri kegagalan..
kerana..
Engkaulah apa yang kau fikirkan...
-Carilah kehebatan demi kepentingan Islam-


5 ulasan:

kam berkata...

nice post nik.

Tanpa Nama berkata...

Ana suka posting ini...memberi kesan motivasi pada ana..syukran,ustazah..

Adlan berkata...

wah. obama tu betul eh smangat dia nk jadi presiden US. setiap orang pun boleh berjaya. kenala ada mindset yang betul. selamat bercuti!

Tanpa Nama berkata...

kira harus belajar dari sejarah

saya link blognya ya

Tanpa Nama berkata...

wah, ada nama saya dalam blog ni...