Rabu, Disember 17, 2008



Keluar meluaskan mata dan pandangan... Diri meneliti setiap yang berada di kanan, kiri, depan dan belakang...menilai setiap yang namanya bangunan... merenung jauh akan masa depan... Terbit satu pertanyaan, mencari kepastian...Inikah apa yang aku citakan???


Berkenaan cita2..sungguh aku masih kabur. Ku meninjau2 ke blog abangku. menulis berkenaan cita2.. rupanya bukan aku seorang yang kelam mencari masa depan... masih ramai bukan??

Siapa yang dapat menduga aku siapa pada beberapa tahun akan datang?? Wallahu'alam. Aku sendiri tidak tahu... Betulkah bakal menjadi seorang arkitek?? atau apa?! Ada satu hari sewaktu berkemas untuk berpindah rumah, aku terjumpa satu fail... Fail seorang kanak2 ribena berumur 12tahun... itulah hak milik aku... Dalam fail tersebut terdapat survey pelajar dari darjah4 sehingga darjah6..Haa, ada tertulis cita2... Cita2 aku dahulu ingin menjadi seorang kerani pada darjah4.. Betul, masa itu aku masih teramat lurus. juga tidak tahu apa makna cita2... Darjah5, up sikit.. mahu jadi akauntan... pelik2... kenapa aku tak ingat semua ni?? Darjah6, mahu jadi seorang doktor... pernah juga bercita2 untuk masuk bidang psykologi, kaunseling dan sebagainya.. pernah bercita2 untuk menjadi seorang engineer gara2 mahu ke Jepun..Dan, akhirnya, muktamad aku memilih bidang senibina...Dan, sebenarnya, masih ada kebarangkalian dan kemungkinan bagiku untuk sekali lagi menukar cita2....Mungkinkah??!! Pesanku pada diri... janganlah...

Sangat pelik...aku masih...KABUR...

Teringat kata2 dalam diari Kitou Aya-1 Litre of Tears...lebih kurang begini isinya :

Tak mengapa kalau jatuh.
Kita boleh bangun kembali..
Bukankah itu sesuatu yang baik??!
Jika jatuh...
Dongaklah ke langit, lihatlah langit yang terbentang...
sangat luas, tiada limit...
tidakkah kamu lihat langit sedang tersenyum padamu??
Rupanya, aku masih bernyawa!

Jadi...Selagi mana kita masih bernyawa... selagi itulah kita perlu berusaha..Apa yang datang pada kita itu, yang baiknya, atau yang buruknya.. hanyalah ujian daripada Allah SWT... Terpulang pada kita pula bagaimana caranya kita menguruskan ujian itu...Jadi, jangan putus asa dengan ujian Allah...Selagimana kita masih dikurniakan nikmat hidup...Ayuh, bersama kita menuju kejayaan! insyaAllah.

Wallahu'alam.

4 ulasan:

Zp berkata...

awak.. saya dah tidak dengan UIA lagilah.

Saya sekarang dengan UPM.

insyaallah. Yang penting kita tahu kita berfungsi untuk apa dan bagaimana.

Kabur itu kerana kita perlukan banyak pengisian lagi.

jadi jangan berhenti usaha.

Usaha akar jaya

qamar_muneera berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
qamar_muneera berkata...

Assalamualaikum. Salam ziarah. terpanggil untuk memberi respon apabila bercakap tentang cita-cita. kadang-kadang kita jadi punya banyak cita-cita sebab kita ingin kepada ilmu.kenal dengan doktor@ustaz Jamnul Azhar Mulkan? seorang doktor kemudian mengambil master dalam bidang kaunseling tetapi still menjadi doktor lagi. Sebelum itu dia buat master dalam bidang bahasa arab dan syariah.kat sini bukan nak cerita tentang semua master-master yang diambil oleh ustaz sebaliknya semangat untuk menuntut ilmu yang ada pada beliau.apabila kita berada dalam satu-satu bidang tidak bermakna kita tidak boleh mendalami bidang-bidang lain. lihat tokoh-tokoh zaman lampau seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd dan banyak lagi. mereka tidak hanya menguasai satu bidang dalam satu masa.K. Munirah sendiri ada banyak cita-cita. dan paling penting cita-cita kita mesti selari dan bertepatan dengan kehendak Yang Esa agar hidup kita tidak sekadar mengejar cita-cita yang tidak boleh menjadi saham buat kita di akhirat.K. Munirah tinggalkan kat ruang komen ni wasiat Sayyid Qutb kepada adiknya, Aminah Qutb buat renungan bersama"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah untuk menegakkan agama Allah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya manusia, dan berakhir dengan pupusnya manusia di atas muka bumi ini.”
wallahu'alam. sekadar renungan bersama. moga bermanfaat.

Tanpa Nama berkata...

salam... thanx 2 miss zakiah.. =) izyan akn berusaha yg trbaik..insyaAllah... buat k.munirah jga... trima ksh bebanyak... skrang izyan fhm... x slh menanam byk jenis tanaman, sbb hasilnya akn jd lbh byk dn manfaatnya juga jd pelbagai...betul3...k.muni, ble mau lwat izyan d gmbak?? meh la ble ada masa... ajk yg len2 jgk.. ;)thanx 4 ya comment.. prkongsian yg manthop!