Ahad, Oktober 31, 2010

Bila Satu Pintu Tertutup


Manusia sering berada pada salah satu daripada dua bentuk ujian. Pertamanya berbentuk nikmat dan keduanya berbentuk dugaan. Ada juga kunci bagi kedua ujian ini. Iaitu yang pertamanya kunci kesyukuran, dan yang keduanya kunci kesabaran. Bersyukurlah dengan nikmat, dan bersabarlah dengan ujian. =)

Jumaat, Oktober 29, 2010

Untukmu Ayah dan Ibu


Sedang memikirkan untuk menyiapkan assignment Theory dan EAP. Dalam fatrah imtihan pun masih ada assignment yang perlu dihantar. Sedikit mengganggu jadual ulangkajiku(musykil ;p). Sekarang sedang buntu. Teori dah siap satu esei, dan ingin break seketika. Menulis bukan sebab banyak waktu lapang tapi menulis sebab ada waktu senggang. =)

Sebentar tadi sempat aku menonton shortfilm Titik yang diarahkan oleh kenalanku sewaktu Multidip, teman sepejabat Lantera, Shazou (minta izin promotekan Titik ya=)). Sekarang kenalanku ini sedang berusaha untuk mencipta nama dalam bidang pelukisan* komik. Pernah juga aku sarankan padanya untuk cuba terbitkan komik dakwah, kemudian katanya, sila sediakan skrip. Dan, aku tak berkesempatan untuk sediakan skrip komik dakwah. Maka, terkubur cita2ku.

Bukan hal komik mahupun filem yang ingin aku ceritakan, tapi, ia berkisar tentang TITIK. Filem pendek bertajuk Titik ini sangat menyentuh hatiku. Jalan ceritanya adalah berkisar tentang seorang siswi yang bernama Ain sering mendahulukan sahabatnya berbanding ibunya. Sewaktu kecil Ain pernah melakar lukisan sebuah hati dengan dua titik di dalamnya. Ibunya bertanya, ‘kenapa ada dua titik?’ Ain jawab bahawa ustaznya pernah berpesan andai ada satu kesalahan yang dilakukan terhadap ibunya, maka akan wujud satu titik hitam pada hati. (ini terjemahanku sendiri, dialog sebenarnya boleh tonton TITIK). Semasa kecilnya hanya ada dua titik, tapi apabila dewasa, Ain teringat semua kesalahan yang pernah dilakukan terhadap ibunya hingga sekeping hati dipenuhi titik hitam. Maka, hitam jugalah hati. Ain menangis menyesali kesilapannya. Dan, untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila tonton TITIK di sini.

Filem ini sudah lama ditayangkan dan sudah berkali2 ditayangkan. Ia merupakan satu projek pelajar AAD. Seronok juga dapat belajar buat filem. Bukan aku, tapi pelajar AAD. Pernah juga aku berangan satu hari aku ingin melibatkan diri dalam perfileman tapi, dalam perfileman berunsurkan dakwah sebagaimana Sang Murabbi. Tapi, sekadar angan2 yang tanpa usaha. ;p

Bukan tentang filem yang ingin aku bicarakan sebenarnya, asyik saja tersasar. Di sini aku ingin bicarakan soal pengorbanan seorang ibu dan ayah terhadap kita selama kita hidup. Tak tahu mengapa, hari ini banyak sangat kebetulan yang berlaku. Pertama, aku menonton filem TITIK-tentang kasih ibu, kemudian Syibrah mengajakku ke MPH untuk ‘menelaah’ di sana bersama adik kami Petem ;p. Ku beli sebuah buku bertajuk Kasihmu Semerbak Firdausi, tertulis padanya, ‘tiada aku tanpamu, restumu syurga nafasku, duhai ayah dan ibu…’ tersentuh juga hatiku membacanya. Dan, kemudian, tiba2 ibuku menghubungiku. Lagi2 tersentuh hatiku mendengar suara seorang ibu. Sekadar bertanyakan khabar dan sekejap cuma tapi, sudah cukup untuk melepaskan kerinduanku. Terasa sangat mahu cepat pulang!

Buku ini sangat menarik, menceritakan dan mengingatkan kembali bagaimana kita pernah hidup di dalam rahim ibu dan bagaimana susah seorang ibu saat melahirkan kita.

‘ Apabila sudah matang di dalam rahim, kita mula memberi isyarat kepada ibu. Bahawa rahim yang dahulunya sempit tapi selesa, tapi kini semakin sempit dan sangat tidak selesa. Namun, dalam masa yang sama kita takut untuk keluar mengharungi cabaran dunia sendiri. Mana tidaknya, ketika di dalam rahim, kita hanya duduk saja, tanpa melakukan apa2. Makan pun dihantar. Bagaimana apabila sudah lahir nanti? Dunia ini luas, dugaannya banyak. Mampukah?

Sedang kita takut untuk keluar dari rahim ibu, ibu lebih takut untuk melahirkan kita. Takut yang disertai rasa bimbang. Sempurnakah anak yang bakal lahir? Sakit untuk melahirkan satu nyawa hanya Allah yang tahu . Nyawa hampir tercabut ibarat telur sipi2 akan jatuh dari tanduk. Sakitnya… tapi, nyawa baru harus dilahirkan juga.’

Inilah sebahagian permulaan kisah dalam buku yang kubeli. Dalam bab yang seterusnya akan diputar memori kita sewaktu kita baru boleh meniarap, merangkak, berjalan, berlari dan akhirnya dewasa. Diceritakan satu persatu. Sedikit berdebar membaca buku ini. Sebab, seolah2 kita sedang melalui dan melihat kembali hidup kita di awal permulaannya. Aku teringat bagaimana aku ketika kecil2 dahulu sangat nakal sehingga memeningkan kedua ibubapaku. Emmm… mungkin semua juga nakal di waktu kecil. ;p Nasib baik ayah ada merakamkan. Waktu tersebut aku sudah boleh berlari. Mungkin dalam usiaku 3 tahun, berbaju gaun kuning dan sangat lincah. Aku lihat juga bagaimana aku dan adik lelaki begitu rapat. Kami bermain bersama2. Aku panjat basikal, dia juga cuba panjat basikal. Adik jatuh, waktu itu usianya mungkin 2 tahun. Kelakar melihat diri sendiri sewaktu kecil. Banyak kerenah yang mencuit hati walaupun di usia pradewasa ini, aku tidak lagi pandai mencuit hati orang. ;p

Yang paling tersentuh dalam video tersebut adalah apabila abang2ku, ibu saudaraku(usia sama dengan abang keduaku.), bapa saudara dan ayah2 sepupuku beratur beramai2. Ingatkan ingin lakukan apa. Rupa2nya, mereka beramai2 menyanyikan lagu Oh Ibu. Aku rasa nyanyian Mamat. Dan, mereka menyanyikannya sampai habis. Macam koir. Mesti mak tersentuh hati apabila mendengarnya kembali. Aku menonton video tersebut sewaktu mula berpindah ke Machang Kelantan, tapi, hari ini, semuanya entah ke mana. Pemain video pun rasanya sudah rosak. Sayang~ Tapi, itulah sebahagiannya usia kecilku yang tidak kuiingat, tetapi kulihat. =) Aku tidak ingat tapi aku lihat, kita menjadi kebahagiaan ibu bapa sewaktu kecil, mengapa sekarang kadang2 kita sering menjadi punca kesedihan mereka? Oh Ayah, Oh Ibu, maafkan kami~

Emm… apa lagi ya? Baiklah, kalau seorang ayah, beliau menasihati kita sebagaimana Luqman Al Hakim menasihati anaknya. Pertama, Jangan sesekali mensyirikkan Allah. Ayah mengazankan dan mengiqamatkan di telinga, menyelamatkan anaknya daripada bisikan syaitan durjana. Itu tandanya, ayah mahu kita menjadi anak yang taat pada perintah Allah. Jadilah anak yang soleh/ah insyaAllah. =) Aku tidak mahu menulis panjang dalam senggang membuat assignment ni. Makanya, aku ingin letakkan nasihat seterusnya Luqman Al Hakim, berhemah atau berbakti dengan kedua ibubapa. Apabila tercatat dalam al Quran bahawa kita wajib mentaati ibu bapa. Maka, seharusnya kita taat kepada ibu bapa tidak kira siapapun ibu dan bapa kita.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…” (luqman 31:14)

Tapi, tetap, ketaatan kita yang tertinggi kepada al khaliq-Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya tiada ketaatan terhadap makhluk yang melibatkan kederhakaan kepada al khaliq.” (HR Ahmad)

Dan, seterusnya, banyaklah lagi nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya. Tapi, insyaAllah andai berkesempatan, akan dikongsikan kemudian. insyaAllah. =)

Akhir daripadaku, hari ini bukanlah hari ibu atau hari bapa, tetapi taat dan menjadi soleh/ah kepada kedua ibu bapa harusnya setiap hari. Kerana tiada hari yang boleh kita tunjukkan kederhakaan kepada ibu dan bapa. insyaAllah, ini sedikit peringatan daripadaku untuk diriku. Ingat ya semua, hari2 adalah hari ibu dan bapa. ;p Berikan yang terbaik buat mereka insyaAllah. Bagi apa ya? Bagi ketaatan, kejayaan dan kegembiraan insyaAllah. Errr… a bit hard, but, I’ll try my best. =) Owh ya, Lecturer ku kata try not to use the word ‘try’, itu tidak yakin. ‘tapi sir, sir baru saja menggunakannya.;p’ , Emmm. insyaAllah, I’ll do my best! ;p (much better=))

Wallahu’alam. =)

Rujukan : Kasihmu Semerbak Firdausi ; Ruhana Zaki, Wasiat Luqman Al-Hakim; Ahmad Hasan Mohd. Nazam.

Buah Hatiku =)



Happy Belated Birthday to Twin =)
Adib Hafiy dan Adib Haziq, selamat menyambut hari kelahiran yang pertama.
Nantikan kepulangan pengasuhmu ini. ;p (macam faham!)

Kehadapan kembar yang kurindui, semoga sihat2 sahaja di rumah. Dengar khabar kalian sudah boleh berjalan. (ayoh wo kata kalian jalan terkedek2) Baguslah. =) Nanti kita main kejar2 ya. ;p Semoga kalian akan menjadi dua orang yang soleh kelak. insyaAllah. Ikut cakap papa dan mama ya. Tiada kalian tanpa kasih mereka, Restu mereka syurga nafas kalian, Itulah papa dan mama kalian. Buat Haziq, jangan manja2. Buat Hafiy, jangan nakal2. Buat keduanya, jangan gaduh2. Jadi kembar yang bersama dalam suka dan duka. Owh ya, berapa umur kalian? setahun? OK, baca pesanan ini bila sudah besar ya.

Sepenuh Kasih dan Rindu,
Kak Muna. =)

Isnin, Oktober 25, 2010

Ramalan Cuaca



Laughter is always the best medicine. =) Semoga semua masih mampu ketawa hari ini.

Kak Mun cakap blogku penuh dengan kesedihan. Kalau benar begitu, maafin! bukan maksudku untuk menulis hal2 sedih, tapi, inilah caraku untuk membangkitkan dan memulihkan keadaan emosi yang tidak stabil. Sedih? Tak lah...Emm...kadang2~ Ibaratnya, ia hanyalah sekadar tangisan langit di tengah terik mentari. Kemudian muncul senyuman pelangi di wajahnya. Indah. =)

Hidup tanpa tangisan ibarat langit yang tak pernah hujan, maka bumi jadi gersang. Tapi, hidup penuh tangisan ibarat bumi yang sering disimbah hujan, bumi banjir, struktur tanah menjadi tidak stabil. Maka, harus sentiasa bersederhana sebagaimana iklim khatulistiwa yang kita duduki. Ia hujan bermusim, panas bermusim (betulkah fakta ini?tapi, sesetengah kawasan asyik banjir juga), tidak pernah melampaui sehingga wujud gunung berapi. Hmmm. apakah yang sedang cuba kukatakan? OK, ini adalah waktunya langit cerah kembali dan seketika nanti akan muncul pelangi.insyaAllah. =) Transition , Transformation, Morphosis etc (ini adalah contoh2 konsep yang sering digunakan dalam senibina)- melambangkan perubahan mengikut peringkat. Now it's the time to transform. ;p Jadikan senyuman di wajahmu sebagai penyembuh kesedihan orang lain. =) Oh, apakah?

Konklusinya, emosi ibarat cuaca, who can predict well? Siapa tahu dalam gembira sekarang, kita akan bersedih seketika nanti? Begitulah sebaliknya.

Ok, sekadar menconteng di pagi hari. Wallahu'alam.

***

“Learning to write is learning to think. You don’t know anything clearly unless you can state it in writing.”S. I. Hayakawa


Jumaat, Oktober 22, 2010

Untuk SEBELAS


Semua hampir putus asa (atau aku sahaja hampir putus asa?)... Buat semua kawan2 batch SEBELAS Architecture, jangan putus asa! selagi ada masa selagi tu masih ada harapan. insyaAllah. Tadi makan2 dengan Mardhiah, terserempak pula dengan Wani, masing2 kelihatan tidak bermaya. Aku ingin tolong, tetapi tidak tahu untuk tolong bagaimana. Apa yang boleh kukatakan, JANGAN PUTUS ASA! Kita lakukan sehabis baik untuk portfolio pula. Mar, Aja, Nad, Bella, kita lakukan sehabis baik sehingga titik usaha yang terakhir. insyaAllah, mesti masih ada peluang. =) Kita sama2 doakan. insyaAllah.

If you see someone without a smile, give them yours. aku cuba tersenyum dengan harapan kalian tersenyum, aku cuba ketawa dengan harapan kalian ketawa. Tapi, maaf kadang2 aku termenangis menyebabkan kalian menangis. Kawan2ku, ini bukan pengakhir segalanya, ini hanyalah titik pemula. insyaAllah, kita boleh lakukannya!

Buat SEBELAS, aku tak pasti bila aku akan memakai jubah biru hijau, tapi, insyaAllah, SEBELAS akan grad bersama semuanya. insyaAllah~ Jangan Mengalah Sebelum Benar2 Kalah. Pesanan buat diriku dan SEBELAS.

Saat Getir Hidup


Ingin bercerita setelah sekian lama tidak bercerita. Alhamdulillah semalam telah tamat presentation dan submission final projek. Tapi semua yang aku dapat adalah kesediahan. Detik yang berlalu begitu menyedihkan. Pertama, 5 pagi pada hari submission, autocad problem menyebabkan semua floor plan (5 floor plan) hilang secara tiba2. Aku mula putus asa. Pada mulanya aku terdiam, tidak terkata. It’s 5 am before submission. Submission 5 petang. Floor plan adalah proses yang paling lama. Berhari2 aku cuba menyiapkan floor plan, detik akhir, semuanya seakan sia2.

‘Kak Dinah, Kak Naju, Yan give up!’

‘Kenapa yan?’ Semua terkejut tiba2 aku bagitahu begitu. Terasa seakan mahu menangis tapi seakan tidak berair mata.

‘Tak tahu… Semua floor plan macam kena buat balik!’ Ya Allah, terasa sangat berat. Aku hampir putus asa. Betul2 putus asa bukan main2.

‘Yan, kau jangan give up… Kau belum rasa failed. Baik kau teruskan…’ Pujuk Kak Dinah.

Aku bekerja di studio. Selama bermalam2 hidupku hanya di studio bersama kakak2 yang banyak membantuku. Sering mereka berikan kekuatan saat aku hampir putus asa. Dan, yang paling penting, selalu aku dikejutkan apabila tertidur. Detik2 begini, tidur itu tidak penting, tapi, aku tidak cukup kuat untuk terus bertahan 24jam, maka, kadang2 dalam bermain2 dengan tetikus pun aku boleh tertidur. Dan, setiap kali tertidur Kak Izzah akan kejutkanku dengan garang. ‘Yan, bo2 lah tido… Buat kijo! Bertahan beberapa hari jah lagi...’ Situasi begini kadang2 aku rindu. =) Dan aku sentiasa beralasan, ‘Kak, bagi yan masa 15minit je untuk tidur. Nanti kejut yan… kalu tak bangun, simbah je air!’ Dan, kadang2 15 minit terlanjut sehingga sejam. Tak tahu tidur itu satu keuntungan atau kerugian. Untung apabila difikirkan sekurang2nya badanku mendapat sedikit rehat, rugi apabila memikirkan sejam itu agaknya sudah boleh menyiapkan beberapa ‘garisan’.

Dalam kekusutan samada harus terus berusaha atau terus putus asa, akhirnya, aku mengambil keputusan terus mencuba. 5pagi, aku mulakan dengan floor plan. Rasa seperti tidak sempat, tapi, aku harus fikir pasti sempat. Aku mencari2 fail2 cad sebelum ini, dan aku mengambil yang paling terbaru aku save. Sangat hampa, kali terakhir aku save adalah lebih sejam yang lalu. Bermaksud, floor planku masih mentah, tanpa pintu, tingkap, dan beberapa kesilapan yang sangat mengambil masa untuk diubah. Akhirrnya aku terfikir untuk main tipu untuk mengejar waktu submission. Target, jam 3 print!

Penuh tekanan, detail drawing masih belum ada, sanitary masih belum ada, elevation masih mentah dari sketchup, dan, izyan you have to work smart! Asalkan submit! Aku mula cuba bekerja dengan cepat walaupun aku masih merangkak dalam menggunakan sketchup dan autocad. Drawing banyak salah, asalkan nampak siap! Walaupun kalau construct, sure roboh!

Jam 3, Alhamdulillah, dengan drawing yang masih banyak kesalahan, akhirnya aku nekad untuk print juga. Aku print 4 board. Sepatutnya ada lagi 3 board. Tapi, secara tiba2 3 board terkemudian tidak dapat diprint atas beberapa masalah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke studio dan mencari solusi untuk membetulkan semua board dalam format JPEG. Masa terus berlalu, aku masih dalam masalah. Aku nekad tidak mahu hantar presentation board, tapi, mujurlah ada sahabat yang menggesa supaya menghantarnya. Atas pertolongan sahabat 4 board berjaya dihantar sebelum jam 5. Alhamdulillah. Cuma… masih 3 board berbaki tidak dapat diprint. Aku mula rasa sebak. ‘Ya Allah, kenapalah sebegini ujianMu?’ Sudah berkali2 setiap kali sebelum submission, sesuatu yang tidak baik pasti berlaku padaku, sebagaimana submission autocad 3d semester lepas. Folder sketchup asyik di serang ‘bug splat’. Tapi, akhirnya, pasti ada bantuan yang datang. Begitulah kali ini, aku benar2 mengharapkan bantuan daripada sesiapa. Kupanggil Nana untuk membantu, tapi, hampa. Hampir jam 6 aku tersedar aku masih belum solat Asar. Sangat lambat, kubiarkan semuanya lalu tergesa2 ke musolla. Dalam perjalanan sekali lagi aku meratapi nasib. Memikirkan bahawa peluang untuk aku lulus sangat tipis. Dan, kali ini aku tidak mampu bertahan lagi. ‘Ya Allah, apa harus aku lakukan?!’ Baru ku tersedar, rupanya aku semakin jauh dengan tuhan. Kerana Allah sayangkan hambaNya, maka lebih berat ujian, supaya kita teringat kembali padaNya. ‘Allah, ampunkan~’

***

Selepas reda, aku kembali ke studio. Studio kosong, tiada sesiapa, aku masih mengadap skrin komputer, berfikir2 untuk mencari penyelesaian, submission by 5pm gred sama, selepas 5pm, jatuh satu gred, submission selepas 7pm, fail!. Jarum jam menujukkan jam 6+. Aku ada masa kurang sejam untuk fikirkan penyelesaian. Akhirnya, Alhamdulillah Allah mudahkan. Aku tidak mahu jadi manja, aku harus kuat untuk terus bertahan. Penyelesaiannya, aku resize semua drawing, atau mungkin Nana telah memudahkan kerjaku sementara aku solat tadi. Mungkin dialah yang meninggalkan drawing dengan resolution sama. (sangat susah untuk ceritakan hal ini. Abaikan!) Terima kasih nana. Dan, akhirnya siap main tipu! (Ini bukan plagiarism atau apa, tapi tipu secara untuk menampakkan drawing seakan siap walau pada hakikatnya tidak!)

Jam 6.45, aku bergegas ke baiduri untuk print, penuh!, berlari ke studio untuk print, beratur!, ke CBE, kurang orang tapi, tetap lama. Sebelum 7, sempatkah?

Dan jawapannya, tidak sempat! Maka, aku harus menghadapi hakikat, kebarangkalaian untuk fail studio adalah tinggi. Tapi, harus yakin dan harus positif, masih punya harapan. insyaAllah.

***

Masa terus berlalu, hari submission telah tamat, menanti hari presentation pula. Tapi, aku seakan tiada perasaan untuk meneruskan apa2 kerja lebih2 lagi untuk menyiapkan model dalam masa satu malam. Sangat penat. Hari yang sedih, perkhabaran hampir 50orang tidak sempat menghantar board sangat melemahkan semangatku. 50 orang adalah satu jumlah yang sangat besar. Mungkin menjadi sejarah di KAED batch paling ramai tidak menghantar projek. Tapi, yang paling menyedihkanku, dalam 50 orang tersebut adalah sahabat2 baikku. Aku semakin tidak bersemangat. Aku cuba untuk membantu, tapi aku tidak tahu bagaimana caranya.

Esoknya, aku dan beberapa teman berjumpa Dr Zaiton, untuk meminta dan mungkin merayu agar kami semua diberikan peluang untuk present. Alhamdulillah aku dan Kak Dinah masih berpeluang present kerana beberapa board telah dihantar. Tapi, yang lain tidak. Luluh hatiku melihat wajah teman2ku. Air mata bergenang di setiap kelopak mata, dan kutahu, ini adalah saat sukar bagi mereka. Apa yang harus aku lakukan?

Keputusan muktamad dari department, sahabat2ku tidak dapat present. Aku dan teman yang lain cuba untuk membantu, merayu pada mdm, tapi, keputusan adalah muktamad kerana berkaitan undang2 dan disiplin. Hanya mampu berdoa yang terbaik. Dr Zaiton selalu sebut, ‘This is life… harus terima dan hadapinya…’ Dan, melihat tangisan ramai orang hari itu. Aku sedih! ‘Well, this is architecture…It can be very cruel…’

***

Buat sahabat2ku- bertahanlah. Aku sebolehnya ingin sentiasa bersama kalian. Susah senang bersama. InsyaAllah, aku yakin, kalian pasti akan mara ke semester 2 tahun akhir, insyaAllah. Keep on doa semoga dilembutkan hati lecturers untuk menerima hasil usaha kita berbulan2 ini. insyaAllah amin. Aku yakin usaha kalian sangat banyak, bukan sedikit. Tergadai tidur, tergadai makan dan tergadai wang ringgit semata2 untuk projek. Itu sangat banyak! Aku yakin, kalian lebih baik dariku. Aku sangat yakin itu. Maka, jangan terlalu bersedih dengan keputusan yang masih belum pasti, kita masih ada satu tempat bergantung iaitu Allah yang boleh saja mendatangkan keajaiban insyaAllah. ‘You grad, insyaAllah I grad. Tidak kira bila, tidak kira cepat atau lambat, kita semua pasti akan melangkah ke dewan CAC juga dengan berjubah biru hijau.insyaAllah.’ =)

***

Dah penat menulis dan menceritakan semua. Aku sekadar ingin mencatat saat bersejarah ini di mana penuh kekalutan, kesedihan dengan pengajaran. Pengajarannya, Dr Zaiton sentiasa mengingatkan kami tentang kepentingan masa. Masa submission adalah jam 5, maka sebagai seorang Islam, kita harus menepati masa. Aku sangat hormat dengan Dr Zaiton yang bersifat keibuan dan tidak berat sebelah dalam menjelaskan situasi. Berlaku adil pada semua, dan cuba mendisiplinkan kami dalam banyak perkara. Terima kasih Dr Zaiton, kami sangat menghargainya. Alhamdulillah~ =)

***

‘Yan, sedihnya kalau kau give up awal2. Dah berminggu2 kita wat kerja sesama. Takkan senang2 je nak mengalah bila dah hampir sampai ke penamatnya?’

‘Tak… Give up tu datang, tapi yan akan usir. Yan takkan give up selagi masa masih ada!’ Cuma mungkin, usahaku memang terlalu sedikit, kerana itu hasilnya tidak seberapa. Entahlah…

‘Selagi masih ada hari esok, selagi itu masih ada peluang.’ Sekarang aku pegang kata2 ini. Setiap kali ingin mengalah, aku sentiasa laungkan kata2 ini dalam hati. Memberi semangat pada diri. ‘Muna, You can do it!’

Teringat kata2 ayah…‘Kalau fail, bukan pengakhir segalanya. Ayah pun pernah repeat setahun. Masa ambik Forestry dulu… Ok je…’

‘Serius ayah repeat? Kira, I’m not disappointing you if I repeat? Bakpe ayah repeat?’

‘Fail tu adalah satu pengalaman yang berharga yang akan menjadikan kita lebih baik. Orang yang tak pernah fail tak semestinya hebat. Yup… ayah repeat sebab ‘baloh’ dengan lecturer. Ayah join hal2 luar, persatuan luar ……….’ Panjang pula ayah bercerita. Alhamdulillah patutlah ayah tak menghalang aku aktif berpersatuan, dan patutlah ayah tak pernah marah kalau aku gagal. Sekarang rasa lebih lega. Tapi, masih tidak lega sepenuhnya.

‘Gagal sekali bukan bermaksud pengakhir semuanya. Sekarang Muna masih ada masa untuk berdoa. Kalau masih ada masa usaha, maka usaha. Kalau gagal sekalipun, dengan usaha yang maksimum, sekurang2nya kita akan rasa puas hati. insyaAllah.’

*Tired*

ALL THE BEST to ALL! =) Sekarang aku sedang mengubah hidup menjadi menusia normal walaupun masih dalam fatrah separuh normal (selagi belum portfolio 27hb, dan submission working drawing 29hb.)

NOTE : Bukan aku seorang merasai kesusahan saat submission final project, semua pun sama. Aku sekadar menceritakan on behalf of ‘aku’. Orang lain mungkin mengalami pengalaman lebih dasyat dari ni. Apapun, inilah realiti dunia senibina, perkara biasa apabila dikritik, ‘your design-failed!’ atau, ‘this is rubbish!’ untuk hasil yang berminggu lamanya, anda akan rasa sangat kecewa. Apa guna masa sebulan dengan hanya mencipta sampah, a.k.a ‘rubbish’? Orang akan sentiasa mengkritik, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Ianya subjektif dan tiada gred yang khusus. Well, this is architecture!~

Wallahu’alam, wassalam.

Isnin, Oktober 11, 2010

Don't Quit Poem


When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

Author unknown

Khamis, Oktober 07, 2010

Ibarat Enjin Kereta



Hari ni Farhana MK bagitahu, “Yan, yan tahu enjin kereta?”

“Enjin kereta setiap jenis kereta berbeza adalah berbeza…” Sambung Nana yang datang mendekatiku. Masih di studio selepas waktu makan tengah hari. Seperti biasa bersiap sedia di hadapan komputer. Komputer denganku kali ini ibarat belangkas.Bukan2…ibarat kawan baik yang tidak boleh berenggang.Emm, sama je kan maksudnya?

“ya2. Tahu. Bakpe ngan enjin kereta?”

“Enjin yang berbeza punya kuasa pecutan yang berbeza…” Emmm, mungkin.

“Walaupun Lamborghini boleh jadi lebih laju daripada Mini Cooper….” Aku menanti ayat seterusnya. “Jadi?”

“Kedua2nya tetap akan sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kan?!”

BINGO! Betul tu Nana. =) Terima kasih.

“Cuma, cepat atau lambat sahaja yang membezakan.” =)

Orait, get it. Harus pergi, taknak jadi si arnab yang tertidur, lalu kalah dengan sang kura2. Wallahu’alam.Wassalam.