Alhamdulillah, hari ni tamatlah sudah ujian dan peperiksaan akhir sem.. Hanya perlu bersabar menanti keputusannya. Selagi mana keputusan belum keluar, selagi itulah jangan putus berdoa dan bertawakkal… Hari ini aku menjawab kertas History of Architecture dalam keadaan yang kurang sihat. Semalam tiba2 saja demam selesema menyerang. Terpaksalah aku menghadapi pening demam juga pening peperiksaan dengan tabah..huhu~
Aku segera pulang selepas habis menjawab. Tak upaya lagi untuk menunggu lebih lama. Balik, aku terus mencari katil untuk merehatkan diri.. Petangnya aku mula mengemas barang untuk dihantar pulang ke rumah bapa saudara. Dan dalam mengemas tersebutlah aku menemui banyak kertas yang bertulis. Semua itu adalah hasil tulisanku sepanjang minggu peperiksaan. Hidup aku memang dengan menulis, jadi jika tiada masa mencoret di blog sekalipun, aku akan mencoret atas kertas…
Suatu hari dalam November, (sebelum exam Building Construction, BCM rasanya),
Hari ini, berjalan pulang ke Sumayyah.
Melalui jalan biasa.
Tiba2 terserempak dengan makhluk yang amat aku geruni.
Awas.. anjing hitam di hadapan.
Dengan sepantas kilat, aku mengubah haluan.
Mencari jalan selamat.
Walaupun jauh, walaupun lambat, asalkan selamat…
Aku berjalan lagi,
Dari Sumayyah menuju ke SHAS,
Seperti biasa jalan yang paling dekat adalah melalui tangga Batu Cave (tangga tercerun dan tertinggi di UIA)
Kebetulan tangga tersebut sedang dirombak..
Sekali lagi, aku mencari jalan selamat..
Melalui tepi2 tangga yang dibiarkan terbuka.
Melangkah dengan penuh berhati2.
Apa yang ingin aku sampaikan adalah. Dalam hidup kita, kita sering melalui pelbagai dugaan dan cabaran, mehnah dan tribulasi.. Dan antara satu langkah yang kita ambil adalah dengan mencari ‘jalan selamat’. Kita bertuah kerana terpilih untuk hidup dalam satu jalan selamat yang amat selamat iaitu Islam.. Tapi, adakah kita sekadar mahu berada dalam ‘comfort zone’ iaitu dengan hanya bergelar Islam yang hanya pada namanya.. Ataupun..kita solat, kita berpuasa, iaitu kita hanya menunaikan kewajipan rukun Islam, tapi bagaimana dengan amalan dan cara hidup kita yang lain?? Telah Islam sebenar2nya kah?? Oleh itu, untuk mengelakkan kita terjatuh dan tercedera, eloklah sama2 kita mencari jalan yang paling selamat untuk kita lalui.. iaitu hidup dalam Islam secara menyeluruh..insyaAllah.
Islam is the way of life.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan