Ahad, Januari 16, 2011

The Last Breath


Apabila aku masuk ke studio, aku terlihat sebuah buku bertajuk The Last Breath atas meja cikgu (lecturer). Aku tahu ianya kepunyaan Cikgu Zamri, partimer Studio kami. Memang beliau cintakan buku. Dan, beliau tidak lokek memberi pinjam dan berkongsi isi buku2 yang dibacanya. Buku kecil The Last Breath benar2 menarik perhatianku, ku ambil buku tersebut tanpa berfikir panjang, niat di hati sekadar untuk pinjam.

Halaman depan tertulis,

Prepare For Your Last Breath

‘From the time of our birth until we die, we continue along the road without realizing it. With every moment in time we draw that much closer to our end.

Aku tidak baca keseluruhan isi buku. Setiap kali aku tertarik dengan sesebuah buku, aku terlebih dahulu membelek tanpa membaca. Kubelek buku kecil tersebut sehingga sampai pada halaman 24, tertulis;

‘Humans are asleep and when they die, they wake up.’

Kata2 yang penuh makna. Semasa manusia hidup, dia tertidur, tapi, setelah mati dia baru dia terjaga daripada tidurnya. Maksudnya, benarlah semasa hidup manusia itu menikmati hidup seolah2 dia terlupa bahawa esok dia akan mati. Setelah mati, barulah manusia sedar akan kesilapannya. Kesilapan manusia atas kelalaian sewaktu dia hidup. Mungkin bahasa pendeknya, manusia hidup tapi mati,manusia mati tapi hidup.

***

The last breath is like a clear polished mirror. Man will only be sure of his rank at the moment of his final exhalation; then his life’s account will be displayed before his eyes and his heart.’

‘The main duty of every right minded person is to prepare for a long life in the grave and for external

-The Last Breath, Osman Nuri-

-When you become older, always remember the last breath-

16th January 2011, 12.38am, 22years old

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah,tulisan2 Osman Nuri Topbas amt hidup & menyentuh hati, pastinya sdari akn lbh termotivasi jika brpeluang menelaah bku2 beliau yg len sprt:


1)Tears of The Heart
2)The Secret in The Love For God
3)The Story of Reed


SANAH HELWAH
"Selamat Manfaatkan Hidup & Memaknakan Perjuangan"

munadhia berkata...

rasanya buku tu smua ad d studio.. insyaAllah, kalu ber'masa'. syukran.