Rabu, Januari 26, 2011

Pilih yang Terbaik!


‘Looking at your appearance, I am sure that you join usrah. Betul tak?’ Aku terdiam, entah kali ke berapa ada sahaja yang cuba mengecop aku ‘sesiapa, apa2 dan mana2.’ Sekali lagi beliau mengulang soalannya apabila kelihatan aku diam cuma dalam pernyataan ayat berbeza. Diam tanda setuju, diam tanda ‘ya’, maka dilanjutkan soalan, ‘Awak join apa? Isma?’ Aku diam, mengangguk atau menggeleng? Aku menggeleng sebagai menghormati soalan daripada seorang lecturer. ‘Bukan? jadi, JIM?’ Geleng lagi. Jangan sampai satu tekaan yang terpaksa aku anggukkan kepala. Aku menjadi serba salah. Aku tahu, lecturer di hadapanku bukan orang sebarangan. Setahuku beliau juga merupakan ‘seseorang, apa2 dan mana2’. Keyakinan ku adalah kerana aku mengenali dan pernah bekerjasama dengan anaknya.

‘PAS?’ Soalnya lagi. Perlukah sampai menyebut satu2 gerakan dan jemaah? Is it not enough by just answering- ya saya join usrah, dan fullstop!? Aku menjadi semakin serba salah. Nasib baik di sekelilingku tiada siapa2. Hari sudah lewat petang, dan mungkin aku yang terakhir membentangkan ideaku pada hari tersebut. Aku hanya memandang taburan ‘butter paper’ di hadapanku. ‘Scary!’ Aku nampak lakaranku menjadi sangat berserabut, bersimpang siur sehingga aku hilang kata2 untuk membentangkan ideaku. Ah, soalan yang membunuh idea dan kata2! Kemudian, beliau memintas, ‘Ok, now present your idea!’ Alhamdulillah~

***

Selepas consultation, fikiran sedikit tidak tenang. Terfikir2, mengapa semuapun sentiasa melabelkan aku dengan macam2 label. Setahuku, tiada sebarang cop ataupun tanda ‘saya budak…(isi dengan apa2 sahaja label) Adakah kerana appearance? Atau adakah kerana ke’slow’anku dalam mencari idea, dan kegagapanku dalam menegaskan konsep? Just wonder, kalaupun aku Pas, kalau aku Isma, Kalau aku JIM, kalau aku tabligh sekalipun. Jadi, apa?! (tak sampai hati guna 'so what?!' di sini ;p). rasanya mungkin satu alternatif untuk lari daripada pertanyaan begini adalah dengan memakai papan tanda, ‘saya budak usrah, jadi, apa?!’ adakah salah jika aku ingin mencari sesuap dua nasi rohani? Adakah salah andai aku ingin mencari sahabat yang boleh memberi pesan dan peringatan? (mode: macam sedih.)

Yang pasti, aku sentiasa mengagumi pemikiran setiap jemaah Islam yang wujud di Malaysia. Andai Pas dikatakan cenderung kepada siasah, aku mengagumi ke’siasah’annya, jika JIM dan Isma bersistemkan tarbiyah yang berterusan, jadi, aku mengagumi sistem pentarbiyahannya, jika tabligh golongan yang tidak berenggang daripada masjid, maka aku terpaut pada ‘kaki’nya yang tidak berenggang dengan masjid, Kalau gerakan mahasiswa lantang bersuara menegakkan kebenaran, maka aku kagumi kelantangan tersebut. Dan, hanya setelah dibelek, ditilik, direnung, difikir, dibaca, dicari, barulah aku membuat keputusan atas sesuatu gerakan yang mendekati ciri kesyumulan Islam.

Apakah jemaah yang mendekati ciri kesyumulan Islam? Semua juga tahu islam itu bersifat syumul. Sifat syumul adalah merangkumi segala aspek dalam kehidupan tidak terkecuali hal kekeluargaan, ekonomi, politik dan sebagainya.

***

Imam An-Nawawi menyatakan, apabila berlaku dua baiah, maka khalifah yang wajib diberi wala’ adalah khalifah yang di baiah terlebih dahulu. Adapun khalifah dibaiah terkemudian, maka hendaklah dilaksanakan hukuman bunuh kepadanya. Ulasan imam An-Nawawi ini menyamai ulasan yang dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya “Jami’ Li Ahkam Al-Quran”

Perbahasan ini dilihat ketika kewujudan khalifah. Adapun dunia Islam kini berada dalam kerangka pemerintahan yang tidak mempunyai khalifah, maka dengan demikian, perbahasan ini perlu kepada “pengecilan skop” untuk di realisasikan kepada realiti jemaah-jemaah islam yang wujud di sesebuah Negara.

Maka dengan itu, maksud disebalik “bunuh khalifah yang terkemudian” adalah dengan membunuh “pemberian wala’” kepada jemaah yang wujud terkemudian, dan wajib memberi wala’ kepada jemaah yang terdahulu.

Petikan:http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/06/14/kajian-berkenaan-pas/

***

Pertama, dalam tulisan kali ini, aku tidak mahu menghurai panjang memandangkan aku bukanlah arif dalam bidang ini. Dan, aku bukan sengaja mengutarakan isu ini, melainkan sekadar ingin meluahkan apa yang aku hadapi di kuliyyahku sendiri. Hakikatnya- persepsi seseorang terhadap seseorang akan dinilai melalui pemakaian dan pemikiran. Dengan maksud, appearance kita akan membawa ‘1st impression’ seseorang terhadap kita. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk punya ketegasan dalam diri dan mencipta karisma diri yang akan mewujudkan ‘good impression’ seseorang terhadap kita, terhadap pemikiran, gaya dan idea kita. insyaAllah. =)

Keduanya, aku sekadar ingin membawa kalian kepada realiti dan kebenaran. Sebelum menjadi ‘sesiapa, apa2 dan mana2’, tersangatlah penting bagi kita untuk terlebih dahulu mengetahui apakah itu ‘apa2 dan mana2’. Kemudian, barulah membuat keputusan yang terbaik atas penilaian yang dibuat. Setiap jemaah Islam juga bermatlamatkan khilafah Islamiah yang mana kadang2 sangat membawa kita pada analogi ‘road not taken’ dalam membuat keputusan. Look same, but different! Adakah jemaah ini yang betul atau adakah jemaah ini yang salah? Yang pasti tidak boleh dinafikan setiap jemaah itu punya kelebihan dan kekurangan, tapi, se’wajib’nya pilihan kita lebih cenderung kepada yang menghampiri kesyumulan islam. insyaAllah. =)

***

Pilihlah yang terbaik! Kamu tidak salah memilih sekiranya pilihanmu untuk menegakkan Islam, dan aku tidak salah kerana aku juga punya cita yang sama insyaAllah, tapi, yang terbaik itu adalah yang terdekat dengan konsep, ‘comprehensiveness of Islam.’ Sekiranya sudah temui yang terbaik, melengkapkan antara satu sama lain, jangan lari dan futur andai melihat kekurangan tetapi tampallah keusangan dan kekurangan itu dengan kelebihan yang kita miliki. insyaAllah. =)

Sekadar itu perkongsian daripadaku yang dhaif. Maafkan sekiranya ada mengasari hati mana2 pihak. Sekadar menyatakan pendapat. Andai salah, teguran juga menjadi ubat dan panduan terbaik. =) insayAllah.

Wallahu’alam.Wassalam.

ROAD NOT TAKEN

Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I--

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference

p/s : kalau ada salah dalam pendapat ni, mohon betulkan yep! =) cuba berani2 sahaja menulis hal ni.

4 ulasan:

moment berharga berkata...

yan! sy sgt suka! apapun yg yan pilih,sy kagum dgn pndirian yan n sbb kpd ssuatu pmilihan itu..sgt suka,indeed! tulis byk2 lg yg brani2 cmni.i like^^,

p/s:mode bkobar2 slps attend agm ka ni?~mahasiswa bkn bdk2^^,..kena berani mmutuskan ssuatu dlm khidupan.

org nk pndg itu ssuatu yg salah,itu terpulang.raikan sj kerana mereka berhak pny pndangan jg..tp selagi pilihan itu Allah yg teratas,jgn mudah goyah..fighting!

pssst--> kredit kong.sabar mnanti jwpn sy okes.hrpnya mmbantu^^,

a.j. berkata...

aish. rasa nak beri pendapat. mungkin di blog sendiri kelak. inshaAllah

munadhia berkata...

kak moment>> fikir sribu kali nk tulis gini. takot sbenarny bg pndpt isu agk brat yg mgkin mnyentuh mana2 pihak.huhu~ tp, insyaAllah try. actually tulis ni sbb tringat kt ank2 usrah yg sgt bersemangat nk usrah membuatkn smangt yan pn brkobar2 utk wat usrah.;p rasa sgt sronok jd mak kali ni walaupun sikit anak sbb dpt bg sumtin dn kt dpt sumtin dlm kita sibuk.insyaAllah. 1 lg, disebabkn agk sbuk skang, yan rasa ni je cara utk yan bantu shbt2. jihad melalui penulisan (jz read bout this). ;p insyaAllah, kena lbih byk membaca pasni.huhu~ (i try)2.=)

aj>> silakan, nk jga dgr pndapat kamu. we might have differnt opinion n argument on this. sy tunggu pndpt kamu k. tq aj~

Mardhiah berkata...

hm2..nk tau tak? lps nik present tu..kite dh prasan dh nik cm tak tenang je. tu y kite panggil nik,tny bro kate ape
(sbb kite tak smpt dgr sume..almaklum laa..nk kene bertongkat pegi sane cni :P)

pastu nik terus pegi kt pc n tulis entry u blog..'ni mesti ade smthg ni..'

sabar ye nik nadia izyan :)
people can judge us..
people can expect things from us..
but whats more important is to make a good impression to Allah n please Him..

nk jage persepsi n hati sume org..susah! hohoh~

slmt berholiday :)