Rabu, Januari 05, 2011

Ingin Dekat, Tapi, Semakin Jauh!


pics from google

KEDEKUT MASA?

Teringat muhasabah daripada seorang sahabat, ‘kenapa terlalu kedekut dengan Allah? Beribadat pun nak berkira.’ Aku tidak ingat ‘the exactly words’ tapi seolah2 begitulah pertanyaan sahabat. Aku teringat, benarlah, aku sekarang sentiasa kedekut masa. Kedekut untuk menggunakannya dengan tujuan ibadat. Lantas berbagai2 peringatan lain yang timbul di benak fikirku. Antara ingatan yang tidak kulupa adalah kata2 seorang ustaz di pondok dahulu, ‘Allah bagi kita 24 jam masa untuk dibahagi dengan baik. Mudah saja pembahagian masa ni… 8 jam untuk rehat, 8 jam beribadat dan 8 jam untuk bekerja.’ Masa yang diberikan adalah berjumlah 24 jam sehari. Tapi, hanya berapa banyak masa yang telah digunakan sebaiknya? Telah berapa banyak masa yang telah digunakan untuk menunaikan hak hidup yang sepatutnya- beribadat, berehat, dan bekerja?

Andai persoalan begini diajukan padaku, sudah semestinya aku tidak mampu menjawab dengan baik. Banyak masa lapangku yang terbuang begitu sahaja. *sigh* Tapi, pada masa yang sama aku sendiri tidak pasti aku sebenarnya punya masa lapang atau tidak. Waktu siang dan malamku hanya di studio. Mungkin waktu lapangku hanya diisi dengan selingan tulisan yang kadang2 tidak berisi ini. Tapi, inilah satu2nya kegiatan yang kurasakan cepat dan mudah. Mata hanya perlu menatap skrin komputer, dan jari hanya harus bermaraton di atas papan kekunci. Saat diperlukan, jasadku sudahpun berada di sini (studio), maka, agak menjimatkan tenagaku untuk berlarian dari mahalah ke KAED apabila khidmat diperlukan segera.

IMAN SEMAKIN NIPIS

Tidak tahu setebal mana iman di hati sebelum ini. Tapi, andai ketebalan iman dahulu senipis kulit bawang, iman yang ada sekarang mungkin antara nampak dan tidak- lebih nipis daripada kulit bawang. Menyesali keadaan diri lantas cuba untuk menyendiri lagi. Bermuhasabah kembali dan tempat yang paling strategik adalah tempat yang sudah lama kutinggalkan sejak hampir satu semester lamanya. Tempat aku menemui sahabat2 dan berdiskusi soal pengisian rohani.

Bertemu dengan sahabat2 membuatkan hati sedih lantaran pertanyaan, ‘kenapa yan dah lama tak ke sini?’ Pertanyaan yang paling tidak mahu kujawab. ‘studio!’ adakah itu alasan yang terbaik dapat kuberikan? Adakah untuk beribadat itu juga perlu beralasan? Mulut terkunci, pandangan mata seolah berkaca. ‘Ada projek kak…’ Kadang hanya itu yang mampu menjadi jawapan terbaikku.

‘Takpe yan, berjuang di sana(KAED), tu ibadat juga…’ Jawapan yang sedikit melegakanku walaupun kadang2 aku sendiri tidak mampu melihat di mana ibadat yang telah kulakukan sepanjang aku melakukan kerja studio. Semuanya penuh gelak tawa dan sentiasa juga penuh dengan tekanan. Lantas dimana boleh kuselitkan ‘ibadat’ dalam tugasanku ini?

***

‘Niat lillahitaala… Cuba renung lebih jauh. Memang bidang ini bukan seperti IRK yang naturenya kita nampak ia lebih mendekatkan kita dengan DIA. Tapi, cuba fikir lebih jauh… Bukankah tempat mereka belajar dan taqarrub ilallah tu atas sumbangan idea para arkitek? Engineer? Dan seumpamanya? Bukankah kita sudah berjasa di situ?’ Aku merenung. Kata2 ini sekadar ingin melegakan hatiku. Tapi, tetap sedih datang. ‘Tak cukup ibadat dengan itu! Tak cukup dekat dengan DIA melalui ni semua!’ Hati sering memberontak dan sentiasa memberontak! Masih tidak kelihatan pada pandanganku, masih tidak kurasa bahawa aku dekat denganNya. Hakikatnya, aku sedang menjauh dan semakin jauh! *regret* Astaghfirullah~

***

Aku sentiasa cemburukan sahabat2 yang hidupnya kelihatan tenang, tidur di awal waktu dan mampu bangkit di sepertiga malam beribadat padaNya. Kadang kurasakan pasti Allah lebih menyayanginya. Berbanding antara kami, kadang tidur pun tidak sempat. Paling tidak tidur jam 5, pasti kadang2 ada yang terbabas subuh. Bukan tidak pernah kulalui, andai diri tidak kuat pasti pernah berkali2 terlakukannya. Dan, saat bangkit, sering menyesali diri. Menyumpah diri sendiri dan saat itu sepanjang satu hari pasti akan membenci diri sendiri. Salah diri yang tidak kuat! Dan, salah diri yang terlalu lemah. Sehingga tompokan hitam memenuhi segenap ruang hati! Aku semakin hilang punca, katakan, di mana jalan untuk menemuiNya? Ya Allah, ampunkanlah~

MUTIARA TIDAK BERKILAU

Dikatakan mutiara sedangkan tidak berkilau. Begitulah perumpaannya seorang aku di sini (KAED) Sering apabila ditanya dari kuliyyah mana, aku menjawab KAED. Pasti ramai yang teruja, ‘KAED? Subhanallah… Sebutir permata di situ. Kena kuatlah kan…’ Aku terasa malu dengan pujian sahabat sedangkan andai benar aku permata, bukanlah permata yang berkilau. Permata yang sudah tidak lagi punya kilauan berharganya. Tiada sebarang jasa, tiada sebarang perubahan berlaku andaipun punya sebutir permata di KAED. Aku bukan siapa2, tapi, aku hanyalah aku yang lemah. Sama saja seperti orang lain. Tiada bezanya! Pintaku, don’t judge people by their appearance, Luaran kadang tidak menggambarkan dalamannya. Teori yang sama, andai melihat sebuah mahligai yang cantik ‘exterior’nya, jangan disangka indah juga ‘interior’nya. Begitulah juga sebaliknya. Aduhai, sangat sakit dengan penilaian sebegini!

***

Rasanya segala yang kucatit adalah tentang kelemahan. Bukan ingin memberitahu pada dunia bahawa aku lemah, tapi, sekadar ingin melepaskan sedikit perasaan yang sangat sukar kuluahkan dengan kata2. Aku penat bermain dengan monolog hati yang tidak terluahkan dan kedengaran. Sekadar rindu akan satu suasana tenang saat terasa dekat denganNya. Sebab hari ini, aku sedar, aku semakin jauh. Malu untuk menyatakan tapi, aku tidak boleh lari daripada hakikat kejadian manusia yang mudah lupa dan senang terleka dengan nikmat dan kesenangan dunia.

Ya Allah, tuntunku kembali ke jalanMu!Ya Allah, jangan sampai tiada lagi pintu menemuiMu bagiku! Ya Allah, ampunkanlah aku~ Aku cuba mendekat, tapi, rupanya aku semakin menjauh!

***

Maafkan andai ada yang terganggu dengan tulisan ini. Sekali lagi sekadar coretan kosong saat diri diselubungi kekesalan~ Wallahu’alam.

Inilah hakikat yang kuhadapi saat ini. Bukan tidak berminat dengan senibina, tapi, senibina benar2 menyeksa jiwaku saat ingin dekat denganNya. Salah satu sebab yang paling sukar kunyatakan selama ini!Aku cuba mendekat, tapi, sebaliknya, aku semakin menjauh~ *sigh*

4 ulasan:

rijal88 berkata...

Moga2 Allah mmprmudahkn segala urusan sdari & jg mudah2an Allah Berkati setiap ruang waktu yg sdari belanjakn utkNYA...

*Be Strong, Look Forward*

Sy yakin & prcaya sdari amt kenal siapa 'Kak Akmal Ali'...pelajarilh stiap inci riwayat hidup beliau.
Amek iktibar dr 'kesabran','redha' dan 'gigih'nya beliau.
Beliau jg tlh jd inspirasi bg yg knl Beliau


Sy kira dia lbh memahami kndisi sdari sbg KAEDIAN. sy kira Dedikasi "Seuntai Kata Untuk Dirasa" mgkin jg khas bwt beliau.

"Ujian bukan utk buat kita semakin lemah, tapi, utk jadikan kita semakin kuat"...itulh yg sy dpt amek ibrah dr beliau..

Harapn, sdari jg kuat & bhkn lebih kuat dr beliau.

N.I.A berkata...

salam munadiya...
i have nothing to say much...but...
be strong k gurl...
belajar sungguh n kuatkan semangat...2la ujian dlm hidup as student...
insyaAllah per yg kamu alami skrang akn jd pembimbing n petunjuk bler kt dunia luar nant...
terharu bcer....tersedar pd khilaf yg da...k sahabat...jazakallah..:)

.:Insyirah:. berkata...

salam..
kenapa ya..? hakikat kita tidak saling mengenali..namun disini byk persamaan yg kita lalui...
ana pun xtahu dimana letaknya 'hati' ana yg kukuh spt dlu...
smuanya sudah berlalu..harapan tinggal kenangan..ana impikan hati yg dlu..sentiasa tenang..rasa manis dlm ibadah..ana xtau nk letak 'nilai' kehidupan dan ibadah ke tempat yg mana...Allah...:'(

munadhia berkata...

rijal88>> syukran.

deera>> =) trima kasih sira. insyaAllah sama2 kita jadi kuat ya. =)

insyirah>> betul2. bukan stakat kita, tapi rasanya masih ramai yg ingin hati seperti dulu. mungkin kita rasa begitu lantaran hati muda masih belum kotor, bila hati semakin tua, tompokan hitam tu semakin membesar. semoga kita terus kuat menghadpi semua ni. semoga iman kembali pada kita dalam keadaan sihat walafiat. insyaAllah. =) syukran yep! =)