Khamis, Januari 20, 2011

Warkah Buat Teman


‘Hey, kamu!’ menunding jari ke arah seseorang yang sedang bertongkat dan terhinjut2 berjalan. Dia tersentak memandang aku yang memanggil.

‘Ya, kamu tu…yang bertongkat!’ Ouch! sedikit kasar. (jangan terasa dulu!)

***

Pertama, kenapa kamu harus putus asa saat ditimpa ujian? Kenapa harus ungkapkan kata maaf saat aku menghulur bantuan? Kenapa harus beremosi saat kawan menghulur tangan?

Buat kamu yang mungkin tidak tahu, aku bukan sekadar simpati, tapi, kerana aku seakan mengerti- aku harus nyatakan, jangan susah hati andai kamu terpaksa susahkan seorang kawan. Kerana, kalaupun ujianmu itu berat, ianya aturan dari Tuhan. Bukan kamu pinta ia terjadi, tapi, kerana Allah sayang, Allah sengaja mahu uji. Cuba rasai kasih sayangNya itu. Di mana? Di sini, (tangan di dada) kokoro- hatimu.

Saat kamu tidak meminta pertolongan tetapi tangan ringan ingin memimpin dan memegang. Kerana mata sangat berat memandang, apatah lagi badanmu yang merasakan. Terasa kesusahan pada diri sedangkan kesakitan itu hanya kamu yang rasa, bukan aku!

Saat ujian bertimpa2, kamu tetap tabah menghadapinya. Aku kagumi kekuatanmu, masa yang sama, aku cemburu ketabahanmu. Mengapa aku tidak kuat dan tabah sepertimu? Di sini, kamu menang, aku kalah. Terimalah kemenangan ini dengan rasa syukur, syukur dengan kekuatan yang masih bertahan dalam dirimu. Tahniah kawanku!

Saat kamu melangkah ibarat mengambil masa seribu langkah. Jangan kamu mengalah kerana setiap langkahmu itu boleh jadi menggugurkan seribu dosamu sedangkan kamu tidak tahu. Saat kamu beribadat kamu menghadapi susah. Terpaksa berlama2an di tempat peribatan, janganlah kamu rasa putus asa kerana Allah sengaja mahu mendampingimu-lebih lama.

Kamu selalu menyatakan maaf sedangkan aku tidak perlukan ungkapan itu. Allah mengujimu sedangkan mungkin selepas ini giliranku pula. Siapa tahu aturan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia mampu melakukan apa sahaja. Atas diri yang sempurna ini, boleh sahaja dilenyapkan dan dihancurkan sekelip mata. Kerana itu, manusia sentiasa harus berjaga2 dan bersedia dengan setiap takdir yang bakal menimpanya.

Saat di sisimu, dalam diam aku sentiasa mengagumimu, ketabahanmu membuatkan aku lebih tabah, kekuatanmu membuatkan aku lebih kuat. Dan, rasa syukurmu membuatkan aku lebih bersyukur. Saat bersamamu, aku melihat nikmat yang melimpah ruah atasku, baru aku sedar, nasib kita benar2 berbeza. Aku seolah dikurniakan segala2nya. Baru kusedari, dan ku hanya sedar saat kamu hadir dalam hidupku. Sungguh, Allah hadirkan kamu sebagai temanku untuk aku lebih belajar erti hidup ini.Maha Suci Allah yang menciptakan.

Tabahlah kawanku, tabah menghadapi hidup ini! Kamu tidak pernah menyusahkan aku walaupun itu yang kamu kata kamu rasakan. Ingatkah kamu akan jasamu terhadapku sepanjang perkenalan kita? Itu lebih2 lagi tidak terbayar dengan sebarang apapun. Terima kasih kawanku, terima kasih tidak terhingga dariku.

Kamu harus tabah, dan fikirkan kawan2 kita yang lebih tidak bernasib baik daripada kita! Bagaimana mereka yang tidak berkaki selamanya, bagaimana mereka yang bermata tapi tidak mampu melihat? Mereka yang bertelinga tidak mampu mendengar dan bagaimana pula mereka yang sempurna anggota tapi hanya terbaring tidak berupaya?Jadi, kamu dan aku harus lebih kuat dengan ujian yang kecil ini! Semoga terus tabah kawanku!

Sekadar itu daripadaku, khas untukmu yang ditimpa ujian. Sekadar renungan untukmu jua aku!

-It is better to light a candle than to curse the darkness-

***

Tulisan ini ditujukan kepada seorang sahabat baikku yang sedang sakit. Pada awalnya ditujukan untuk dia seorang, tapi, oleh kerana kebelakangan ini beberapa kenalanku ditimpa musibah, maka, aku revealkan surat ini di dada blog. Semoga memberi manfaat. Wallahu'alam.

4 ulasan:

moment berharga berkata...

moga k.chik mmperoleh ganti yg lbih baik ats ksabaran itu..(T_T)

p/s:krdit kering,xleh rply msj smlm.sori muna

Orieda Akbar berkata...

kawan yan sakit tu orie knl x??

munadhia berkata...

kak moment>> kelak yan akn setia memanggil kak moment. dah lekat. hee~ insyaAllah, she's better now. hepi dpt ank sdara tu. ;p

orieda>> rasanya orie dok knal kot. die dak archi uia. =) orie, yan jupe dh buku hk nk wi ke orie... punyalah berzaman dok dalam sampul tu. x anta2 lagi. orie dok kolej dh ke?

shaye budak nerd yang nakal berkata...

yan..orie xdok kolej da..skang duk usm..hehe..rezeki boleh masuk usm..