Sabtu, Januari 08, 2011

Kerja Rumah (Homework!) =)


credit to : Badi'uzzaman, 3rd year/archi

AMANAT SAHABAT

‘Yan, Akak nak yan sambung pencarian akak boleh? Yan kena cari juga jawapannya. Cari dengan sepenuh hati dan ikhlas di mana hubungkaitnya kerja2 studio dengan penghambaan pada Allah. Akak nak jawapan yang hadir sendiri dalam hati dan jawapan tu juga akan dipegang dalam apa juga kondisi. Semoga dengan ‘homework’ ni, yan lebih senang dan tenang dalam mengharungi hidup.

Yan, pertanyaan daripada sahabat2 yang kadang menyesakkan jiwa yan anggap saja sebagai teguran yang menyeimbangkan kembali hidup yan. Jangan mudah tertekan dengan pertanyaan sebegitu, sebab, mereka semuanya sebenarnya mengambil berat tentang yan.

Sebagai seorang pejuang, Allah latih kita dengan ujian untuk punya jiwa yang kental.Bukan kental dengan maksud kita persetankan semua perkara2 kecil, tapi, kental untuk cepat2 kembali ‘on track’ bila hati diamuk rasa keliru, sedih, kecewa, putus asa etc. Jangan kita tenggelam kecuali dengan rasa ingin muhasabah diri dengan perasaan lemah tu.

Apapun yan, kita kena selalu dengar pada bicara Allah dengan syarat kita juga harus berbicara denganNya. Allah itu sangat dekat dengan kita bukan sekadar dalam rukuk dan sujud tapi, pada setiap waktu.’

***

Mesej panjang yang masuk ke ‘inbox’ hampir jam 1 pagi itu benar2 menyentuh hatiku. Ada yang prihatin dan memahami sebaik membaca tulisanku. Dan, memang sentiasa dia jugalah orang yang paling cepat memahami. Mungkin nature kos kami yang sama tetapi sedikit berbeza itu menyebabkan aku sangat menyenangi kata nasihat daripadanya. Kerana aku tahu, saat dia menasihatiku, bermakna dia juga menasihati dirinya sendiri.

***

Bagaimana ingin mencari jawapan menggunakan hati? Jawapan kepada sebuah persoalan yang kukira, bukan pertanyaan daripada aku seorang.

‘Cari dengan sepenuh hati dan ikhlas di mana hubungkaitnya kerja2 studio dengan penghambaan pada Allah.’

***

Teringat akan semangatnya saat aku bertanya, ‘akak kalau malam ni kita balik studio lambat, akak gi qiam juga ke?’ Dan jawapan spontannya, ‘kita gi lepas buat kerja ni ya.’ Tapi malam itu kerja tidak siap2. Tapi, hati terus resah antara pergi atau tidak, dan apabila terfikirkan jawapan dia, aku terus berlari pulang ke mahallah. Dan, waktu itu jam 3 pagi. Hanya satu bisikan yang membawa aku berani berjalan seorang diri, ‘Kalau orang lain mampu buat, mengapa tidak aku?’ Tika itu, dirasakan diri sangat kuat, mampu berpegang dengan prinsip ‘jangan kenal erti lelah!’ Tapi, untuk tiga tahunnya, semangat semakin luntur, prinsip semakin kendur. Di mana bisikan2 kekuatan yang selama ini tidak jemu menjengah? Hilang dibawa rasa penat dan lelah~

***

Sebenarnya sangat cukup masa untuk diselitkan ibadah dalam kehidupan. Setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah adalah ibadah. Sentiasa tanya pada diri, ‘kenapa aku sanggup menghabiskan masa belajar dalam bidang ini?’ Seringkan bertanya pada diri, ‘ Kenapa, aku sanggup berpenat lelah untuk lakukan semua ini?’ Seringkan bertanya diri berbagai persoalan dan percayalah, cepat atau lambat kita pasti akan bertemu jawapan yang menjadi sebab mengapa kita hidup pada hari ini.

***

KITA TETAP HAMBA-NYA

Saat ini, aku temu satu jawapan, andai anda menjadi pelajar architecture di Lim Kok Wing sekalipun, anda tidak pernah terlucut jawatan sebagai hamba Allah. Andai anda bersekolah St Marry atau St John atau dimana2 sekali pun, tetap, dibahu anda berpangkat hamba Allah yang juga berperanan sebagai khalifah di bumi Allah. Amanah yang berat sehingga gunung2 gah, batuan kuat juga tidak menyanggupi amanah ini melainkan manusia-iaitu kita. Mengapa? Mengapa kita yang bongkak harus lemah saat hanya sedikit ujian yang menimpa? Mungkin juga telah terlupa janji kita padaNya. Mungkin tidak lupa, Cuma kadang terlupa!~

***

Allah tidak meminjamkan jasad dan nyawa untuk kita mensia2kannya. Allah juga tidak meminjamkan pancaindera untuk tidak menggunakannya, Allah tidak menciptakan akal fikiran untuk dirosakkan. Allah memberikan kita segala kesempurnaan dan kemuliaan untuk menjalankan tujuan hidup dengan baik. Berjuang untuk Islam bukan sekadar tuntutan bagi mereka yang mengambil bidang agama, berjuang untuk islam adalah wajib bagi setiap individu yang mengucap dua kalimah syahadah tidak terkecuali seorang arkitek, peguam, jurutera atau apa sahaja profession. Kerana itu, dalam setiap perkara juga, hakikatnya kita beribadah kepadaNya. Antara nampak atau tidak, samada sedar atau tidak, boleh jadi, selama berjam2 menyiapkan tugasan dikira sebagai ibadah olehNya. Moga2, insyaAllah.

***

PETIKAN SURAH ALI IMRAN

Kadang2 jawapan datang tanpa diduga. Sebaik terdengar bacaan imam daripada surah ali imran isya’ itu, terdetik di hatiku untuk membelek dan membuka ayat yang dibacakan. Aku tahu daripada surah ali imran apabila sampai pada bacaan ayat 193 yang bermaksud,

'Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang yang berbakti'

Aku mula membelek maksud ayat2 dalam surah Ali Imran. Mungin pernah ditelaah, tapi, banyak sudah lupa, sehinggalah sampai pada ayat 190-195. Seakan ada sesuatu yang mengena denganku;

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

195. maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".

***

Jadi, dimana kaitan kerja studio dengan kehambaan pada Allah?

Kehambaan pada Allah apabila mengingatiNya dalam setiap perkara yang dilakukan termasuk ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Melakukan sesuatu dengan tujuan mencapai redhaNya, dan membuat sesuatu pekerjaan bermatlamatkan menolong dan memperjuangkan agamaNya.

Dan, satu kata kunci lagi yang ditemui dalam ayat adalah berbakti,dan matikanlah Kami bersama orang-orang yang berbakti.’ Susah untuk mencari jawpan yang betul2 tepat dengan persoalan ini. Tapi, bagi kakak yang bertanya, daripada hati sekadar ini sahaja jawapan yang dapat diberikan. Saat kita membuat jasa atau berbakti pada orang2 sekeliling, sebenarnya saat itu kita sedang cuba meraih redha Allah. Kita sedang cuba untuk memiliki kasih sayang Allah. Mungkin ini juga boleh diaplikasikan dalam kerja2 studio. Persoalan mengapa kita merekabentuk harus dijawab dengan jawapan, ‘untuk berbakti’. Untuk siapa dan untuk apa merekabentuk bangunan? Untuk manusia selesa beribadat di dalamnya. Dengan cara apa dan bagaimana? Dengan memastikan infrastruktur berfungsi dengan baik, dan mungkin juga memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam proses pembinaan. Siapa yang berperanan? Kita yang faham dan mengerti tuntutan agama insyaAllah.

***

After all… Walaupun panjang lebar telah kutulis dan panjang lebar ku cuba memberikan jawapan. Ia tidak sedikit membuka hatiku untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Sehingga akhirnya aku tamat pengajian dalam BSc Architecture, mungkin akan hanya bernoktah di sini. Atau mungkin juga tanpa sengaja aku meneruskan, semoga aku terus kuat dan semoga Allah sentiasa bukakan jalan kemudahan bagiku juga semua temanku. Amiin~

Akhir kata, andai ada silapku dalam penulisan kali ini, betulkanlah~

‘Selamanya, kita hambaNya dan tidakkan pernah terlucut jawatan sebagai hambaNya. insyaAllah~’

wallahu'alam.

p/s : semoga bertemu jawapan yang lebih bernas lagi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih yan buat perkongsiannya...bg inspirasi pd fatin!=)