Memaparkan catatan dengan label ISLAMIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAMIK. Papar semua catatan

Ahad, Januari 16, 2011

The Last Breath


Apabila aku masuk ke studio, aku terlihat sebuah buku bertajuk The Last Breath atas meja cikgu (lecturer). Aku tahu ianya kepunyaan Cikgu Zamri, partimer Studio kami. Memang beliau cintakan buku. Dan, beliau tidak lokek memberi pinjam dan berkongsi isi buku2 yang dibacanya. Buku kecil The Last Breath benar2 menarik perhatianku, ku ambil buku tersebut tanpa berfikir panjang, niat di hati sekadar untuk pinjam.

Halaman depan tertulis,

Prepare For Your Last Breath

‘From the time of our birth until we die, we continue along the road without realizing it. With every moment in time we draw that much closer to our end.’

Aku tidak baca keseluruhan isi buku. Setiap kali aku tertarik dengan sesebuah buku, aku terlebih dahulu membelek tanpa membaca. Kubelek buku kecil tersebut sehingga sampai pada halaman 24, tertulis;

‘Humans are asleep and when they die, they wake up.’

Kata2 yang penuh makna. Semasa manusia hidup, dia tertidur, tapi, setelah mati dia baru dia terjaga daripada tidurnya. Maksudnya, benarlah semasa hidup manusia itu menikmati hidup seolah2 dia terlupa bahawa esok dia akan mati. Setelah mati, barulah manusia sedar akan kesilapannya. Kesilapan manusia atas kelalaian sewaktu dia hidup. Mungkin bahasa pendeknya, manusia hidup tapi mati,manusia mati tapi hidup.

***

‘The last breath is like a clear polished mirror. Man will only be sure of his rank at the moment of his final exhalation; then his life’s account will be displayed before his eyes and his heart.’

‘The main duty of every right minded person is to prepare for a long life in the grave and for external

-The Last Breath, Osman Nuri-

-When you become older, always remember the last breath-

16th January 2011, 12.38am, 22years old

Jumaat, Januari 14, 2011

Haram Bina Masjid?



Dalam men’design’ aku membuat sedikit research tentang pembinaan. Teringat pula akan hukum hakam dalam senibina sewaktu belajar Quran Sunnah in Built Environment (QSBE) iaitu subjek wajib pelajar KAED. Kelas yang paling aku gemari dan tak pernah tidur kerana Spahic Omar yang berwajah ala2 Tom Cruise. Tidak2, bukan sebab Spahic Omar tapi, sebab method pengajarannya dan mungkin kerana subjek ini sangat menarik minatku. Rupanya dalam senibina juga ada hukum hakam dan guideline menurut Al-Quran dan sunnah. Thank God, I am UIAian! =)

When people asked, what is so special about architecture in UIA? Proudly answer, we are Islamic. =) insyaAllah. =) Don’t dare to be ashamed of title Islamic OK!

Baiklah, apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah, haram bina masjid sebenarnya! Tapi, jangan pula salah faham, haramnya atas beberapa kondisi. Ingat Kisah Masjid Dhirar? Bagaimana Rasulullah sendiri menyuruh masjid tersebut dirobohkan padahal ianya sebuah masjid. Bila menyebut tentang masjid, sudah semestinya dalam kepala kita tergambar sebuah bangunan berkubah massive dan sangat suci tempatnya, tapi, mengapa Allah perintahkan nabi merobohkannya? Cuba teka?! ;p

***

Realiti hari ini, terdapat banyak masjid yang dibina atas hukum sebagaimana hukum pembinaan Masjid Dhirar. Wallahu’alam, aku sekadar mengandaikan apabila melihat kepada ciri2 pembinaan masjid hari ini.

***

Sedang aku asyik menggoogling, aku terjumpa artikel tentang pembinaan masjid2 yang dikagumi di bumi Malaysia (cukup kita google di Malaysia). Dan, melihat kepada kos pembinaan, hampir lemah jantung dibuatnya, hampir mencecah RM200juta, dan beratus2 juta lagi. Apabila melihat angka 200 ia kelihatan sedikit, tapi apabila membaca J.U.T.A, it’s a lot2! Sangat100x banyak untuk orang yang tidak mampu membeli mini cooper sebagaimana aku.

***

Apakah tujuan pembinaan masjid? Tujuannya adalah untuk manusia beribadat di dalamnya. Setakat yang aku belajar, masjid seharusnya dibina memenuhi fungsinya, begitu juga mana2 jenis bangunan sekalipun. Pembinaan Islamik adalah pembinaan yang mengelakkan pembaziran, bukan tujuan bermegahan tapi sekadar memenuhi keperluan hidup. Malah, arkitek terkemuka, Mies Van De Rohe sendiri memperkenalkan konsep ‘less is more’ (The notion that simplicity and clarity lead to good design. ) dalam pembinaan. Kurang adalah banyak? Maksudnya, ia juga ada hubungkait dengan konsep, ‘Form follow function’ yang diaplikasikan oleh ramai arkitek barat.

Jadi mengapa harus berlebihan sedang orang bukan Islam juga bersetuju dengan konsep bersederhana? (Bukan berbangga dengan orang barat, tetapi, sekadar memikirkan, kenapa sering orang bukan islam mengaplikasikan konsep islam dalam kehidupan mereka sedang mereka bukan islam. Same goes to the management of time which muslims always failed of- including me!)

Tambahan daripada apa yang aku peroleh sepanjang berada di UIA sebagai pelajar senibina adalah, berdosa sekiranya membina rumah melebihi jumlah ahlinya. Bimakna, andai ahli rumah hanya seramai 5 orang, tidak perlu membina rumah memuatkan kapasiti 100 orang. Itu juga membazir namanya.

Firman Allah bermaksud;

'Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.' (Al Israa’ : 27)

***

InsyaAllah, aku akan cuba recall kembali pelajaran yang aku dapat daripada Assoc Prof Dr Spahic Omer 2 tahun yang lepas.

Ada 4 hukum yang telah disenaraikan oleh Spahic Omer dalam karangannya ‘Prophet Muhammad and Islamic Architecture iaitu;

  1. Wajib
  2. Mandub
  3. Mubah
  4. Haram

WAJIB

Sesebuah pembinaan menjadi wajib apabila tiadanya bangunan tersebut manusia akan susah kerananya (Hardly translating his article). Bangunan yang mana bila tiada kita akan susah, Cuba teka? =)

Rumah yang kita duduki sebagai tempat berlindung menjadi salah satu bangunan yang berada di bawah kategori ini. Tapi, ada juga garis panduan dalam membina tempat tinggal iaitu salah satunya telah kunyatakan di atas atau ia boleh jatuh hukum mubah atau haram.

Contoh lain bangunan yang berada di bawah kategori ini adalah fortress atau military wall atau kubu pertahanan dan seumpamanya. Andai tiada sesebuah kubu pertahanan itu boleh menyebabkan ancaman kepada negara, maka, pembinaannya termasuk dalam kategori wajib demi mempertahankan negara dan agama.

MANDUB ATAU HARUS

Terus kepada contoh sebagaimana pembinaan sebuah institusi, kilang, hospital dll. Mengambil contoh institusi, mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim, tetapi, membina sebuah sekolah atau institusi bukanlah wajib kerana tanpanya juga, manusia boleh menjadikan sebarang tempat lain sebagai tempat menuntut ilmu sebagai contoh rumah dll. Malahan, kalau dilihat pada zaman Nabi Muhammad SAW, masjid dijadikan tempat berkumpulnya alim ulama dan juga dijadikan sebagai institusi menuntut ilmu. Maka, sebuah sekolah adalah diharuskan pembinaannya. Pembinaan sekolah, kilang, hospital dll apabila digunakan dengan tujuan kebaikan, akan diberikan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT. insyaAllah. Dengan erti, selagimana manusia menggunakan sesebuah bangunan itu kearah kebaikan, maka orang2 yang menyumbang kepada pembinaan tersebut juga akan memperoleh ganjaran daripadanya insyaAllah. =)

***

Apa pula bangunan di bawah kategori mubah dan haram? Aku kesuntukan masa untuk menghuraikannya sekarang. Mungkin sekadar ini dahulu perkongsian daripadaku. InsyaAllah, dalam kesempatan waktu lain, akan kujelaskan sedikit sebanyak lagi tentang ini dan insyaAllah aku akan bercerita juga soal masjid dhirar ya. =) Aku yakin ramai yang tahu, tapi, ini sekadar ulangkaji untuk diriku juga insyaAllah supaya lebih tahu dan hadam. =) Andai ada kesilapan di mana2, teguran juga ku harapkan.

Tiil here. Wallahu’alam.

Rujukan : kelas QSBE, Assoc Prof. Dr. Spahic Omer.

Rabu, Januari 12, 2011

Hadza Min Fadhli Rabbi


Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. =) Saat dipuji, jangan menidakkan bahkan syukurilah dengan mengatakan, ‘Hadza min fadhli rabbi…’ (an-namlu : 40) sebagaimana nabi sulaiman saat diuji dengan kebesaran dan kekuasaan, disebut, ‘hadza min fadhli rabbi.’ Kesenangan adalah ujian, kecantikan dan kesempurnaan juga ujian. Allah ingin menguji samaada hambaNya bersyukur ataupun tidak dengan nikmat dan ujian, maka, sebutlah, ‘hadza min fadhli rabbi.’ =) Alhamdulillah~

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (an-namlu : 40)

Walaupun menghadapi ujian yang sangat berat, syukurilah. Ujian yang berat boleh jadi -harta kekayaan yang zahirnya kesenangan tapi hakikatnya kesusahan andai tidak digunakan sebaiknya. Ujian yang berat boleh jadi - kesakitan, tapi boleh jadi kenikmatan andai dihiasi dengan kesabaran. Ujian bukan setakat pada kesusahan tapi, juga pada kesenangan. Semua manusia diuji dengan bermacam ujian, susah atau senang syukurilah, senyumlah walau pahit dan kelat.

Short note. Wallahu’alam.

Rabu, Januari 05, 2011

Ingin Dekat, Tapi, Semakin Jauh!


pics from google

KEDEKUT MASA?

Teringat muhasabah daripada seorang sahabat, ‘kenapa terlalu kedekut dengan Allah? Beribadat pun nak berkira.’ Aku tidak ingat ‘the exactly words’ tapi seolah2 begitulah pertanyaan sahabat. Aku teringat, benarlah, aku sekarang sentiasa kedekut masa. Kedekut untuk menggunakannya dengan tujuan ibadat. Lantas berbagai2 peringatan lain yang timbul di benak fikirku. Antara ingatan yang tidak kulupa adalah kata2 seorang ustaz di pondok dahulu, ‘Allah bagi kita 24 jam masa untuk dibahagi dengan baik. Mudah saja pembahagian masa ni… 8 jam untuk rehat, 8 jam beribadat dan 8 jam untuk bekerja.’ Masa yang diberikan adalah berjumlah 24 jam sehari. Tapi, hanya berapa banyak masa yang telah digunakan sebaiknya? Telah berapa banyak masa yang telah digunakan untuk menunaikan hak hidup yang sepatutnya- beribadat, berehat, dan bekerja?

Andai persoalan begini diajukan padaku, sudah semestinya aku tidak mampu menjawab dengan baik. Banyak masa lapangku yang terbuang begitu sahaja. *sigh* Tapi, pada masa yang sama aku sendiri tidak pasti aku sebenarnya punya masa lapang atau tidak. Waktu siang dan malamku hanya di studio. Mungkin waktu lapangku hanya diisi dengan selingan tulisan yang kadang2 tidak berisi ini. Tapi, inilah satu2nya kegiatan yang kurasakan cepat dan mudah. Mata hanya perlu menatap skrin komputer, dan jari hanya harus bermaraton di atas papan kekunci. Saat diperlukan, jasadku sudahpun berada di sini (studio), maka, agak menjimatkan tenagaku untuk berlarian dari mahalah ke KAED apabila khidmat diperlukan segera.

IMAN SEMAKIN NIPIS

Tidak tahu setebal mana iman di hati sebelum ini. Tapi, andai ketebalan iman dahulu senipis kulit bawang, iman yang ada sekarang mungkin antara nampak dan tidak- lebih nipis daripada kulit bawang. Menyesali keadaan diri lantas cuba untuk menyendiri lagi. Bermuhasabah kembali dan tempat yang paling strategik adalah tempat yang sudah lama kutinggalkan sejak hampir satu semester lamanya. Tempat aku menemui sahabat2 dan berdiskusi soal pengisian rohani.

Bertemu dengan sahabat2 membuatkan hati sedih lantaran pertanyaan, ‘kenapa yan dah lama tak ke sini?’ Pertanyaan yang paling tidak mahu kujawab. ‘studio!’ adakah itu alasan yang terbaik dapat kuberikan? Adakah untuk beribadat itu juga perlu beralasan? Mulut terkunci, pandangan mata seolah berkaca. ‘Ada projek kak…’ Kadang hanya itu yang mampu menjadi jawapan terbaikku.

‘Takpe yan, berjuang di sana(KAED), tu ibadat juga…’ Jawapan yang sedikit melegakanku walaupun kadang2 aku sendiri tidak mampu melihat di mana ibadat yang telah kulakukan sepanjang aku melakukan kerja studio. Semuanya penuh gelak tawa dan sentiasa juga penuh dengan tekanan. Lantas dimana boleh kuselitkan ‘ibadat’ dalam tugasanku ini?

***

‘Niat lillahitaala… Cuba renung lebih jauh. Memang bidang ini bukan seperti IRK yang naturenya kita nampak ia lebih mendekatkan kita dengan DIA. Tapi, cuba fikir lebih jauh… Bukankah tempat mereka belajar dan taqarrub ilallah tu atas sumbangan idea para arkitek? Engineer? Dan seumpamanya? Bukankah kita sudah berjasa di situ?’ Aku merenung. Kata2 ini sekadar ingin melegakan hatiku. Tapi, tetap sedih datang. ‘Tak cukup ibadat dengan itu! Tak cukup dekat dengan DIA melalui ni semua!’ Hati sering memberontak dan sentiasa memberontak! Masih tidak kelihatan pada pandanganku, masih tidak kurasa bahawa aku dekat denganNya. Hakikatnya, aku sedang menjauh dan semakin jauh! *regret* Astaghfirullah~

***

Aku sentiasa cemburukan sahabat2 yang hidupnya kelihatan tenang, tidur di awal waktu dan mampu bangkit di sepertiga malam beribadat padaNya. Kadang kurasakan pasti Allah lebih menyayanginya. Berbanding antara kami, kadang tidur pun tidak sempat. Paling tidak tidur jam 5, pasti kadang2 ada yang terbabas subuh. Bukan tidak pernah kulalui, andai diri tidak kuat pasti pernah berkali2 terlakukannya. Dan, saat bangkit, sering menyesali diri. Menyumpah diri sendiri dan saat itu sepanjang satu hari pasti akan membenci diri sendiri. Salah diri yang tidak kuat! Dan, salah diri yang terlalu lemah. Sehingga tompokan hitam memenuhi segenap ruang hati! Aku semakin hilang punca, katakan, di mana jalan untuk menemuiNya? Ya Allah, ampunkanlah~

MUTIARA TIDAK BERKILAU

Dikatakan mutiara sedangkan tidak berkilau. Begitulah perumpaannya seorang aku di sini (KAED) Sering apabila ditanya dari kuliyyah mana, aku menjawab KAED. Pasti ramai yang teruja, ‘KAED? Subhanallah… Sebutir permata di situ. Kena kuatlah kan…’ Aku terasa malu dengan pujian sahabat sedangkan andai benar aku permata, bukanlah permata yang berkilau. Permata yang sudah tidak lagi punya kilauan berharganya. Tiada sebarang jasa, tiada sebarang perubahan berlaku andaipun punya sebutir permata di KAED. Aku bukan siapa2, tapi, aku hanyalah aku yang lemah. Sama saja seperti orang lain. Tiada bezanya! Pintaku, don’t judge people by their appearance, Luaran kadang tidak menggambarkan dalamannya. Teori yang sama, andai melihat sebuah mahligai yang cantik ‘exterior’nya, jangan disangka indah juga ‘interior’nya. Begitulah juga sebaliknya. Aduhai, sangat sakit dengan penilaian sebegini!

***

Rasanya segala yang kucatit adalah tentang kelemahan. Bukan ingin memberitahu pada dunia bahawa aku lemah, tapi, sekadar ingin melepaskan sedikit perasaan yang sangat sukar kuluahkan dengan kata2. Aku penat bermain dengan monolog hati yang tidak terluahkan dan kedengaran. Sekadar rindu akan satu suasana tenang saat terasa dekat denganNya. Sebab hari ini, aku sedar, aku semakin jauh. Malu untuk menyatakan tapi, aku tidak boleh lari daripada hakikat kejadian manusia yang mudah lupa dan senang terleka dengan nikmat dan kesenangan dunia.

Ya Allah, tuntunku kembali ke jalanMu!Ya Allah, jangan sampai tiada lagi pintu menemuiMu bagiku! Ya Allah, ampunkanlah aku~ Aku cuba mendekat, tapi, rupanya aku semakin menjauh!

***

Maafkan andai ada yang terganggu dengan tulisan ini. Sekali lagi sekadar coretan kosong saat diri diselubungi kekesalan~ Wallahu’alam.

Inilah hakikat yang kuhadapi saat ini. Bukan tidak berminat dengan senibina, tapi, senibina benar2 menyeksa jiwaku saat ingin dekat denganNya. Salah satu sebab yang paling sukar kunyatakan selama ini!Aku cuba mendekat, tapi, sebaliknya, aku semakin menjauh~ *sigh*

Jumaat, Februari 26, 2010

Sabtu, November 07, 2009

Aku Namakan Dia Nur Syahadah

Salam’alaik.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Lafaz pertama sebelum aku memulakan penulisanku. Aku masih lagi berada dalam fatrah peperiksaan akhir semester, tapi, aku tetap tidak mampu menyekat keinginan hatiku untuk menulis. Rugilah andai aku melepaskan peristiwa hari ini tanpa sebuah catatan dan rakaman memori.

Sungguh, rencana Allah itu Maha Hebat. Entah sudah berapa lama aku tidak mengisi hatiku dengan makanan rohani yang secukupnya setelah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan projek akhir. Alhamdulillah, hari ini terdetik hatiku untuk kembali celik melihat dunia walau hakikatnya masih punya 3 ujian yang perlu aku tempuhi.

Selama ini minda tertutup, mata juga bahkan telinga pun sama. Semuanya tertutup daripada menyaksikan suatu kebenaran dan hakikat kehidupan di luar duniaku KAED. Sudah lama kubiarkan fikiranku menyempit dan mula sedikit demi sedikit mengalami proses pengaratan. Oh tidak, tidak patut sama sekali!

Banyak perkara yang ingin aku ceritakan pada hari ini. Cantiknya rencana Allah apabila Dia memberikan satu keajaiban untuk aku lihat. Sebagai satu wasilah agar aku sentiasa mengingati dan memuji keagunganNya. Subhanallah. Andai kita seorang yang sudah sedia Islam melafazkan kata iman dan taqwa. Itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi, lidahku tidak mampu disekat daripada pujian kepadaNya tatkala mendengar seorang bukan Islam berbicara soal Islam. Dan, sangat kukagumi kerana beliau mampu memberi perbandingan ringkas tentang ‘orang cerdik’ berbanding ‘orang kurang cerdik’. Subhanallah. Bibir juga tidak habis mendoakan semoga hidayah itu miliknya suatu hari kelak. Amiin.

Aku tidak boleh berbicara lebih panjang kali ini. Masih banyak perkara yang lebih sepatutnya diutamakan. Cukuplah di sini aku ingin merakamkan perasaan aku pada hari ini yang bercampur baur. Sebak, sangat terasa getaran di hati ini tatkala mendengar laungan takbir berulang kali. Seolah aku berada di medan jihad. Bersemangat ingin meneruskan perjuangan. Subhanallah. Sebak, mendengar bacaan doa daripada seorang pemimpin yang amat aku segani, betapa tersentuh hati ini. Sebak tatkala mendengar seorang bukan beragama Islam berbicara soal Islam. Betapa dia tahu banyak hal berkaitan Islam. Dan, terlebih sebak dan terharu apabila mendengar lafaz kalimah syahadah daripada seorang berbangsa cina di masjid khairiah hari ini.

Saudara baruku, aku berpeluang mengajarkan dia berpakaian cara Islam, aku berpeluang memeluk erat tubuhnya dan merasakan kehangatan seorang yang baru sahaja kembali ke fitrah asalnya.Aku berpeluang melihat dia solat buat pertama kalinya. Subhanallah, aku tidak mengenali siapa dirinya, tetapi aku turut menumpang rasa gembira atas pengislamannya.

‘Selamat datang saudara baruku, aku tidak tahu apakah ucapan yang seharusnya aku hadiahkan padamu. Tetapi, insyaAllah doaku sentiasa mengiringimu. Aku tidak mahu kau mensia2kan peluang untuk merasai betapa indahnya nikmat iman dan islam ini. Carilah keindahannya yang sebenar, dan kau pasti akan merasai kemanisannya.insyaAllah.

Saudaraku, walaupun pertemuan kita seketika cuma, walau tidak sempat juga aku bertanyakan namamu, aku tetap mengharapkan satu hari kelak, kita akan bertemu lagi. Kerana aku punya cita2 untuk berada di sampingmu. Saudaraku, kuatlah kau dalam agama barumu ini. Jangan berpaling, teruskan pencarianmu terhadap kebenaran. Semoga pencarianmu menemukan keindahan, keamanan, dan ketenangan hendaknya. Amiin~

Saudaraku, seketika tadi kau masih mencari nama barumu, bagiku tiada lain, kaulah seorang Nur Hidayah, Nur Syahadah. =) Selamat datang sekali lagi saudaraku.’

Cantiknya aturanMu Ya Allah. Alhamdulillah~

Wallahu'alam. Wassalam.