Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan

Ahad, Januari 16, 2011

The Last Breath


Apabila aku masuk ke studio, aku terlihat sebuah buku bertajuk The Last Breath atas meja cikgu (lecturer). Aku tahu ianya kepunyaan Cikgu Zamri, partimer Studio kami. Memang beliau cintakan buku. Dan, beliau tidak lokek memberi pinjam dan berkongsi isi buku2 yang dibacanya. Buku kecil The Last Breath benar2 menarik perhatianku, ku ambil buku tersebut tanpa berfikir panjang, niat di hati sekadar untuk pinjam.

Halaman depan tertulis,

Prepare For Your Last Breath

‘From the time of our birth until we die, we continue along the road without realizing it. With every moment in time we draw that much closer to our end.

Aku tidak baca keseluruhan isi buku. Setiap kali aku tertarik dengan sesebuah buku, aku terlebih dahulu membelek tanpa membaca. Kubelek buku kecil tersebut sehingga sampai pada halaman 24, tertulis;

‘Humans are asleep and when they die, they wake up.’

Kata2 yang penuh makna. Semasa manusia hidup, dia tertidur, tapi, setelah mati dia baru dia terjaga daripada tidurnya. Maksudnya, benarlah semasa hidup manusia itu menikmati hidup seolah2 dia terlupa bahawa esok dia akan mati. Setelah mati, barulah manusia sedar akan kesilapannya. Kesilapan manusia atas kelalaian sewaktu dia hidup. Mungkin bahasa pendeknya, manusia hidup tapi mati,manusia mati tapi hidup.

***

The last breath is like a clear polished mirror. Man will only be sure of his rank at the moment of his final exhalation; then his life’s account will be displayed before his eyes and his heart.’

‘The main duty of every right minded person is to prepare for a long life in the grave and for external

-The Last Breath, Osman Nuri-

-When you become older, always remember the last breath-

16th January 2011, 12.38am, 22years old

Rabu, Januari 12, 2011

Hadza Min Fadhli Rabbi


Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. =) Saat dipuji, jangan menidakkan bahkan syukurilah dengan mengatakan, ‘Hadza min fadhli rabbi…’ (an-namlu : 40) sebagaimana nabi sulaiman saat diuji dengan kebesaran dan kekuasaan, disebut, ‘hadza min fadhli rabbi.’ Kesenangan adalah ujian, kecantikan dan kesempurnaan juga ujian. Allah ingin menguji samaada hambaNya bersyukur ataupun tidak dengan nikmat dan ujian, maka, sebutlah, ‘hadza min fadhli rabbi.’ =) Alhamdulillah~

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (an-namlu : 40)

Walaupun menghadapi ujian yang sangat berat, syukurilah. Ujian yang berat boleh jadi -harta kekayaan yang zahirnya kesenangan tapi hakikatnya kesusahan andai tidak digunakan sebaiknya. Ujian yang berat boleh jadi - kesakitan, tapi boleh jadi kenikmatan andai dihiasi dengan kesabaran. Ujian bukan setakat pada kesusahan tapi, juga pada kesenangan. Semua manusia diuji dengan bermacam ujian, susah atau senang syukurilah, senyumlah walau pahit dan kelat.

Short note. Wallahu’alam.

Ahad, Januari 09, 2011

Sabtu, Januari 08, 2011

Kerja Rumah (Homework!) =)


credit to : Badi'uzzaman, 3rd year/archi

AMANAT SAHABAT

‘Yan, Akak nak yan sambung pencarian akak boleh? Yan kena cari juga jawapannya. Cari dengan sepenuh hati dan ikhlas di mana hubungkaitnya kerja2 studio dengan penghambaan pada Allah. Akak nak jawapan yang hadir sendiri dalam hati dan jawapan tu juga akan dipegang dalam apa juga kondisi. Semoga dengan ‘homework’ ni, yan lebih senang dan tenang dalam mengharungi hidup.

Yan, pertanyaan daripada sahabat2 yang kadang menyesakkan jiwa yan anggap saja sebagai teguran yang menyeimbangkan kembali hidup yan. Jangan mudah tertekan dengan pertanyaan sebegitu, sebab, mereka semuanya sebenarnya mengambil berat tentang yan.

Sebagai seorang pejuang, Allah latih kita dengan ujian untuk punya jiwa yang kental.Bukan kental dengan maksud kita persetankan semua perkara2 kecil, tapi, kental untuk cepat2 kembali ‘on track’ bila hati diamuk rasa keliru, sedih, kecewa, putus asa etc. Jangan kita tenggelam kecuali dengan rasa ingin muhasabah diri dengan perasaan lemah tu.

Apapun yan, kita kena selalu dengar pada bicara Allah dengan syarat kita juga harus berbicara denganNya. Allah itu sangat dekat dengan kita bukan sekadar dalam rukuk dan sujud tapi, pada setiap waktu.’

***

Mesej panjang yang masuk ke ‘inbox’ hampir jam 1 pagi itu benar2 menyentuh hatiku. Ada yang prihatin dan memahami sebaik membaca tulisanku. Dan, memang sentiasa dia jugalah orang yang paling cepat memahami. Mungkin nature kos kami yang sama tetapi sedikit berbeza itu menyebabkan aku sangat menyenangi kata nasihat daripadanya. Kerana aku tahu, saat dia menasihatiku, bermakna dia juga menasihati dirinya sendiri.

***

Bagaimana ingin mencari jawapan menggunakan hati? Jawapan kepada sebuah persoalan yang kukira, bukan pertanyaan daripada aku seorang.

‘Cari dengan sepenuh hati dan ikhlas di mana hubungkaitnya kerja2 studio dengan penghambaan pada Allah.’

***

Teringat akan semangatnya saat aku bertanya, ‘akak kalau malam ni kita balik studio lambat, akak gi qiam juga ke?’ Dan jawapan spontannya, ‘kita gi lepas buat kerja ni ya.’ Tapi malam itu kerja tidak siap2. Tapi, hati terus resah antara pergi atau tidak, dan apabila terfikirkan jawapan dia, aku terus berlari pulang ke mahallah. Dan, waktu itu jam 3 pagi. Hanya satu bisikan yang membawa aku berani berjalan seorang diri, ‘Kalau orang lain mampu buat, mengapa tidak aku?’ Tika itu, dirasakan diri sangat kuat, mampu berpegang dengan prinsip ‘jangan kenal erti lelah!’ Tapi, untuk tiga tahunnya, semangat semakin luntur, prinsip semakin kendur. Di mana bisikan2 kekuatan yang selama ini tidak jemu menjengah? Hilang dibawa rasa penat dan lelah~

***

Sebenarnya sangat cukup masa untuk diselitkan ibadah dalam kehidupan. Setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah adalah ibadah. Sentiasa tanya pada diri, ‘kenapa aku sanggup menghabiskan masa belajar dalam bidang ini?’ Seringkan bertanya pada diri, ‘ Kenapa, aku sanggup berpenat lelah untuk lakukan semua ini?’ Seringkan bertanya diri berbagai persoalan dan percayalah, cepat atau lambat kita pasti akan bertemu jawapan yang menjadi sebab mengapa kita hidup pada hari ini.

***

KITA TETAP HAMBA-NYA

Saat ini, aku temu satu jawapan, andai anda menjadi pelajar architecture di Lim Kok Wing sekalipun, anda tidak pernah terlucut jawatan sebagai hamba Allah. Andai anda bersekolah St Marry atau St John atau dimana2 sekali pun, tetap, dibahu anda berpangkat hamba Allah yang juga berperanan sebagai khalifah di bumi Allah. Amanah yang berat sehingga gunung2 gah, batuan kuat juga tidak menyanggupi amanah ini melainkan manusia-iaitu kita. Mengapa? Mengapa kita yang bongkak harus lemah saat hanya sedikit ujian yang menimpa? Mungkin juga telah terlupa janji kita padaNya. Mungkin tidak lupa, Cuma kadang terlupa!~

***

Allah tidak meminjamkan jasad dan nyawa untuk kita mensia2kannya. Allah juga tidak meminjamkan pancaindera untuk tidak menggunakannya, Allah tidak menciptakan akal fikiran untuk dirosakkan. Allah memberikan kita segala kesempurnaan dan kemuliaan untuk menjalankan tujuan hidup dengan baik. Berjuang untuk Islam bukan sekadar tuntutan bagi mereka yang mengambil bidang agama, berjuang untuk islam adalah wajib bagi setiap individu yang mengucap dua kalimah syahadah tidak terkecuali seorang arkitek, peguam, jurutera atau apa sahaja profession. Kerana itu, dalam setiap perkara juga, hakikatnya kita beribadah kepadaNya. Antara nampak atau tidak, samada sedar atau tidak, boleh jadi, selama berjam2 menyiapkan tugasan dikira sebagai ibadah olehNya. Moga2, insyaAllah.

***

PETIKAN SURAH ALI IMRAN

Kadang2 jawapan datang tanpa diduga. Sebaik terdengar bacaan imam daripada surah ali imran isya’ itu, terdetik di hatiku untuk membelek dan membuka ayat yang dibacakan. Aku tahu daripada surah ali imran apabila sampai pada bacaan ayat 193 yang bermaksud,

'Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang yang berbakti'

Aku mula membelek maksud ayat2 dalam surah Ali Imran. Mungin pernah ditelaah, tapi, banyak sudah lupa, sehinggalah sampai pada ayat 190-195. Seakan ada sesuatu yang mengena denganku;

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

195. maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya Yang lain; maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".

***

Jadi, dimana kaitan kerja studio dengan kehambaan pada Allah?

Kehambaan pada Allah apabila mengingatiNya dalam setiap perkara yang dilakukan termasuk ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Melakukan sesuatu dengan tujuan mencapai redhaNya, dan membuat sesuatu pekerjaan bermatlamatkan menolong dan memperjuangkan agamaNya.

Dan, satu kata kunci lagi yang ditemui dalam ayat adalah berbakti,dan matikanlah Kami bersama orang-orang yang berbakti.’ Susah untuk mencari jawpan yang betul2 tepat dengan persoalan ini. Tapi, bagi kakak yang bertanya, daripada hati sekadar ini sahaja jawapan yang dapat diberikan. Saat kita membuat jasa atau berbakti pada orang2 sekeliling, sebenarnya saat itu kita sedang cuba meraih redha Allah. Kita sedang cuba untuk memiliki kasih sayang Allah. Mungkin ini juga boleh diaplikasikan dalam kerja2 studio. Persoalan mengapa kita merekabentuk harus dijawab dengan jawapan, ‘untuk berbakti’. Untuk siapa dan untuk apa merekabentuk bangunan? Untuk manusia selesa beribadat di dalamnya. Dengan cara apa dan bagaimana? Dengan memastikan infrastruktur berfungsi dengan baik, dan mungkin juga memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam proses pembinaan. Siapa yang berperanan? Kita yang faham dan mengerti tuntutan agama insyaAllah.

***

After all… Walaupun panjang lebar telah kutulis dan panjang lebar ku cuba memberikan jawapan. Ia tidak sedikit membuka hatiku untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Sehingga akhirnya aku tamat pengajian dalam BSc Architecture, mungkin akan hanya bernoktah di sini. Atau mungkin juga tanpa sengaja aku meneruskan, semoga aku terus kuat dan semoga Allah sentiasa bukakan jalan kemudahan bagiku juga semua temanku. Amiin~

Akhir kata, andai ada silapku dalam penulisan kali ini, betulkanlah~

‘Selamanya, kita hambaNya dan tidakkan pernah terlucut jawatan sebagai hambaNya. insyaAllah~’

wallahu'alam.

p/s : semoga bertemu jawapan yang lebih bernas lagi.

Rabu, Januari 05, 2011

Ingin Dekat, Tapi, Semakin Jauh!


pics from google

KEDEKUT MASA?

Teringat muhasabah daripada seorang sahabat, ‘kenapa terlalu kedekut dengan Allah? Beribadat pun nak berkira.’ Aku tidak ingat ‘the exactly words’ tapi seolah2 begitulah pertanyaan sahabat. Aku teringat, benarlah, aku sekarang sentiasa kedekut masa. Kedekut untuk menggunakannya dengan tujuan ibadat. Lantas berbagai2 peringatan lain yang timbul di benak fikirku. Antara ingatan yang tidak kulupa adalah kata2 seorang ustaz di pondok dahulu, ‘Allah bagi kita 24 jam masa untuk dibahagi dengan baik. Mudah saja pembahagian masa ni… 8 jam untuk rehat, 8 jam beribadat dan 8 jam untuk bekerja.’ Masa yang diberikan adalah berjumlah 24 jam sehari. Tapi, hanya berapa banyak masa yang telah digunakan sebaiknya? Telah berapa banyak masa yang telah digunakan untuk menunaikan hak hidup yang sepatutnya- beribadat, berehat, dan bekerja?

Andai persoalan begini diajukan padaku, sudah semestinya aku tidak mampu menjawab dengan baik. Banyak masa lapangku yang terbuang begitu sahaja. *sigh* Tapi, pada masa yang sama aku sendiri tidak pasti aku sebenarnya punya masa lapang atau tidak. Waktu siang dan malamku hanya di studio. Mungkin waktu lapangku hanya diisi dengan selingan tulisan yang kadang2 tidak berisi ini. Tapi, inilah satu2nya kegiatan yang kurasakan cepat dan mudah. Mata hanya perlu menatap skrin komputer, dan jari hanya harus bermaraton di atas papan kekunci. Saat diperlukan, jasadku sudahpun berada di sini (studio), maka, agak menjimatkan tenagaku untuk berlarian dari mahalah ke KAED apabila khidmat diperlukan segera.

IMAN SEMAKIN NIPIS

Tidak tahu setebal mana iman di hati sebelum ini. Tapi, andai ketebalan iman dahulu senipis kulit bawang, iman yang ada sekarang mungkin antara nampak dan tidak- lebih nipis daripada kulit bawang. Menyesali keadaan diri lantas cuba untuk menyendiri lagi. Bermuhasabah kembali dan tempat yang paling strategik adalah tempat yang sudah lama kutinggalkan sejak hampir satu semester lamanya. Tempat aku menemui sahabat2 dan berdiskusi soal pengisian rohani.

Bertemu dengan sahabat2 membuatkan hati sedih lantaran pertanyaan, ‘kenapa yan dah lama tak ke sini?’ Pertanyaan yang paling tidak mahu kujawab. ‘studio!’ adakah itu alasan yang terbaik dapat kuberikan? Adakah untuk beribadat itu juga perlu beralasan? Mulut terkunci, pandangan mata seolah berkaca. ‘Ada projek kak…’ Kadang hanya itu yang mampu menjadi jawapan terbaikku.

‘Takpe yan, berjuang di sana(KAED), tu ibadat juga…’ Jawapan yang sedikit melegakanku walaupun kadang2 aku sendiri tidak mampu melihat di mana ibadat yang telah kulakukan sepanjang aku melakukan kerja studio. Semuanya penuh gelak tawa dan sentiasa juga penuh dengan tekanan. Lantas dimana boleh kuselitkan ‘ibadat’ dalam tugasanku ini?

***

‘Niat lillahitaala… Cuba renung lebih jauh. Memang bidang ini bukan seperti IRK yang naturenya kita nampak ia lebih mendekatkan kita dengan DIA. Tapi, cuba fikir lebih jauh… Bukankah tempat mereka belajar dan taqarrub ilallah tu atas sumbangan idea para arkitek? Engineer? Dan seumpamanya? Bukankah kita sudah berjasa di situ?’ Aku merenung. Kata2 ini sekadar ingin melegakan hatiku. Tapi, tetap sedih datang. ‘Tak cukup ibadat dengan itu! Tak cukup dekat dengan DIA melalui ni semua!’ Hati sering memberontak dan sentiasa memberontak! Masih tidak kelihatan pada pandanganku, masih tidak kurasa bahawa aku dekat denganNya. Hakikatnya, aku sedang menjauh dan semakin jauh! *regret* Astaghfirullah~

***

Aku sentiasa cemburukan sahabat2 yang hidupnya kelihatan tenang, tidur di awal waktu dan mampu bangkit di sepertiga malam beribadat padaNya. Kadang kurasakan pasti Allah lebih menyayanginya. Berbanding antara kami, kadang tidur pun tidak sempat. Paling tidak tidur jam 5, pasti kadang2 ada yang terbabas subuh. Bukan tidak pernah kulalui, andai diri tidak kuat pasti pernah berkali2 terlakukannya. Dan, saat bangkit, sering menyesali diri. Menyumpah diri sendiri dan saat itu sepanjang satu hari pasti akan membenci diri sendiri. Salah diri yang tidak kuat! Dan, salah diri yang terlalu lemah. Sehingga tompokan hitam memenuhi segenap ruang hati! Aku semakin hilang punca, katakan, di mana jalan untuk menemuiNya? Ya Allah, ampunkanlah~

MUTIARA TIDAK BERKILAU

Dikatakan mutiara sedangkan tidak berkilau. Begitulah perumpaannya seorang aku di sini (KAED) Sering apabila ditanya dari kuliyyah mana, aku menjawab KAED. Pasti ramai yang teruja, ‘KAED? Subhanallah… Sebutir permata di situ. Kena kuatlah kan…’ Aku terasa malu dengan pujian sahabat sedangkan andai benar aku permata, bukanlah permata yang berkilau. Permata yang sudah tidak lagi punya kilauan berharganya. Tiada sebarang jasa, tiada sebarang perubahan berlaku andaipun punya sebutir permata di KAED. Aku bukan siapa2, tapi, aku hanyalah aku yang lemah. Sama saja seperti orang lain. Tiada bezanya! Pintaku, don’t judge people by their appearance, Luaran kadang tidak menggambarkan dalamannya. Teori yang sama, andai melihat sebuah mahligai yang cantik ‘exterior’nya, jangan disangka indah juga ‘interior’nya. Begitulah juga sebaliknya. Aduhai, sangat sakit dengan penilaian sebegini!

***

Rasanya segala yang kucatit adalah tentang kelemahan. Bukan ingin memberitahu pada dunia bahawa aku lemah, tapi, sekadar ingin melepaskan sedikit perasaan yang sangat sukar kuluahkan dengan kata2. Aku penat bermain dengan monolog hati yang tidak terluahkan dan kedengaran. Sekadar rindu akan satu suasana tenang saat terasa dekat denganNya. Sebab hari ini, aku sedar, aku semakin jauh. Malu untuk menyatakan tapi, aku tidak boleh lari daripada hakikat kejadian manusia yang mudah lupa dan senang terleka dengan nikmat dan kesenangan dunia.

Ya Allah, tuntunku kembali ke jalanMu!Ya Allah, jangan sampai tiada lagi pintu menemuiMu bagiku! Ya Allah, ampunkanlah aku~ Aku cuba mendekat, tapi, rupanya aku semakin menjauh!

***

Maafkan andai ada yang terganggu dengan tulisan ini. Sekali lagi sekadar coretan kosong saat diri diselubungi kekesalan~ Wallahu’alam.

Inilah hakikat yang kuhadapi saat ini. Bukan tidak berminat dengan senibina, tapi, senibina benar2 menyeksa jiwaku saat ingin dekat denganNya. Salah satu sebab yang paling sukar kunyatakan selama ini!Aku cuba mendekat, tapi, sebaliknya, aku semakin menjauh~ *sigh*