Khamis, November 25, 2010

Ayah dan Pipit


Satu malam. Aku bersama ayah dan adik2. Rancak aku bercerita pasal kehidupanku di UIA. Sampai begitu banyak pertanyaan daripada ayah dan adik2. Kadang penat untuk menjawab. Tapi, cuba bersabar melayan. Ada satu cerita yang sangat panjang dan kadang bahasaku sendiri berbelit2. Membuatkan ayah tidak faham. Ayah suruh ku bercerita sekali lagi. Aku ulang cerita, kemudian, ayah masih belum faham. Dengan banyak pertanyaan yang ayah tanya akhirnya aku akhiri cerita dengan, ‘Takpelah yoh…cite tu tak pentingpun…’ Sebenarnya aku rasa penat untuk mengulang cerita berkali2.

‘Tak lah..ayah tak faham… cuba crita balik…’ Bagitahu ayah. Aku berkira2 untuk bercerita sekali lagi atau tidak, pandangan mataku tertumpu pada skrin komputer sedang menulis tentang ‘Time Machine’. Akhirnya aku bagitahu, ‘Takpelah yoh… Muna habiskan taip ni dulu…’ Akhirnya semua diam.

***

Beberapa minit berdiam, ayah sekadar memandang aku menaip, kemudian ayah bersuara… ‘Muna pernah tengok tak satu shortfilm ni?’

‘Tentang gape?’ Tanyaku.

‘Shortfilm Bahasa Inggeris tentang sparrow…’ Aku memandang ayah mahukan ayah bercerita lanjut…

‘Ada sorang anak dengan ayah ni… Anak tengah baca suratkhabar…Tiba2, si ayah tanya.. apa tu… sambil tunjuk kat seekor sparrow…’

‘Haa…crita tu Muna tahu… Tu kan iklan masa raya…’ Celahku sebelum ayah bercerita lanjut…

‘Ayah tengok shortfilm Bahassa Inggeris, taktahulah iklan raya ke apa…’

‘Hmmm…Pastu?’ Soalku. Aku pernah tengok iklan tu. Berkali2… Tapi, kadang2 ayah bercerita lagi seronok. Atau mungkin aku sudah lupa banyak jalan cerita iklan tu.

‘Berkali2 ayah dia tanya, ‘What is that?’’

‘Anak dia jawab, ‘It’s sparrow.’’ Aku tahu, aku tahu cerita ni. Tapi, aku sabarkan mendengar.

‘What is that?’, ‘sparrow…’

‘Sampai satu tahap ayah dia asyik tanya soalan yang sama. Anaknya hilang sabar… Terus ditinggikan suara terhadap ayah tu…I told you papa, it’s a sparrow… Akhirnya burung tu terbang…Tapi, terbang ke tempat dekat je… Ayah dia tanya lagi… What is that?...I told you it’s SPARROW papa! It’s SPARROW! How many times I have to tell you?! Si anak sampai kemuncak hilang sabar…

Ayahnya berjalan masuk ke rumah mengambil sesuatu macam journal…Kemudian ayahnya keluar tunjuk pada si anak journal tu… anak ambik dan baca…’

***

Lepas tu… lepas tu, aku yakin semua pun tahu cerita ni kan… Jadi, tak perlulah aku tulis sehingga ke akhirnya. Cuma di akhir cerita ayah, ayah tanya aku… ‘Tahu tak apa moral of the story?’

Soalan yang sangat mudah… Aku jawab, ‘Maka, buatlah journal…’ Ayah tergelak… ‘Bakpo?’

‘Sebab, bila tulis journal kita akan kenang dan ingat balik apa yang terjadi di masa lampau kita. Yang silam tu dijadikan pengajaran.Boleh bagi anak cucu baca jugak…’ Sengih. Sebenarnya pengajaran itu yang pertama berlegar2 di kepalaku sebab tika itu aku sedang menjawab soalan sahabat tentang kenapa aku menulis dan aku sedang menulis tentang Time Machine. Tak terfikir pula hal lain.

Ayah ketawa lagi. ‘That is one thing… Ada lebih penting lagi…’ Dan, perbualanku dan ayah berakhir dengan ceramah motivasi dan kesedaran daripada ayahku. Aku cuba tidak menulis panjang, hanya satu yang ingin aku tulis sebagai kesimpulan;

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al-Israa’ 17 : 23).

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (HR Bukhari)

Kita manusia memang sentiasa lupa, maka, kena ada sesuatu yang sentiasa mengingatkan kita dalam banyak perkara… Aku sendiri sangat mudah lupa bahawa salah satu kunci kejayaan adalah, ‘SABAR’.

***

Kemudian, aku cuba cari shortfilm yang dikatakan ayah. Aku jumpa satu tapi, bukan dalam Bahasa Inggeris. Mungkin Spanish kot. Entah, tak pasti juga… Sampai sini…

Wallahu’alam.

Watch : Papa & Sparrow

1 ulasan:

ili amirah berkata...

betul tu..kadang-kadang kita ni terlalu tak sabar..darah muda jadi alasan..