Khamis, November 18, 2010

Tolong Jangan Bawa Iman Pergi!


Dalam cuti, berada di rumah, aku memjalani kehidupan normal kembali. Rumah bergelap sentiasa awal. Tapi, hari itu aku tidur terlebih awal. Selepas maghrib terus ku terbaring dan terlelap. Tak tahu terasa sangat penat kenapa.

***

Datang kepadaku seorang tua. Bertanya, ‘Dah puas kau hidup?’

Aku tidak memahami. ‘Maksud pak cik?’

‘Dah puas kau dengan kelalaian dan kemewahan?’ Aku buntu, menggaru2 kepala yang tidak gatal sebab tidak mengerti.

‘Kau teringin untuk jadi kaya, berharta dan bahagia di dunia?’ Pertanyaan kali ini aku mengangguk perlahan. Aku sendiri tidak pasti dengan siapa aku sedang bersoal jawab dan di mana aku berada. Aku ingat latarnya kelam.

‘Kalau begitu, aku mahu mengambil sesuatu daripadamu. Sanggup kau berikan jika aku minta gantikan dengan harta dan bahagia dunia?’ Pakcik tua terus bertanya. Mulutku seolah terkunci tapi tanyaku di dalam hati, ‘Apadia?’

Banyak persoalan bermain di fikiranku. Tapi, Mulutku semakin kuat terkunci. Hanya bahasa wajah dan bahasa hati yang aku mainkan. Tapi, pakcik tua seolah mengerti dan boleh membacanya.

Imanmu aku minta gantikan dengan harta dan bahagia dunia… Sanggupkah kamu?’ Aku masih tidak boleh bercakap. Aku mahu menjerit. ‘Jangan!’ Tapi, tidak mampu. Terkunci sangat rapat. Hanya hati yang meraung dan menjerit. Kemudian, latar kelam menjadi cerah.Ada cahaya yang menyakitkan dan menyilaukan pandanganku.

***

‘Astaghfirullah…!’ Kulihat jam di dinding, menunjukkan jam 1pagi. Astaghfirullah, aku belum langsaikan hutang dengan Allah. Belum solat isya’. Alhamdulillah, mimpi tersebut benar2 mengejutkanku.

Aku sedar, sekarang imanku seolah2 semakin menurun. Graf iman sudah sangat menurun. Jika dibelek buku amalan, aku malu untuk melihatnya. Buka buku kecil, mutabaah amal dengan mata buat2 pejam dengan menekap tangan ke muka. Melihat carta iman di balik celahan jari. Persis menonton cerita hantu. Takut melihatnya! Tapi aku tak lakukan ini. Berani2 saja buka mutabaah amal tapi, kemudian akan sedih sendiri. =(

***

‘Ya Allah, jangan bawa imanku pergi!’

Aku teringat satu artikel yang kubaca tapi terlupa sumbernya. Kita sentiasa melakukan ibadah dalam serba-sisa. Kita solat dalam sisa menonton televisyen, kita bersedekah dalam sisa baki duit kecil yang telah kita belanjakan, kita sentiasa mendahulukan hal dunia sehingga menggunakan hal akhiratan dalam sisa hal dunia. Sentiasa begitu walaupun sedaya upaya cuba dielakkan. Begitulah juga bagaimana imanku semakin menurun, lebih2 lagi apabila berada di rumah. Solat dalam sisa bermain dengan saudara mara. Astaghfirullah~

Teringat juga kata2 ustaz di Halaqah, ‘antara sebab berlaku maksiat adalah kerana banyaknya waktu lapang.’ Benarlah, kerana banyak waktu lapang, kita sentiasa bermaksiat, khayal, dan mensiakan waktu. ‘Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah ini!’

***

Andai boleh dibeli syurga dunia dengan nilaian iman. Lepaskan syurga dunia, genggamlah iman sebaiknya. Jangan terlepas ia kerana kelak kita akan membeli syurga akhirat yang lebih mahal dengan nilaian iman.insyaAllah. Iman terbentuk daripada aqidah yang benar. Semoga iman di hati sihat sejahtera sentiasa.amiin~

***

‘Allah, tolong jangan bawa imanku pergi!’

***

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut, 2-3)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah...

"Peringatan ALLAH bwt hambeNYA yg trpilih...mk, jadikanlah ia sbg IKTIBAR yg melekat kuat di Hati..sentiasa"

"Sesungguhnya Nilai Iman itu jauh lebih mahal drpd Dunia dan Seisinya"

chec berkata...

Subhanallah..
Alhamdulillah..

terima kasih ingatkan saya =)

munadhia berkata...

anyno >> yep2...betul2...iman juga x dpt dwarisi.harta dunia boleh diwarisi..

cheesy>> insyaAllah. peringatan brsama sbenarnya. =) trima kasih singgah sini. =)