Abang dinamakan Adib Haziq dan adik diberi nama Adib Hafiy. Mereka merupakan pasangan kembar yang tidak seiras. Dua2nya sama comel dan tidak kurang debabnya. Sama manja tapi berbeza kekuatan dan ketangkasan. Si adik lebih hebat bermain pedang berbanding abangnya padahal abang lebih bertubuh debab berbanding si adik dan si abang sudah boleh berlari berbanding si adik yang hanya pantas merangkak.
Hari ini Rumah Melati menyaksikan perlawanan hebat antara Abang dan adik. Hampir menumpahkan susu, tapi, Alhamdulillah tidak berlaku. Kalau tidak bibik merangkap wartawan tidak bertauliah ini juga akan kesusahan. ;p Hanya pertumpahan air mata berlaku. Baik di tubir mata Haziq mahupun Hafiy. Owh ya, nak tahu mereka berlawan apa? Yang pasti, bukan berlawan pedang, bukan juga berlaga kuda, bukan olahraga tapi hanya berebut sebuah bola keranjang maka perlawanan ini dinamakan ‘basketball under one’. Only 2 players needed for this game. Haziq vs Hafiy…
Hafiy mendahului
***
Hafiy, si adik memulakan permainan sebaik terjumpa sebiji bola oren di sebalik kerusi. Tiba2 Haziq, si abang masuk padang. Jeritnya, ‘Hei adik, engkau tak layak untuk mendapatkan bola tersebut. Itu hak aku, yang tua!’ Owh, tiada dialog sebegini, yang ada hanya, ‘Dadada…’ atau ‘Bdabdabda…’ Atau semburan air liur yang kukira Haziq benar2 mencabar Hafiy. Dan, aku sebagai wartawan dalam Rumah Melati segera membuat liputan dan rakaman. Ambik saja mana2 kamera yang berdekatan dan sinaran ‘flash’ mula menyimbahi padang perlawanan.
***
Hadiah perlawanan adalah, sebotol susu dan sebiji bantal buat pemenang serta ribaan sesiapa yang menyanggupi (menanggung beban 11kg dan ke atas). ;p
Sorakan… owh maaf, tawaan daripada dua tiga penyokong dan penonton meriuhkan suasana. Pengadil cuba mengadili seadil yang mungkin. Aku? Mestilah aku sokong abang… dan adik… Mungkin sokong abang sebab selalunya abang akan kalah dan sebab hari itu abang pakai baju hijau-coklat.=) Aku akan sokong yang kalah untuk memberi semangat dan motivasi yang lebih kemudiannya. ‘Go Haziq Go!’
Si abang menggunakan kepakarannya menggunakan kaki iaitu berlari dan berjalan manakala si adik menunjukkan kehebatannya dalam menggunakan lutut (merangkak) dan kuku untuk mencakar. Dan, kami penonton sabar menanti siapakah yang bakal memenangi pertandingan. Riuh rendah Rumah Melati dengan tawa isinya. =D
***
Lawan punya lawan. Golek punya golek. Smack down punya smack down. Akhirnya untuk separuh masa pertama, adik memenangi pertandingan. Berhenti rehat seketika bukan bersama Kit Kat tapi bersama Neslac . Bola diambil pengadil bagi mengelakkan keduanya bermain tipu. Beberapa minit kemudian, pusingan kedua bermula. Menentukan siapa akan dapat botol susu dan bantal dahulu.
Hafiy menang mudah pada pusingan pertama
***
Dan, akhirnya, aku tidak akan mengakhiri kisah ini sebab takut terlalu panjang dengan kisah yang mungkin tak penting. Sekadar berkongsi suka dan tawa sepanjang berada di rumah. Owh, alangkah masih panjang sisa cuti ini.
***
Sebelum tu, aku umumkan pemenang bagi ‘basketball under one’ adalah… BOTH! Sebenarnya hafiy(adik) menang. Tapi, anggap seri je lah. Senang sikit. Dua2 dapat susu, bantal dan dayang2. =) Puas hati kan abang ngan adik? ;p Kemudian, dua2 hampir tertidur. Dikatakan hampir sebab, apabila mereka mula memejamkan mata, ada sahaja tangan yang mengacau tidak benarkan mereka tidur. Haih, Hafiy dan Haziq sentiasa menjadi perhatian ramai orang. =)
Pusingan kedua, sekali lagi Hafiy mendahului
err... abaikan pemandangan belakang... ;p
pengadil cuba meleraikan pergaduhan.
apabila keadaan tidak terkawal, khidmat orang luar diperlukan. ;p tapi, masih tidak terkawal. Masing2 tidak mahu mengaku kalah. ;p
Akhirnya, kami (krew) terpaksa menyumbat botol susu kepada keduanya.kedua2nya menjadi lemah lantas terbaring atas karpet. Alhamdulillah. ;p pengadil kata, 'kita kira serilah!'
izyan merupakan penyokong setia Haziq. Owh, ini bukan aku tapi izyan junior sepupuku. ;p
wajah dan lagak pemenang. ;p Gigi kapak dua batang menjadi simbol kemegahannya. tapi, he's not tooth fairy ya. ;p gelaran apa ya nak bagi? Jogho?!
Penat yang berbaloi apabila diberikan rehat bersama neslac. di atas katil empuk dengan warna kegemarannya. biru yang menenangkan. ;p
buat Haziq, Jangan sedih2. kami tetap menyayangimu. ;p
Sweet moment ;p
***
Esoknya merupakan majlis resepsi menemuramah si pemenang Adib Hafiy atau adik. Lihatlah wajah orang bahagia ini.
'Walaupun saya kecik, berat saya 10 kg berbanding abang saya yang lebih 11kg. Tapi, semangat saya lebih berat berbanding abang. Maka, itulah rahsia kejayaan saya! ;p Semangat dan keyakinan tu penting! Dalam saya hanya menggunakan lutut, abang menggunakan kaki, saya tetap menang. Konklusinya, nothing impossible! ;p Just go for it, and you get eat! '
Siapa yang boleh faham bahasanya? Fahamilah senyuman Hafiy yang penuh makna itu. Lagak seorang jogho! ;p That's how I can translate his dadadudu. ;p Sekadar menconteng di malam hari...
***
Baiklah, aku tidak mahu sembang kosong. Cerita2 mesti ada isinya kan. ;p Seperti yang aku katakan di awalnya, kisah sengketa atau perlawanan Haziq dan Hafiy ini mengingatkanku akan kisah Qabil dan Habil, putera nabi Adam AS. Tentang sengketa antara saudara. Berlaku pertumpahan darah pertama di muka bumi.
Bukan2… Bukan ingin nyatakan bahawa Haziq dan Hafiy akan menumpakan darah. Naudzubillah…Tapi, sekadar teringat kisahnya Qabil dan Habil yang diceritakan di dalam Quran yang penuh teladan dan pengajaran.
“Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putera Adam, ketika keduanya mempersembahkan (korban) salah seorang daripada mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain )Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, “Sungguh aku pasti membunuhmu!” Dia (Habil) berkata, “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) daripada orang bertakwa.
Sungguh, jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu kepadaku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Sesungguhnya aku ingin agar engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka engkau akan menjadi penghuni neraka; dan itulah balasan bagi orang zalim.
Maka nafsu (Qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar2) membunuhnya, maka, jadilah dia termasuk orang yang rugi.” (al maidah 5:27-30)
***
Apa yang mendorong kepada perbalahan dan persengketaan? Jawapannya adalah hawa nafsu. Dorongan hawa nafsu sebegini mampu merosakkan hubungan yang rapat tidak kira bersaudara atau tidak.
Janganlah kita terlalu menurut hawa nafsu. Jangan kesombongan dan keegoan merajai diri kita, kelak kita ditimpa balasan setimpal dan penyesalan yang amat. Dalam kisah Habil dan Qabil banyak ibrah yang boleh diambil.
- Allah swt berkehendak agar bumi-Nya dihuni oleh banyak manusia, yaitu melalui syari’at pernikahan yang halal.
- Kecantikan wanita menjadi penyebab permusuhan dan fitnah, sesuai sabda Rasulullah saw. ”Takutlah fitnah wanita, karena penyebab bani Isra’il hancur adalah karena fitnah wanita.” HR. Muslim.
- Orang yang shalih selalu menerima keputusan dan perintah Tuhannya, sekaligus berusaha untuk mendakwahkan kebenaran ajaran Tuhannya, sekalipun terhadap orang yang memusuhinya.
- Penyebab orang menentang kebenaran adalah sikap menuruti hawa nafsu dan sombong. Dan orang yang mengikuti hawa nafsu lagi sombong tidak bisa menerima nasehat dan pelajaran kecuali lewat jalan yang hina.
Sumber : http://www.dakwatuna.com/2007/kisah-habil-dan-qabil/
***
Buat sepupuku Haziq dan Hafiy, sentiasalah kalian bertolak ansur ya. Jangan gaduh2 lagi. Jangan manja2 sangat. Jadilah kalian anak yang soleh kelak.insyaAllah. amin. =) Janganlah berlaku sengketa dan pergaduhan. Kerana itu merupakan satu kerugian. ;p owh ya. Baca ini bila sudah pandai membaca ya! ;p
Sampai di sini. Wallahu’alam.Wassalam.
5 ulasan:
trtanye2...
sblm ni 'Miftahul Najah' & skrg 'Setitik Dakwat'...naper yer?
comel comel comel.
sangat lucu ler twin nih.
aish. hahha
Muna !! bby amat terase bile tengok and bace salah satu gambar di atas !! haha ..
by the way , very nice ..
love it !
hehe ..
Kisah yang menarik .
Anyno>> emm.soaln yg sush jgk... sbenarnya miftahul najah tu nama orang. dan sgt suka nama tu. maksud kunci kejayaan. Pada mulanya memang nk letakkan hnya motivasi2 n nilai2 islamik sket dlm blog ni. tp, bila tiba2 rasa mcm x lyk plak lebih2 lagi bila asek dikritik. makanya, decide utk tulis sbrg apapun yg terlintas d fikiran. x nk rigid sngat. skadar menconteng rasa hati je kat sini. cuba utk jadi diri sndiri yg memang xdapapepun. makanya, 2kar jadi nama lain. lagipun, sy belum tntu org yg brjaya yg bleh djadikan contoh kn. rasa tinggi sgt nama miftahul najah tu.2lah kot slh satu sbbnya... harap memuaskan hati yang bertanya. wallahu'alam.
shabidoo>>heh, kalau la awk cuti lama lagi kn best...bleh pnjat bukit kluang plop. snap pics from tophill. huhu~
qia>>heheh~ gurau je bi. ;p mai la dok kpong... bosan lorh xdop ore.huhu~
Catat Ulasan