Rabu, November 03, 2010

A No-No For Me


Apabila sakit, kita akan dinasihati untuk jumpa doktor dan ambil ubat. Tapi, berlainan pula aku apabila aku sakit, emak tak habis2 menasihati, ‘gi rehat2. Jangan pandai2 ambik ubat.’ Tapi, ini adalah nasihat yang terbaik bagiku. Sahabat2 bila tahu aku kurang sihat, mesti mesej, ‘gi klinik. Dah makan ubat? Saya ada panadol…’ dan aku akan jawab, ‘eh…takpe2, sikit je ni. Lagipun saya tak makan ubat.’ Ramai sangkakan aku sengaja tidak mahu telan ubat tapi sebenarnya ia bersebab.

***

Masa tu aku masih tinggal di Machang Kelantan. Kiranya mungkin aku dalam tingkatan 3 atau 4. Aku demam teruk sampai muntah2 dan lemah badan. Tapi, biasalah ramai orang demam akan muntah2 dan lemah badan kan. Aku jarang2 mahu makan ubat, tapi, hari tu emak paksa melihatkan keadaanku yang semakin teruk. Aku boleh makan ubat tapi, aku pantang untuk melawat doktor. Sebab bagiku, sakit sikit tak perlu jumpa doctor. Lalu aku telan ubat iaitu panadol. Setelah telan ubat tersebut, tiba2 wajahku membengkak, seluruh tubuh naik ruam2 merah, gatal2 dan aku jadi kepanasan. Aku sangkakan disebabkan demam. Dan, aku biarkan keadaan tersebut. Apabila adikku lihat, adikku cakap mukaku macam monster. Memang sangat bengkak, merah dan menggelupas. Perubahan yang sangat drastik. Tapi, beberapa jam kemudian semua bengkak2 surut (nak bahasakan apakah?) Esoknya, keadaanku sudah pulih macam biasa. Alhamdulillah.

***

Beberapa bulan kemudian, aku demam lagi. Dan, juga sangat teruk. Semua orang pun demam masa ini sebab memang musimnya. Disebabkan aku tak tahan sakit kepala dan lenguh2 badan, aku telan panadol lagi. Dan, seperti sebelumnya, tiba2 kurasakan perubahan drastik atas diriku. Aku semakin pening dan badanku terasa sangat panas. Kemudian wajahku bertukar jadi monster lagi. Masa ini hanya Allah yang tahu betapa aku tidak tahan kepedihan dan kepanasan. Emak paksa aku pergi klinik. Tapi, aku pantang menjejakkan kaki ke klinik. Setiap kali jejakkan kaki ke bilik doktor, pasti tiba2 aku jadi sihat semula. Tapi hari itu memang kondisiku agak merisaukan lalu akhirnya aku ke wad kecemasan hospital machang. Pergi jumpa doktor, doktor kenalpasti bahawa aku berkemungkinan elergi panadol lalu disuntikkan ubat dalam badanku selain daripada panadol. (tak tahu ubat apa yang disuntik). Untuk seketika, aku rasa sedikit lega. Kemudian berjalan keluar dari hospital. Tiba2, kurasakan badanku tidak stabil dan sangat lemah, sebaik melangkah keluar dari pintu hospital, terus aku tak ingat apa yang terjadi. Sedar2 saja aku sudah berada di atas stretcher di wad.

***

Rasa kelakar apabila mengingati kejadian tersebut. Selepas itu aku tidak lagi berani2 untuk ambil ubat. Takut berubah jadi monster lagi.;p Dan kawan Kopu ku saja tahu keadaan ini. Setiap kali aku kurang sihat mereka pesan, ‘Yan, jangan makan ubat.’ Aku tahu, semua pun takut kalau2 aku jadi monster. ;p Memang doktor bagitahu, ada orang yang elergi ubat, biasanya akan alahan dengan panadol dan aspirin. Tapi, untuk aku, beliau sendiri tidak pasti ubat manakah yang aku alahan. Panadol, aspirin dan mungkin banyak lagi ubat yang aku alahan. Dan, memang aku sedar badanku memang cukup sensitif dengan bahan kimia. Malah dalam pemakanan juga. Aku alahan makan makanan laut, tapi, sering aku melanggar pantang sebab sangat rugi kalau sesiapa tidak makan makanan laut yang sangat enak itu. Dan, aku juga alah makan maggi atau aku akan rasa seperti sesuatu mencucuk dadaku, dan kadang2 terasa sangat ngilu. Tapi, kuanggap ini sebagai satu kelebihanku untuk tidak makan maggi lagi. =) dan air berkarbonat, aku sudah berhenti minum sejak darjah satu selepas aku kena gastric teruk. Seminggu aku ponteng berpuasa sebab gastric. Memang ada hikmah di sebalik setiap kesakitan. =)

***

Dan, hari ini, aku demam lagi. Mulanya tidak mahu bagitahu emak dan ayah, tapi, apabila semua cuba menghasutku untuk telan panadol, aku terus menghubungi emak dan ayah. Mendengar nasihat mereka aku jadi lega dan tidakkan sesekali termakan hasutan sahabat2ku. Emak berkali2 bagitahu, ‘Esok nak exam jangan sesekali cuba makan ubat. Nanti melarat lagi. Tahanlah sikit.Malam ni jangan stay up. Tidur la awal…’ Rasa kelakar… Demam je pun. Malamnya, aku terstay up juga. Tapi, masuk exam esoknya aku tak dapat jawab apa2. Sangat pening, lalu aku terkeluar awal dari Kaed Gallery. Dan, aku dah tak fikir apa2. Biarkan saja kertas dengan soalan tanpa jawapannya. ;p Pelik. Tiada perasaan.

Ayah sentiasa pesan, ‘Muna, beli 100+, ambik 100+ separuh campur air masak separuh. Pastu minum.’ Pesanan daripada Dr Jamil ini kadang2 aku ikut, kadang2 aku main tipu. Mula2 minum 100+, kemudian baru minum air masak (pada firasatku, ia akan tetap bercampur di perut. ;p) instead of ½ 100+ + ½ air masak. Sebab rasa campuran itu sangat pahit dan tidak sedap. Dan ayah kata, ‘Yang pahit itulah ubat…’ ‘Oh tidak! Pahit=sengsara.’

After all, aku buat sedikit research tentang alahan ubat, dan inilah hasil penemuanku :

Tanda dan Gejala

Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:

• Kulit

• Campak – seperti ruam

• Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal

• Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari

• Erythema multiforme – Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah

• Demam

• Sakit sendi dan otot

• Bengkak nodus limfa

• Jangkitan pada buah pinggang

• Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.

• Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal

• Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.

• Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tiba2 akibat peningkatan tekanan darah

• Degupan jantung tidak sekata

• Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki

Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

SebabSebab

Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.

• Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas. Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE. Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh sejenis mediator

Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.

Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline

Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)

Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.

Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.

Pencegahan

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.

Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.

Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.

Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/AlahanUbat.pdf

p/s : kurang faham bahasa doktor... tp, ayah, ingat masa Muna tersekat nafas. Nafas tak sampai ke peparu. Rasanya inilah puncanya.hehe~ ;p Now I know~ =) See…Saya ada alasan yang kukuh untuk tidak ke klinik dan makan ubat! ;p i am glad that i am very traditional~ ;p

5 ulasan:

a.j. berkata...

interesting allergen ... saya alah habuk dan kucing =) tapi saya sanggup main dgn kucing jalanan skalipun berkurap dan risiko alahan ... sbb saya sukeee kucing!

nur munira binti hamid berkata...

yan, ni dah sihat ke??hee..kalo akak demam pun akak minum air 100 plus..esok insyaAllah baik..hehe..

Tanpa Nama berkata...

(Tib Nabawi Mrawat Demam)

~Mandi slps(subuh) n sblm trbit matahari. n mmbace:

"Bismillahi AllahummAShfi 'Abdaka wa Soddiq Rasulaka"

mksud:

"Dgn namaMu ya Allah, smbuhknlah penyakit hmba-Mu n Benarkn bimbingan rasulMU"

*amalkn 3hr brturut2. jk blm smbuh, ulangi hgga 5 hri. jk blm jg smbuh, ulangi hgga 7 hr. I'Allah besenya xlbh dr 7hri. Biiznillah

[The EmperOr]

munadhia berkata...

aj>> hee, selalunya manusia lagi suka melakukan sesuatu yang ditegahkan. ;p

kak mun>> alhamdulillah, dah ok, cuma selesema je.hehe~ =) isotonik diminum utk neutralkan eh? rasanya la...bila dmam, makan maskn panas, minum limau panas. rasa lega sangat walaupun melampau berpeluh. =)

anyno>> terima kasih akan tipnya. insyaAllah akan dicuba...cuma, sebolehnya nk tahu sumber boleh? =)

Tanpa Nama berkata...

Bleh rjuk:

~sumber utama: al-Tibb al-Nabawi by Ibnu Qayyim al-Jawziyya
~majalah solusi, isu no. 15

[The EmperOr]