-Bismillahirrahmanirrahim-
‘sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.’ (al hujurat, 49:10)
***
‘Yan, yan rasa ukhuwah tu penting tak?’ Soalan yang tidak sekali kuduga akan diajukan oleh sahabatku. Seorang sahabat yang sangat istimewa bagiku. Perkenalan kami secara tak sengaja diperkenalkan oleh adik padaku. Itupun adik juga mengenalinya sewaktu mengikuti program itensif Pondok Tunjung. Dan, sejak daripada perkenalan secara tidak formal dan tidak sengaja itu, kami semakin rapat sehinggalah akhirnya aku mendapat perkhabaran yang sangat menggembirakan iaitu kami berada pada landasan perjuangan yang sama. Alhamdulillah. Memang sejak mula mengenali dirinya, aku benar2 berharap dan berdoa agar aku dan dia semakin erat dihubungkan dengan ‘satu’ jalan yang sama. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang ini untuk aku merasai tautan persaudaraan kami semakin erat. =)
Aku rasa sedikit terkejut dengan persoalan yang bagiku sangat mudah jawapannya.Andai soalannya penting atau tidak maka jawapannya hanya antara dua iaitu samada penting atau tidak? Dan aku memandang sahabat seperti tidak percaya. ‘Akak rasa ukhuwah tak penting ke?’ Soalku kembali. Tika itu sahabat datang melawatku dari tempat pengajiannya. Setelah sekian lama tidak bersua, lepas juga rindu terhadapnya apabila dia sudi melawatku di sini. Terima kasih kak!=) ‘Kalau akak kata ukhuwah tak penting? Yan boleh cakap apa?’ Baiklah, aku sedang diprovok!
‘Mestilah ukhuwah sangat penting… Malah, dalam 10 rukun baiah yang digariskan As Syahid Imam Hassan Al Banna juga termasuklah ukhuwah kan kak?’ Fikiranku sedang membelek2 kembali buku Maza Yakni karangan Al Marhum Ustaz Fathi Yakan pada tajuk baiah. Seingat aku begitulah. Ukhuwah itu sangat penting menjadi tunjang keutuhan sebuah organisasi. Ya2, tidak salah lagi, ukhuwah itu sangat penting!
***
Hari itu aku ditanya dan kubalas dengan pertanyaan juga, dan hari ini aku ditanya lagi. Apabila dihubungi secara terus, aku tahu itu menjadi satu permasalah yang besar di sisi sahabatku itu. Aku bukanlah banyak ilmu, malah tidak cukup juga pengalaman. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang cetek, aku tidak mampu menjawab dengan seyakinnya dan sebaiknya lalu aku hanya boleh memberikan solusi mengikut logik akal. Bagiku apabila bermain dengan soal ukhuwah, kita sebenarnya sedang bermain dengan psikologi manusia atau kita sedang bermain dengan soal hati dan perasaan. Tautan hati = ukhuwah. Bila punya tautan hati, maka ukhwah menjadi semakin indah, tidak terasa berat saat bahu memikul bebanan seorang sahabat.
Teringat aku sewaktu kenangan DIA, salah satu modul yang kami lalui adalah apabila terpaksa menuruni bukit dengan memikul sahabat di atas bahu. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa masing2 tidak sampai hati untuk menjadi beban sahabat tapi, masing2 juga cuba menawarkan diri dan sanggup menjadi orang yang memikul walaupun saat ini perkenalan kami hanyalah ibarat sehari benih jagung ditanam. Tapi, aku tahu kerana ikatan ukhwah yang telah menyimpulkan hati ini semakin erat sedikit demi sedikit, maka, masing2 sanggup berkorban untuk memikul sahabat. Alhamdulillah, modul yang sangat bermakna pernah aku lalui. =)
Seorang muslim itu terikat pada satu ikatan akidah yang satu dan utuh, maka, seharusnya cukup mudah juga untuk mengikat hati2 ini agar ia bertaut menjadi satu. Tapi, sebenarnya ianya tidak semudah mengikat tali membentuk simpulan clove hitch mahupun reef knot, mahupun sheep shank, mahupun fisherman knot dan segala jenis ikatan lain yang tampak lebih mudah berbanding untuk mengikat hati2 manusia membentuk simpulan satu hati. (aplikasi recreation. ;p)
***
‘Yan, apa kita kena buat bila seseorang tu dipanggil bekerja, dia akan cepat je datang. Maksudnya, betul2 takde masalah bila sampai bab bekerja…Tapi, bila bertembung dekat luar, seolah2 tak kenal. Bertegur pun tidak. Walhal, kita dah berada pada jalan yang sama?’
Lama aku berfikir untuk memberikan jawapan yang terbaik. Apakah puncanya apabila seseorang boleh bekerja tapi tidak boleh bersapa? Yang pasti, pasti punya jurang antaranya. Pasti ada sesuatu di hati yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh beramah dan bersapa mesra sebagaimana sewaktu bekerja. Padahal dalam hadith nabi SAW juga ada menyebut, ‘Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.’ (H.R. Abu Daud) Ini hanya bagi dua orang muslim yang bertembung, apatah lagi bagi dua orang muslim yang disatukan dan ditemukan dalam satu fikrah yang sama dan jelas. Bukankah lebih seharusnya dan sepatutnya bersapa mesra ?
‘Yan, ada kemungkinan ke sifat cemburu?’ Fikiranku terus mati. Menukar haluan fikiran dan bersoal jawab dalam diri, ‘Mungkinkah batu penghalang itu adalah cemburu?’
***
‘Kak, Yan tak berani cakap. Tunggulah yan cari jawapan untuk persoalan tu dan yan akan bagitahu akak. Yang pasti sekarang bila akak tanya macam mana nak pupuk dan eratkan ukhuwah tiada lain melainkan kena sentiasa bersama. Yan rasa, jurang tu boleh jadi sebab kos berbeza… Betul kan, sahabat2 tu mesti dari kos pengajian berbeza?’
‘Ya2… kami semua dari kos lain2… Hmmm…Mungkin juga tu salah satu puncanya…Tapi, pendapat yan macam mana nak hilangkan gap tu?’
Dan,aku berfikir, sehingga saat aku menulis, aku masih memikirkan jawapan dan penyelesaian terbaik untuk masalah ukhuwah. Bukan tidak pernah dialami antara aku dan sahabat2, tapi, mungkin aku sering memandang remeh hal ini sehinggalah persoalan ini diajukan padaku. Kemudian aku pulang ke bilik, googling!~
***
Dear kakak yang dikasihi, mungkinkah antara yang menyebabkan kita jauh antara satu sama lain adalah disebabkan oleh perkara2 berikut. Sekadar perkongsian dalam sebuah pencarian. ;p
PERKARA-PERKARA YANG DAPAT MEROSAKKAN UKHUWAH
1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.
Rasulullah SAW. Bersabda, ‘ Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. ‘ (HR Ibnu Majah)
Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.
2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.
Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda,
‘Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya.’ (HR Ahmad Ibnu Qayim)
dalam kitab Al-Jawabul Kafi mengatakan, ‘Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya.’
Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman, ‘Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ).’ (Az-Zukhruf : 67)
Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga, ‘Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.’ (Al-Hijr : 47)
3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.
Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman, ‘Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.’ (Al-Israa’ : 53)
Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda; ‘Kalimah thayibah adalah shadaqah.’ HR Bukhari
4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.
Seorang ulama salaf berkata, ‘Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara.’
5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.
Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.
6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.
Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda; ‘Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya.’ (HR Bukhari dan Muslim)
Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat. Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan. Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.
(hal ini mengingatkan aku hal jin professor yang aku baca daripada buku Ustaz Harun Din iaitu ada pada seseorang yang suka berdebat. Wallahu’alam.)
7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )
Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.
Allah SWT berfirman; ‘Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.’ (Al-Mujaadalah : 10)
Rasulullah bersabda, ‘Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih.’ ( HR Bukhari dan Muslim)
Para ulama berkata, ‘Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, Mereka itu membicarakanmu…’ Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).
Sumber:masjidmuqaramah
Perbicaraan soal ukhwah tidakkan pernah ada penghujungnya sebab masalah yang melibatkan ukhwah itu boleh jadi pelbagai. Sedangkan diri ini juga masih lagi punya banyak masalah ukhwah yang sedang dihadapi. Tapi, insyaAllah sama2lah kita berusaha untuk mencari penyelesaian atasnya.insyaAllah. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan