Khamis, Disember 02, 2010

Kisah Anak2 Kecil

Sekarang masih di Kuantan. Bersama 9 anak kecil. Eh, bukan2~ 8 kesemuanya. The only boy ada di kampungnya, Zulkhairi. Perkenalkan bermula dengan si sulung namanya Athira, diikuti 8 adiknya Athifah, Athiyah, Atilah, Zulkhairi, Zulfa, Zuhairah, Zulaikha, Azzalea. Tengok semuanya 8 heroin dengan seorang hero.

Kisahnya si hero Yie sangat kebosanan tak dapat bergusti di rumah. Makanya diminta untuk dihantar pulang ke kampung.

Yie : Mak, kirimlah Yie balik kampung dengan bas.

Mok : Yie ingat senang ke nak main kirim2 balik kampung? Sian ke mok, dah la Yie sorang je anak laki, nanti ntah sampai Thailand ntah ke mana bas tu bawak gi...

Yie : Boleh mak... Ayah kata boleh kirim Yie naik bas...

***
Hari pulang ke kampung ;

Yie : Mok, Yie ada satu je permintaan sebelum Yie balik kampung...

Mok : Apadia Yie?

Yie : Yie mintak satu je. Satu je. Pastu Yie takkan mintak benda lain lagi dah...

Mok : Apadia Yie?

Yie : Benda ni tak perlu duit pun mok. Mok tunaikanlah permintaan Yie ni...

Mok : Apadia Yie?

Yie : Masa Yie balik kampung mok simpan adik dalam perut mok. Nanti balik Yie nak ada kawan lelaki kat rumah...

Mok : Yie ni ingat boleh adik senang2 je ke? Bukannya macam buang air besar (bahasa sopannya).

Yie : Ala mok... Yie mintak benda bukan guna duit pun... (merajuk)

***

Duduk bersama 9 kanak2 Ribena sangat menyeronokkan. Macam2 kerenah ada. Saja mencatat kerenah mencuit hati sepupu2 ku... Sekarang juga sebenarnya sedang berebut laptop dengan kanak2 ini.

Zuhairah : Kak Muna cepatlah... Tadi kata nak guna kejap je! Kak Muna tengah buat apa tu?

Aku : Kak Muna tengah buat surat.

Zuhairah : Surat! (sambil tunjuk pada tulisan tajuk 'Anak2 Kecil') Tu Kak Muna tulis surat ke?

Aku : A'ah. A.n.a.k.k.e.c.i.l. = surat! (jahat Kak Muna tipu. ;p)

Zuhairah : Ooooh... cepat la Kak Muna.

Aku : Ok2~ *klik publish post*


Tiada ulasan: