Selasa, November 23, 2010

Besut 'Republik' Bersejarah?


Malam itu, kami sekeluarga ke Kopitiam Kota Putera, kedai tok saudaraku. Sebaik masuk ke dalam kedai, pandanganku tertumpu pada satu gambar besar di dinding yang sangat kukenal. terpampang besar di dinding gambar nostalgia istana Tengku Long. Bukan setakat itu, tergantung juga gambar2 lama negeri Besut dahulu kala. Keadaan jeti Kuala Besut, kedai2 lama di sekitar Besut dan banyak lagi tempat yang ku sendiri tidak pasti di mana. Mungkin aku tidak sempat merasai suasana nostalgik tersebut secara realiti, tapi, aku cuba merasainya melalui gambar2 lama dan cerita2 daripada emak dan ayah.

Emak membuka cerita. ‘Tu, istana Tengku Long… raja Besut dulu.’ Mungkin ada pertanyaan tentang benarkah Besut punya raja dulu? It’s a republic?! Percaya atau tidak? Dahulu Besut ibarat sebuah negeri. Kerana itu juga orang Besut jarang mengaku dirinya dari Terengganu ataupun Kelantan. Tapi, ramai akan jawab, ‘dari republic besut!’ (koya kan orang Besut ;p) Besut dalam negeri Terengganu tetapi majoriti rakyatnya bertutur dalam dialek Kelantan. Aku sendiri mengalami konflik identiti, Terengganu atau Kelantan? Mungkin… can be both! ;p

***

‘mak ingat lagi masa kecik2 dulu sokmo gi istana Tengku Long… Ingat dihidang denganmakanan dalam bekas makan panjang…’ Emak bercerita seolah2 sedang memutar memori ke masa lampaunya. Mungkin kembali ke zaman kanak2 dahulu. Aku melihat ke atas, ke kepulan awan memori emak. Cuba membayangkan suasana dalam istana.

‘Mak gi sokmo ke istana Tengku Long?’ Aku macam tidak percaya padahal aku tahu sejarah keluarga belah emak. Tapi sangat samar2. Jarang emak bercerita tentang kaum kerabatnya. Tapi, aku sentiasa cuba ‘gali’ rahsia keturunan emak. Satu cerita yang sangat menarik untuk dirungkai.

‘Mak2, ceritalah. Nanti mana tahu muna dapat wat novel tentang kehidupan nostalgia negeribesut ke.’ Gurauku. Ayah mengiakan. Memang ayah sentiasa menggalakkan aku menulis walaupun tulisanku hanyalah sebuah tulisan santai dan suka2 dan walaupun hanya sebagai koleksi peribadi.

‘Mak tak ingat sangat. Kena tanya Cik Nah.’ Siapa Cik Nah? Aku sendiri tidak pernah mendengar nama tersebut.

‘Engku Nah. Sedara mak jugak… nanti ada masa gi la interview dia. Bila2 bolehla kalau nakbuka cerita sejarah Besut.’ Aku tidak tahu berapa ramai saudara emak yang masih belum kukenali. Tapi, kukira sangat banyak. Malah, aku sendiri baru tahu bahawa ramai juga saudara maraku yang menetap di Thailand khusunya Yala.

Kata emak, dahulu salah seorang bapa saudaranya telah berkahwin dengan puteri raja Thailand dan telah dilantik sebagai gabenor Thailand. Terus beliau dan keluarga menetap di Thailand. Buat pertama kalinya aku menemui mereka apabila mereka datang ke Malaysia untuk pernikahan kerabat diraja Kelantan. Itupun seingat aku sewaktu aku tingkatan1 atau 2. Kemudian tidak pernah lagi kutemu.

Terasa seperti kisah dongeng pula. ;p

***

Kembali ke Besut. Besut punya banyak rahsia dan sejarah tersendiri. Tapi, sungguh jarang dicerita orang. Malah apabila aku google, terlalu sedikit kisah2 sejarah Besut yang kutemui. Cuma, banyak diceritakan tentang istana Tengku Long. Hari ini, istana Tengku Long tidak lagi berada di tempatnya. Yang ada cuma balai penghadapan yang sudah sangat uzur. Dan, pada tanah istana Tengku Long telah digantikan dengan Desa Ukiran Kayu Kg Raja. Rumah panjang utama di DUK dibina mirip Istana Tengku Long dalam usaha cuba mengekalkan nilai penempatan raja di Kg Raja suatu ketika dahulu. Owh ya, istana Tengku Long bukan dirobohkan tetapi telah dipindahkan ke muzium negeri Kuala Terengganu.

***

Jika dilihat sekitar kawasan bekas istana Tengku Long, banyak rumah2 sudah kosong tidak berpenghuni. Bentuk rumah seakan sama semuanya, rumah kayu beratap singgora yang dibawa dari Thailand. Rumah tradisional Terengganu dengan pemeleh yang besar serta kaya dengan ukiran kayu menjadi lambang keunikan senibina negeri Terengganu. Bentuk rumah dan materi yang digunakan adalah hasil gabungan dua buah negeri iaitu Terengganu dan Kelantan. Apa boleh aku katakan, aku sangat sukakan sejarah negeri Besut! Kata emak, rumah2 beratap singgora kebanyakannya milik pembantu2 istana. Ada saudara emak yang masih tinggal di salah sebuah istana berdekatan. Tetapi, dengar kata, istana tersebut juga akan diambil oleh kerajaan negeri kelak. Wallahu’alam.

***

Betulkah Besut punya raja? Aku percaya Besut pernah menjadi dan berdiri sebagai kerajaan sendiri. Walaupun ia kedengaran dongeng atau walaupun dahulu aku kurang gemar belajar Sejarah, tapi seingat aku, Besut pernah menjadi negeri buangan kemudian menjadi rebutan antara Kelantan dan Terengganu. Akhirnya Besut bernaung di bawah Terengganu. Mungkin juga kemudiannya barulah institusi beraja Besut mulai terkubur. Wallahu’alam.

Dalam pencarianku (yang tidak serius) memang tiada sejarah yang benar2 sahih tentang Besut. Tapi, kebanyakan cerita aku dengar sendiri daripada guru DUK, emak, dan saudara maraku yang lain. Tunggulah satu masa, aku ingin sekali cuba mencatat sejarah negeri Besut agar ia tidak ditelan peredaran zaman. Satu masa, andai sejarah ini tidak dicatat, pasti anak cucu kelak tidakkan pernah tahu bahawa Besut pernah punya institusi beraja sendiri.

Semoga punya kesempatan waktu untuk merungkai sejarah Besut.Tapi, mungkin hanya untuk catatan peribadiku dan generasiku kelak. =) Sekadar menconteng kala mesin memori berputar dan berhenti di satu masa silam. =) Wallahu’alam.Wassalam.

***

RUMAH LIMAS BUNGKUS ( ISTANA TENGKU LONG )

Rumah ini berbentuk Rumah Perabung Lima. Bumbungnya yang berbentuk sebuah perabung lurus dan diikuti oleh 4 buah perabung menurun kecucuran atap. Rumah ini berunsur campuran senibina Belanda. Menurut catatan Tan Sri Haji Mubin Sheppard istana ini dibina pada tahun 1850M tetapi kalau diteliti pada tarikh yang terdapat pada salah satu ukiran pada istana ini ianya bertarikh 1904M. Keluasannya 27.43m x 21.34m, diperbuat daripada kayu cengal dan dinding dipenuhi ukiran-ukiran yang halus serta indah. Atapnya dari jenis senggora yang diimport dari Pattani, Thailand. Dindingnya pula terdiri dari berbagai-bagai jenis seperti papan berlidah, papan tindih kasih dan janda berhias Ukiran-ukiran yang terdapat pada istana ini juga daripada berbagai jenis seperti awan larat, flora, geomatrik serta kaligrafik. Binaan struktur Istana Tengku Long adalah dari teknik pasang siap, strukturnya berbentuk tigasegi, kerangkanya digunakan pada sistem alang serta sistem tanggam, pasak, pemeting, dan tetupai. Binaan asas sangat berbeza terutama bahagian surung yang lebih tinggi dikhaskan kepada Raja manakala bahagian serambi yang berlantai rendah digunakan untuk orang kebanyakan.

Pada November 1984, Badan Warisan Malaysia telah menulis surat kepada PETRONAS supaya bersetuju membeli istana tersebut yang berharga RM150,000.00 daripada Tengku Putera Zainal Abidin. Badan ini juga membuat keputusan untuk menyerahkan Istana Tengku Long dibawah jagaan Muzium Negeri Terengganu. Pada 1988 istana ini telah di pindahkan dan didirikan di kawasan tapak Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, Kuala Terengganu.

sumber : http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article5.php?cid=43&aid=3329

7 ulasan:

syibiehoney berkata...

panjangnye cerito muna..huhu

mstraa.ns berkata...

v interesting..ni yg semangat nak pi besut nihh. cepat sikit kaw*n nik :P

cicit tglong berkata...

97jlnong,,
cerita mak muna ada yang tak berapa betul,,,,istana besut yabg sebenarnya masih ada lagi di kg raja,,istana tengku long hanyalah rumah tengku long,,,
drp : anak cucu Tg long,,

syazwan safwan berkata...

Salam Ziarah

Unknown berkata...

Assalam... betul ke istana Tengku Long yg sebenar masih berada di Kg Raja, boleh x bagi penerangan lebih lanjut....(anak cucu Tg Long)

Unknown berkata...

Anak cucu tg long?seriously nk tau salasilah tengku long..ini mungkin juga berkait dengan salasilah keluarga saya.seingat sy ayah sy penah bercerita tntg tengku long, tengku ngah dan tengku ali..

Unknown berkata...

Anak cucu tg long?seriously nk tau salasilah tengku long..ini mungkin juga berkait dengan salasilah keluarga saya.seingat sy ayah sy penah bercerita tntg tengku long, tengku ngah dan tengku ali..