Jumaat, November 12, 2010

Nota Ringkas Buat Mardhiah

Dear my bestie, Mardhiah.

Jadi kuat ya. Sabar itu istana iman. insyaAllah.
Aku akan sentiasa menyokongmu dari jauh, mendoakan semoga Allah mudahkan segala urusanmu.
Aku tidak dapat tolong banyak, hanya doa yang mampu kutitipkan.
Atas segala ujian berat yang menimpamu, bersabarlah. Innallahu ma'a sobirin. insyaAllah.
Be strong dear! be strong! Mar antara yang terpilih untuk menerima ujian, bukan sebab Allah tak sayang, tapi, tulah tandanya Allah sangat sayang...insyaAllah. Bergantung haraplah padanya, yakinlah dengan ketentuannya... Mar, kuat ya!

Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali."
[surah al-Baqarah: ayat 155-156]

"Jadikan sabar dan solat sebagai penolongMU. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
[surah al-baqarah: ayat 45]

p/s : kite nak tarok lagu sesekali diuji, tapi, x dpt download. jadi bagi lagu ni Dalam Sujud Cintaku =

Tiada ulasan: