Ahad, November 14, 2010

Time Machine

Apabila sudah berada di rumah, aku kehausan idea untuk menulis. Betullah, aku akan lebih cepat menulis dalam keadaan tertekan. Jadi, sila bagi aku tekanan, then i'll write. ;p


Sekarang aku benar2 terasa ingin pulang ke masa lampau, mungkin di zaman sekolahku, mungkin di zaman kanak2ku. Nasib baik aku punya sebuah 'Time Machine' yang dapat membawaku ke sana. Siapa mahu ikut? Jom~ ;p


***


Orang tanya, 'kenapa kamu menulis?' Aku tidak punya jawapan yang khusus. Tapi, percaya atau tidak, tulisan itulah 'Time Machine'ku. Dan dibawah ini juga merupakan sebuah 'Time Machine Manual' sebelum aku berpindah ke Time Machine bernama blog. Inilah sesuatu yang kurindu. Warga SKM,SMKM,SMKH,KOPU,Studio9,UIA...Kalaulah kalian masih ingat...



Time Machine berkulit kayu, journal yang ditulis sejak sekolah menengah dan berhenti menulis sejak berblog. Kesian journal kayu, kalau boleh buat karangan bertajuk 'Aku Sebuah Journal', pasti 'ending'nya adalah, 'Bila tuanku menjumpai 'buku' baru, aku telah ditinggalkan di dalam almari, di tempat yang tinggi yang tidak tercapai oleh tuanku sendiri.Akhirnya aku semakin usang di situ.....Kulit kayu menjadi reput, isiku menjadi luput.Sedih!'




Antara isi kandunagn journal adalah puisi yang kukarang semasa usia masih belum matang. Juga lukisan2 yang sangat keanakan.


'Hidup seperti rama2,
Terbang bebas di taman bunga,
Hidup sebagai hamba,
Tunduk patuh pada Pencipta.'


***


Tujuan aku menulis adalah untuk memberi memo dan juga untuk mencatat memori yang mungkin satu hari akan aku lupakan.




Bermula tentang kisah hidup di sekolah rendah. Dengan cogan kata 'Hampas' dan 'Mangkuk Ayun' yang aku ingat sehingga sekarang. Itulah gelaran kelas 5 Bakti yang diberikan oleh dua orang cikgu paling garang kelas kami. Tapi, seorangnya merupakan 'bapa'ku iaitu Cikgu Aidil. Kalaulah kalian masih ingat...=)




Juga tercatat kisah SMK Hamzah. aku hanya setahun di sana, tetapi cukup banyak memori tercipta. Tingkatan 3, aku mula mengenal banyak perkara. Mungkin juga mengalami kejutan budaya disebabkan buat pertama kalinya aku bersekolah di sekolah yang majoriti melayu. Sesuatu yang janggal bagiku.Pelik! Jika di SMKM orang teruja dengan permaian Bola Keranjang, tetapi di SMKH, orang teruja dengan permainan Hoki dan Bola Sepak. Aku? Tika ini aku lebih teruja dengan buku! ;p





Kemudian kisah KOPU. Banyak kenangan hidup di asrama.Emmm...Biarkan memori berputar, bercerita buat diri... Harap sahabat2 KOPU masih mengingati diri ini di sini. =) Rindu kalian sangat2~ Yang KOPU ramai sudah terbang sangat jauh. Dan seorang telah pergi lebih sangat jauh. Dan, kenangan bersamanya masih segar diingatan sebagai seorang Presiden yang penuh kontroversi. ;p Tapi sekarang dia pergi sebelum aku sempat menjawab pertanyaannya, 'Yan, macam mana nak jadi baik?' =(






Kemudian, masuk UIA, Studio9... Harap kalian juga ingat Kisah KITA sepanjang menjadi warga Studio 9. =) aku takmahu cerita, sebab 'Time Machine' kalian akan bercerita untuk diri kalian. Terima kasih semua atas memori yang cukup bermakna ini!~ =) Aku akan sentiasa ingat insyaAllah. =)


***


Dan kemudian... muka surat seterusnya...kosong! Cuma tercatat, 'Tulisan telah berpindah alamat ke nixnadizy.blogspot.com.'


***


Sebaik memasuki Gombak, aku mula mencatat di dada blog. Tapi, di blog sangat terhad. Aku tak boleh 'tampal2' gambar sesuka hati. Aku tidak boleh meluah perasaan sesuka hati. Semuanya terhad sebab ianya atas tontonan umum.


Pernah ku privasikan, tapi kemudian ayah asyik bagitahu, 'Buat apa menulis kalau taknak bagi orang baca?' Maka, aku terus menulis untuk bacaan umum. Sekadar berkongsi kisah hidup pada mulanya. Tapi, seingat aku dari awal aku mula berblog, terlalu banyak kritikan yang aku terima. Pada mulanya dinasihati supaya tidak terlalu menulis hal peribadi. Kemudian aku ubah cara penulisan yang lebih 'rigid' dan 'so not me'.Hanya berkongsi tetapi sedang menyekat rasa hati.


Ditegur lagi, 'Tulis sebagaimana diri kamu sendiri! Sebagaimana dulu...' Bila ditegur begitu, aku hampir give up dan ingin berpindah ke penulisan journal kembali. Tapi, ramai yang memberikan dorongan semula untuk menulis dengan kata2, 'Yan, ada cara lain lagi untuk sampaikan ilmu dan pendapat selain menulis?'


Aku rasa jawapannya ada tapi tiada juga. Entah!Jadi, aku mengambil keputusan untuk terus menulis. Bukan senang untuk memuaskan hati semua orangkan? Makanya, aku perlu ada pendirian sendiri dalam semua hal pun. Dan, memang, aku sedang dan masih cuba membina keyakinan dalam diri. Bukan seni sahaja subjektif, penulisan juga satu seni dan semestinya ia bersifat subjektif. Kerana itu, aku buat konklusi untuk menulis mengikut kata hati. Kalau tak berkata hati, maka, lamalah blog ni ditinggalkan bersawang. ;p Tapi, sungguh, hati memang tak pernah berhenti berkata2 kan... Alhamdulillah, hatiku masih hidup. =)


***


Dan, kerana itu aku menulis. Aku bukan seseorang yang hebat untuk diingati, aku bukan Perdana Menteri yang puluhan penulis akan bukukan kisahnya kelak, aku bukan seorang yang berpengaruh untuk orang lakarkan dan teladani hidupnya. Maka, aku menulis agar satu hari, kaum kerabatku menyedari akan kehadiranku dalam keluarga. Cukup setakat itu. =) Itu sudah cukup memuaskan hatiku.


***


Dan, aku menulis juga sebab, hanya penulisanlah 'Time Machine'ku yang boleh membawaku ke masa lampau. Banyak perkara yang pabila aku baca kembali, aku tidak ingatpun aku pernah mengalaminya sedangkan memang ia benar2 pernah terjadi dalam hidupku. Manusia kan mudah lupa, maka, penulisan jugalah yang boleh mengingatkan. insyaAllah.


***


Oh ya...Orang kata, seseorang yang tulis journal boleh jadi gila. Aku masih ingat ada seseorang yang mengusikku begitu suatu ketika dahulu. Aku tidak pasti kesahihannya. Mungkin sebab, bila kita baca kembali tulisan2 dan kisah2 dalam journal, kita mula tersuka dan ketawa sorang2. Mungkin! Dan, kerana ingin ketawa juga aku menulis. To write is to have fun. ;p





Baiklah, sampai disini. Sebenarnya entri ini sekadar ingin menjawab pertanyaan sahabat tentang 'kenapa kamu menulis?'. Konklusinya, 'Penulisan adalah time machineku!' =)


Wallahu'alam.


4 ulasan:

moment berharga berkata...

pnjg btul jwpn utk kwn yg bertanya 2 ye yan..mesti dia mnyesal sbb tny.hek.main jahh..

btw,i luv this so much when u said,owh nope..when u wrote,hmm not really..when u typed actually.heheh..when u typed 'Aku tidak punya jawapan yang khusus. Tapi, percaya atau tidak, tulisan itulah 'Time Machine'ku.'..;)

munadhia berkata...

Cik MB... hehe~ tu la pasal... len kali jangan tanya kan..nt jawapannya berjela, lbih pjg dr esei EAP.hehe~;p yan x pndai nk tulis...taip pendek2. ;p

yep, kiranya, sila menulis, u should create ur own time machine too. ;p

orieda berkata...

eh nmpk muka kita diantara gmbr2 yg byk tuh! hehe..kenapa kol xdpt?? tukar number ag kah?

munadhia berkata...

orie! ad kol eh? dok dumoh henset xtau handing mane... x slp, adik 2kar nset, makanya banyak number x naik nama. maafin yep. ;p abes xm dh? jom jupe! perhaps KB. ;p