Isnin, November 08, 2010

Bukan Kerana Bicara Pedusi, Tapi, Kerana Hati


Aku sangat sibuk. Ya, tak tipu sebenarnya memang aku sangat sibuk. Tapi, jari jemariku tidak pernah lupa untuk exercise setiap hari walaupun dalam kesibukan. Hari ini ingin bermaraton lagi di celah kesibukan menyiapkan working drawing. Diharap sampai dengan segera ke destinasi yang ingin kutuju. ;p Sila naik concord, jangan naik beca!

***

Aku tidak pernah mengenali dirinya, tidak pernah kutemu, bersua muka atau mendengar bait butir bicaranya secara live. Tapi, kutahu, dirinya punya satu aura yang menyebabkan aku terasa benar2 mahu mengenalinya. Seolah ada suatu kuasa magnet yang menyebabkan aku setia pada tulisannya. Setiap hari, andai aku menjelajah ke dunia maya, antara rumah yang pertama akan kuziarah adalah Haruman Mawar. Sajian yang disediakannya cukup enak, kadang2 menjadi pemangkin semangatku semakin meninggi dalam menulis. (Berkhasiat tinggi sehingga mampu menggemukkan iman di hati. ;)) Kerana tulisannya adalah refleksi kepada dirinya yang sebenar yang kupasti turut mencari kekuatan di sebalik tulisan, turut memujuk diri melalui tulisan dan sentiasa membuat jasa melalui tulisan… kekuatan yang wujud dalam dirinya sebenarnya banyak menguatkan orang lain andai dia tahu betapa ramai pembacanya yang setia pada penulisan panjangnya itu. Aku tidak jemu, dan kukira sahabat2 lain juga tidak jemu membacanya.insyaAllah. =)

‘Dakwah itu sentiasa harus berjalan, dan andai kemampuanmu hanya pada penulisan, jangan berhenti menulis, sehingga saat rohmu bercerai dari jasad, menulislah dengan hatimu. Kalau harimau mati meninggalkan belang, Biar manusia mati meninggalkan peringatan. Dan, andai peringatan itu melalui tulisan. Go ahead, tulislah apa yang kau rasa. Semoga manusia sentiasa saling ingat mengingati dengannya.’

***

Aku menjadi salah seorang pembaca senyap kepada blognya. Melalui seorang sahabat aku mula mengenali alamat rumahnya iaitu Haruman Mawar. Dan, aku sentiasa curi2 mengintai dan meneropong cara dan gaya hidupnya mungkin tanpa disedarinya. Aku sentiasa cuba untuk menjadi sahabatnya, dikenalinya sebagaimana sahabatku yang lain pernah bersua dengannya. Tapi, setiap kali aku menekan ‘comment’, aku kehilangan kata2 seolah2 seorang yang ingin berbicara dengan kekasihnya tetapi, lidah kelu untuk berbahasa. Jadi, aku memilih untuk menjadi pembaca senyap selamanya,tidak meninggalkan sebarang jejak pada lamannya. Cuma, andai saja dia tahu Setitik Dakwat juga menjadi salah sebuah pondok yang berjiran dengan Mahligai besarnya, Haruman Mawar di laman maya ini, pasti aku sangat gembira.

Setitik Dakwat ibarat hanya setitik dakwat hitam, biru, atau merah yang boleh merosakkan, tapi tidak Haruman Mawar. Mawar sangat cantik, walau kadang durinya menusuk (duri=ketegasan), tetap ia meninggalkan haruman yang semerbak. Kerana itu aku benar2 malu untuk membenarkan dia mengenaliku. Takut2 setitik dakwat hitam ini terpalit dan mengotorkan kelopak haruman mawar. Takut2, hilang harumnya mawar, terpalit titik hitam yang kotor. Dan, setitik dakwat iaitu akulah yang akan bersalah pada kotoran tersebut.

***

Kepada pemilik Haruman Mawar, Puan Insyirah, sila menulis dan teruskan menulis. Penulisan Insyirah diyakini lahir dari hati, kerana itu, ia akan jatuh ke hati juga. Kalau aku punya cop SUPER BRAND untuk diberikan, pasti blog Insyirah akan menjadi antara SUPER BRANDest paling berkualiti dariku. Dari hati yang ikhlas, Allah meletakkan satu aura dan tarikan bagi pembaca lain untuk terus setia pada tulisanmu itu. Owh ya, di sini, bukan setakat mahu mempromosi bayi comelmu ‘Bicara Pedusi’, malah sebenarnya aku lebih berniat untuk memperkenalkan lamanmu pada jiran tetangga di alam maya ini. Bukan berniat juga untuk memenangi ‘Bicara Pedusi’ (adalah juga berangan.;p) tetapi dengan niat untuk membantu penjualan dan promosi ‘Bicara Pedusi’.Bukan kerana Bicara Pedusi, tetapi, kerana tulisanmu Insyirah yang membuka mata manusia tentang erti kehidupan sebenar dan kerana mungkin hanya dengan ini aku mampu membantu pengumpulan dana apartment PMRAM.Wallahu'alam.

Oh ya, sebelum mengakhiri, pada tulisanmu ‘Selembar Kasih’, aku seakan tahu siap secret admire yang dimaksudkan. ;p

***
"Syira, secret admire kirim salam."

Bulat mata ana, secret admire?

"Syira tak kenal dia pun, dia tag cerpen Saya Sudah Bertunang pada akak. Then, bila akak tahu Syira yang tulis cerpen tu akak tanya la dia kenal Syira tak. Akak bagi link blog Syira pada dia. Semalam akak bagitahu Syira nak datang dan forward mesej yang Syira bagi pada dia."

Oh gitu... Yang menghubungkan Insyirah Soleha dengan 'secret admires' bukan paras rupa atau bahasa yang meliuk lentok tetapi ingatan pada kematian.

***

Benar, Insyirah, walaupun Insyirah masih muda, yang banyak mengajar tentang kematian itulah dirimu, saat Allah mengujimu dengan sakit, saat Allah menyekatmu daripada terus melakar memori dan jaya di menara gading dan saat, Allah mengujimu dengan banyak lagi ujian. Kalau Insyirah mendapat ujian sakit, sekurang2nya Allah memberikan ‘warning letter’ untuk sentiasa hidup dalam berjaga2, sedangkan antara kami semua, ramai di’barred’ terus tanpa sempat diberikan ‘warning letter’, itu lebih sakit dalam menempuh ujian akhirat. Apapun, semoga, terus istiqamah dalam Bicara Pedusimu itu. Kerana bicara seorang Insyirah, banyak menjadi sumber inspirasi orang lain pada pengetahuanmu mahupun tanpa pengetahuanmu.

Salam ukhwah,

Munadhia

***

Untuk maklumat lanjut tentang Bicara Pedusi, sila klik sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Contest Bicara Pedusi, sila klik sini.

5 ulasan:

sufygirl berkata...

slm, dik yan..

ingin sekali mempertemukan kamu berdua, moga diizinkan-Nya!
(✿◠‿◠) (。◕‿◕。)

munadhia berkata...

salam kak jie, malu la nk bertemu.hehe~ biiznillah, kalau berjodoh, jmpalah kami. ;p mlalui kak ji jga mgkin. ;p

moment berharga berkata...

wah yan,trbaeklah..insyirah quote your words in her latest entri.hik.comey2..

munadhia berkata...

oh tidak! *blushing* huk2.
kepada puan insyirah>> terima kasih byk2. sayu plak trasa hati.

nk brkongsi, kalam kita adalah kalam yg lahirnya dari Allah jga andai tiba2 Allah menyekat bicara, membuat kelu lidah untuk menutur kata,menyekat akal dlm lahirkn idea, itulah hak DIA.=)

trasa trharu bila insyirah tulis,
"Buku itu bukan hak ana kerana kebanyakan isi-isinya adalah dari sekeliling. Manusia-manusia yang mengajar, Allah yang mentarbiyyah dan alam yang mengajar ana untuk berfikir dan 'mengelamun' di dunia kecil ana. Bicara tentang ombak, pesisir pantai yang saujana mata memandang. Ana menulis tentang ombak adalah hasil pemerhatian kepada gulungan ombak yang tidak pernah engkar kepada Allah, ada ombak kecil dan ada ombak besar."

http://niqobgirl.blogspot.com/2010/11/cetusan-seorang-insyirah.html

buat insyirah>> skarang saya sedang kelu, speechless. ;p

buat MB>> jga speechless. ;p btw, trima kasih byk2 4 each moment brharga togeda2. insyaAllah, kt jmpa lagi. =)

sufygirl berkata...

k.jie syg yan sgt2!
tb2 rasa nk ckp cmni..br lpas update blog..hehe