Apabila aku mengambil keputusan untuk membuat blog..Aku tidak berfikir panjang lalu aku terus membina sebuah blog yang pada awalnya aku hanya ingin mengutarakan dan menyuarakan pendapat dan menjadikan blog sebagai satu laman suara hatiku.. Sebenarnya sebelum menulis blog, aku hanya meluahkan rasa di atas kertas..iaitu melalui penulisan journal..Melalui penulisan blog, bermakna aku telah membenarkan orang awam menjenguk fikiranku..Dan ia merupakan satu risiko bagiku.. Dan sekarang setelah dua bulan menulis untuk blog..Aku rasa sudah masanya aku membuat perubahan dan menulis dengan lebih matang lagi atas nasihat sahabat2. Walaupun diri masih lagi kekurangan ilmu, tapi inilah masanya untuk aku menambah ilmu..lalu terciptalah azam sempena bulan baru, azam sebagai pelajar baru, azam mahasiswi baru, azam sempena menjejakkan kaki ke uia gombak juga..
Visi:
Menjadi seorang KAEDian yang berjaya dalam bidang yang diceburi juga dalam hal ehwal Islam-InsyaAllah.. Berseorangan tidak bermaksud perjuangan tidak boleh diteruskan.. AYUH!!!
Azamku:
1) Banyakkan pembacaan haraki
2) Komitmen sebagai KAEDian jua perjuangan.
3) Kurangkan tidur (walaupun hakikat Kaedian memang kurang tidur)
4) Banyakkan ibadat sunat
5) Sentiasa bersemangat dan tidak putus asa (walau tugas Archi memang agak berat)
6) Jangan buang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah
7) Jangan malas2 baca buku
8) Jangan terlalu leka dengan komputer (untuk CAD boleh la)
9) Lebih matang dalam penulisan blog (jaga hati semua pihak, blog tak sama dengan journal!!)
10) Buat projek elok2, sungguh2, dengan penuh keyakinan.
11) Jangan malu2 bertanya lagi dah.. (dah masuk U pon!!)
12) Jangan banyak cakap tentang benda2 tak berfaedah..(tak mau gosip)
13) Banyakkan kawan bukan lawan..
14) Selalu fikir positive..
15) Jangan jadikan projek sebagai alasan kurang penglibatan dalam perjuangan..
16) Jangan terlalu ikut perasaan.. (consider semua keadaan..)
17) Jimat2 guna duit. (akauntan sambilan)
18) Berfikiran lebih matang (dah besar dah..)
19) Dan lain2 (tengok suasana dan keadaan di Gombak)
Pemerhati d Gombak:
1) Diri sendiri
2) Sahabat2
3) Warga UIA
* Ingat.. Allah is the greatest observer!!
Pesanan buat diri:
Jangan azam sekadar azam bertulis.. kunyah azam dan telan..Jangan juga simpan di perut kemudian buang.. Biar azam dicerna di hati dan terus tersemat di sanubari dan tersimpan rapi.. Jadikan azam sebagai ketua diri..Jadikan ia sebagai pemimpin supaya diri tidak terus leka dan menyimpang jauh.. Walau sibuk macam manapun, Muna pasti boleh!!! Bina jadual harian..30 contact hour bukanlah apa2.Jadikan ia satu cabaran..GAMBATTEY!!
Persoalan:
Bagaimanalah hidup di Gombak agaknya??
Siapakah yang boleh setia di sampingku dan terus memberi sokongan kepadaku?? Hakikatnya sahabat seperjuangan ramai terbang ke Kuantan.. (takut, bimbang..aku seorang..)
Siapa yang akan menarikku terus dalam perjuangan, siapa yang akan terus menarikku dalam pentarbiyahan?? (Kak Yani-jauh, sahabat2-juga jauh, sahabat baru??!!)
Bagaimana hidup sebagai KAEDian?? (social, biasa??bebas?? takut terikut2)
Siapa teman sebilik nanti??!!
Bersediakah untuk tidak tidur??!! (minum Nescafe lagi..)
Bersediakah untuk masuk studio lagi?? (sedia kot..Ntah..Hopefully..Life in studio is really tough..)
* segala persoalan akan terjawab sebaik melangkah ke bumi Gombak..Muna, BERUSAHALAH!!!
1 ulasan:
salam...
izzy...d thing is..
olwes b prepared....
n jgn takot k..
innaAllaha ma'ana....
Catat Ulasan