Selasa, Jun 17, 2008

Industri Perkapalan Hari Ini

Hari ini aku nekad untuk menulis tentang ehem2.. Bukan apa, bila dah terlalu ramai sahabatku yang terjerumus ke lembah ‘perkapalan’ aku mula rasa tak sedap hati.. Ingin ditegur, itulah yang cuba aku lakukan, tapi, aku sangat tak punyai kekuatan. Memag aku tak kuat untuk menegur secara terang-terangan.Apa yang aku dapat lakukan ialah cuma menasihati secara kiasan..
Lalu, aku memilih cara ini dengan harapan ada juga insan budiman yang ingin membaca dan merenung sejenak tentang isu yang hangat ini.. Tapi, jangan direnung hanya sejenak, kalau boleh biarlah ia terserap ke dalam sanubari dan lubuk hati..Lalu, insan2 ini boleh menanamkan benih baru..Oh ya, benih di sini bukan bermaksud benih di perut ya.. benih yang baru ini merupakan keazamanan dan niat yang baru.. Siapa kata tak boleh..Setiap orang pasti boleh.. Kita amat bertuah dikurniakan akal untuk berfikir, jadi, apa tunggu lagi..Gunakan akal warasmu itu sebaik-baiknya ya.. Serasa aku dah banyak sangat artikel yang membicarakan soal ini.. ‘industri perkapalan’ memang hangat diperkatakan dan dipersoalkan.. Mengapa terlalu ramai yang berminat untuk terjun dan memperjuangkan industri ini?? Adakah ia mendatangkan keuntungan?? Atau keasyikan?? Atau keseronokan?? Atau kebaikan?? Bagiku sesiapa sahaja yang menceburkan diri ke industri ini sebenarnya sedang berhadapan dengan padah semata.. Mana taknya, apalah baiknya menjalinkan hubungan tanpa sebarang ikatan.. Maaflah andai kata2 ku kali ini mengundang ‘ketidaksedapan’ hati yang membaca. Bukan niatku untuk menambahkan asam di hati kalian, tapi ini hanyalah sekadar santapan dan renungan untuk diriku sendiri dan sahabat.. Maklumlah, hati manusia sentiasa ingin rasa dikasihi dan disayangi malah tidak suka merasa kosong dan sepi..Itulah hakikatnya.. Tapi, adakah kasih yang terjalin bagai nak rak sebelum kahwin boleh kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat?? Kalau ya, Alhamdulillah, tapi, bagaimana jika sebaliknya??
Sudah banyak pihak yang menjelaskan bahawa couple itu haram, jadi, mengapa tunggu lagi?? Adakah kita terus-terusan ingin berjuang di dalam industri yang dikatakan haram ini.. Apa yang aku faham, andai kita tetap terus bergiat dalam industri ini walaupun sudah mengetahui hukumnya, tiada lain, kita ibarat sengaja meredah duri di jalanan, yang akibatnya amat memedihkan dan menyakitkan..duri itulah dosa, ibaratnya kita sedang membeli dosa secara percuma..Mungkin bercinta itu indah, tapi, ia amat melekakan..Kerana itulah hasil acuan syaitan yang ingin memesatkan dan melaghokan manusia.. Inginkah kita terus terpedaya dengan bisikan halus itu?? Mengapa kita ingin membiarkan sahaja makhluk laknatullah itu menang sedangkan kita mampu untuk mengalahkannya.. Sengaja makhluk itu menghasut kita untuk menjadi penemannya di neraka kelak.. Sanggupkah kita??Sanggupkah?? Sedangkan, mencecah api lilin pun, amat terasa sakitnya, inikan pula mencecah api neraka.. Artikel ini kutulis, bukan sekadar untuk sahabat tapi, juga diriku yang asyik terbeli dosa percuma ini..Sebagai peringatan buat diriku sendiri.. Yang sering hidup dalam anganan yang panjang, yang sering hidup dalam mimpi yang tak berkesudahan..Fikir-fikirkanlah, apa faedahnya menjerumuskan diri ke ‘industri perkapalan/per ‘couple’an ini?? Kita mengkeji dan mencela orang yang melakukan zina, bagaimana pula kita sendiri yang sedang menuju ke arah zina?? Bukankah ingin membanteras dosa yang besar perlu kita banteras yang kecilnya dahulu?? Kerana yang kecil itulah apabila dikumpul akan tetap menjadi besar.. Ibaratnya sikit2 lama2 jadi bukit…dosa walau secubit ia tetap membawa sakit..Wallahu’alam
.

Firman Allah: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)



Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Firman Allah: Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.
(An Nur:26)

1 ulasan:

Naim berkata...

maaf ye,, tujukan kepada couple atau perkapalan atau kedua2 sekali??