Hari ini baru aku berkesempatan meng'update' blog..
lame rsenye tak menulis..
ape aku buat ye sepanjang cuti??!!
oh ya.. tambah berat badan adlh aktiviti utama aku buat, bak kata Yang aku memang penternak lemak yang berjaya..
perkara ke dua, dengan gembiranya aku sedang bekerja sekarang..
kerja kilang jer..
mengilang tahi mata..Seronok juga di samping dapat belayar ke dunia khayalan..
fikir punya fikir.. banyak jugak masa yang dah aku bazirkan..Apalah faedahnya mnjadi pengilang tahi mata dan penternak lemak yang sukses??!!
tapi, tak jugak.. aku dah berjaya menjdi seorang babysitter yang cekap lagi berkaliber..
semalam baru ku kembali ke bumi alor lintang.. jauh perjalananku, ke kuantan aku untuk menjaga sepupu2ku yang berlapan tu.. tapi, seronok jugak.. mana taknya, dgn zulaikha yang comel, zuhairah ibarat bunga2 kecil, dan zulfa yang byk kerenahnya..
hari ni jgk aku berjaya menemukan sebuah CC di alor lintang..
dan pada kesempatan inilah aku gunakan untuk mengupdate blog..
aku agak ketandusan idea.. maklumlah, lama juga aku belajar bahasa kanak2 sehingga terlupakan bahasa orang dewasa..
teringat pulak aku kata2 sepupuku yang berusia 3 tahun, Zuhairah.. 'nanti kak muna balik, adik nangis, adik sedih..' sayu nya hatiku dengar semua tu.. Sekarang ni pon aku dah rindu yang amat sama mereka.. Bila la dapat jumpa lagi agaknya..'Takpe dik, nanti kak muna datang lgi eh..'
Aduhai hati.. sedihnya!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan