Aku menulis lagi..
Yang pasti memang benar kewujudannya di bumi Cenfos.. Sungguh aku tidak mengenali dirinya..Pada awalnya aku malu untuk mencoretkan hal ini pada ruangan blogku..Tapi, fikir punya fikir, timbang punya timbang, hitung punya hitung..Apa salahnya, membuatkan kisah ini sebagai satu pengajaran dan peringatan buat diriku..Mungkin sahabat2 dapat mengutarakan pendapat dan cadangan buatku juga..dan mungkin nasihat2 yang moganya amat berguna..Al maklumlah, bukan bergelar manusia diri ini andai benar2 sempurna sehinggakan tiada kesalahan yang pernah aku lakukan..Hakikatnya aku hanya manusia biasa yang memang tak sempurna.. Siapakah dia yang ingin mencari Mr Perfect atau Ms Perfect?? Cepat..sedar dari mimpi, tiada siapa yang sempurna..Maka, lupakan saja hasratmu itu..Oh ya..Sebelum aku melalut dengan lebih jauh lagi, lebih baik aku terus straight to the point.. Begini ceritanya..hari ini aku menerima satu mesej(friendster) yang berjaya membuatkan aku pakinson sementara..Mana taknya, mesej itu datangnya dari seorang lelaki yang aku tak kenal, tapi aku sering berhubung dengannya dengan niat hanya ingin bertukar pendapat..Orang yang disangka tidak mengenali diriku ternyata sebenarnya bukan begitu..malah dia tahu nama penuhku..ajaib..Saat itu aku berfikir sejenak, dan berjenak-jenak lagi.. “Aku kena buat apa??” Aku tekan reply..dan kemudian aku cancel. Hatiku menjerit, “Pertama, aku tak suka dia kenal aku sebab dia lelaki dan aku perempuan..” ‘Ya, itu hakikatnya..Habis, dulu kenapa kau mengada-ngada sambut salam darinya sedangkan kau sedia maklum bahawa dia lelaki dan kau perempuan??’ “Dulu, aku ingat dia tak kenal aku..Jadi aku boleh bertukar pendapat dengannya..” ‘Ye la tu!!’ Mataku masih menatap skrin komputer, tanganku berada di atas papan kekunci, Fikiranku masih ligat berputar, mencari jawapan di negeri khayalan, ingin mencari simpang yang betul untuk dituju.. ‘Apa yang ingin aku tulis??’ Saat itu bermacam-macam bisikan melewati telingaku..Bisikan di telinga vs bisikan di hati vs bisikan nafsu..Yang mana satu idaman kalbu?? Akhirnya, aku tekan ‘log out’..ku biarkan mesej tanpa jawapan.. Kerana, saat itu, bisikan hatiku mengatakan, “Awas, lencongan merbahaya dihadapan..” Syabas hati, kau menang!!Janganlah kau lalui lencongan itu sedangkan terbentang luas di hadapanmu jalan yang lurus.. Walaupun hatinya baik sekalipun, tapi, bukankah ia akan melalaikanmu?? Akan membina jurang dalam perjuanganmu?? Sekarang aku sedar, lelaki itu bahaya bagi seorang perempuan dan perempuan itu bahaya juga bagi seorang lelaki.. Walaupun sekadar ingin bertukar pendapat pada jutaan batu jaraknya, syaitan itu tak jauh..Di sekeliling kita penuh syaitan..Dunia mereka adalah dunia yang kita tak nampak, tapi betapa tingginya desibel bisikan mereka hingga ia mampu merobekkan hati, mampu memesongkan diri..Syaitan di
Dan, aku sedar..kenapa harus aku bertukar pendapat dengan bukan mahramku sedangkan aku punyai abang2, ayah, sedara2..Dan, aku punyai ramai teman seperjuangan..Sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar.. Jadi, pengajaran di sini ialah betapa syaitan itu berusaha untuk melalaikan kita..betapa syaitan itu
(As-Syams: 7-10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan