Selasa, Jun 03, 2008

Semalam hilang, hari ini datang

Semalam..
sukar diungkapkan perasaan..
sebak, sayu, sedih, dan bermacam lagi..
bumi Cenfos bakal kutinggalkan hari ini,
beberapa jam dari sekarang..
lalu akan ku terbang ke bumi gombak tak lama lagi..
sayu, terharu ku melihat wajah sahabat..
tiada kata yang dapat kuucapkan..
adakah ungkapan selamat tinggal perlu kulafazkan..
tapi yang pasti, harapan ku agar ini bukan yang terakhir..
kerana pertemuan pasti berlaku lagi..
kata orang biarlah jauh di mata tapi tetap dekat di hati..
terima kasih buat Tiha dan Inaz atas pemberian semalam..
Akan kuabadi dalam kenangan..
Detik semalam yang telah berlalu..
Terima kasih juga buat Yang..
Sepanjang sebumbungnya kita..
Yang sabar dalam melayan kerenahku..
Terima kasih buat semua warga Cenfos yang banyak membantu..
Di bumi ini aku temui sesuatu yang baru..
Yang amat berharga yang tak mungkin kulupa..
Cenfos..di sini segalanya bermula..

Tiada ulasan: