Hari ini seorang sahabat bertanya, “bagaimana mahu menyampaikan dakwah sedangkan kadang-kadang ia amat payah..Susah nak suruh orang ikut cakap kita dan sebagainya..”
Ya, aku akui, bukan senang untuk menyampaikan apa yang kita tahu.. Kita tak mau orang menggelarkan kita alim walaupun pada hakikatnya alim itu bermaksud orang berilmu atau mengetahui.. Mereka juga orang alim sekiranya mereka mempunyai ilmu.. Hmm, itu pendapat aku..Tapi, kita tetap perlu pegang dan pikul tanggungjawab tersebut dalam menyampaikan (dakwah) apa yang kita tahu.. Aku sendiri bukanlah terlalu arif soal agama, tapi, selagi aku mengetahui sesuatu, aku gembira sekali andai dapat berkongsi dengan sahabat.. Pertanyaan sahabat tadi aku jawab agak ringkas..Saat itu aku teringatkan janji Allah yang menyatakan bahawa remaja yang berakhlak mulia di akhirat kelak akan berada di bawah panji Nabi Yusuf as.Alangkah bahagianya dapat berada di bawah panji seorang nabi yang mulia, yang punya wajah rupawan, yang punyai akhlak menawan..Tapi..adakah kita begitu tamak untuk berada di bawah panji itu seorang???
Sahabat, teman, lebih bahagia diri ini andai kita dapat bersama-sama berada di bawah panji Nabi Yusuf.. Bayangkan sahaja kita berada dalam kontinjen Terengganu yang baru2 ini memenangi sukma..Bangga bukan?? Lebih bangga andai kita berada di bawah kontinjen Nabi Yusuf di akhirat kelak..Syaratnya.. kita kena menjadi seorang remaja yang berakhlak mulia, dari segi rohaniah dan lahiriahnya.. hati mau bersih, akhlak mau jaga, ibadat mau sempurna.. Mungkin kita merasakan ianya susah.. Tapi, sebenarnya bukanlah terlalu susah andai kita gigih berusaha..Memang lumrah, setiap usaha kita pasti ada ganjarannya..Habuan yang paling menyeronokkan adalah kejayaan.. “Gembira tak terkata kurasakan apabila memperoleh keputusan yang cemerlang..Sedih ku rasa bila aku jatuh lagi dalam pelajaran..” Cuba bayangkan, di mahsyar kelak, kita terkontang kanting tanpa bantuan, syafaat yang diharapkan tidak kunjung tiba, air pun kita tak jumpa..Itu tandanya orang yang gagal atau tidak berjaya.. Bayangkan pula, kita ditarik ke dalam golongan yang berada di bawah panji nabi mulia, nikmatnya air dari telaga kautsar dapat kita rasa, menjadi pula golongan kanan yang mulia.. Gembiranya kita tika itu..Bukankah itu namanya orang berjaya?? Oleh itu sahabat, jangan hanya impikan kejayaan di dunia, jangan difikir hanya pandangan manusia.. Manusia memang memandang tinggi pada orang yang berjaya di dunia.Ya, kerana hakikatnya mereka tidak nampak nasib mereka di akhirat sana.. Aduh.. Moga kita istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan..Amar makruf nahi munkar. Dan aku amat berharap, santapan rohani yang sedikit ini mampu membuatkan kita semua sentiasa beringat dan berfikir beribu kali tentang masa depan kita.. Memang, sungguh, amat benar, aku ingin menjadi seorang arkitek.. Tapi, aku ingin menanam matlamat yang lebih jauh.. Aku ingin menjadi seorang arkitek yang dapat menyumbang untuk Islam..Moganya tanaman aku itu membuahkan hasil, berdaun lebat dan berbuah ranum akhirnya.. insyaAllah.. Oh ya, buat sahabat yang bertanya tadi.. “Tiada yang mustahil dalam dunia ini..Andai niat kita betul, insyaAllah, Allah akan bantu dan permudahkan bagi hambaNya yang ingin berjuang demi agama Islam. Sampaikanlah walau satu huruf yang kita tahu..Janganlah di akhirat nanti ada yang menghalang perjalanan kita ke syurga hanya kerana kita tidak menyampaikan..Memang kadang2 susah bagi mereka untuk menerima, tapi, janganlah pula kita berputus asa.. dan, bagi saya antara method dakwah adalah melalui penulisan blog sendiri..” Aku akhiri di sini dan andai ada yang tersalah, harap ada yang sudi membetulkannya…Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan