Rabu, Jun 18, 2008

Kita Pejuang Islam

Hari ini aku terbaca satu artikel daripada e-book yang aku beli yang bartajuk Hari Esok Untuk Islam. Lalu, aku sedar betapa tenaga kita semua amat diperlukan dalam usaha membangkitkan Islam kembali.. Tidak mahukah kita melihat Islam menjadi amir dunia kembali?? Ku lihat, sekarang terlalu banyak usaha2 untuk memusnahkan Islam secara terang-terangan mahupun secara seludup atau secara senyap.. Antaranya, memang kita tidak sedar dalam diam kafir laknatullah menyeludup budaya Akademi Fantasia, budaya Malaysian Idol, budaya Gang Starz, budaya OIAM dan sebagainya ke bumi Malaysia yang majoriti penduduk beragama Islam..Dan, sedar atau tidak, sasaran mereka adalah kita yang bernama pemuda atau kita yang masih muda ini..Demi ingin menegakkan Islam kembali, kita tidak boleh hanya tinggal diam..Membatu dan hanya melihat, melihat dan hanya membiarkan seolah-olah kita merestui Islam dihina dan dipijak.. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan filem Fitna yang menghina Islam, masih ingat bukan?? Dengan semangat yang berkobar2 kita cuba untuk memboikot barangan made in Netherland aka Holand aka Belanda..Ya, itu satu semangat yang bagus..Tapi, bila masa terus berlari meninggalkan hari semalam, semangat itu semakin pudar..Apa yang ingin aku rumuskan di sini Islam takkan menang sekiranya umat hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam.’ Sebagai contoh, dalam menghasilkan Filem Fitna, ku kira mereka begitu dekat dengan al-Quran, mereka mengkaji al-Quran, tapi, walaupun mereka betul2 berhadapan dengan kebenaran, tidak ternampak oleh mereka kebenaran itu..Maha Agung Allah, hidayah itu hanyalah milikNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Lihatlah betapa mereka itu berusaha untuk memusnahkan Islam sehinggakan mereka berjaya memperdayakan segolongan umat Islam sendiri..Kerana ku kira, sesiapa sahaja yang menonton fitna itu, boleh tergugat imannya.Fitna itu betul2 fitnah yang besar buat umat Islam.. Masih ingatkah kita akan filem Gubra yang banyak menimbulkan kontroversi?? Siapa pembikin filem itu?? Bukankah dalam kalangan umat kita sendiri?? Itupun kalau aku tidak silap.. Sedar atau tidak, filem itu sendiri sedikit sebanyak telah menghina Islam..Apa motifnya?? Inilah yang ingin aku sampaikan, pada pendapatku lagi keji andai umat Islam sendiri yang cuba untuk menjatuhkan Islam..Mungkin bukan niatnya, tapi itulah hakikatnya..Filem melayu Gubra diiktiraf dengan pelbagai penghargaan..Mengapa?? Kerana ceteknya ilmu kita umat islam sendiri..Kerana kita sangka cukuplah, hanya ‘aku Islam, aku muslim…aku solat, aku puasa…’ Tapi, sebenarnya.. ‘Aku buat apa orang Islam buat..tapi aku tak mengkaji, aku malas membaca buku agama, aku malas bertemu orang yang lebih alim..’ Fikirlah..Cukupkah kita dengan sekadar menunaikan yang rukun sebagai syarat untuk mendapat cop Islam?? Andai dirasakan cukup, fikirkan pula..adakah, hati kita itu benar2 hadir bersama yang rukun itu?? Itu salah satu elemen yang kita perlu uji dan kaji semula..Adakah hati kita bersama dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam??? Kehadiran hati itu amat penting..Jika sekadar melaksanakan kerana malu dengan manusia..Apalah gunanya??Oleh itu, pemuda pemudi..Ayuh kita bergerak bersama, bangkit dari tidur, bangkit dari khayalan..Ingatlah bahawa, mereka yang memusuhi Islam itu sedikitpun tidak tidur dalam mencari ruang dan peluang untuk memusnahkan Islam..

Tapi, ingatlah pula janji Allah bahawa Islam pasti akan menang juga akhirnya walaupun diserang bertubi2 oleh orang kafir..Aku suka untuk mengutip buah karangan daripada Hari Esok Untuk Islam..

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.’

Ingatlah bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:

"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"

(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Dan, ingatlah juga bahawa pemuda seperti kita inilah yang amat diperlukan dalam perjuangan Islam..Sebab itulah, sasaran orang kafir untuk memusnahkan Islam adalah melalui golongan muda juga..

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.

Sekadar di sini dahulu..Andai ada yang tersalah dalam penulisan dan pendapatku ini, aku benar2 mengharapkan seseorang yang lebih arif dapat membetulkannya dan memberi buah pendapat yang lebih bernas pula..Kerana aku budak baru belajar..Wallahu’alam.

· bold- petikan dari Hari Esok Untuk Islam.

Firman Allah: "Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)


Tiada ulasan: