Selasa, Jun 03, 2008

Minit Terakhir Ku Abadikan Kenangan..


Hari ini..
ini merupakan kali terakhir aku menggunakan khidmat internet di cenfos..
Baru sahaja selesai paper lughatul 'arabiyah..Alhamdulillah insyaAllah aku dapat jawab dengan tenang.. Dan Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar..
Baru sekejap tadi aku terpaksa merelakan sebuah perpisahan terjadi..Antara aku dan rumetku..
Sedih jugak rasanya. Tapi, oleh kerana hatiku agak keras, jadi sukar untuk menzahirkan kesedihan dengan air mata..
Kadang2 aku cemburu melihat mereka yang berhati lembut..
disentuh sedikit, cepat sahaja mutiara jernih mengalir..
Betapa kerasnya aku, setakat bergenang saja yang aku mampu..
Tapi, air mata dalam kalangan sahabat merupakan air mata yang amat berharga..
Tiada nilai sebandingnya..
Akan aku ingat air mata mereka dan akan ku bawa ke Gombak bersama..
Entah kenapa, berat rasa hati untuk meninggalkan bumi damai ini.. Segenap tempat ku rasa ingin kujelajah hari ini..Dan hari ini juga tercapai hasratku untuk menjejakkan kaki ke puncak AX..
Takde papepon kat situ..Tapi, satu kepuasan bila tempat itu berjaya aku tawan..Maksudnya, bendera kami sudah pun berkibar megah di puncak Anex.. Aku dan teman sestudio ku..
Satu lagi hasrat yang tak kesampaian.. Hajat untuk menggunakan khidmat lif LY..lif yang penuh misteri.. Emm..Lif tu sentiasa memanggil2 ku untuk mengetahui sejarah di sebalik kesuramannya..
Tapi, malang sekali kerana tempat tersebut dikunci kejap..Tak kesampain lah hajat yang satu ini..
Buat teman2 semua..Selamat pulang semua..Moga ketemu lagi di bumi Gombak kelak.. Buat sahabat2 yang masih perlu berjuang di bumi Cenfos..Gambattey kuucapkan.. Teruskan perjuangan dengan penuh keazaman dan kesungguhan.. Doakan daku di sana yep!! Dan aku akan doakan kalian di sini..
Buat sahabat2 yang akan terbang bersamaku.. Ayuh kita berpimpin tangan bergerak ke negara yang lebih maju iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang real..Di sana lebih banyak likunya.. Jangan diikut jalan yang bengkok, sentiasa ikutlah jalan yang lurus..OK??!!
Dengan ini..aku mengisytiharkan..sedetik lagi aku merupakan bekas warga CENFOS yang banyak berjasa..
Dan dengan ini tanggal 1 July yang akan datang..aku bakal menempuh hari yang sukar di main campus..TA'RUF WEEK.. Bersedia untuk dibuli dan di 'anak-anakkan'..IIUM GOMBAK..nantikan kedatangan ku..KAED, bersedialah untuk menerimaku..Salam dari bumi CENFOS PJ akhirannya...

Ku balut kenangan di Cenfos elok2..Agar tidak dirampas orang..
Ku simpan dihatiku sedalam2nya, agar ia tak mudah hilang..
Nanti suatu hari, akan kubuka sentiasa..
Kerana kenangan itu amat berharga..
Perlu digilap sepanjang masa..
Agar ia tak luput dimakan masa..
Tak juga pudar dan akhirnya hanya tinggal sisa..
Kerana kenangan itu seharusnya segar bersama isinya...

Tiada ulasan: