'Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
Syukur sungguh di hati ini
Dikurnia teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar aku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati
seorang insan bernama teman’
-sebuah pertemuan-UNIC
Indahnya sebuah pertemuan yang akhirnya terjalin sebuah persahabatan.. Persahabatan yang terbina menerbitkan rasa rindu di hati apabila kita jauh..Namun, rindu inilah yang mengukuhkan dan menguatkan lagi hubungan persahabatan ini.. Kerana rindu, aku semakin mengerti dan menghargai erti sebuah persahabatan..Sahabat, hari2 bersamamu masih bermain di layar mataku..Kita ketawa dan berduka bersama.. Kita bersusah dan bersenang juga bersama.. Moganya persahabatan ini kekal untuk selamanya dan sentiasa diredhaiNya.. Rindunya aku di saat kalian menyedarkanku.. Mengejutkanku dari lena yang panjang..Terima kasih buat semua yang bernama sahabat..Terima kasih juga buat semua yang sentiasa mengingati diri ini atas nama sahabat..-Izyan
Kemanisan iman disemai di dalam jiwa sesama insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah, cinta dan benci kerana Allah, berukhwah kerana Allah, hatta, tiap hubungan dan ikatan akidah islamnya didasarkan kepada Allah. Indahnya ukhwah fillah, kerana tautan hati yang tulus dihubungkan oleh Allah. Itulah rahmat dan nikmat yang tak ternilai kepada hambaNya dalam berukhwah.Salam sayang dan rindu.- Nadhirah
Dear Yan,
Ukhwah doesn’t need togetherness..
Doesn’t need everyday conversation..
As long as the friendship lives in doa..
It remains
Kita bukan sekadar sahabat, tetapi saudara yang sehaluan dan sefikrah yang pastinya mendambakan keredhaanNya..
Teman sejati bukan yang selalu dekat di mata, dekat bicaranya tetapi dia setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya.- Maziah
Ikhlas dari naluriku..
Aku rindu jiwa2 yang sering mendidikku, berkongsi masalah denganku, berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau denganku, dan meniup semangat kepadaku..
Ku mohon padaMu, Kau kuatkan ukhwah antara jiwa2 kami..
Kerana jiwa ini yang sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dan kian bercambah.. Moga ukhwah ini sentiasa dibajai dengan Mahabbah Lillah..-Syuhada
It has been scientifically proven that sugar dissolves in water. So please don’t go out in the rain.. I can’t afford to lose a sweet friend like you..- Najwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan