Rabu, Mei 28, 2008

Sesupik gula, dua supik kopi..

Sebagai warga AED, ku tahu betapa pentingnya qiam bagi kami..Lalu. segelas kopi menjadi minuman utama..
Untuk menahan kantuk yang makin menjadi-jadi..
Maka, tersebutlah al kisah tentang sesupik gula dan dua supik kopi kapal api...
Selasa-malam..
Sebagai tanda ingatan yang terakhir di bumi cenfos.. Kami warga Studio9 mengadakan satu majlis makan malam iaitu majlis fishball hangus aka BBQ..Majlis yang dijangka bermula pada pukul 9 agak teranjak sedikit waktunya gara2 bara api yang malu2 untuk menyala.. Kami menanti dengan penuh kesabaran.. Perut yang sedari siang tidak diisi mula menangis kebuluran..Nampaknya, aku telah menyeksa perutku sendiri semata-mata untuk majlis malam tersebut.. Tapi, aku tak kisah, kerana aku ada hadiah lumayan buat perut andai ia bersabar dengan sesabar-sabarnya.. Hadiah tersebut ialah koktail pekat buatan makcik2 kc (aja, aku, bee), ayam bakar(BBQ) air tangan jejaka2 ABC (budak2 studio), air sarsi khas made by Nad's hand, nasi goreng tempahan AIKA, sotong (yang disiang tanpa mencabut matanya terlebih dahulu yang akhirnya disalut arang khas buat John..), kek tunjuk buatan Secret Resipi dll..
Malam penuh gemilang itu dihadiri oleh seorang VIP yang tidak asing lagi iaitu Bro Amir..
Bukan pasal majlis bbq yang ingin aku ceritakan, tetapi, hanyalah cerita sebuah pemberian dari Amar yang bakal mendirikan rumah tangga buatku.. Oleh kerana tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga..tiada lain dalam kepalanya melainkan tentang barang2 dapur..Lalu, semasa majlis pertukaran hadiah, aku orang yang paling bertuah kerana mendapat hadiah daripada Amar yang kukira paling besar dan paling berat..Ku buka balutannya dan ku dapati, sesuatu yang amat best untuk dinikmati..Hadiah yang berupa sesupik gula dan 2 supik kopi..Thanx Ammar.. Aku tak kisahpon dapat hadiah tu..cuma kurasakan teramat lucu.. Takpelah, hatiku kata, ia berguna untuk sem1 di Gombak nanti..Pasti hadiah Amar tu lah yang akan banyak berjasa untuk menyiapkan projek nanti..Buat semua warga studio 9..Hanya kata2 dapat kuberikan.. 'di sana nanti buatlah dengan penuh kesungguhan dan keazaman.. Biar kita semua sama2 menjadi KAEDian yang berjaya dan sukses.. Moganya, ketemu lagi di sana.. Dan ingatlah.. sesibuk manapun kita, janganlah sesekali kita lupakan kewajipan kita sebagai abdiNya.. GAMBATTEY!!!'

Tiada ulasan: