Ahad, Jun 29, 2008
Tentang AZAM
Visi:
Menjadi seorang KAEDian yang berjaya dalam bidang yang diceburi juga dalam hal ehwal Islam-InsyaAllah.. Berseorangan tidak bermaksud perjuangan tidak boleh diteruskan.. AYUH!!!
Azamku:
1) Banyakkan pembacaan haraki
2) Komitmen sebagai KAEDian jua perjuangan.
3) Kurangkan tidur (walaupun hakikat Kaedian memang kurang tidur)
4) Banyakkan ibadat sunat
5) Sentiasa bersemangat dan tidak putus asa (walau tugas Archi memang agak berat)
6) Jangan buang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah
7) Jangan malas2 baca buku
8) Jangan terlalu leka dengan komputer (untuk CAD boleh la)
9) Lebih matang dalam penulisan blog (jaga hati semua pihak, blog tak sama dengan journal!!)
10) Buat projek elok2, sungguh2, dengan penuh keyakinan.
11) Jangan malu2 bertanya lagi dah.. (dah masuk U pon!!)
12) Jangan banyak cakap tentang benda2 tak berfaedah..(tak mau gosip)
13) Banyakkan kawan bukan lawan..
14) Selalu fikir positive..
15) Jangan jadikan projek sebagai alasan kurang penglibatan dalam perjuangan..
16) Jangan terlalu ikut perasaan.. (consider semua keadaan..)
17) Jimat2 guna duit. (akauntan sambilan)
18) Berfikiran lebih matang (dah besar dah..)
19) Dan lain2 (tengok suasana dan keadaan di Gombak)
Pemerhati d Gombak:
1) Diri sendiri
2) Sahabat2
3) Warga UIA
* Ingat.. Allah is the greatest observer!!
Pesanan buat diri:
Jangan azam sekadar azam bertulis.. kunyah azam dan telan..Jangan juga simpan di perut kemudian buang.. Biar azam dicerna di hati dan terus tersemat di sanubari dan tersimpan rapi.. Jadikan azam sebagai ketua diri..Jadikan ia sebagai pemimpin supaya diri tidak terus leka dan menyimpang jauh.. Walau sibuk macam manapun, Muna pasti boleh!!! Bina jadual harian..30 contact hour bukanlah apa2.Jadikan ia satu cabaran..GAMBATTEY!!
Persoalan:
Bagaimanalah hidup di Gombak agaknya??
Siapakah yang boleh setia di sampingku dan terus memberi sokongan kepadaku?? Hakikatnya sahabat seperjuangan ramai terbang ke Kuantan.. (takut, bimbang..aku seorang..)
Siapa yang akan menarikku terus dalam perjuangan, siapa yang akan terus menarikku dalam pentarbiyahan?? (Kak Yani-jauh, sahabat2-juga jauh, sahabat baru??!!)
Bagaimana hidup sebagai KAEDian?? (social, biasa??bebas?? takut terikut2)
Siapa teman sebilik nanti??!!
Bersediakah untuk tidak tidur??!! (minum Nescafe lagi..)
Bersediakah untuk masuk studio lagi?? (sedia kot..Ntah..Hopefully..Life in studio is really tough..)
* segala persoalan akan terjawab sebaik melangkah ke bumi Gombak..Muna, BERUSAHALAH!!!
Isnin, Jun 23, 2008
DIALAH TEMAN DIALAH SAHABAT
'Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan
Syukur sungguh di hati ini
Dikurnia teman sejati
Menunjuk jalan dekatiNya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar aku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati
seorang insan bernama teman’
-sebuah pertemuan-UNIC
Indahnya sebuah pertemuan yang akhirnya terjalin sebuah persahabatan.. Persahabatan yang terbina menerbitkan rasa rindu di hati apabila kita jauh..Namun, rindu inilah yang mengukuhkan dan menguatkan lagi hubungan persahabatan ini.. Kerana rindu, aku semakin mengerti dan menghargai erti sebuah persahabatan..Sahabat, hari2 bersamamu masih bermain di layar mataku..Kita ketawa dan berduka bersama.. Kita bersusah dan bersenang juga bersama.. Moganya persahabatan ini kekal untuk selamanya dan sentiasa diredhaiNya.. Rindunya aku di saat kalian menyedarkanku.. Mengejutkanku dari lena yang panjang..Terima kasih buat semua yang bernama sahabat..Terima kasih juga buat semua yang sentiasa mengingati diri ini atas nama sahabat..-Izyan
Kemanisan iman disemai di dalam jiwa sesama insan yang bertemu dan berpisah kerana Allah, cinta dan benci kerana Allah, berukhwah kerana Allah, hatta, tiap hubungan dan ikatan akidah islamnya didasarkan kepada Allah. Indahnya ukhwah fillah, kerana tautan hati yang tulus dihubungkan oleh Allah. Itulah rahmat dan nikmat yang tak ternilai kepada hambaNya dalam berukhwah.Salam sayang dan rindu.- Nadhirah
Dear Yan,
Ukhwah doesn’t need togetherness..
Doesn’t need everyday conversation..
As long as the friendship lives in doa..
It remains
Kita bukan sekadar sahabat, tetapi saudara yang sehaluan dan sefikrah yang pastinya mendambakan keredhaanNya..
Teman sejati bukan yang selalu dekat di mata, dekat bicaranya tetapi dia setia di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya.- Maziah
Ikhlas dari naluriku..
Aku rindu jiwa2 yang sering mendidikku, berkongsi masalah denganku, berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau denganku, dan meniup semangat kepadaku..
Ku mohon padaMu, Kau kuatkan ukhwah antara jiwa2 kami..
Kerana jiwa ini yang sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dan kian bercambah.. Moga ukhwah ini sentiasa dibajai dengan Mahabbah Lillah..-Syuhada
It has been scientifically proven that sugar dissolves in water. So please don’t go out in the rain.. I can’t afford to lose a sweet friend like you..- Najwa
Rabu, Jun 18, 2008
Kita Pejuang Islam
Hari ini aku terbaca satu artikel daripada e-book yang aku beli yang bartajuk Hari Esok Untuk Islam. Lalu, aku sedar betapa tenaga kita semua amat diperlukan dalam usaha membangkitkan Islam kembali.. Tidak mahukah kita melihat Islam menjadi amir dunia kembali?? Ku lihat, sekarang terlalu banyak usaha2 untuk memusnahkan Islam secara terang-terangan mahupun secara seludup atau secara senyap.. Antaranya, memang kita tidak sedar dalam diam kafir laknatullah menyeludup budaya Akademi Fantasia, budaya Malaysian Idol, budaya Gang Starz, budaya OIAM dan sebagainya ke bumi Malaysia yang majoriti penduduk beragama Islam..Dan, sedar atau tidak, sasaran mereka adalah kita yang bernama pemuda atau kita yang masih muda ini..Demi ingin menegakkan Islam kembali, kita tidak boleh hanya tinggal diam..Membatu dan hanya melihat, melihat dan hanya membiarkan seolah-olah kita merestui Islam dihina dan dipijak.. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan filem Fitna yang menghina Islam, masih ingat bukan?? Dengan semangat yang berkobar2 kita
Tapi, ingatlah pula janji Allah bahawa Islam pasti akan menang juga akhirnya walaupun diserang bertubi2 oleh orang kafir..Aku suka untuk mengutip buah karangan daripada Hari Esok Untuk Islam..
‘Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.’
Ingatlah bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.
Pertama: Kekuatan kuantiti.
Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt:
"Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi banyak…"
(Al A'araf: 86).
Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat
Kedua: Hasil Bumi.
Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.
Ketiga: Manhaj Rabbani.
Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.
Dan, ingatlah juga bahawa pemuda seperti kita inilah yang amat diperlukan dalam perjuangan Islam..Sebab itulah, sasaran orang kafir untuk memusnahkan Islam adalah melalui golongan muda juga..
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.
Sekadar di sini dahulu..Andai ada yang tersalah dalam penulisan dan pendapatku ini, aku benar2 mengharapkan seseorang yang lebih arif dapat membetulkannya dan memberi buah pendapat yang lebih bernas pula..Kerana aku budak baru belajar..Wallahu’alam.
· bold- petikan dari Hari Esok Untuk Islam.
Firman Allah: "Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)
Aku menulis lagi..
Yang pasti memang benar kewujudannya di bumi Cenfos.. Sungguh aku tidak mengenali dirinya..Pada awalnya aku malu untuk mencoretkan hal ini pada ruangan blogku..Tapi, fikir punya fikir, timbang punya timbang, hitung punya hitung..Apa salahnya, membuatkan kisah ini sebagai satu pengajaran dan peringatan buat diriku..Mungkin sahabat2 dapat mengutarakan pendapat dan cadangan buatku juga..dan mungkin nasihat2 yang moganya amat berguna..Al maklumlah, bukan bergelar manusia diri ini andai benar2 sempurna sehinggakan tiada kesalahan yang pernah aku lakukan..Hakikatnya aku hanya manusia biasa yang memang tak sempurna.. Siapakah dia yang ingin mencari Mr Perfect atau Ms Perfect?? Cepat..sedar dari mimpi, tiada siapa yang sempurna..Maka, lupakan saja hasratmu itu..Oh ya..Sebelum aku melalut dengan lebih jauh lagi, lebih baik aku terus straight to the point.. Begini ceritanya..hari ini aku menerima satu mesej(friendster) yang berjaya membuatkan aku pakinson sementara..Mana taknya, mesej itu datangnya dari seorang lelaki yang aku tak kenal, tapi aku sering berhubung dengannya dengan niat hanya ingin bertukar pendapat..Orang yang disangka tidak mengenali diriku ternyata sebenarnya bukan begitu..malah dia tahu nama penuhku..ajaib..Saat itu aku berfikir sejenak, dan berjenak-jenak lagi.. “Aku kena buat apa??” Aku tekan reply..dan kemudian aku cancel. Hatiku menjerit, “Pertama, aku tak suka dia kenal aku sebab dia lelaki dan aku perempuan..” ‘Ya, itu hakikatnya..Habis, dulu kenapa kau mengada-ngada sambut salam darinya sedangkan kau sedia maklum bahawa dia lelaki dan kau perempuan??’ “Dulu, aku ingat dia tak kenal aku..Jadi aku boleh bertukar pendapat dengannya..” ‘Ye la tu!!’ Mataku masih menatap skrin komputer, tanganku berada di atas papan kekunci, Fikiranku masih ligat berputar, mencari jawapan di negeri khayalan, ingin mencari simpang yang betul untuk dituju.. ‘Apa yang ingin aku tulis??’ Saat itu bermacam-macam bisikan melewati telingaku..Bisikan di telinga vs bisikan di hati vs bisikan nafsu..Yang mana satu idaman kalbu?? Akhirnya, aku tekan ‘log out’..ku biarkan mesej tanpa jawapan.. Kerana, saat itu, bisikan hatiku mengatakan, “Awas, lencongan merbahaya dihadapan..” Syabas hati, kau menang!!Janganlah kau lalui lencongan itu sedangkan terbentang luas di hadapanmu jalan yang lurus.. Walaupun hatinya baik sekalipun, tapi, bukankah ia akan melalaikanmu?? Akan membina jurang dalam perjuanganmu?? Sekarang aku sedar, lelaki itu bahaya bagi seorang perempuan dan perempuan itu bahaya juga bagi seorang lelaki.. Walaupun sekadar ingin bertukar pendapat pada jutaan batu jaraknya, syaitan itu tak jauh..Di sekeliling kita penuh syaitan..Dunia mereka adalah dunia yang kita tak nampak, tapi betapa tingginya desibel bisikan mereka hingga ia mampu merobekkan hati, mampu memesongkan diri..Syaitan di
Dan, aku sedar..kenapa harus aku bertukar pendapat dengan bukan mahramku sedangkan aku punyai abang2, ayah, sedara2..Dan, aku punyai ramai teman seperjuangan..Sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar.. Jadi, pengajaran di sini ialah betapa syaitan itu berusaha untuk melalaikan kita..betapa syaitan itu
(As-Syams: 7-10)
Lighting Your Way
Selasa, Jun 17, 2008
Industri Perkapalan Hari Ini
Lalu, aku memilih cara ini dengan harapan ada juga insan budiman yang ingin membaca dan merenung sejenak tentang isu yang hangat ini.. Tapi, jangan direnung hanya sejenak, kalau boleh biarlah ia terserap ke dalam sanubari dan lubuk hati..Lalu, insan2 ini boleh menanamkan benih baru..Oh ya, benih di sini bukan bermaksud benih di perut ya.. benih yang baru ini merupakan keazamanan dan niat yang baru.. Siapa kata tak boleh..Setiap orang pasti boleh.. Kita amat bertuah dikurniakan akal untuk berfikir, jadi, apa tunggu lagi..Gunakan akal warasmu itu sebaik-baiknya ya.. Serasa aku dah banyak sangat artikel yang membicarakan soal ini.. ‘industri perkapalan’ memang hangat diperkatakan dan dipersoalkan.. Mengapa terlalu ramai yang berminat untuk terjun dan memperjuangkan industri ini?? Adakah ia mendatangkan keuntungan?? Atau keasyikan?? Atau keseronokan?? Atau kebaikan?? Bagiku sesiapa sahaja yang menceburkan diri ke industri ini sebenarnya sedang berhadapan dengan padah semata.. Mana taknya, apalah baiknya menjalinkan hubungan tanpa sebarang ikatan.. Maaflah andai kata2 ku kali ini mengundang ‘ketidaksedapan’ hati yang membaca. Bukan niatku untuk menambahkan asam di hati kalian, tapi ini hanyalah sekadar santapan dan renungan untuk diriku sendiri dan sahabat.. Maklumlah, hati manusia sentiasa ingin rasa dikasihi dan disayangi malah tidak suka merasa kosong dan sepi..Itulah hakikatnya.. Tapi, adakah kasih yang terjalin bagai nak rak sebelum kahwin boleh kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat?? Kalau ya, Alhamdulillah, tapi, bagaimana jika sebaliknya??
Sudah banyak pihak yang menjelaskan bahawa couple itu haram, jadi, mengapa tunggu lagi?? Adakah kita terus-terusan ingin berjuang di dalam industri yang dikatakan haram ini.. Apa yang aku faham, andai kita tetap terus bergiat dalam industri ini walaupun sudah mengetahui hukumnya, tiada lain, kita ibarat sengaja meredah duri di jalanan, yang akibatnya amat memedihkan dan menyakitkan..duri itulah dosa, ibaratnya kita sedang membeli dosa secara percuma..Mungkin bercinta itu indah, tapi, ia amat melekakan..Kerana itulah hasil acuan syaitan yang ingin memesatkan dan melaghokan manusia.. Inginkah kita terus terpedaya dengan bisikan halus itu?? Mengapa kita ingin membiarkan sahaja makhluk laknatullah itu menang sedangkan kita mampu untuk mengalahkannya.. Sengaja makhluk itu menghasut kita untuk menjadi penemannya di neraka kelak.. Sanggupkah kita??Sanggupkah?? Sedangkan, mencecah api lilin pun, amat terasa sakitnya, inikan pula mencecah api neraka.. Artikel ini kutulis, bukan sekadar untuk sahabat tapi, juga diriku yang asyik terbeli dosa percuma ini..Sebagai peringatan buat diriku sendiri.. Yang sering hidup dalam anganan yang panjang, yang sering hidup dalam mimpi yang tak berkesudahan..Fikir-fikirkanlah, apa faedahnya menjerumuskan diri ke ‘industri perkapalan/per ‘couple’an ini?? Kita mengkeji dan mencela orang yang melakukan zina, bagaimana pula kita sendiri yang sedang menuju ke arah zina?? Bukankah ingin membanteras dosa yang besar perlu kita banteras yang kecilnya dahulu?? Kerana yang kecil itulah apabila dikumpul akan tetap menjadi besar.. Ibaratnya sikit2 lama2 jadi bukit…dosa walau secubit ia tetap membawa sakit..Wallahu’alam.
Firman Allah: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Firman Allah: Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.
(An Nur:26)
Impian
Ya, aku akui, bukan senang untuk menyampaikan apa yang kita tahu.. Kita tak mau orang menggelarkan kita alim walaupun pada hakikatnya alim itu bermaksud orang berilmu atau mengetahui.. Mereka juga orang alim sekiranya mereka mempunyai ilmu.. Hmm, itu pendapat aku..Tapi, kita tetap perlu pegang dan pikul tanggungjawab tersebut dalam menyampaikan (dakwah) apa yang kita tahu.. Aku sendiri bukanlah terlalu arif soal agama, tapi, selagi aku mengetahui sesuatu, aku gembira sekali andai dapat berkongsi dengan sahabat.. Pertanyaan sahabat tadi aku jawab agak ringkas..Saat itu aku teringatkan janji Allah yang menyatakan bahawa remaja yang berakhlak mulia di akhirat kelak akan berada di bawah panji Nabi Yusuf as.Alangkah bahagianya dapat berada di bawah panji seorang nabi yang mulia, yang punya wajah rupawan, yang punyai akhlak menawan..Tapi..adakah kita begitu tamak untuk berada di bawah panji itu seorang???
Sahabat, teman, lebih bahagia diri ini andai kita dapat bersama-sama berada di bawah panji Nabi Yusuf.. Bayangkan sahaja kita berada dalam kontinjen Terengganu yang baru2 ini memenangi sukma..Bangga bukan?? Lebih bangga andai kita berada di bawah kontinjen Nabi Yusuf di akhirat kelak..Syaratnya.. kita kena menjadi seorang remaja yang berakhlak mulia, dari segi rohaniah dan lahiriahnya.. hati mau bersih, akhlak mau jaga, ibadat mau sempurna.. Mungkin kita merasakan ianya susah.. Tapi, sebenarnya bukanlah terlalu susah andai kita gigih berusaha..Memang lumrah, setiap usaha kita pasti ada ganjarannya..Habuan yang paling menyeronokkan adalah kejayaan.. “Gembira tak terkata kurasakan apabila memperoleh keputusan yang cemerlang..Sedih ku rasa bila aku jatuh lagi dalam pelajaran..” Cuba bayangkan, di mahsyar kelak, kita terkontang kanting tanpa bantuan, syafaat yang diharapkan tidak kunjung tiba, air pun kita tak jumpa..Itu tandanya orang yang gagal atau tidak berjaya.. Bayangkan pula, kita ditarik ke dalam golongan yang berada di bawah panji nabi mulia, nikmatnya air dari telaga kautsar dapat kita rasa, menjadi pula golongan kanan yang mulia.. Gembiranya kita tika itu..Bukankah itu namanya orang berjaya?? Oleh itu sahabat, jangan hanya impikan kejayaan di dunia, jangan difikir hanya pandangan manusia.. Manusia memang memandang tinggi pada orang yang berjaya di dunia.Ya, kerana hakikatnya mereka tidak nampak nasib mereka di akhirat sana.. Aduh.. Moga kita istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan..Amar makruf nahi munkar. Dan aku amat berharap, santapan rohani yang sedikit ini mampu membuatkan kita semua sentiasa beringat dan berfikir beribu kali tentang masa depan kita.. Memang, sungguh, amat benar, aku ingin menjadi seorang arkitek.. Tapi, aku ingin menanam matlamat yang lebih jauh.. Aku ingin menjadi seorang arkitek yang dapat menyumbang untuk Islam..Moganya tanaman aku itu membuahkan hasil, berdaun lebat dan berbuah ranum akhirnya.. insyaAllah.. Oh ya, buat sahabat yang bertanya tadi.. “Tiada yang mustahil dalam dunia ini..Andai niat kita betul, insyaAllah, Allah akan bantu dan permudahkan bagi hambaNya yang ingin berjuang demi agama Islam. Sampaikanlah walau satu huruf yang kita tahu..Janganlah di akhirat nanti ada yang menghalang perjalanan kita ke syurga hanya kerana kita tidak menyampaikan..Memang kadang2 susah bagi mereka untuk menerima, tapi, janganlah pula kita berputus asa.. dan, bagi saya antara method dakwah adalah melalui penulisan blog sendiri..” Aku akhiri di sini dan andai ada yang tersalah, harap ada yang sudi membetulkannya…Wallahu’alam.
Seteguh Pokok, Binaan dan Gigi..
Ada sebuah bangunan.. Ku lihat di hadapanku letaknya.. Bayangkan saja bangunan itu amat tinggi sekali.. strukturnya tegap kerana sokongan tiang-tiangnya.. Atapnya megah berada di puncak paling atas.. hampir2 saja mencecah awan.. dan sudah pasti ceracaknya di bawah perlu kukuh dan kuat..Ya, mengikut teorinya, perlulah tapaknya kukuh, barulah kukuh juga binaannya..
Ada pula sebatang gigi..Di dalam mulut letaknya.. Si kecil tersenyum manis, menampakkan barisan giginya yang hampir sahaja hilang kesemuanya..Ada pula si jelita tersenyum lebar..Barisan giginya tersusun rapi, kuat lagi sihat..Emm, semua ini juga atas jasa akarnya yang kukuh mencengkam batangnya agar tidak goyang dan tampil kuat dan berjasa kepada senyuman yang menawan..
Antara ketiga-tiga bandingan ini..Lihat saja persamaannya, adanya akar yang mencengkam menyumbang kepada teguhnya binaan hingga ke puncaknya..Ini bukan sahaja berdasarkan ilmu seni bina mahupun kejuruteraan, tapi, ia hanyalah merupakan ilmu asas mengikut akal logic saja.. Begitu juga agama syumul ISLAM..Ada akar tunjangnya, ada juga badan atau tiangnya, dan ada puncaknya..Setiap anggota itu saling menguatkan antara satu sama lain..Mati akar, tiang akan lemah, lalu puncak menyembah tanah ..Kelak seluruh strukturnya akan tidak bermaya, layu, mati.. Lalu, apakah akar bagi Islam, tiangnya dan puncaknya??
Dari Muadz bin Jabal ra berkata: “Wahai Rasulullah, beritahu aku amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan akan menjauhkanku dari neraka.” Baginda bersabda, “Engkau telah bertanya tentang masalah yang besar. Namun itu adalah pekara yang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah SWT. Engkau harus menyembah Allah dan jangan menyekutukanNya dengan apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke Baitullah.”
Kemudian baginda bersabda, “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat di tengah malam.” Kemudian baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Maka tidak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (as-sajdah:16-17)
Kemudian baginda bersabda kembali, “Mahukah kalian aku beritahu pangkal agama, tiangnya dan puncak tertingginya?”.Aku menjawab, “Mahu. Wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda, “pokok urusan adalah islam (syahadat), tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.
Kemudian, baginda melanjutkan, “ Mahukah kalian kuberitahu tentang kendali bagi semua itu?” saya menjawab, “ Mahu, wahai Rasulullah.” Baginda lalu memegang lidahnya lalu bersabda, “Jagalah ini.” Saya berkata, “Wahai Nabi Allah, adakah kita akan diseksa kerana ucapan-ucapan kita?” Baginda menjawab, “Celaka kamu. Bukankah banyak dari kalangan manusia yang tersungkur ke dalam api neraka dengan mukanya terlebih dahulu (dalam riwayat lain, dengan lehernya terlebih dahulu) itu gara-gara buah ucapan lisannya?”
(HR. Tirmidzi ia berkata, “Hadith ini hasan sahih”)
Wallahu’alam.
Ahad, Jun 15, 2008
lame rsenye tak menulis..
ape aku buat ye sepanjang cuti??!!
oh ya.. tambah berat badan adlh aktiviti utama aku buat, bak kata Yang aku memang penternak lemak yang berjaya..
perkara ke dua, dengan gembiranya aku sedang bekerja sekarang..
kerja kilang jer..
mengilang tahi mata..Seronok juga di samping dapat belayar ke dunia khayalan..
fikir punya fikir.. banyak jugak masa yang dah aku bazirkan..Apalah faedahnya mnjadi pengilang tahi mata dan penternak lemak yang sukses??!!
tapi, tak jugak.. aku dah berjaya menjdi seorang babysitter yang cekap lagi berkaliber..
semalam baru ku kembali ke bumi alor lintang.. jauh perjalananku, ke kuantan aku untuk menjaga sepupu2ku yang berlapan tu.. tapi, seronok jugak.. mana taknya, dgn zulaikha yang comel, zuhairah ibarat bunga2 kecil, dan zulfa yang byk kerenahnya..
hari ni jgk aku berjaya menemukan sebuah CC di alor lintang..
dan pada kesempatan inilah aku gunakan untuk mengupdate blog..
aku agak ketandusan idea.. maklumlah, lama juga aku belajar bahasa kanak2 sehingga terlupakan bahasa orang dewasa..
teringat pulak aku kata2 sepupuku yang berusia 3 tahun, Zuhairah.. 'nanti kak muna balik, adik nangis, adik sedih..' sayu nya hatiku dengar semua tu.. Sekarang ni pon aku dah rindu yang amat sama mereka.. Bila la dapat jumpa lagi agaknya..'Takpe dik, nanti kak muna datang lgi eh..'
Aduhai hati.. sedihnya!!
Selasa, Jun 03, 2008
Minit Terakhir Ku Abadikan Kenangan..
ini merupakan kali terakhir aku menggunakan khidmat internet di cenfos..
Baru sahaja selesai paper lughatul 'arabiyah..Alhamdulillah insyaAllah aku dapat jawab dengan tenang.. Dan Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar..
Baru sekejap tadi aku terpaksa merelakan sebuah perpisahan terjadi..Antara aku dan rumetku..
Sedih jugak rasanya. Tapi, oleh kerana hatiku agak keras, jadi sukar untuk menzahirkan kesedihan dengan air mata..
Kadang2 aku cemburu melihat mereka yang berhati lembut..
disentuh sedikit, cepat sahaja mutiara jernih mengalir..
Betapa kerasnya aku, setakat bergenang saja yang aku mampu..
Tapi, air mata dalam kalangan sahabat merupakan air mata yang amat berharga..
Tiada nilai sebandingnya..
Akan aku ingat air mata mereka dan akan ku bawa ke Gombak bersama..
Entah kenapa, berat rasa hati untuk meninggalkan bumi damai ini.. Segenap tempat ku rasa ingin kujelajah hari ini..Dan hari ini juga tercapai hasratku untuk menjejakkan kaki ke puncak AX..
Takde papepon kat situ..Tapi, satu kepuasan bila tempat itu berjaya aku tawan..Maksudnya, bendera kami sudah pun berkibar megah di puncak Anex.. Aku dan teman sestudio ku..
Satu lagi hasrat yang tak kesampaian.. Hajat untuk menggunakan khidmat lif LY..lif yang penuh misteri.. Emm..Lif tu sentiasa memanggil2 ku untuk mengetahui sejarah di sebalik kesuramannya..
Tapi, malang sekali kerana tempat tersebut dikunci kejap..Tak kesampain lah hajat yang satu ini..
Buat teman2 semua..Selamat pulang semua..Moga ketemu lagi di bumi Gombak kelak.. Buat sahabat2 yang masih perlu berjuang di bumi Cenfos..Gambattey kuucapkan.. Teruskan perjuangan dengan penuh keazaman dan kesungguhan.. Doakan daku di sana yep!! Dan aku akan doakan kalian di sini..
Buat sahabat2 yang akan terbang bersamaku.. Ayuh kita berpimpin tangan bergerak ke negara yang lebih maju iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang real..Di sana lebih banyak likunya.. Jangan diikut jalan yang bengkok, sentiasa ikutlah jalan yang lurus..OK??!!
Dengan ini..aku mengisytiharkan..sedetik lagi aku merupakan bekas warga CENFOS yang banyak berjasa..
Dan dengan ini tanggal 1 July yang akan datang..aku bakal menempuh hari yang sukar di main campus..TA'RUF WEEK.. Bersedia untuk dibuli dan di 'anak-anakkan'..IIUM GOMBAK..nantikan kedatangan ku..KAED, bersedialah untuk menerimaku..Salam dari bumi CENFOS PJ akhirannya...
Ku balut kenangan di Cenfos elok2..Agar tidak dirampas orang..
Ku simpan dihatiku sedalam2nya, agar ia tak mudah hilang..
Nanti suatu hari, akan kubuka sentiasa..
Kerana kenangan itu amat berharga..
Perlu digilap sepanjang masa..
Agar ia tak luput dimakan masa..
Tak juga pudar dan akhirnya hanya tinggal sisa..
Kerana kenangan itu seharusnya segar bersama isinya...
Semalam hilang, hari ini datang
sukar diungkapkan perasaan..
sebak, sayu, sedih, dan bermacam lagi..
bumi Cenfos bakal kutinggalkan hari ini,
beberapa jam dari sekarang..
lalu akan ku terbang ke bumi gombak tak lama lagi..
sayu, terharu ku melihat wajah sahabat..
tiada kata yang dapat kuucapkan..
adakah ungkapan selamat tinggal perlu kulafazkan..
tapi yang pasti, harapan ku agar ini bukan yang terakhir..
kerana pertemuan pasti berlaku lagi..
kata orang biarlah jauh di mata tapi tetap dekat di hati..
terima kasih buat Tiha dan Inaz atas pemberian semalam..
Akan kuabadi dalam kenangan..
Detik semalam yang telah berlalu..
Terima kasih juga buat Yang..
Sepanjang sebumbungnya kita..
Yang sabar dalam melayan kerenahku..
Terima kasih buat semua warga Cenfos yang banyak membantu..
Di bumi ini aku temui sesuatu yang baru..
Yang amat berharga yang tak mungkin kulupa..
Cenfos..di sini segalanya bermula..