Memaparkan catatan dengan label MEMORI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEMORI. Papar semua catatan

Isnin, Januari 17, 2011

HARI menJADI Bahagia



Semalam Hajar datang ke studio, konon2 mahu bercakap denganku. Macam ada rahsia besar saja mengajakku ke studio first year yang kosong. Kami duduk dan Hajar mula bertanya, ‘Nik, petang ni hang gi memana tak?’ Lama aku berfikir, seingat aku, aku tiada menerima sebarang mesej kerja, atau mesej2 janji temu yang lain. ‘Takde rasanya, kenapa?’ Hajar menggeleng dan bertanya lagi, ‘Malam ni hang gi tak discussion?’ Aku berfikir lagi. Seingat aku, tiada sebarang mesej sampai kepadaku menyatakan ada program yang harus dihadiri. ‘InsyaAllah datang.’ Bagitahu ku.

‘Petang ni memang hang tak gi memana eh?’ Tanya Hajar lagi. Aku mengagak Hajar ingin mengajakku bermain badiminton, atau squash. ‘Em, tak pasti jugak.’ Soalan yang sama sahaja yang diulang Hajar. Kemudian kami bergerak ke studio ku semula, ingin menyambung tugas2 yang tergendala. Hajar bergerak ke studionya semula.

***

Jam 4.30 kira2, aku menerima mesej daripada Hajar, ‘Nik, jom main layang2.’ Agak terkejut dengan perancangan tiba2 itu. Aku berkira2 samada ikut atau tidak. Akhirnya aku reply, ‘Boleh jugak. Jom! Pukul berapa?’ dan, Hajar reply, ‘After Asar.’ Secara spontan terus aku meninggalkan butter paper dan drawing pen, bingkas pulang ke mahallah untuk bersiap. Bukan selalu aku memberi jawapan ‘ya’ atas ajakan mereka. Bukan tidak mahu tapi masih banyak tanggungjawab lain yang harus diselesaikan. Tapi, kali ini, kufikir memandangkan aku baru menginjak 22tahun, maka, aku turuti kehendak mereka. ;p Puas hati kan?! ;p Aku juga sangat berpuas hati. =) Terima kasih!

***

Lepas Asar kemudiannya kami bertolak ke Taman Layang2. 8 orang semuanya, aku, Hajar, Nad, Kak Mona, Kak Wa, Has, Aten, Jedot. Dan sebaik sampai Kak Wa dan Kak Mona terlebih dahulu ber’makan-makan’an. Aten, Has dan Jedot terlebih dahulu ber’aiskrim’an dan aku, Nad dan Hajar terlebih dahulu ber’layang2’an.

Angin, Langit, Pokok, Air, Padang rumput semua untuk kita. Diciptakan untuk kita. Subhanallah-Cantik!

Daripada Surah Ibrahim : 32-34;

32. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).

33. dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

34. dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

***

Tidak mahu bercerita panjang, sekadar sedikit perkongsian daripadaku atas Hari Jadi yang bahagia. Selalunya, aku menghadapi hari2 begini hanya bersama keluargaku, tapi, apabila berjauhan daripada keluarga, teman2 inilah yang banyak menggembirakanku. Mereka sering mengadu aku sentiasa sibuk dan sentiasa tiada bersama, makanya hari itu, aku luangkan masa bersama. Mereka telah memberikan aku hadiah yang paling istimewa iaitu MEMORI BERHARGA. =) minna Arigatou Gozaimas!

Mereka yang menceriakan =)

***

Pulang daripada Taman Layang2, kami solat maghrib di Petronas dan mereka merancang untuk makan malam terus. Aku hanya menuruti. Kami makan di gerai Nasi Goreng Sotong. Terima kasih buat kalian yang telah membeli Dunkin Donut ala2 cupcake yang sangat comel. =) suka2~ Dan, kami pulang untuk group discussion dalam kepenatan. Masing2 penat dan kenyang. Alhamdulillah. =)

***

Sekadar ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat emak yang mengandungkan dan melahirkan, terima kasih buat ayah yang beri didikan, terima kasih buat abang2 dan adik2 yang mengucapkan, ‘Selamat Hari Lahir my lovely sis. ;p’(walau hakikatnya aku sentiasa membuli dan dibuli. ;p), terima kasih buat sepupu2 ku especially Ika Kawai ;p, Terima kasih buat sahabat2 yang meraikan, Terima kasih tidak terhingga buat Kalian bertujuh yang membawa ku keluar daripada tekanan studio. Kalian semua memang terbaik! Jom Broga Hill pula sebelum kita mengikut haluan masing2 nanti. =) jom2~ (kita tunggu Mar pulih eh =))

***

‘Yan, kita tak pernah tengok yan seceria ni…’

Sebenarnya inilah diriku saat bersama keluarga juga. =) Hajar, Nad, Kak Mona, Kak Wa, Has, Aten, Jedot., Terima kasih kerana membuatkan aku ketawa! =) Buat Mar Srikandi dan Bella the Twin, rasa kekurangan korang tak turut serta, insyaAllah,ada kelapangan kita gather2 lagi kelak. ;p insyaAllah. =)

***

Sekadar catatan memori. Maaf andai kurang thiqah. Wallahu’alam. Wassalam. =)

Muchos2 Gracias!

p/s : Teringin bawa adik2 berusrah di Taman Layang2. Kalaulah ada kenderaan dan kelapangan. ;p

Selasa, September 14, 2010

Berkawan Dengan Alam

14September2010

Semalam ayah bagitahu nak bawa aku dan adik2 ke pulau. Kusangkakan hanya gurauan biasa memandangkan bapa saudara dan abang telah ke pulau hari sebelumnya. Lalu aku bangun pagi menjalankan rutin harian biasa di rumah. Tapi, kulihat ayah bersungguh2 memunggah barang, berkemas dan sibuk2 membawa peralatan memancing dan goggle snorkeling. Tanya ayah, 'ayah, nak ke pulau sungguh ke?' Ayah jawab, 'Mestilah... ke muna tokse gi?' Aku cepat2 masuk ke bilik untuk bersiap, 'Mestilah muna nak gi!'.


Bekalan dalam Hilux. Tong minyak, goggle snorkel, life jacket, tong pakaian, tong makanan dll.

Bekalan makanan di dalam beg makanan yang kalis air

Kucapai telefon bimbit dan mendail nombor sepupu2ku. Kalau aku dan adik2 sahaja yang pergi mesti tak seronok. Nampak gayanya hanya 2 sepupuku yang 'rajin' untuk bersiap. Najihah dan Naqiah. Maka, inilah misi kami, mencari yu dan penyu di pulau2 sekitar besut!

Kami berlapan, aku, Sarah(adik), Dina(adik), Naqiah(sepupu), Najihah(sepupu), Ayah, Ayah Ne (bapa saudara) dan Ee(abang) menaiki bot bapa saudara dari jeti kecil Kg Raja. Bot bernama Siti Mala (sebenarnya bot dibeli bapa saudara dari Universiti Malaya, dipadam Univer dan Ya maka jadilah Siti Mala ;)) bot tersebutlah yang sering digunakan untuk menunaikan hobi keluargaku ini (hobi keluarga yang lelaki) iaitu snorkel dan mencari spot yang sesuai untuk beraktiviti survivor.


Sebelum bertolak, Naqiah dan Afif. Afif ikut lain kali deh~

Ayahku, pengemudi kapal(baju coklat), abangku coast guard(baju merah), dan anak2 kapal

Sebelum bertolak, sempat bapa saudara membeli umpan ikan iaitu ikan juga. (sebab sotong dan udang sudah habis)


Berhenti beli umpan ikan

Kami bertolak agak lambat, Jam 11 pagi barulah kami bertolak dari rumah, (kerana persiapan barang) dan menaiki bot juga agak lambat (sebab kena cek enjin dan sebagainya dahulu).


Ayah Yee (Bapa Saudara) membantu bersihkan dan kemaskan bot Siti Mala

Kemudian kami bertolak~ hampir pukul 12 tengahhari. Menyusuri Sungai Kampung Raja, dan melintasi Jambatan Kuala Besut, kami dapat melihat kampung2 nelayan dan suasana dari jalan air. Di kawasan sungai bot harus dibawa perlahan, diangkat kipas agak tinggi untuk mengelakkan pasir, tapi, pagi insyaAllah, air pasang menyebabkan perjalanan kami tiada masalah. Alhamdulillah.


Pemandangan jambatan Kuala Besut

Meninggalkan Kuala Besut

Air laut pagi kurang bergelora, maka bot juga kurang melompat. Mendoakan agar petang juga cuaca baik supaya kami dapat pulang petangnya juga insyaAllah~


Daratan nun di kejauhan

Pulau Saji di kejauhan

Hentian Pertama - Pulau Rawa


Pulau2 kecil sekitar Pulau Perhentian

Ayah kata ni Pulau Batu Puteh... boleh lah~ ;p

Untuk snorkel, memandangkan aku juga ingin melihat keindahan laut, tempat yang paling strategik adalah pulau yang tiada atau kurang berpenghuni. Destinasi pertama adalah Pulau Rawa yang berdekatan dengan Pulau Saji. Di Pulau Rawa, alhamdulillah waktu kami datang memang tiada sesiapa melainkan ada dua pasangan pelancong asing yang berada agak jauh dari tempat kami berhenti. Maka, tiada masalah bagiku untuk turut serta menghayati keindahan hidupan laut. Sebagai protection, stoking yang tebal harus dipakai juga. Aku takut terpijak batu karang disamping penjagaan aurat juga harus dititikberatkan walaupun tiada sesiapa di sini. ;p


Goggle Snorkeling, cukup untuk 8 orang~

Tiba di Pulau Rawa

Subhanallah, aku rasa geram dengan keindahan alam di dasar laut, kalaulah kamera boleh dibawa menyelam bersama kan bagus. Ikan nemo di sebalik batu karang, sekumpulan ikan yang berwarna warni melintas dihadapan mataku sangat mengujakan. Dan juga beberapa ekor ikan todak yang ditemui. Bapa saudaraku memberikan secebis roti padaku, 'Muna pegang je roti tu jangan lepas!' Pesan bapa saudara, lalu kupegang dan menyelam lagi. Subhanallah, ikan2 semua mengerumuniku, tanganku geli digigit2nya lalu akhirnya aku tak tahan dan terlepas juga roti dari tangan.


Kehijauan di Pulau Rawa


Inilah bot Siti Mala melabuhkan sauh di Pulau Rawa

Penumpang bot semua sudah terjun meninggalkanku~

Laut biru sejernih kristal~

'Muna, Sarah... meh tengok ayoh ne ngail ikan!' Panggil bapa saudaraku, 'Masuk tengok dalam air lagu mana ikan tu makan umpan.' Lalu aku dan sepupu terus masuk menyelam sambil menunggu ikan makan umpan. Subhanallah, sekali lagi aku rasa dekat dengan alam, melihat ikan2 berebut mendapatkan umpan ikan. Ayah ne membiarkan saja tidak bermaksud untuk menangkap ikan. Rasa sangat seronok bila dapat berada antara ikan2 yang berwarna warni tersebut.


Pertama snorkel di laut cetek, testing~

Ayah dan bapa saudara mendapatkan timun laut di dasar, lalu dipanggil kami yang perempuan, 'tengok gapo ni!' ayah usik kami memandangkan kami semua geli dengan timun laut yang kelihatan seperti lintah besar. 'Eeee, die kencing!' Timun Laut apabila diangkat akan mengeluarkan cecair dari badannya. dan, ia akan mengecut apabila dibiarkan lama di udara. Aku menjauhkan diri awal2 lagi daripada bapa saudara dan ayah. Kalau tak akan dikacaunya dengan timun laut tersebut.

Kelihatan sepupuku, Najihah pula sibuk mengutip timun laut lalu diletakkan di atas bot. Aku sendiri tidak faham, 'Najihah, timun laut tak sama dengan timun darat... Bukan boleh wat makan timun laut tu.hee~'


'Ini gamat ke?'... 'Tak, gamat berbulu, ni timun laut~'

Bila ada orang datang, kami bersiap untuk berpindah tempat~Destinasi seterusnya, Shark Point!

Meninggalkan Pulau Saji dan Pulau Rawa

Hentian Kedua - Pulau Perhentian Besar


Pulau Batu Hitam (Bukan Nama Sebenar)... bolehlah~

Jam menunjukkan hampir pukul 2, kami harus berkemas untuk ke tempat lain pula. Kalau di Pulau Rawa kami temui ikan todak, kali ini kami meneruskan misi mencari ikan yu pula di 'shark point Pulau Perhentian Besar'. Pulau Perhentian merupakan tempat peranginan, maka, di situ sagat ramai orang. Aku pernah ke 'Shark Point' secara berkayak tapi tidak menyelam memandangkan di situ banyak lubuk ikan yang dalam2 dan terumbu batu karang gergasi yang menakutkan. Tapi, kali ini, ayah mengajak semua sekali turun mencari yu. Pakai 'life jacket' maka, insyaAllah selamat.

Sebelum ke Shark Point Pulau Perhentian Besar, kami terlebih dahulu ke sumber air bukit di sebalik Pulau perhentian Besar. Air sungai kecil (tempat ayah dan bapa saudara terkandas dulu), di situ, kami berhenti untuk membersihkan diri dan solat. Pada awalnya, aku agak hampa apabila kelihatan dua lagi bot di situ, tidak selesa jika ada orang di situ. Nak solat dan bersihkan diri perlukan privasi yang lebih, tapi Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, kedua2 bot tersebut berlalu meninggalkan tempat tersebut. Maka, kami bebas beraktiviti seolah2 tempat tersebut kepunyaan kami. Air sungai yang mengalir sangat sejuk dan jernih. Sangat ajaib ciptaan Allah, air sungai memang tidak masin walaupun ianya bersambung dengan air laut. Sepupuku cakap, 'air ni lebih jernih daripada air di Lata Belatan semalam!' dan sangat sejuk. Dan, terdapat juga ketam2 besar berlarian ke celah2 batu. Subhanallah~


2buah bot dengan bendera Kelantan mengganggugugat privasi kami.

Yes! Mereka pergi!~ ;p

Bapa saudara menambat bot

Air bukit yang sejuk amat~

Kami bersiap2 untuk solat, 'ayah, takpekan smaye basah2 gini?' ayah cakap takpe, lalu, kami mengambil wudhu di sumber air yang kami temui tersebut. seusai berwudhuk, aku solat di atas batu besar di bawah rimbunan pohon rendang. 'Close to nature~'


Di sinilah kami membersihkan diri dan mengambil wudhu'

Bersiap untuk solat dalam basah kuyup~

Seusai membersihkan diri, kami bersiap, dan berkemas lagi untuk ke hentian seterusnya iaitu 'Shark Point' dengan harapan dapat bertemu dengan Yu. Kali ini laut dalam dan agak menakutkan sebagaimana yang aku katakan tadi.


Shark Point~

Berhenti di Shark Point, lubuk ikan besar

Apabila tiba di Shark Point ayah suruh kami tunggu di atas bot untuk cek keadaan. Alhamdulillah, pertamanya tempat tersebut tiada orang, jadi bolehlah aku menyelam sama. Apabila dirasakan OK, ayah memberi isyarat supaya kami semua turun. Dan, untuk pertama kalinya aku menyelam di laut dalam. Awalnya keadaan sangat menakutkan dan kelam, Aku tidak pasti samada mataku kabur atau goggle berkabus, tapi apabila sudah sampai di satu kawasan yang curam dan berbatuan, aku dapat lihat terumbu batu karang yang sangat cantik. Subhanallah, di sebalik batu karang dan tumbuhan laut terdapat sekumpulan ikan yang besar2. Berenang2 dalam barisan yang sangat cantik. Ikan berwarna warni dan ada juga yang seakan2 'glow in the dark' Subhanallah. Selama menyelam kami ke tempat yang semakin jauh dari bot, semata2 untuk mencari ikan yu. Tapi tidak pula kunampak seekorpun ikan yu. Cuma yang mengejutkan aku apabila ada seekor ikan yang sangat besar melintas di hadapanku. Subhanallah, pertama kali juga dihadapan mataku.


Ayah turun untuk cek sekitar laut

Jauh dan agak lama kami menyelam. Ayah pesan jangan angkat kepala, sekali menyelam, pandang je ke bawah untuk tidak melepaskan pandangan sedikitpun pada keindahan laut. Tapi, Allah sahaja yang tahu, kadang2 tersedak juga dengan air masin, kadang2 termasuk juga air masin dalam goggle menyebabkan mata pedih. Kadang2 rasa tekanan kuat pada dada disebabkan bernafas melalui mulut terlalu lama. Kayuhan kaki dan tangan juga menjadi semakin lemah dan perlahan. Apabila aku keluar ke permukaan, rupanya, sudah sangat jauh kami dari bot. Patutlah sangat penat!

Apabila sudah semakin jauh, ayah memberi isyarat berpatah ke bot. Dan, kami naik bot semula, agak hampa apabila ikan yu yang kami cari tidak ditemui. Aku pernah bertanya abang, macam mana dapat tangkap ikan yu masa terkandas dulu, abang cakap, 'bare hand!' Aku jadi kagum, 'ikan yu tak makan orang ke?', abang cakap 'kita makan ikan yu!' Oooh... 'yang makan orang-ikan jerung!'... 'Oooh, lain eh ikan yu dengan ikan jerung?'...'Muna, masuk tadika balik lah!'

'Bakpe takda ikan yu?' Tanyaku sedikit kecewa.

'Kita terlepas time lunch dia kot!' hee~ macam tu eh? ;p


Meninggalkan Shark Point

Hentian Ketiga - Pulau Perhentian Kecil

Seterusnya, jam menunjukkan jam 4.30petang, kalau boleh ingin solat asar di rumah. Sepatutnya ada satu lagi hentian yang akan kami pergi iaitu ke tempat penyu. Tapi, memandangkan hari sudah sangat petang dan takut petang air berombak besar, maka, kami buat keputusan untuk pulang. Laut lebih mencabar dalam perjalanan pulang, aku tertidur dalam bot, kepeningan setelah bermain di laut agak dalam.Terjaga apabila terkena percikan kuat air laut masin, banyak juga aku makan garam hari ini.


Singgah di Pulau Perhentian Kecil

Kudengar jeritan adik2 dan ayahku, 'Na, cepat tangkap gambar!' Rupa2nya, sekumpulan ikan sedang melompat2 keluar ke permukaan air. Sangat cantik. Tapi, bukanlah sebesar dolphin, sekadar sebesar ikan bilis kot. Cumanya sangat banyak dan aturannya sangat cantik, berkali2 ia melompat ke permukaan laut, aku tidak sempat tangkap gambar memandangkan bot agak laju, tapi, aku sempat merakam pergerakan ikan2 tersebut. Subhanallah~


Pulau Perhentian Kecil, Perkampungan Nelayan

Sebelum pulang terus ke Kampung Raja, kami terlebih dahulu singgah di Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Kecil merupakan perkampungan nelayan. Terdapat semua kelengkapan seperti balai polis, kedai2 dan sekolah rendah sahaja (setahu aku budak pulau akan bersekolah menengah di darat). Terdapat anak2 kecil sedang bermain air di gigi pantai. Air laut di Pulau Perhentian Kecil tidak kurang cantiknya, dulu sewaktu aku pertama kali sampai ke Pulau Perhentian, aku tidak habis2 memuji keindahan dan kebersihan pulaunya, air biru lebih jernih daripada air kolam, semoga keindahannya terus kekal untuk generasi akan datang.



Kanak2 bermain di gigi air

Kami berhenti beberapa minit di Pulau Perhentian Kecil untuk cek enjin dan isi minyak juga mencari tandas awam. Tinggal aku di dalam bot yang masih kepenatan. Tanpa menghiraukan adik2 dan sepupu, aku tertidur lagi di dalam bot. Apabila terlalu penat, tidak lagi memerlukan tempat yang selesa untuk melelapkan mata. Di mana2 pun boleh terlelap.


Isi minyak bot~bekalan dua tong minyak untuk perjalanan pergi dan pulang sudah memadai =)

Hentian Keempat - Pulau Melayu


Jeti Kuala Besut~

Kemudian, kami bergerak lagi, pulang ke Pulau Melayu. Dari jauh kelihatan Pulau Rhu, Bukit Keluang, dan Pantai Air Tawar, Alhamdulillah, cuaca hari ini sangat baik. Masih aku ingat satu ketika dahulu sewaktu menaiki bot bapa saudara yang sangat kecil, cuaca mendung dan tiba2 ribut menyebabkan bot terbalik di pesisir Pantai Air Tawar. Masa itulah kami terkandas di Pulau Rhu, angin kencang dan sangat menakutkan. Daratan Pantai Air Tawar mahupun Bukit Keluang sudah tidak kelihatan lagi. Gelombang air laut hampir2 memakan bot penyelamat yang kami naiki. Tapi, itulah pengalaman yang sangat berharga pernah kami lalui.

Dalam perjalanan balik, bot melambung2 lebih kuat daripada perjalanan pergi. Menyebabkan sesiapapun tidak dibenarkan duduk di hadapan bot. Tak boleh lagi bergaya ala2 titanic dan seumpamanya. Maka semua duduk diam di belakang. (tak diam juga, adik2 dan sepupu2 tak habis2 menjerit apabila bot melambung tinggi. aku suka situasi ini, tak perlu naik roller coaster! ;p ) Baju basah kuyup bukan sebab menyelam tapi sebab percikan air yang macam hujan. Kesejukan~

Masuk ke kuala, bot masih laju, apabila sampai di sungai tiba2 bot tersekat, ayah break mengejut menyebabkan bapa saudara yang sedang berdiri terlambung ke depan, habis luka tangannya. Kami juga tersentak. Aku yang berada di belakang sekali melihat enjin bot, kipas dinaikkan, air menjadi coklat pekat akibat terkena tanah jerlus. Rupanya air sedang surut. Air sungai menjadi cetek. Beberapa kali bot tersekat. Jadi, perjalanan di sungai menjadi lebih perlahan, ini menyebabkan aku boleh memerhati keindahan alam lagi. Kami melalui tepi2 paya sungai Kampung Raja, aku lihat ada dua ekor memerang di tempat yang berlainan. Kedua2nya memerhatikan kami menyusuri sungai untu ke jeti kecil di Kampung Raja. Comel2~

Dalam perjalanan juga, aku melihat kanak2 lingkungan 8-10tahun sedang mengail ikan di atas jeti, dan, beberapa buah rumah yang sangat aku kenal iaitu Desa Ukir Kayu Kg Raja yang menjadi tempat kajian rumah melayu olehku beberapa penggal lepas. Dan, beberapa minit ke hadapan, tibalah kami semula ke jeti kecil. Alhamdulillah, sangat kepenatan, tapi, banyak pengalaman dan memori indah yang berjaya aku dan keluarga bawa pulang.


Desa Ukir Kayu Kampung Raja

Destinasi seterusnya! semoga dapat cuba di Redang pula! =) insyaAllah...

***


Akhirnya, Alhamdulillah, kami sampai~ =)

Inilah sebahagian aktiviti apabila aku bersama keluarga, masa yang ada bersama keluarga digunakan sebaiknya untuk mencipta kenangan sebab nanti bila dah balik ke UIA, pasti tidak sempat lagi untuk melalui ini semua.

Sampai di sini, sekadar perkongsian kosong. Wallahu'alam.

***

"…orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali 'Imraan, 3:190-191)

"Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal." (Al Jaatsiyah, 45:2-5)

Ahad, September 12, 2010

Colours of Raya






Hari Raya Pertama

Sangat sibuk sehingga tak sempat untuk naik beraya di rumah Tok Ma (rumah Tok Ma bersebelahan dengan rumahku) Petangnya baru aku beraya dengan Tok sebelum ke rumah saudara mara yang lain. Nasib baiklah semua keluarga tinggal sekitar Besut dan Kelantan. Tak jauh sangat dari rumah. Menu Raya Pertama, Nasi Arab dan satay hangus yang dibakarku di pagi raya. Pembakar satay tak bertauliah. Dan, untuk pertama kalinya kami membuat satay sendiri. Best2~ ;p

ayah menyambut tetamu.haha~


wajah2 gembira selepas menerima duit raya~

birthday girls~ kembar tiga~

mak dan ayah
Hari Raya Kedua

Macam biasa orang ramai berkunjung ke rumah. Adik2 emak dan saudara mara yang lain. Che Cik dengan 9 orang anak2 kecilnya bermalam di rumahku menjadikan rumah riuh rendah dengan suara budak2. Di sini, aku abadikan gambar2 kanak2 yang bakal aku rindu apabila pulang ke UIA kelak.





Pagi : Aku ditaklifkan untuk menjadi jurufoto tak bertauliah di rumah Che Munoh (jiranku). Ada majlis pertunangan Kak Mizah. Dan, gambarnya biasa2 sahaja memandangkan memang aku tak pandai nak guna kamera ayahku. Che Munoh kata, ambik je macam2 mana pon. Dan, aku snap saja ikut suka. hee~



Petang : Perlawanan Paintball inter family... Team lelaki keluarga En Mohd Sabri (Ayah Yee) menang mudah disebabkan abangku menembak teamnya sendiri iaitu ayahku. hari yang sangat ceria dan tak mungkin akan aku lupakan. Team Perempuan dimenangi kumpulanku yang diketuai olehku sendiri dan 3lagi mujahid/ah, Nisa, Ana, dan Afif(8 tahun). Sedang elok aku berjaya mendapatkan bendera dikibarkan sebagai tanda kemenangan, tanganku ditembak tepat oleh adikku sendiri Nik Maisarah sehingga berdarah (tembak jarak dekat). Sangat seronok walaupun sangat sakit. Abang2, adik2 dan ayah habis lebam2 terkena tembakan padu keluarga sendiri. Dan aku bukan setakat lebam malah jari pecah2 berdarah. Tapi, cukup puas hati dengan kemenangan. ;p


sayap kiri perjuangan =)



separuh masa pertama

Hari Raya Ketiga

Menu nasi dagang, saudara mara belah ibu semua datang dari Pasir Puteh dan dari jauh2 juga. Dari dungun, KL, dan semalaysia. Tak menang tangan dibuatnya. Memang hari raya ketiga tak sempat untuk melakukan aktiviti lain.

Petang : Perlawanan Paintball antara keluarga secara professional. Petang ni aku tidak turut serta disebabkan aku telah di'booking' untuk menjadi orang dapur sepenuh masa. Chef Basuh Pinggan Mangkuk. Terlepas perlawanan petang tersebut. Ayah Yee bersemangat memakai but perang dan ayah bersemangat memakai baju askar. Macam2~ ;p

Hari Raya Keempat

Pagi : Berusaha mengupdate blog. pagi juga keluargaku (lelaki) bersiap2 untuk ke Pulau Perhentian dengan bot bapa saudara (aktiviti rasmi masa cuti) akan bermalam di sana sekali lagi tanpa bekalan (sengaja mahu menjadi survivor) dan pulang esok insyaAllah. Atas beberapa faktor, ayahku tidak dapat turut serta. Maafin ya bapak! Aku mahu pergi juga tapi, lain kali lah. Tak muat bot kata mereka~ esok insyaAllah my turn 2 snorkel at Pulau Perhentian. insyaAllah~ =)

OK...da tak larat menunggu uploading. 1 gambar sejam, makanya, sampai sini dahulu. wassalam~