Sabtu, November 07, 2009

Aku Namakan Dia Nur Syahadah

Salam’alaik.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Lafaz pertama sebelum aku memulakan penulisanku. Aku masih lagi berada dalam fatrah peperiksaan akhir semester, tapi, aku tetap tidak mampu menyekat keinginan hatiku untuk menulis. Rugilah andai aku melepaskan peristiwa hari ini tanpa sebuah catatan dan rakaman memori.

Sungguh, rencana Allah itu Maha Hebat. Entah sudah berapa lama aku tidak mengisi hatiku dengan makanan rohani yang secukupnya setelah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan projek akhir. Alhamdulillah, hari ini terdetik hatiku untuk kembali celik melihat dunia walau hakikatnya masih punya 3 ujian yang perlu aku tempuhi.

Selama ini minda tertutup, mata juga bahkan telinga pun sama. Semuanya tertutup daripada menyaksikan suatu kebenaran dan hakikat kehidupan di luar duniaku KAED. Sudah lama kubiarkan fikiranku menyempit dan mula sedikit demi sedikit mengalami proses pengaratan. Oh tidak, tidak patut sama sekali!

Banyak perkara yang ingin aku ceritakan pada hari ini. Cantiknya rencana Allah apabila Dia memberikan satu keajaiban untuk aku lihat. Sebagai satu wasilah agar aku sentiasa mengingati dan memuji keagunganNya. Subhanallah. Andai kita seorang yang sudah sedia Islam melafazkan kata iman dan taqwa. Itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi, lidahku tidak mampu disekat daripada pujian kepadaNya tatkala mendengar seorang bukan Islam berbicara soal Islam. Dan, sangat kukagumi kerana beliau mampu memberi perbandingan ringkas tentang ‘orang cerdik’ berbanding ‘orang kurang cerdik’. Subhanallah. Bibir juga tidak habis mendoakan semoga hidayah itu miliknya suatu hari kelak. Amiin.

Aku tidak boleh berbicara lebih panjang kali ini. Masih banyak perkara yang lebih sepatutnya diutamakan. Cukuplah di sini aku ingin merakamkan perasaan aku pada hari ini yang bercampur baur. Sebak, sangat terasa getaran di hati ini tatkala mendengar laungan takbir berulang kali. Seolah aku berada di medan jihad. Bersemangat ingin meneruskan perjuangan. Subhanallah. Sebak, mendengar bacaan doa daripada seorang pemimpin yang amat aku segani, betapa tersentuh hati ini. Sebak tatkala mendengar seorang bukan beragama Islam berbicara soal Islam. Betapa dia tahu banyak hal berkaitan Islam. Dan, terlebih sebak dan terharu apabila mendengar lafaz kalimah syahadah daripada seorang berbangsa cina di masjid khairiah hari ini.

Saudara baruku, aku berpeluang mengajarkan dia berpakaian cara Islam, aku berpeluang memeluk erat tubuhnya dan merasakan kehangatan seorang yang baru sahaja kembali ke fitrah asalnya.Aku berpeluang melihat dia solat buat pertama kalinya. Subhanallah, aku tidak mengenali siapa dirinya, tetapi aku turut menumpang rasa gembira atas pengislamannya.

‘Selamat datang saudara baruku, aku tidak tahu apakah ucapan yang seharusnya aku hadiahkan padamu. Tetapi, insyaAllah doaku sentiasa mengiringimu. Aku tidak mahu kau mensia2kan peluang untuk merasai betapa indahnya nikmat iman dan islam ini. Carilah keindahannya yang sebenar, dan kau pasti akan merasai kemanisannya.insyaAllah.

Saudaraku, walaupun pertemuan kita seketika cuma, walau tidak sempat juga aku bertanyakan namamu, aku tetap mengharapkan satu hari kelak, kita akan bertemu lagi. Kerana aku punya cita2 untuk berada di sampingmu. Saudaraku, kuatlah kau dalam agama barumu ini. Jangan berpaling, teruskan pencarianmu terhadap kebenaran. Semoga pencarianmu menemukan keindahan, keamanan, dan ketenangan hendaknya. Amiin~

Saudaraku, seketika tadi kau masih mencari nama barumu, bagiku tiada lain, kaulah seorang Nur Hidayah, Nur Syahadah. =) Selamat datang sekali lagi saudaraku.’

Cantiknya aturanMu Ya Allah. Alhamdulillah~

Wallahu'alam. Wassalam.

7 ulasan:

ayub berkata...

=D cantik ... sungguh cantik ...

sayadalilah berkata...

syukur dgn hidayah-Nya..

hidayah milik Nya..hak-Nya utk memilih siapa kah yg berhak menerima hidayah taufik itu..

moga kita juga sntiasa lurus dlm petunjuk-Nya..

munadhia berkata...

amiin~ subhanallah. x terkata.sgt trharu melihat~ bila lihat keadaan 2, tiba2 trfikir, lpas ni kna byk cari kwn non muslim. alangkah bagus andai dpt menunjukkan pd mereka ttg keindahan islam. =)

a.j. berkata...

betul stuju ... kadang kala kite racially bias ... at times kite lupe anugerah Allah SWT dan ketenangan abadi yang diberikan kepada kita bukan milik kita sahaja ... mereka yang kufur, jahat dan pelaku dosa juga layak untuk merasai semua itu ....

hanya jika kita sedar betapa terdesaknya mereka mencari cahaya yang kita mempunyai jalan tapi kita simpan pada diri kita hanya kerana kita malu nak bersuara ... atau sekadar tidak kenal dgn rapat, justeru tidak ambil peduli

kejam sungguh kita kadangkala...

nasihat bagi semua especially pada diri ayub juga...

mari kita bawak kepada mereka jalan murni ini ... sbb kita dari diri yg satu.objektif satu. pulangnnya jua harus pada destinasi yang satu. Semoga dgn usaha yang tak seberapa, iA Allah mengurniakan hidayah kepada mereka ...

salam ...

munadhia berkata...

amiin. thanx ayub. insyaAllah sama2 lah kita lebarkan dakwah islam ini. insyaAllah~

Ariffah9 berkata...

slam,
alhamdulillah, subhanallah..
tak terungkap kata2 lain..syukur alhamdulillah..

Al Quds Travel berkata...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!