KHUTBAH JUMAAT TENTANG PRIHATIN
28 Januari, Jumaat aku sampai ke rumah jam 6 pagi. Sepatutnya aku ke studio pagi tersebut macam biasa, tapi, Jumaat itu, aku telahpun selamat sampai di rumah. Alhamdulillah. Maaf, tidak sengaja pulang awal. ;p
***
28 Januari 2011
Hari ini merupakan hari pertama ayah memulakan ‘persekolahan’nya. Maksudku, ayah mula menjadi pelajar universiti kembali. =) Entah mengapa tergerak hati ayah untuk mengambil master setelah sekian lama bekerja dan meninggalkan alam universiti. Apa2pun, ilmu dituntut sepanjang hayat kan. =) Selamat kembali ke universiti ayah!
Kelas pertama ayah jam 2.30 petang selepas solat Jumaat, maka, ayah perlu berada di KB lebih awal untuk solat jumaat di sana. Emak, aku dan adik2 turut sama ke KB tapi punya agenda tersendiri. ;p
Kira2 jam 1.15 kami tiba di Masjid Kubang Kerian. Sambil2 menanti, sekurang2nya aku sama boleh mendengar khutbah Jumaat hari tersebut. Walaupun agak sayup kedengaran, aku masih dapat menangkap beberapa perkara yang di sampaikan oleh khatib yang jika tidak silap aku berkisah tentang PRIHATIN.
***
Yang aku ingat, khatib membicarakan soal amar ma’ruf nahi munkar. Persoalannya, apa yang akan dilakukan sekiranya melihat kemungkaran di hadapan mata? Selalunya, senang kita tuturkan, amar ma’ruf, nahi munkar, tapi, secara praktis nya amat sukar dilakukan. Berbuat baik tidaklah tersangat susah, tapi, aku sendiri sering gagal dalam soal mencegah kemungkaran. Kalau mengikut pengalaman, sangat banyak kemungkaran di hadapan mataku yang aku sendiri tidak punya kekuatan untuk mencegahnya. Perkara termudah, membutakan mata, memekakkan telinga kerana beralasankan tiada kudrat untuk mencegahnya. Tidak perlu pergi jauh, melainkan di kalangan kita sendiri. Mungkin paling dekat dengan kita adalah jiran2 kita, atau keluarga kita. Astaghfirullah! Lemahnya hamba ini!
Dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar juga sangat perlukan pada istilah PRIHATIN. Hanya manusia prihatin yang punya kekuatan untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kadang2 kita perlu ‘menjaga tepi kain orang’ sebab boleh jadi orang2 yang kita tidak jaga tepi kainnya inilah yang akan mengheret kita ke neraka kelak. Naudzubillah~ Bila terlihat kemungkaran, jangan sekadar pandang tidak berperasaan ‘mu-mu, aku-aku!’. No, no, no! Tiada istilah ‘mu-mu, aku-aku’ dalam masalah umat! Atau jangan ada istilah, jaga kubur masing2. Haih!~ (kalau kubur orang sebelah bising dengan pekikan dan lolongan, bukankah itu juga mengganggu ‘kediaman’ orang lain.Naudzubillah.)
Andai seseorang bersikap zalim terhadap saudara yang lain, itu bukan lagi sekadar masalah keluarga tersebut, kita warga prihatin harus mengambil tindakan sama (tapi, biar kena tempat dan masa). Kita semua bersaudara, rasakan ikatan seakidah ini sehingga ke lubuk hati. Andai tercarik hati jiran atau sahabat kita, tercarik jugalah hati kita. Bak kata pepatah melayu, bila ‘cubit peha kanan, peha kiri terasa.’ Bila seseorang saudara ditimpa kesusahan, kita juga rasakan tempiasnya. Sebolehnya bukan sekadar rasa tempias, tapi, ringankan tulang untuk meringankan beban saudara yang ditimpa kesusahan. insyaAllah.
(Di sini khatib membawakan kisah seorang pelajar dibelasah sampai mati yang hanya diperhatikan orang ramai tanpa sebarang tindakan. Tapi, maaf, kurang jelas isu yang mana.)
MENJADI ORANG KAYA PRIHATIN
Setelah mendengar khutbah Jumaat yang kurasakan agak pendek hari itu, aku keluar kereta untuk mengambil udara di luar. Dan, baru terperasan Toyota Celica GT di sebelah kereta ayah. Dalam hatiku terdetik, ‘agak2nya siapalah orang kaya yang datang solat di sini?’ Melihat nombor plat, dan sticker golf club( suka tengok-ada juga sticker ayat Quran.=)), aku yakin pemiliknya orang berada dan itulah yang akan aku nantikan-melihat pemilik kereta tersebut. (aku sangat hormat dan kagum orang kaya yang kakinya sangat ringan ke masjid) Mak kata, orang kaya Qlate memang baik2.hmmm~
Beberapa minit menunggu, akhirnya ada seorang lelaki usia pertengahan 40, meluru ke Celica merah. Aku yakin, itulah pemiliknya, dan jangkaanku tepat, dia meluru ke pintu kiri kereta dan mengambil sesuatu (sambil mengangkat tangan ‘peace’ pada aku yang memandang.Senyum.) Aku hanya memerhatikan gelagat dan gayanya. Aku melihat dia melintas jalan lagi menuju kearah dua orang kanak2 yang berbaju lusuh. Seperti menghulurkan sesuatu kepada dua kanak2 tersebut dan kelihatan raut gembira pada wajah kanak2 tersebut sambil menyalami lelaki (pak cik) tersebut. Dalam hatiku bertambah kagum. ‘Kalau dia seorang yang suka menderma dan membantu orang susah, tak mengapalah andai semua kekayaan menjadi miliknya.’
Andai kaya, biarlah menjadi orang kaya PRIHATIN atas nasib mereka yang tidak bernasib baik sepertinya. Barulah, yang kaya dihormati. Andai kaya, biarlah menjadi seorang kaya yang tawadduk, merendah diri atas kekayaannya, barulah akan disenangi. Andai kaya, jangan lupa ringankan kaki ke masjid dan beribadat kepadaNya, semoga harta kekayaan itu dari sumber yang diredhai. =) Andai kaya, jadilah orang kaya yang berbakti dan prihatin! insyaAllah. =) Andai kaya harta, biarlah juga kaya hati dan budi! insyaAllah. =)
MENJADI UMAT PRIHATIN
Bagaimana pula dengan menjadi umat prihatin? Adakah kita ini umat yang prihatin?
Kita hidup di Malaysia masih aman damai walaupun kelihatan juga terdapat sedikit pergolakan politik dalam negara. Tapi, pergolakan masih belum sampai tahap rusuhan kebangkitan rakyat sebagaimana berlaku di Tanah Arab hari ini.
Pada awalnya, aku kurang mengikuti perkembangan revolusi di Mesir akibat kesibukan rakyat Malaysia adalah pada Pilihanraya Tenang yang baru berlangsung. Tapi, setelah mendapat banyak perkhabaran kurang baik daripada sahabat2 tentang kucar kacir yang berlaku di Mesir, aku mula menggoogle. Tapi, semua maklumat tidak memuaskan hatiku kerana aku kurang tahu tentang pokok pangkalnya sehingga aku teringat blog SatuUmat (klik). Dan, di situlah, aku mendapat sedikit gambaran suasana di Mesir. Andai aku di sana pasti sangat mendebarkan. Allah, selamatkanlah~
Apa yang ingin aku sampaikan adalah, kita mungkin tidak mampu membantu rakyat Mesir, tapi, sekurang2nya, jadilah umat yang prihatin dengan mengambil tahu perkembangan di sana, sekurang2nya juga, prihatin terhadap nasib pelajar Malaysia di sana. Titipkan doa semoga semuanya berada dalam keadaan terkawal dan selamat insyaAllah.
p/s : Revolusi Mesir menyebabkan aku terfikir, adakah kita sangat hampir dengan ajal dunia? Adakah kita telah hampir dengan kebangkitan semula Islam yang ditunggu2? Atau adakah Malaysia satu hari akan mengalami revolusi yang sama?
Akhir kata, jadilah PRIHATIN!
Andai salah, tegur ya! Wallahu’alam.