Selasa, Ogos 03, 2010

Sebalik Tabir KAEDFEST-LePaC 2010


Berlalu KAEDFest. Alhamdulillah. Kepenatan. Aku rasa setiap ahli archimic tak sempat menjamah nasi sepanjang 3 hari. Setelah semua berlalu. Rasa sedikit lega walaupun sebenarnya masih banyak perkara belum dapat diselesaikan. Lebih2 lagi masalah kewangan. Kali ini KaedFest lebih banyak bergerak menggunakan perbelanjaan komiti sendiri. Untuk ini, daripada main board mohon jutaan kemafaan atas kekurangan ini. Tahniah buat kalian kerana telah berkorban banyak dan berusaha sehabis baik untuk melaksanakan KAEDfest 2010 yang diberi nama LEPAC walaupun dengan penuh masalah di awalnya.


Satu malam, ‘Yan, kita tak cukup duit…’


‘Berapa lagi?’


‘Untuk malam ni diorang nak kutip RM*ribu(angka dirahsiakan)…’ Wajah risau seorang bendahari. ‘Ya Allah, di mana harus dicari RM*k dalam masa satu malam?’ Kami termenung. Lama. Mungkin ramai yang tidak tahu masalah ini kerana ramai yang mempersoalkan, kenapa mainboard tak boleh keluarkan duit untuk setiap event? Kenapa mainboard itu…kenapa mainboard ini... Untuk pertama kalinya aku benar2 menghabiskan masaku di KAED semata2 untuk Kaedfest sedangkan sebelum ini aku langsung tidak berminat untuk melibatkan diri dengan KAEDfest.


‘Malam ni agihkan baju, kutip duit mereka yang belum bayar segera. Wajibkan semua komiti beli baju!Pagi esok buka booth kita pagi2 lagi untuk jual semua barang Kaedfest.’ Satu arahan yang sangat berat sebenarnya untuk dilaksanakan. Tapi, usaha harus digandakan walau macam mana pun hasilnya.


Dan salah satu solusi yang semua pun takut,


‘Setiap antara kita kena keluarkan duit sendiri!’ Dan untuk ini PC-Suffiandy, PUB PRO-Ex, SPECIAL TASK-Omar lebih banyak bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah kewangan. Ibarat sebuah syarikat yang bankrupt sedaya upaya cuba memulihkan reputasi syarikatnya kembali. Dan, mereka ini telah banyak berkorban masa, wang dan tenaga untuk memastikan kelancaran program. Tabik sama mereka! Seharusnya mereka ini diberikan pujian lebih dan ‘gaji’ lebih~


‘OK, sekarang berapa kita ada?’


‘Masih tak cukup beberapa ribu!’


Yang lebih2 kuat bekerja seperti bahagian pub pro, prep tech, Bendahari, dan PM sendiri. Aku kagum dengan usaha mereka cuba untuk tidak menampakkan kekurangan dalam KAEDfest walaupun pada hakikatnya beribu perjumpaan telah dibuat sebelumnya atas banyak masalah yang timbul secara tiba2. Banyak event terpaksa dibatalkan dan banyak juga event berubah nature di saat akhirnya. Pening! Dan selama dunia berpusing inilah masing2 tidak sempat lagi menjamah makanan. Malah, sebenarnya terlupa untuk menjamah makanan. Terlupa juga perut melayu ini sudah tidak menerima bekalan nasi selama 3hari. Kasihan sama perut~


‘Sekarang kita ada problem….’ Masalah lagi.


‘Yan, problem lagi…’ Dan masalah…


‘Yan….’ Dan masalah lagi dan lagi. Aku bukanlah sesiapa dalam KAEDfest, tapi, cukup bagiku untuk berasa pening atas semua masalah yang datang. Rasa sangat kasihan dengan semua komiti terlibat. Banyak juga kesilapan yang datang dariku sendiri. Walau beribu kemaafan dipinta pun belum tentu dapat meneutralkan atau memadamkan kesilapan dan kekuranagn. Maaf semua!


‘Sekarang tiada masa untuk berfikir panjang, andai program harus dibatalkan maka batalkan segera, andai harus diteruskan, maka diteruskan saja.’ Maka, atas arahan PM LEPAC, semuanya diteruskan walaupun kami mungkin terpaksa berhadapan dengan risiko cemuhan atau kutukan orang ramai mahupun budak KAED sendiri. Dan, aku sangat respek keputusan daripada PM iaitu Ferd untuk teruskan program sebagaimana yang dirancang. Maka, berlakulah KAEDfest selama 3hari. Alhamdulillah, ada yang lancar ada juga yang tidak lancar. Tapi, boleh berikan pujian juga kerana semuanya bersungguh2 di saat akhir.


‘Yan, terasa macam nak ambik study leave je satu sem.’ Sahabat baikku Syibrah yang memegang jawatan sebagai bendahari mengadu satu hari. Kami sebenarnya benar2 rasa mahu menangis, tapi, masing2 sudah beku air mata, atau mungkin tak sempat pun untuk mengalirkan air mata memandangkan setiap saat otak berdenyut memikirkan penyelesaian masalah. Aku merasakan yang sama. Terasa seakan mahu berhenti sekejap dan bekerja untuk tampung segala perbelanjaan KAEDFEST. Lalu timbullah kepul2 awan, ‘Kalaulah aku kaya… akan ku bagi sponsor sebanyak mungkin…’ Tapi kepul awan terpadam apabila sedar kalau itu tak mungkin berlaku sekarang. Dan kalau aku kaya belum tentu aku jadi sepemurah itu. (Selalunya bila kita punya harta yang banyak, ia lebih menyusahkan kita…)


Kami tersalah perhitungan. Kami tidak mendapat ‘support’ daripada mana2 pihak melainkan beberapa ratus ringgit daripada beberapa organisasi. Dan antara alternative lain yang terpaksa kami ambil adalah, ‘Kutipan RM1 per pelajar KAED menunjukkan sokongan KAEDFest 2010.’ Dan juga membatalkan KAED Sport Day yang sepatutnya berlangsung sebelum KAEDFest. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban.


Kalaulah boleh aku berikan award pada sahabat2ku ini, aku terlebih dahulu akan berikan pada Ex a.k.a Syahir Farham kerana beliau dari sejak awal lagi bersekang mata untuk siapkan bahagian Pub Pro. Ex bersama konco2nya memang sepatutnya dipuji. Dan, aku sebenarnya banyak belajar daripada mereka. Juga bahagian Prep & Tech, Nabiha, Zul dan Najib yang berkejar seharian bersama walky talkie, sering dimarah berkenaan tempat dan perubahan tempat. Juga pertembungan beberapa event di KAED yang secara tiba2 tanpa diberitahu awal kepada kami. Sehingga naik kurus semuanya. ;p


Firdaus sebagai Program Manager yang terpaksa menggalas bebanan yang berat lebih2 lagi apabila ribuan masalah menimpa di saat akhir. Dan, beliaulah yang membuat keputusan untuk semuanya dan banyak dibantu oleh Pian sebagai Ketua PC. Kalaulah boleh aku sebutkan semua nama2 yang menjayakan KAEDFEST di sini~


Dan, paling tidak aku lupakan Syibrah, Kak Annur dan Kak Hanim yang banyak menolongku tentang penjualan baju dan penjagaan booth. Memandangkan beberapa perkara bahagianku masih belum selesai aku terpaksa lepaskan semua kepada tiga sahabat baikku ini. Maafkan. Dan, pada hari terakhir KAEDFEST aku terpaksa menyiapkan kerja studio memandangkan ‘compilation’ perlu dibuat malam ahad dan presentation pada Isnin pagi. Tapi, jiwaku tidak tenang melepaskan semua begitu sahaja. Jadi aku datang juga ke KAED walaupun kehadiran aku juga tidak banyak membantu sahabat2ku ini.Maafkan. Aku tidak boleh berhenti daripada perasaan serba salah.


‘Khatib, tolong incharge bahagian goody bag untuk kakyan, kakyan terpaksa siapkan hari ni jugak projek.’ Dan, sekali lagi aku melepaskan tugasanku pada komiti lain. Harap semua memahami.


‘Orait. Tapi, kakyan jangan lupa makan!’ Pesanan yang baik. Aku terpaksa lupakan makan buat seketika. Bagiku, kalau sahabat2ku yang lain tidak sempat menjamah makanan, aku tidak akan sesekali menjamah makanan. Rasa apa yang mereka rasa. Aku tahu aku sedang menzalimi diri sendiri tapi, dalam keadaan penuh tekanan, tiada masa lagi untuk merasa senang.


***


‘Apa yang boleh aku sumbangkan untuk KAEDFEST?’ Hari itu aku datang untuk memantau keadaan. Aku tidak senang dengan suasana hingar bingar dengan muzik rancak dan sebagainya. Ingin kutegur tapi, langkahku mati, aku tidak berani menegur memandangkan teringat kata2 seorang adik apabila aku berbual dengannya,


‘Kak Yan, kenapa orang yang nak melaksanakan dakwah ni tak pernah cuba untuk fahami kita budak KAED?’ Aku tersentak dengan pertanyaan tersebut. Tapi, aku tidak terus menjawab. Masih memerlukan kepastian apakah yang dimaksudkan adik tersebut.


‘Ya la… bila diorang tak suka sesuatu perkara atau kami ada buat kesalahan… cepat je nampak dan tegur. Kadang2 kami tak senang dengan keadaan tu. Kalau nak tegurpun biarlah secara berhikmah. Cuba dulu fahami jiwa kami ni.’ Aku masih terdiam mencari jawapan. Tambah pula masa itu memang aku tak mampu bersuara. Buat sementara waktu aku seolah2 bisu gara2 demam.


‘Kenapa orang2 yang cakap diorang berdakwah ni tak cuba turun bersama kami. Cuba masuk dengan kami. Ini tidak. Nak tunjuk diorang yang bagus. Dioranglah yang baik. Semua benda yang kami buat senang je dapat cop ‘salah’. Kitorang sebenarnya bukan taknak terima kebaikan tapi, jangan tegah je tanpa bagi sebarang cadangan macam mana cara yang betul untuk kita buat sesuatu perkara tu…’ Diam dan senyum. Aku tiada suara untuk dikeluarkan. Baiklah… Kata2 ini benar2 menusuk di jiwaku. Lama aku berfikir, apa yang harus aku lakukan?


‘kitorang segan nak masuk dengan orang yang pakai tudung labuh. Mereka seolah2 berpuak. Yang tudung labuh ngan tudung labuh je. Macam mana kami nak masuk dekat?’ Sambung adik tersebut. Aku masih diam…


***


‘Jadi, apa yang harus aku lakukan?’ Aku ke bahagian booth DJ sekadar melihat sambil berfikir, adakah aku harus bagitahu, ‘tolong pasang lagu elok2 sikit…’ atau harus macam mana? Lalu aku berlalu dari booth DJ, beruzlah di bilik Archimic. Ketenanganku sedikit terganggu, ingin ditegur atau tidak? Masuk Omar, Ketua Special Task dan aku berpesan padanya, ‘kalau boleh suruh diorang pasang lagu elok2 sikit.’ Omar mengangguk dan aku sedikit lega. Kulihat jam, menghampiri jam 1 tengah hari. Terus ku taip mesej kepada beberapa ‘head event’, ‘salam. Tolong hentikan semua event dalam jam 1.15 bagi laluan pada azan dan solat zohor. Terima kasih.’ Dan, Alhamdulillah seketika kemudian tiada kedengaran lagi lagu2 yang kuat untuk beberapa ketika bagi menghormati waktu. Sekurang2nya semoga adab sebegini terus berlangsung dalam mana2 event pon.


Teringat lagi pesanan adik yang kutemui baru2 ini, ‘Kalau nak tegur… Tak boleh sekaligus. Orang takkan boleh terima. Mana mungkin orang terima perubahan yang sangat mendadak. At least satu benda dulu diajar baru boleh masuk pelajaran yang lain…’ Terima kasih dik! Terasa seakan dimuhasabah pula malam tu. =)


***

Dan, berlalulah 3 hari KAEDFEST LEPAC. Aku suka tema LEPAC learn, play & chill. Walaupun pada awalnya memang ramai yang mengatakan, lepac (sebutan lepak) adalah sesuatu yang bersifat negatif. Tapi, bagiku, ia sangat menarik. Lebih2 lagi apabila ramai yang sudah memanggil KAEDFEST 2010 dengan nama lepac. Sebagai contoh, ‘Jom gi lepac...’, dan masa ada masalah kami cuba menghiburkan hati sendiri, ‘takyah tensi2… lepaklah. Kata LEPAC.’ Sekarang aku hanya boleh tersenyum mengingati saat perit menghadapi LEPAC2010. Tapi… ‘lepaklah… masalah mesti boleh diselesaikan~’ ;p


Aku lebih banyak belajar melalui LEPAC dan aku banyak belajar memahami budak kaed melalui LEPAC. Ada sesuatu yang aku kagum mengenai mereka. Semangat menolong dan berkorban yang tinggi. Sebagai contoh program tetap jalan walaupun tanpa sumber kewangan yang mencukupi (sangat berisiko, tapi, suara majoriti tetap ingin meneruskan~). Dan, sebagai contoh lagi, majoriti budak KAED datang memberikan sokongan kepada LEPAC pada hari sabtu. Terima kasih semua. Maaf juga sebarang salah silap sepanjang LEPAC. ;p


***


Ahad pulang ke bilik hampir jam 1. Seolah2 terlupa esok adalah hari presentation site analysis & case study dan submission Urban Trail. Kertas ‘catridge’ A1 masih kosong, putih bersih sedangkan esok submission. Balik, aku menyiapkan slide presentation, jam 4 pagi baru mulakan projek kolaj-Urban Trail. Dan, tidak pasti mampu disiapkan atau tidak dengan hanya berbaki beberapa jam. Memohon pertolongan Allah semoga dimudahkan. Jam 8pagi, masih tidak siap sepenuhnya. Jam 8.30 studio bermula dan Studio Masterku memang strict dari segi menepati masa. Jadi, aku meninggalkan kerja yang masih tidak siap. Terus ke studio mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku.


Presentation-aku sekadar membawa jasad yang bergerak sedangkan otakku seakan2 sudah beku. Mataku masih mampu dicelikkan tapi hakikatnya pandanganku tidak fokus pada board di hadapan. Pandangan yang kosong dan aku mengangguk berpura2 faham sedang fikiranku sudah tidur dan sebenarnya aku sudah jatuh demam. Mataku dan hidungku panas dan kepalaku pening. Badan yang manja. Suka sangat demam!


Dan, akhirnya hari ini(Selasa) dunia sudah pulih seperti sedia kala. Aku sudah mampu bernafas lega. Pokok sudah kunampak warna hijaunya dan langit sudah ku nampak warna birunya yang sebelum ini aku nampak seluruh alam kelihatan hitam dan putih. Dan bulan sudah kunampak senyumannya, dan bintang sudah kunampak kerdipannya yang mereka kelihatan suram sebelum ini. Angin sudah kurasa hembusannya dan hujan sudah kurasa basahnya. Daun kembali gugur seperti biasa. Akhirnya, semua sudah kelihatan normal! =) Terima Kasih Ya Allah~ =)


***


Tak boleh leka dengan nikmat sementara. Masih banyak ujian menunggu di hadapan. Tempuhi dengan tabah insyaAllah~


Ini sekadar sebuah cerita di sebalik KAEDFEST 2010. Kerana padanya aku belajar banyak perkara dan jutaan kemaafan daripadaku buat semua komiti andai banyak kesalahan dan kekurangan daripadaku sebagai Asst. Head Special Task. Terima kasih juga buat semua lebih2 lagi semua mainboard yang bernama Acap, Ferd, Pian, Napi, Najib, Zul, Ex, Omar, Anas, khatib, Syib, Bee, Kak Hanim, Kak Nur, Kak Nurul, Kak A, Kak Mira, kak Ji, Nasrul, Mirul, Syuk, Afaf dan terima kasih juga buat seramai lebih 200 komiti KAEDFEST 2010. Apapun yang berlaku semasa Kaedfest semoga menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan insyaAllah. Dan maafkan aku lagi sekali andai aku tidak menjalankan tugas dengan baik.


Wallahu’alam.

2 ulasan:

ili amirah berkata...

nampak macam suffer je yan..tapi tahniah sebab dapat teruskan jugak kaedfest, alhamdulillah.. walaupun tak sempat nak g usha-usha, hehe.. tapi memang ada dengar korang ade problem, tapi tak terfikirlah problem banyak. by the way, suke logo lepac walaupun mula-mula tak reti nak baca..huhu

Adlan berkata...

tahniah atas penganjuran KAED fest 2010. sori tak sempat datang jenguk2 program ni. teringat kembali zaman jadi PM tahun 2007. banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

eh takde gambar2 ke..? hehe