Selasa, Ogos 10, 2010

Diari Ramadhan 1


Menambah subjek secara tiba2. Menjadikan jam kredit 18.5. Agak banyak bagi seorang pelajar tahun akhir (moga2 insyaAllah). Tapi, harus lebih kuat. Harus lebih tekun, dan harus lebih tabah. Working Drawing yang telah gagal semester lalu kuambil sekali lagi pada semester ini. Sekadar mencuba walaupun kutahu risiko mengambil subjek tersebut pada semester ni. Semoga Berjaya!

***

Hari pertama Ramadhan, mungkin kadang2 tak terperasan rupanya roh dan jasad sudah berjaya melangkah ke bulan penuh barakah, Ramadhan kareem. Alhamdulillah. Mungkin tidak terperasan kerana tidak lagi mendengar penyimpan mohor besar raja2 menyampaikan pengumuman puasa macam selalu. Teringat semasa kecik dulu2… Setiap kali sipi2 menginjak Ramadhan, satu keluarga berkumpul di hadapan TV semata2 untuk mendengar pengumuman puasa. Tapi, aku rasa bukan pengumuman yang dinanti, tapi, kami lebih ternanti2 kemunculan kelibat yang mengumumkan.

‘Semua, meh cepat sini. Tok Wo keluar dah ni!’ Riuh rendah rumah dengan suara abang2 dan adik2. Dan, bila pengumuman puasa diumumkan ada yang gembira dan ada juga yang bersedih, ‘Alaa… tak boleh makan dah…’ Masa itu aku masih kecil, kurang mengerti erti puasa sekadar mengikut rentak mak ayah dan abang2ku yang berpuasa. Kenapa orang berpuasa? Kenapa kena puasa? Tapi, ayah kata kalau puasa sehari sama dengan dapat ganjaran RM1. Aku yang tika itu sangat mata duitan makanya menyahut cabaran ayah untuk berpuasa penuh seawal usia 6tahun. Dan, aku berjaya…dengan sogokan wang! Alhamdulillah… ;)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."

***

Hari ini, mungkin suasana menyambut Ramadhan sangat berbeza dengan suatu masa dahulu, kalau dahulu sering mengharapkan ganjaran wang daripada mak dan ayah, sekarang semoganya tidak begitu lagi. Yang diharapkan adalah kasih sayang dan keredhaan Allah SWT. Berpuasa dengan pemahaman dan penghayatan bukan sekadar atas sebab kewajipan. Dan untuk bulan Ramadhan ini, aku sangat berharap mampu dan berkesempatan untuk menulis dengan lebih kerap sebab… Aku tidak mahu Ramadhan kali ini berlalu atau meninggalkan tanpa jejak (leave no trace) . Juga atas sebab ingin memberikan nota dan peringatan yang lebih buat diri. Dan, semoga terus istiqamah sehingga ke Syawal dan bulan2 lain. insyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan lepas. Selamat Menyambut Ramadhan buat SEMUA. Manfaatkan Ramadhan sebaiknya. insyaAllah. =) Seinfiniti kemaafan daripadaku yang sering melakukan kesilapan ini. Sampai di sini. Wallahu'alam.

Tiada ulasan: