Bila terawikh di masjid SHAS, kadang2 anda akan rasa konfius. Adakah ini masjid ataupun nursery? Terlalu ramai kanak2 comel yang bermain di saff belakang dewan solat muslimat. Ada satu malam sewaktu aku sujud, tiba2 seakan ada sesuatu yang melintasi kepalaku.Aku takut untuk angkat kepala, takut2 terkena budak2 comel yang sedang bermain kejar2 tersebut.Dua tiga kali kurasakan ada kanak2 melintasi kepalaku atau dihadapanku. Aduhai, kusangkakan aku telah bersolat di tempat yang strategik, rupa2nya aku bersolat di kawasan kanak2 melintas.
Teringat kisah sewaktu cucu Rasulullah SAW, Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW solat, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak geri baginda dalam solatnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Ada yang cuba melarang, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya. Ini menunjukkan betapa sayangnya baginda terhadap cucu2nya tersebut. Makanya, aku juga tiada hak untuk memarahi kanak2 yang bermain sekitarku ketika sedang solat. Aku biarkan dan usai solat barulah aku berkalih tempat.
***
Hari ini hati sangat gembira, sebab aku dapat kawan baru di masjid. Sorang berumur 6 tahun berbangsa melayu dan seorang berumur 5tahun berbangsa Albania. Yang menarik perhatianku adalah kanak2 Albania tersebut sangat fasih berbahasa melayu. Lalu aku mendekatinya.
‘You can speak Malay?’ Kanak2 tersebut diam. Jual mahal pada awalnya.
Aku ajukan pula soalan kepada kanak2 melayu yang jauh lebih kecil berbanding kanak2 albania tersebut… ‘awak cina ke?’
‘No… I am muslim!’ Tercuit hatiku, lain yang ditanya lain yang dijawab. Bangsa dan agama adalah sesuatu yang berbeza. Kanak2 melayu yang ‘chinese look’ tersebut masih ralit dengan buku ditangannya. Sedang mewarna.
‘Nama siapa?’
‘Saya OB… ‘ Jawab yang melayu, tapi, aku terlupa nama yang Albania, sebutannya agak sukar untuk aku ingat dengan jelas. Sesuatu yang bermula dengan huruf M.
‘Kita nak warna tu!’ Kanak2 Albania memuncungkan mulutnya pada pensil warna di tangan OB. Sah, budak ni pandai cakap melayu! Aku tak mahu berganjak. Berada di hadapan mereka sambil memerhatikan gelagat keduanya. Sangat menarik perhatian apabila kanak2 bermata kelabu, berambut perang tersebut fasih berbahasa melayu.
‘Awak warna apa tu? Kartun ya?’
‘Tak… ni mermaid!’ Akhirnya kanak2 albania bersuara. Membuatkan hatiku sedikit berbunga. ;p
‘Akak nak kawan boleh?’ Ku hulurkan tangan. Aku sendiri tak tahu aku ini selayaknya dipanggil kakak atau mak cik. ;p OB atau nama sebenarnya Rabiatul Adawiyah cepat2 menyambut tanganku dan bersalam sambil cium tangan. Dan, tanpa sempat aku hulurkan tangan pada Albanian, dia terlebih dahulu hulurkan tangannya. Juga mencium tanganku. Dia tersenyum. ‘Mata awak cantik… nak pinjam boleh?’ Sejurus selepas aku katakan begitu, terus ditutup matanya. Apabila dibuka dijulingkan pula. ‘Amboi, pandai budak ni!’
‘Mana mak awak?’ soalku pada keduanya. OB menjawab pertanyaanku dalam bahasa Inggeris, ‘there! She’s the one who wearing pink telekong…’
‘Owh… OB pandai cakap Inggeris?’ soalku sengaja menduga. Aku sendiri tak sefasih OB agaknya.
‘Me too… I can speak English… and Albanian…’
‘And..you can speak malay too.’ Sambungku. Kagum dengan kepetahan kanak2 tersebut. Abanian tersenyum. Kali ini dia lebih ramah bersuara. Agak lama aku menganggu mereka. Rasa semacam tak mahu kemana2 tapi, aku harus juga pergi untuk melangsaikan hutang dengan Allah. Tak mengapalah, lepas ni aku culik keduanya. ;p
***
Usai solat terawikh, aku terus ke bahagian belakang masjid mencari kedua2 kawan baruku tersebut. Dari jauh aku melihat keduanya sedang berebut botol air di tangan. ‘Kita dahaga!’ Jerit Albanian. ‘Kita pun dahaga.’ Bagitahu OB pula. Ibu OB meleraikan keduanya. ‘ Bagi dia minum dulu…’
‘Ibu, dia minum habis!’
‘Ye la badan dia besar, mestilah dia kena minum banyak.’ Pujuk si ibu. Aku mendekati ibu OB. ‘Mak OB kan?’
‘A’ah..’ Ibu OB menghulurkan Tupperware yang berisi pudding roti. Aku menolak dengan baik. ‘Terima kasih… Nak panggil apa ya?’
‘Owh… panggil Cik Ani je.’ Aku senyum. Cik Ani ramah orangnya. ‘ Suka tengok OB dengan kawan dia tu. Ada kelainan. Sorang melayu, sorang bukan melayu. Tapi sangat rapat. Diorang dah kenal lama ke?’
‘Tak… Cik Ani tinggal area Gombak ni, jadi selalu datang masjid UIA. Yang budak Albania tu dah tinggal lama di UIA ni. Tu yang pandai cakap melayu.Diorang jumpa masa Ramadhan macam ni la…’
‘Awak orang Terengganu ya?’ Soal Cik Ani. Aku sendiri sebenarnya mengalami konflik identiti, Terengganu atau Kelantan.. ‘Mixed.’ Jawabku. ‘Besut?’… ‘ A’ah…Macam mana Cik Ani tahu?’
‘Cik Ani agak je. Sebab pernah kerja kat sana dulu…’
Lama juga aku berbual dengan Cik Ani, dan sampai pada hajatku, ‘Cik Ani selalu ke datang masjid?’
‘InsyaAllah Ramadhan ni setiap malam datang sini. Awak tak tidur di sini?’
‘Emmm… susah sikit kalau esoknya ada kelas.. esok atau lusa insyaAllah.’ Bagitahu ku. ‘Boleh tak kalau nanti esok saya datang kacau OB lagi. Suka tengok keletah dia dengan kawan dia tu.’
‘Eh, takpe2. Datang je. OB ni banyak mulut sikit. takpe je.’ Sambil tu Cik Ani memanggil OB. Disuruh OB untuk menyalamiku. OB menghulurkan tangan dan bersalam denganku. Tersengih, menampakkan barisan giginya yang tidak cukup 2 puntung di hadapan. tersipu2 malu OB mencium tanganku. Albanian turut sama.Sangat comel!
Nampaknya selepas ini aku akan lebih bersemangat untuk datang ke masjid. Ish2.. (tak boleh)2 kena betulkan niat. Pergi masjid untuk beribadat…. Dan, culik anak orang. ;p
***
Cerita ini mungkin agak panjang dan tiada isi. Aku pernah tulis tentang perbezaan antara budaya melayu dan orang arab dalam mentarbiyah anaknya.Sebenarnya aku ingin menulis hal yang sama tapi, sudah tersasar.
Kalau di masjid2 samada di rumah kita atau di mana2 sahaja, jarang2 sekali kanak2 dibenarkan bermain dan berlarian di dalam masjid. Kalau ada, pasti akan ditegur oleh jemaah solat. Tapi berbeza di UIA, kehadiran anak2 kecil sudah dilazimi sebagai satu proses tarbiyah buat anak kecil. Biar anak2 hidup dalam biah solehah. Biar anak2 terbiasa dengan lagu2 al Quran. Biar anak2 terbiasa melihat saff jemaah yang teratur. Biar anak2 terbiasa memerhatikan gerak geri dalam solat. Ini juga merupakan satu pengajaran secara tidak langsung buat anak2. Melalui pemerhatian dan tingkah orang dewasa, kanak2 akan lebih cepat belajar. Emm.. betul kan?
Sekadar ni, aku sendiri tidak pasti apa yang cuba aku sampaikan. Tapi yang pasti, pertamanya, bagi sesiapa yang belum berpeluang solat dan qiammullail di masjid UIA, cubalah sekali sekurang2nya. Pasti akan rasai kelainannya. Dan, untuk 10 malam terakhir cuba untuk beritikaf di masjid UIA juga. Selalunya malam2 terakhir lebih meriah. Aku menyarankan pada semua untuk merasainya walaupun aku sendiri tidak pasti berkesempatan atau tidak untuk menikmati keindahan 10 malam terakhir di masjid SHAS. Kalau ada kelapangan waktu, jangan lepaskan peluang ya.insyaAllah. =)
** Aqsa Society ada menyediakan sahur 10malam terakhir. Untuk itikaf dan sahur pendaftaran sudah dibuka dengan bayaran RM40. Dan, itikaf bermula Ahad malam insyaAllah. =)
Sampai di sini. Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan