Selasa, Ogos 24, 2010

Hidup Seperti Buih



Rabu, 25 Ogos bersamaan 15Ramadhan. Mendongak melihat langit pertengahan Ramadhan, subhanallah sangat cantik. Selasa adalah ‘hectic day’. Kelas bermula jam 10 pagi berterusan sehingga ke 9.30malam. Satu malam di mana aku akan terpaksa meninggalkan terawikh di masjid… Sayang, tapi tak mengapalah. Kewajipanku pada kelas yang wajib dihadiri. Pagi, presentation Theory of Architecture, Jam 2 presentation EAP dan jam 3.30 submission Working Drawing. Dalam satu malam aku disibukkan dengan persediaan untuk ketiga-tiga perkara ini menyebabkan waktu tidurku dirampas! Imbasan sebelumnya adalah Isnin, 23Ogos- hari crit pertama yang mana merupakan hari pembentangan ‘design concept’, ‘space planning’, dan sebagainya. Semua ini membawa maksud aku masih belum dapat rehat yang secukupnya. Tapi, kakak baikku (mengganti term kawan baikku) selalu berpesan padaku, ‘hanya Allah yang berhak memberikan kerehatan pada kita…’ Makanya, aku harus bersabar dan harus tempuhi hari susah dengan senyuman. =) Sampai satu masa kita akan diberikan kerehatan yang panjang~


Seronok kalau hidup sentiasa positif!


Jumaat, 20 Ogos… Jumaat juga merupakan hari studio seKaed selain Isnin. Aku bertuah kerana berada dalam section Dr Zaiton. Dr Zaiton sentiasa mendisiplinkan kami dari segi ketepatan waktu. 8.30 am ke studio bermaksud 8.30 itu akan diambil kedatangan tanpa berlengah. Dan, Dr Zaiton juga mewajibkan hari Jumaat sebagai hari usrah dan tazkirah studio. Maka, setiap pagi studio kami akan memulakan sesi studio dengan al Mathurat, kadang bacaan yasiin dan tazkirah wajib. Selain Dr Zaiton, ada 2 lecturer lagi akan bersama kami untuk consultation iaitu Bro Zul dan Bro Azlan. Dan hari itu, Bro Azlan yang ditaklifkan untuk memberikan tazkirah pada kami.


‘Saya ada satu cerita. Cerita ni selalu dengar masa saya kecik2 dulu. Ia berkaitan dengan seorang raja dan 3 anaknya….’ OK, before I proceed, who can tell me what the story is all about?


‘Pada satu hari raja bakal meninggalkan takhta dan berwasiat siapa antara anaknya yang dapat memenuhi bilik mereka penuh dengan sesuatu akan ditabalkan menjadi raja. Lalu berusahalah ketiga2 mereka untuk mengisi bilik penuh dengan ‘sesuatu’. Si anak pertama mengarahkan rakyatnya mengumpul garam dan penuhi biliknya dengan garam. Habis semua tenaga rakyat dikerah sehingga penuhlah biliknya dengan garam dan si anak sangat berpuas hati dengan harapan dialah yang bakal menjadi raja.


Si anak kedua juga sedaya upaya untuk memenuhi bilik tersebut dengan sesuatu. Lalu, dia mengumpulkan rakyatnya dan mengarahkan mereka mencari gandum serata dunia. Dia ingin memenuhi bilik tersebut dengan gandum juga dengan menggunakan tenaga dan kudrat rakyat jelata. Sehingga akhirnya penuhlah biliknya dengan gandum dengan harapan dia akan dilantik menjadi raja. Dan, yang ketiga… cuba teka apa anak ketiga buat?’ Kami diam sedang Bro Azlan memandang kea rah kami dari satu wajah ke satu wajah.


‘Wisdom… Yang ketiga menggunakan kebijaksanaan untuk memenuhi sesuatu dalam biliknya. Dia tidak menggunakan dan menyusahkan sedikitpun rakyatnya. Dengan usahanya sendiri dia mencari beberapa pelita lalu pelita tersebut dinyalakan. Dia meletakkan pelita di setiap penjuru biliknya. Lalu… penuhlah biliknya dengan cahaya… Jadi siapa antara ketiganya menjadi raja?’


‘ Semestinya yang ketiga. kuasa wisdom.’


‘Di sini nak ditekankan… it’s related with the verse 107-108 in surah at-taubah. Sebagai seorang arkitek, kita tak boleh sewenang2nya bina sesuatu tanpa mengambil berat hal di sekeliling kita which means if you are to design, design something with wisdom. Respect the nature, respect the people around you and respect everything near to you. Or else you will create harm to surrounding… Dalam Islam juga melarang kita untuk bersifat takbur dan bermegah dengan sesuatu yang kita lakukan sebaliknya lakukan ia dengan takwa. Sebagaimana dalam surah at-taubah tersebut, ia berkaitan masjid dhirar pada zaman Rasulullah SAW yang dibina oleh munafik. Walaupun ia sebuah masjid, Rasulullah melarang bersembahyang di dalamnya bahkan mengarahkan untuk merobohkannya.’


107. dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.


108. jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa' Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).


Itu satu kisah dan pesanan yang daripada Bro Azlan. Seterusnya…


‘saya tahu ramai di kalangan kamu kadang2 give up dengan cepat. Saya ada satu kata2 yang saya pegang ‘failure never final, we fail because we accept defeat and give up too soon…’ Jangan give up, seize the day. insyaAllah you can make it although it’s very tough for you…’


‘live life like a bubble… you know bubble? Just imagine, you are a bubble in the soda or anything you like. Bubble always starts from bottom. You may very small in thousand bubbles, but, you will definitely rise! Although there is obstacles- which always stopped you somewhere sometimes… can you see it slowly and keep going… until it reaches the top and there became ripple.’ Maksudnya, jika kita jadi seperti buih, somewhere, sometimes, somehow kita akan jadi ripple yang akan jadi salah satu pengubah permukaan air tersebut. Macam mana nak terangkan ya? Macam tulah maksudnya… live your life like a bubble. ;p Cepat atau lambat, suatu hari, kamu akan jadi seseorang yang berpengaruh atau berjaya insyaAllah. =) You may not rise drastically but you will rise slowly. You may stop if there is an obstacle but then, you keep going and somehow you will reach the top!So, don’t give up too soon although it’s really hard for you!


‘If I want to be successful, I don’t want to be success alone, I want all of you to be more successful than me. insyaAllah.’ Kata2 daripada Bro Azlan betul2 membangkitkan semangatku. Tapi, kadang2 semangat itu akan hilang beberapa jam kemudian. Kerana itu, aku harus menulis nota penting ini sebagai ingatan dan peringatan buatku dan perkongsian buat semua. Hari ini kata2 ini banyak mengubah azamku. Lebih2 lagi apabila Bro Azlan menyebut begini, ‘all you’ve done here is the presents to your parents. Potential, achievement, good attitude is a present to your parents… This is the secret how you can be more successful than you are now!...’


‘There are only two key words for success… try + harder…’


Makanya, Nik Nadia Izyan, jangan terlalu cepat mengalah, selagi masa itu masih bersisa selagi itu harus berusaha!

Usaha kuasa dua = lipatgandakan usaha = Berjaya! insyaAllah…

‘Tiada rehat selagi Allah belum berikan kerehatan…’ =)

Sampai di sini. Wallahu’alam.

4 ulasan:

Unknown berkata...

syukran izyan, motivasi yang sangat berguna.saya tak dengar sbb duduk nun jauh ke blkg masa tazkirah hari 2. banyak juga yang izyan dapat catat. bawa recorder ke? hehe..

munadhia berkata...

kak aisyah! 1st time tinggal jejak d sini. trima kasih...skadar cuba menyampaikn dn brkongsi..kalau salah sudi tegur yan ya... owh... ritu angguk2 geleng2 je ya. ;p

a'ah bawak recorder yang Allah bagi. ;p ni dengn jasa baik mardhiah punya pen dan cebisan kertas jmpa ntah kat mana2 ;p

sama2 kt berusaha 4 dis sem ya insyaAllah. =)

Unknown berkata...

"failure never final, we fail because we accept defect and give up too soon"
Muna, accept defect ke defeat? Should be defeat.. kan?

munadhia berkata...

is it defeat? haha~ mishearing lorh.. is dat u dad? ;p bcoz my studiomate also got d same name as u. ;p btw, i'l change it. tq! =)