Khamis, Ogos 12, 2010

Diari Ramadhan 2


Ramadhan sudah masuk hari yang kedua. Alhamdulillah sudah 2 hari berada dalam madrasah Ramadhan. Semoga amal semakin terus meningkat dari hari ke hari.insyaAllah. Esok 3 Ramadhan, tarikh yang pasti mengundang kesyahduan buat keluarga arwah kenalanku. Genap setahun pemergiannya menghadap Ilahi. Oleh itu, aku terfikir, arwah pasti tak pernah menyangka bahawa esok dia akan mengadap Tuhannya begitu jugalah diriku tidak tahu bila masa akan mengadap Penciptaku. Doaku semoga dia tenang di sana. Amiin.

***

Hari ini terasa sedikit kepenatan. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin disebabkan beberapa hari lepas aku disibukkan dengan pelbagai perkara sehingga baru bertemu sedikit kerehatan hari ini. Tapi, rehat tidak bermaksud sekadar duduk diam. Masih banyak perkara yang harus diselesaikan segera. Perlu research untuk EAP dan research juga untuk studio submission isnin. Entah kenapa sejak akhir2 ni, setiap minggu pun Studio Masterku meminta submission projek menyebabkan aku sedikit terkejar2 dan kadang boleh terlupa banyak perkara lain juga. Malah aku boleh terlupa jalan ke studio secara tiba2, dan boleh terlupa letak kasutku di masjid, dan juga boleh terlupa hari ini hari apa. Boleh terlupa juga kelas hari ini jam berapa. Ada yang menyedari hal ini dan sentiasa menasihatiku, ‘Nik, banyak2 makan kismis…kita risau tengok..’ Terima kasih sahabat. Jangan risau ini sindrom biasa bagi orang yang difikirannya diganggu oleh sibuk. Kadang2 traffic jam! ;p

***

Sekadar nak tulis, aku rindu juga suasana Ramadhan di rumah, dan di sekolah dulu2. Masa di sekolah aku sentiasa beranikan diri bangun awal untuk ke Dewan Selera dan selepas itu terus ke musolla. Selalunya tiada orang di musolla seawal 5 pagi. Tapi, aku lebih suka begitu. Mungkin masa itu jiwaku terasa tersangat kosong sehingga mencari2 sesuatu untuk diisi. Sehingga pada suatu hari aku mengajak seorang sahabat yang tidak rapat denganku di awalnya. Masdalilah, seorang sahabat yang sangat aku rindu tika ini. Aku masih ingat, aku dan Ilah sentiasa berlumba2 untuk mengkhatamkan al Quran di bulan ramadhan. Dan, buat pertama kalinya sewaktu di asrama, aku berjaya. Tapi, banyak dengan pertolongan sahabatku tersebut. Aku bersyukur Allah telah temukan aku dengan orang2 yang DIA cintai untuk aku terus belajar perbaiki diri yang masih jahil ini.

Apabila masuk CFS, aku masih cuba untuk mengamalkan perkara yang sama. Aku cuba untuk istiqamah solat di musolla. Dan, tika itu aku berada di KC. Selalu ke musolla bawah walaupun kadang2 tiada sesiapa di situ. Ada suatu hari, entah kenapa aku sangat berhajat untuk merasa solat berjemaah di masjid. Aku tak pernah tahu perempuan tidak dibenarkan solat di masjid CFS disebabkan laluannya hanya boleh diakses mengikut laluan lelaki. Aku pergi dan tak semena2 aku disoal siasat oleh Mak Guard yang bertugas. Masa tu agak geram, 'pelik… pegi masjid pun tak boleh!' Tapi, aku faham kenapa ditidakbolehkan. Sebab ada kes2 yang tidak patut berlaku di perkarangan masjid. Hmmm…

Aku menulis tentang ini sebab sebenarnya sekarang aku telah kehilangan banyak perkara yang sangat kurindu. Aku rindu untuk menjadi seperti dahulu. Aku dengan duniaku. Aku yang sentiasa mencari2 nikmat dalam ibadah. Sekarang seolah2 aku sudah 360 darjah berubah. Tidak tahu ingin menyalahkan siapa dan menyalahkan apa. Diriku sendiri yang tidak lagi berusaha atau telah berputus asa berusaha dalam mencari kembali nikmat2 tersebut. Adakah sebab kesibukan menyebabkan aku sering menjadikan alasan tidak berkesempatan? Kalau dahulu sewaktu berada di Sumayyah sekalipun aku akan cuba sedaya upaya ke masjid. Memang perempuan lebih afdhal solat di rumah tapi, kufikir hanya ini masanya aku berkesempatan untuk mencari sesuatu yang bermakna selama aku di UIA. Mungkin mencari ketenangan yang tidak kutemu di tempat lain. Sekian lama sebenarnya ketenanganku benar2 diragut oleh kesibukan. Aku seolah2 ingin merayu, ‘sibuk, tolonglah jangan ganggu aku!’ Tapi, sibuk nak ganggu juga sebab sibuk itulah teman rapat ku sebagai pelajar dan pejuang. Malah siapa2 sahaja yang bergelar pelajar pasti tak boleh berenggang dengan sibuk. Makanya, aku tidak boleh menyalahkan sibuk sebab memang tugas sibuk untuk terus menyibuk. Err…Apakah?

Sekarang sekadar menulis untuk mengingatkan diriku… supaya jangan jadikan alasan sibuk untuk terlupakan banyak perkara. Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengejar dan mendapat fadhilat Ramadhan dan jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mampu melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Aku sekarang seolah2 sedang mengalami mimpi ngeri dalam tahun akhir dan masih tidak tahu bagaimana kesudahannya. Harap perjalanan ini berakhir dengan kesudahan yang baik. Dan, selamanya dan sentiasa harus bermuhasabah. Entahkan sempat kita merayakan pesta ibadah ini sehingga penghujungnya sedang ajal maut itu sendiri kita tidak tahu bila. Semoga Ramadhan kali ini berakhir penuh makna dan penghayatan.insyaAllah. amiin~

***

Abu Hurairah berkata;

“Rasulullah SAW menggalakkan kami melakukan solat malam pada bulan Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Kemudian baginda bersabda, ‘Sesiapa mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran, semua dosanya sebelum ini dihapuskan. Apabila Rasulullah SAW wafat, beginilah keadaannya (iaitu solat tidak dilakukan berjemaah) dan begitulah keadaannya kekal di zaman Khalifah Abu Bakar RA, sehingga bermulanya zaman khalifah Umar RA.”

Tiada ulasan: