Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 31, 2010

Diari Ramadhan 6

Isnin, 20 Ramadhan 1431H

Salam fasa ke-3 ramadhan, fasa dijauhkan daripada api neraka.

Masjid semakin dipenuhi pemburu lailatulqadar. Kelihatan di bahagian belakang dewan solat muslimat terdapat banyak hamparan sleeping bag dan susunan bantal2 kecil. Si ibu membawa deretan anaknya untuk turut sama merasai detik2 10 malam akhir ramadhan. Kelihatan beberapa sahabat ralit membaca alQuran, tidak kurang juga yang sedang berhalaqah dan bertazkirah dalam bulatan kecil. Kerja aku saat ini adalah memerhatikan orang dan anak orang. Sebenarnya ingin segera pulang memandangkan ada tugasan yang perlu dihantar esok. Tapi, terasa berat hati dan berat kaki untuk melangkah pulang.

***


Hari ini dapat kawan baru lagi, seorang dari Guangzhou bernama Mahadiye, dua dari Indonesia bernama Asma Syahidah Wigati dan kakaknya Sana Afifah Wigati, juga Mariyam dari Oman. Sana boleh bertutur dalam bahasa jepun kerana dilahirkan di Jepun, Mahadiye bertutur bahasa cina mandarin juga fasih berbahasa inggeris, Mariyam hanya memberi bahasa isyarat yang tidak aku fahami (Mariyam tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris) dan tidak lupa seorang kawan melayu bernama Maisarah Sofia, dan Nadia. Lihatlah betapa masjid telah menghubungkan dan menemukan saudara jauh yang sebelum ini tidak pernah dikenali. Mahadiye dan Asma berumur 5 tahun, Sana berumur 10 tahun, Maisarah Sofia berumur 10tahun di bibir (4tahun pada surat beranak) dan Nadia dan Mariyam… aku tidak tahu! Dan, hari ini jumpa OB juga. =)

***

‘Kakak, umur kakak berapa?’ Soal Asma.

‘Sama umur dengan Asma.’ Jawabku. Aku tidak jumpa jawapan yang lebih baik daripada ini untuk mengambil hati kanak2 tersebut. Asma ketawa. ‘Kakak tipu, kenapa kakak besar?’

‘Sebab kakak makan banyak… Asma kurus sebab makan sikit.’ Asma ketawa lagi. Dan, itulah bagaimana persahabatan kami bermula. ;p

***

Penat nak bercerita panjang, cumanya, sangat seronok dapat mengenali anak2 kecil begini, tercuit hati melihat gelagat mereka…Banyakkan bergaul dengan budak kecik akan menjadikan kita awet muda (ini terjadi apabila kita bergaul secara kanak2 juga), tapi boleh jadi cepat tua juga (ini terjadi apabila kita bergaul lagak ibu2).

Kalau sesiapa mendengar kepetahan Mahadiye bertutur dalam Bahasa Inggeris pasti akan terketawa sorang2. Bila aku tanya, ‘Mahadiye can speak English?’ Sepatutnya jawapan yang selalu didengar seperti, ‘little, little bit etc…’ tapi, Mahadiye menjawab begini… ‘I can… small…’ sambil menunjukkan isyarat tangan bermaksud sedikit. Comel2~

Mahadiye juga petah bercerita tentang adiknya yang berusia 1 tahun… Dia kata adiknya pelat… Jadi panggil Mahadiye, ‘Dede…’ Padahal dalam bahasa mandarin kakak disebut sebagai ‘cheche…’ (macam mana nak eja ya?~) Mahadiye menulis di atas kertas yang aku berikan. Pertama ditulis namanya, ‘m.a.H.a.b.i.Y.e…’ aku sebut ‘mahabiye?’, mahadiye menggeleng, ‘it’s MAHADIYE…’


‘Owh Mahadiye (sebutan Mahdiya)’ ditulis ‘D’ sebagai ‘b’ kecik. Pening aku dibuatnya. Kemudian, Mahadiye tulis namanya dalam bahasa cina pula. Tulisannya senget dari besar jadi sangat kecik. Tapi, kelihatan Mahadiye memang sangat suka menulis. Begitu juga Asma dengan Sana yang beria2 mengajar aku menulis tulisan jepun. Terima kasih kawan2ku! ;p

***

‘My brother is very naughty… He likes to bit people!’ Bagitahu Mahdiye padaku.

‘Really?! But, he didn’t bit me…’ Bagitahu aku. Adik Mahadiye sangat sihat. Berumur setahun tapi berbadan besar berbanding kanak2 seusianya.

‘Because…today he is in good mood.’ Bisik Mahadiye ke telingaku. Terketawa aku mendengarnya. Mahadiye sangat pandai. Dia sama sekolah dan sekelas dengan Asma, International Islamic School(IIS).Sebab itu mereka berdua sangat rapat. Sekali lagi, persahabatan tidak mengira perbezaan bangsa. Kanak2 yang mengajar dan menunjukkan contoh tersebut!

Kemudian aku terpaksa pulang. Kena pulang juga kerana ‘lukisan bekerja’ (working drawing) tidak akan bekerja tanpa tuannya. Masih banyak yang terbelengkalai sejak beberapa hari lepas. Aku tidak mahu mengulangi sekali lagi subjek ini, makanya, aku harus lebih banyak memulun. Akhirnya aku pergi juga meninggalkan kenangan bersama teman2 baruku itu… Harap esok jumpa lagi!

‘Kakak, esok datang la lagi…’

‘insyaAllah. =)’

***


Baiklah… sekarang kembali kepada tujuan asalku. Sebenarnya sekadar ingin berkongsi tentang lailatulqadar. Memang kebiasaan 10 malam terakhir, momentum setiap individu ditingkatkan demi memburu lailatulqadar. Bertuahnya orang yang berjaya mendapatkannya. Aku tidak pasti aku sedang memecut atau masih berjalan seperti biasa. Kalau meningkatpun, mungkinlah tak terlalu ketara peningkatannya atau boleh jadi sama saja dengan awal Ramadhan. Kadang2 terfikir, apakah targetku sebenarnya untuk Ramadhan kali ini? Seakan aku terlambat memasang objektif Ramadhan.

Teringat cerita emakku tentang arwah datuknya Tokki, Satu malam akhir bulan Ramadhan, Tokki berjalan bersama seorang kanak2 (saudara ibuku yang aku lupa siapa). Tiba2 kanak2 tersebut bertanya, ‘tok, kenapa semua pokok2 tunduk? Kenapa langit sangat cerah?’ Dan, mungkinlah itu petanda malam tersebut lailatulqadar. Emak bagitahu, tokki seorang yang alim, ibadat dan solat malam tidak pernah ditinggalkan. Mungkinkah lailatulqadar hanya untuk orang2 alim dan soleh? Kadang2 terfikir, seakan tak layak bagiku untuk mendapatkannya. Masih terlalu banyak kemungkaran yang aku lakukan sehari2. Astaghfirullah~ semoga lailatulqadar itu berjaya diperoleh sekurang2nya sekali dalam hidup. Maka, jangan berputus asa untuk memburunya!

***

Dari Anas RA, dia berkata, ‘Telah bersabda Rasulullah SAW,

“Pada malam lailatulqadar, jibril AS dengan serombongan malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah SWT.”

Abu Hurairah berkata, “Pada malam lailatulqadar, para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil. Pintu langit dibukakan untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.

Adapun, manusia dalam hal itu bertingkat2. Ada yang untuk setengah mereka, kerajaan langit dan bumi ini dibukakan tabirnya sehingga dapat dilihat para malaikat dalam rupa aslinya. Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, bertahlil. Ada juga yang untuk setengah mereka, dibukakan sungai, pepohonan dan buah-buahannya. Bahkan juga melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada. Kemudian juga melihat neraka dan segala isinya dan tingkatan tempat orang2 kafir. Malahan ada juga setengah mereka yang dibukakan tabir antara dia dan Allah SWT. Sehingga dia hanya melihat kepada Allah SWT sahaja.”

Dari Aisyah RA berkata, ‘telah bersabda RAsulullah SAW,

“Barangsiapa yang menghimpunkan malam lailatulqadar, melakukan solat dua rakaar dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah SWT mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusapnya dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk syurga.”

Rujukan : Keutamaan Lailatul Qadar;Penenang Jiwa(Mukashafah al Qulub)- Imam al-Ghazali.

***

Apabila memperoleh lailatul qadar, seboleh2nya dirahsiakan mengenainya kerana makruh bagi sesiapa yang melihat lailatulqadar menceritaknnya kepada orang lain. Melainkan apabila seseorang itu ingin mendapatkan kepastian dan penjelasan tentangnya daripada para ulama yang amanah.

Aisya RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “apakah yang mesti dilakukan sekiranya mengetahui malam tersebut lailatul qadar?”

Rasulullah SAW menjawab, “ucapkanlah, Ya Allah, Tuhanku, sesungguhnya Engkaulah Yang maha Pengampun, maka, ampunilah aku!”

Rujukan : Ramadhan Tetamu Yang Dirindui ; Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

***

‘Taqabalallahuminna wa min kum…’

Perbanyakkan taubat pada malam 10 terakhir ramadhan, semoga Allah mendengar dan menerima segala amalan kita insyaAllah.

Wallahu’alam.

Sabtu, Ogos 28, 2010

Diari Ramadhan 5


Bila terawikh di masjid SHAS, kadang2 anda akan rasa konfius. Adakah ini masjid ataupun nursery? Terlalu ramai kanak2 comel yang bermain di saff belakang dewan solat muslimat. Ada satu malam sewaktu aku sujud, tiba2 seakan ada sesuatu yang melintasi kepalaku.Aku takut untuk angkat kepala, takut2 terkena budak2 comel yang sedang bermain kejar2 tersebut.Dua tiga kali kurasakan ada kanak2 melintasi kepalaku atau dihadapanku. Aduhai, kusangkakan aku telah bersolat di tempat yang strategik, rupa2nya aku bersolat di kawasan kanak2 melintas.

Teringat kisah sewaktu cucu Rasulullah SAW, Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW solat, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak geri baginda dalam solatnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Ada yang cuba melarang, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya. Ini menunjukkan betapa sayangnya baginda terhadap cucu2nya tersebut. Makanya, aku juga tiada hak untuk memarahi kanak2 yang bermain sekitarku ketika sedang solat. Aku biarkan dan usai solat barulah aku berkalih tempat.

***

Hari ini hati sangat gembira, sebab aku dapat kawan baru di masjid. Sorang berumur 6 tahun berbangsa melayu dan seorang berumur 5tahun berbangsa Albania. Yang menarik perhatianku adalah kanak2 Albania tersebut sangat fasih berbahasa melayu. Lalu aku mendekatinya.

‘You can speak Malay?’ Kanak2 tersebut diam. Jual mahal pada awalnya.

Aku ajukan pula soalan kepada kanak2 melayu yang jauh lebih kecil berbanding kanak2 albania tersebut… ‘awak cina ke?’

‘No… I am muslim!’ Tercuit hatiku, lain yang ditanya lain yang dijawab. Bangsa dan agama adalah sesuatu yang berbeza. Kanak2 melayu yang ‘chinese look’ tersebut masih ralit dengan buku ditangannya. Sedang mewarna.

‘Nama siapa?’

‘Saya OB… ‘ Jawab yang melayu, tapi, aku terlupa nama yang Albania, sebutannya agak sukar untuk aku ingat dengan jelas. Sesuatu yang bermula dengan huruf M.

‘Kita nak warna tu!’ Kanak2 Albania memuncungkan mulutnya pada pensil warna di tangan OB. Sah, budak ni pandai cakap melayu! Aku tak mahu berganjak. Berada di hadapan mereka sambil memerhatikan gelagat keduanya. Sangat menarik perhatian apabila kanak2 bermata kelabu, berambut perang tersebut fasih berbahasa melayu.

‘Awak warna apa tu? Kartun ya?’

‘Tak… ni mermaid!’ Akhirnya kanak2 albania bersuara. Membuatkan hatiku sedikit berbunga. ;p

‘Akak nak kawan boleh?’ Ku hulurkan tangan. Aku sendiri tak tahu aku ini selayaknya dipanggil kakak atau mak cik. ;p OB atau nama sebenarnya Rabiatul Adawiyah cepat2 menyambut tanganku dan bersalam sambil cium tangan. Dan, tanpa sempat aku hulurkan tangan pada Albanian, dia terlebih dahulu hulurkan tangannya. Juga mencium tanganku. Dia tersenyum. ‘Mata awak cantik… nak pinjam boleh?’ Sejurus selepas aku katakan begitu, terus ditutup matanya. Apabila dibuka dijulingkan pula. ‘Amboi, pandai budak ni!’

‘Mana mak awak?’ soalku pada keduanya. OB menjawab pertanyaanku dalam bahasa Inggeris, ‘there! She’s the one who wearing pink telekong…’

‘Owh… OB pandai cakap Inggeris?’ soalku sengaja menduga. Aku sendiri tak sefasih OB agaknya.

‘Me too… I can speak English… and Albanian…’

‘And..you can speak malay too.’ Sambungku. Kagum dengan kepetahan kanak2 tersebut. Abanian tersenyum. Kali ini dia lebih ramah bersuara. Agak lama aku menganggu mereka. Rasa semacam tak mahu kemana2 tapi, aku harus juga pergi untuk melangsaikan hutang dengan Allah. Tak mengapalah, lepas ni aku culik keduanya. ;p

***

Usai solat terawikh, aku terus ke bahagian belakang masjid mencari kedua2 kawan baruku tersebut. Dari jauh aku melihat keduanya sedang berebut botol air di tangan. ‘Kita dahaga!’ Jerit Albanian. ‘Kita pun dahaga.’ Bagitahu OB pula. Ibu OB meleraikan keduanya. ‘ Bagi dia minum dulu…’

‘Ibu, dia minum habis!’

‘Ye la badan dia besar, mestilah dia kena minum banyak.’ Pujuk si ibu. Aku mendekati ibu OB. ‘Mak OB kan?’

‘A’ah..’ Ibu OB menghulurkan Tupperware yang berisi pudding roti. Aku menolak dengan baik. ‘Terima kasih… Nak panggil apa ya?’

‘Owh… panggil Cik Ani je.’ Aku senyum. Cik Ani ramah orangnya. ‘ Suka tengok OB dengan kawan dia tu. Ada kelainan. Sorang melayu, sorang bukan melayu. Tapi sangat rapat. Diorang dah kenal lama ke?’

‘Tak… Cik Ani tinggal area Gombak ni, jadi selalu datang masjid UIA. Yang budak Albania tu dah tinggal lama di UIA ni. Tu yang pandai cakap melayu.Diorang jumpa masa Ramadhan macam ni la…’

‘Awak orang Terengganu ya?’ Soal Cik Ani. Aku sendiri sebenarnya mengalami konflik identiti, Terengganu atau Kelantan.. ‘Mixed.’ Jawabku. ‘Besut?’… ‘ A’ah…Macam mana Cik Ani tahu?’

‘Cik Ani agak je. Sebab pernah kerja kat sana dulu…’

Lama juga aku berbual dengan Cik Ani, dan sampai pada hajatku, ‘Cik Ani selalu ke datang masjid?’

‘InsyaAllah Ramadhan ni setiap malam datang sini. Awak tak tidur di sini?’

‘Emmm… susah sikit kalau esoknya ada kelas.. esok atau lusa insyaAllah.’ Bagitahu ku. ‘Boleh tak kalau nanti esok saya datang kacau OB lagi. Suka tengok keletah dia dengan kawan dia tu.’

‘Eh, takpe2. Datang je. OB ni banyak mulut sikit. takpe je.’ Sambil tu Cik Ani memanggil OB. Disuruh OB untuk menyalamiku. OB menghulurkan tangan dan bersalam denganku. Tersengih, menampakkan barisan giginya yang tidak cukup 2 puntung di hadapan. tersipu2 malu OB mencium tanganku. Albanian turut sama.Sangat comel!

Nampaknya selepas ini aku akan lebih bersemangat untuk datang ke masjid. Ish2.. (tak boleh)2 kena betulkan niat. Pergi masjid untuk beribadat…. Dan, culik anak orang. ;p

***

Cerita ini mungkin agak panjang dan tiada isi. Aku pernah tulis tentang perbezaan antara budaya melayu dan orang arab dalam mentarbiyah anaknya.Sebenarnya aku ingin menulis hal yang sama tapi, sudah tersasar.

Kalau di masjid2 samada di rumah kita atau di mana2 sahaja, jarang2 sekali kanak2 dibenarkan bermain dan berlarian di dalam masjid. Kalau ada, pasti akan ditegur oleh jemaah solat. Tapi berbeza di UIA, kehadiran anak2 kecil sudah dilazimi sebagai satu proses tarbiyah buat anak kecil. Biar anak2 hidup dalam biah solehah. Biar anak2 terbiasa dengan lagu2 al Quran. Biar anak2 terbiasa melihat saff jemaah yang teratur. Biar anak2 terbiasa memerhatikan gerak geri dalam solat. Ini juga merupakan satu pengajaran secara tidak langsung buat anak2. Melalui pemerhatian dan tingkah orang dewasa, kanak2 akan lebih cepat belajar. Emm.. betul kan?

Sekadar ni, aku sendiri tidak pasti apa yang cuba aku sampaikan. Tapi yang pasti, pertamanya, bagi sesiapa yang belum berpeluang solat dan qiammullail di masjid UIA, cubalah sekali sekurang2nya. Pasti akan rasai kelainannya. Dan, untuk 10 malam terakhir cuba untuk beritikaf di masjid UIA juga. Selalunya malam2 terakhir lebih meriah. Aku menyarankan pada semua untuk merasainya walaupun aku sendiri tidak pasti berkesempatan atau tidak untuk menikmati keindahan 10 malam terakhir di masjid SHAS. Kalau ada kelapangan waktu, jangan lepaskan peluang ya.insyaAllah. =)

** Aqsa Society ada menyediakan sahur 10malam terakhir. Untuk itikaf dan sahur pendaftaran sudah dibuka dengan bayaran RM40. Dan, itikaf bermula Ahad malam insyaAllah. =)

Sampai di sini. Wallahu’alam.

Sabtu, Ogos 21, 2010

Diari Ramadhan 4 - Senyum =)


Ini cerita diceritakan oleh sahabat kepada sahabat kepadaku sebagai sahabatnya. Cik Wan Syibrah Hanisah menceritakan tentang pensyarahnya yang menceritakan tentang dia dan sahabatnya. Saja nak memeningkan sedikit. Ceritanya, pada suatu hari Dr Dino, Director IIUM Healthcare bertanya kepada Prof Ismawi, ‘Kenapa hari Jumaat ramai student KAED ke klinik?’ Mengikut statistic, pengunjung klinik yang paling ramai pada hari Jumaat adalah daripada pelajar KAED. Cuba teka mengapa?


Prof Asmawi lalu menjawab, ‘Sebab hari Jumaat selalu ada presentation, makanya student KAED sakit sebab seminggu tak tidur.’ Prof yang sangat memahami. ;p Apabila diberi tugasan untuk men’design’ sebuah pusat ibu berpantang, perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk memahami psikologi ‘postpartum mother’, psikologi ibu2 selepas bersalin. Antara salah satunya, tentang depression atau meroyan. Aku pernah dengar sahabatku menyebut begini, ‘Aku tengah meroyan skarang!’ Maksudnya aku sedang stress sekarang. Maksudnya juga, bukan sekadar ibu2 yang akan mengalami depress, malah pelajar KAED juga boleh mendapat simptom yang sama apabila diberi tugasan untuk me’lahir’kan idea. Apatah lagi isnin crit! OK, sekadar selingan di celah ke’tension’an. Senyum. =)


***


Isnin crit pertama. Maksudnya sabtu dan ahad adalah persediaan untuk crit. Masih banyak yang harus dibuat tapi, aku berhenti sekejap untuk menulis. Sempat lagi!


‘Nik, tengah2 macam ni sempat lagi update blog!’


‘Sama je kan… tengah2 macam ni sempat je lagi orang lain keluar jalan2, tengok movie… Kita update blog depan komputer mengambil masa paling lama pon tambah tolak tak sampai sejam. Tupon bila dah betul2 tensi. Cari sesuatu nak heal…’


‘Ouch!...


***


OK, update blog lagi dalam kegentingan waktu. Esok crit! Esok crit! Dan esok crit! Makanya, apa harus aku buat sekarang? Tenang dan senyum! =) Senyum mampu mengurangkan tegangan insyaAllah. =)


Sebenarnya tiada idea sekarang. Samada idea untuk men’design’ mahupun idea untuk menulis. Kedua2nya tidak mahu lahir dari mindaku. Tapi ada sesuatu yang membawa aku untuk tetap menulis. Tentang senyuman. Percaya atau tidak dengan senyum, setiap tegangan akan berakhir dengan baik2 saja. insyaAllah. Sebenarnya sedikit terpengaruh dengan cerita jepun Smile. Kisahnya Vito seorang kacukan Jepun-Filipina sering dipandang rendah oleh masyarakat Jepun. Tapi, dia tetap tersenyum sehingga walaupun dia dipenjarakan atas kesalahan orang lain, dia juga tetap tersenyum.


Peguam bela Vito bertanya, ‘ Vito, kenapa kamu selalu senyum?’ (dalam bahasa Jepun)


Vito diam, tapi kemudian menjawab, ‘Kalau kamu senyum, kalau kamu ketawa, semuanya akan berakhir dengan baik. Tak kira betapa susah situasi yang kamu lalui atau betapa kejam orang berbuat padamu, jika kamu senyum, kamu takkan rasakan semua itu sebagai sesuatu yang sangat susah untuk dihadapi.’


Dan, semasa UNGS 2050, Ustaz Latif selalu menyebut, ‘Bila kita berada di jalan buntu iaitu apabila satu pintu tertutup, jangan risau satu pintu lagi pasti akan terbuka!’ Dan, begitu juga kata2 kawan Vito yang sentiasa menguatkan dan memberi sokongan padanya, ‘When one door shut, another door will open. So, live your life happily!’


Dan semalam kelas rekreasi dari pukul 9-1tengah hari. 4 jam berada dalam Experimental Hall, ada sesuatu yang aku dapat dan benar2 ingat iaitu nasihat daripada Ustaz Ismail, ‘ Allah will test you in many situations. Rich is a test, poor is a test, everything in this world - good or bad is a test. So, what should you say if you are in test?’ Semua diam.


‘Yang pahit itu ubat, baik diuji dengan kepahitan, ucaplah Alhamdulillah ‘ala kulli hal~’


‘Alhamdulillah ‘ala kulli hal~’ Aku sedang menunggu idea yang belum datang. Satu pintu tertutup, semoga pintu dibelakang masih terbuka untuk mengalukan kedatangan idea. Dan, sambut idea dengan senyuman. All will end in peace insyaAllah.


Sampai di sini perkongsian yang sedikit cuma. Wallahu’alam. =)


22Ogos2010/12Ramadhan1431H- 7.30am