Selasa, Ogos 04, 2009

Tanda Tanya

Salam'alaik.

Persoalannya :
Mengapa apabila manusia ingin menegakkan kebenaran tetapi sering dihalang, malah dizalimi dengan lebih kejam?
(situasi demonstrasi menegakkan hak manusia dan kebenaran)

Mengapa apabila manusia membuat maksiat, terus dibiarkan dia bergelumang dengan maksiat?
(situasi sambutan Tahun Baru, sambutan 31Ogos, dan sebagainya)

Mengapa yang bertudung litup, berkumpulan ditangkap dan diherdik?
(situasi himpunan)

Mengapa mereka yang berhimpun dianggap kejam dan merupakan punca perniagaan lingkup, bukan yang bersenjata dipersalahkan? (Sedangkan mereka cuma berhimpun dengan niat menyerahkan memorandum secara aman)

Mengapa manusia ditangkap dan ditahan dengan kejam tanpa disoal siasat terlebih dahulu?

Mengapa hak manusia untuk bersuara ini dirampas? MENGAPA?!MENGAPA?!MENGAPA?!

Renungkanlah, fikirkanlah. Mengapa kita masih membiarkan 'mereka' ini memerintah?

2 ulasan:

lailafillah berkata...

masyaAllah dik...ni la satu kenyatan dan persoalan sekarg.. manusia lebih sukakn kekejaman dan kezaliman. perhimpunan menegakkan kebenaran pon dilabelkan perhimpunan haram..hm..

Unknown berkata...

Perhimpunan dari umno polis akan mengawal dan memberi laluan. Tapi bila kena bukan umno polis akan rosakkan himpunan aman. Salam